mari mencari....

Google
 

Thursday, October 7, 2010

baca je la.. apa ada hal ada gambar ke takde...

maaf...
hari ini adalah entry tanpa gamabr. sila baca sampai juling. kalau anda memangsudah sediada juling, makanya tahap reaksi kejulingan akan berganda, yang mana akan membawa maksud bahawa anda sedang berada dalam kondisi baikpulik secara natural.
~~
dah beberapa tidak menulis. banyak perkara yang berlaku. kebanyakkannya adalah perkara yang menduga iman dan menuntut kesabaran yang tinggi. tinggi dari gunung jerai atau mana2 gunung di malaysia. ok, itu perumpaan yang tak berapa masok akal. tapi diibaratkan la.
~~
bermula dari last saturday (ayat campor amat idak digalakkan dalam menulis karangan di sekolah, tapi ada apahal, kita kan majmuk, satuuuu malaysia), ok, sekian iklan pendek. sambong lagi. bermula dari sabtu lepas, penuh dengan aktiviti yang.. yang apa ye? yang menuntu kesabaran. sabtu dan ahad adalah terkejar2 kesana sini macam..macam apa ye? entah la.. macam apa2 la yang korang nak pikir. hari isnin pulak ada kejadian jugak. yang meruntun airmata beberapa liter telah tumpah ke bumi. ok..tak sampai ke bumi sebab telah ditahan sekat oleh tisu yang dibeli di pasaraya harga murah walopon sebenarnya pasaraya tu selalu tipu harga, kat rak lain harga nanti scan lain harga. hari selasa pulak, lagi hebat. rumah almaunahkena pecah. sian minah tu. walopon dia perangai sesuatu sangat, tapi bab2 macam ni amatlah kesian. so, rumah kene pecah perlu ke nak cerita apa yang hilang berapa jumlah kehilangan. lu pikir la sendiri. pokok pangkalnya, menuntut jumlah wang yang diluar dugaan sebab semuanya kena ganti baru, especiallly pintu dan grill. moga pencuri mati di langgar lori. amin..
~~
hari ni baru berkesempatan nak mencoret beberapa coretan. fuhh..ayat novel le pulak. geli lah. ok..tak baik geli2 sebab saya puasa hari ni. makanya dengan harapan tahap kesabaran akan meningkat sekurang-kurangnya 1mm dari semalam, walopon sebenarnya pagi2 tai saya dah menyumpah seranah. hahahahha.. takpe.
~~
nezha? ok je mamat tu. tapi kesiakat dia since saya sebok sangat minggu dia dia dah macam diabaikan je la. no more garu2 perot. saya balik kerja kemas rumah, berbuka, then paling lewat pukul 930pm dah tido. penat sangat2. stress pon ye. tu yang buat lagi cepat tido tu. api nezha pandai, dia amik inisiatif sendiri dengan menyeit dicelah2 mana yang patot dan garu badan dia kat saya. means.. suruh garu la tu. so, saya garu jugak la.. selagi mana saya belom terlena. sayang nezha. walopon dia stress, tapi tetap le makan dengan penuh bersemangat. isi pagi kang saya balik petang kang dah settle dah mangkok tu. huiiii.. diet sikit oleh tak. ni zaman berjimat cermat kena buat catuan makanan. hahahhahaa....
~~
obek? biasa aje la. buzy dan buzy dan buzy dan buzy. ada gak la jumpa2 pi dinner. masa rumah almaunah kena pecah tu dia yang temankan saya ke rumah almaunah. tunggu sampai siap selesai urusan dengan pak polisi yang gatal dan nak bergurau tak kena tempat. boleh lak nak tanya dah kawen ke belom, mak ayah dok mana berserta dengan mimik2 muka yang macam joker. apa relevannya soalan tu dengan kejadian pecah rumah. yang pastinya muka dia tu yang macam muka rumah pecah. puiiii... padan le ko konstabel je tak naik2 pangkat.
~~
rindu kat obek. sama2 buzy sekarang ni. owh..takpe la. demi kebaikan dihari kemudian. moga2 duit 5 guni tu akan terbit tak lama lagi. amin...
~~
kereta pulak buat hal. dah start le tu kan nak sakit sana sini. bunyi sana sini. pantang betol. ada je benda yang nak jadi. sabar.. sabar..sabar...
~~
teringin spageti. dah lama teringin tapi tak sempat2 nak makan/beli/masak. kenapa ye? entah la. nak beli rasa macam tak sedap. nak yang ikut anak tekak tapi nak masak rasa rugi sebab kalo buka 1 tin sos tu pon tak boleh habis makan sorang. haihh.. membazir. plus.. takde masa nak masak. dah ajar nezha hari tu cara masak2 pon tak reti2 jugak. sungguh tak boleh disuruh mamat tu. haihhh...
~~
ok la.. dari korang terus juling baca cerita yang tak memberi info ni, baik lah berhenti menulis. adios..
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

5 comments:

MOKCIK AZWA said...

Memang naik juling mokcik membacanya...terus melalui proses membaikpulih seperti sedia kala...

ish2...kesian rumah kena pecah tapi memang kena bagitahu barang hilang dan anggarn nilai tu untuk tujuan dikemukakan sebagai bukti kelak hehehe

~dARlee zURiS~ said...

nasib baik tak juling
tapi...hilang idea nak komen apa.
heheee

Misz Pinkie Winkie said...

hehehe.
samalah...semasa baca pakai cermin mata hitam..kalo juling orang tak nampak.
tapie tak tahu nak komen apa.

saya said...

mokcik/zuris/pinkie--tu la pasal. jangan juling2 nanti tak cun. ehhehe..

meowwmania said...

mujur saya baca tak juling hehe...

best baca kamu mencece mencece mencece.....hehe tapi betul lah bila abis baca tak tawu komen apa, ni musti ada tekan ayat nih hahahah :D