mari mencari....

Google
 

Monday, October 18, 2010

cerita minggu ini..


hello..

how was your weekend? ok? tak ok? happy? sedih? bengang? macam2 adoooo.. huhuhu...anyway, selamat hari isnin. selamat berkerja ye semua. jangan malas2 walopon sebenarnya sengal sangat nak datang opis tu kan. hehehe...
~~
weekend saya macam biasa je la mingu ni. ada yang best ada yang tak best. sabtu pagi ada hal sikit. aduhhh.... then lepas tu balik rumah ma. sebelum tu call dulu kot2 ma nak beli apa2 kan. ma kata takyah kat rumah semua ada. wokeh.. saya just beli apa ntah air kotak kot. hehehhe.. tapi ma kata dia tak masak sebab dia nak pergi tolong rewang kenduri. sighh... sampai rumah memang le mak takde. takpe.. saya sebelom tu ada beli nasi beriani sebab ma kata dia tak masak so baik saya beli makanan siap2. malas nak masak. makan nasi beriani, then tengok tv. entah camne terlelap kejap kat kerusi tu. hehehhe.. petang dah pukul 6pm baru ma balik. wahh.. lama tu pergi rewang. ye la. belakang rumah saya kendurinya tu. takkan tak pergi pulakkan. orang kata bertemu bucu dapur. kawasan rumah saya tu kalo kenduri masih buat gotong royong. tapi bukan pree punya ye.. bayar lorrr...
~~
lepas ma sampai kitaorang borak2 kejap then dah maghrib. malam tenok cerekarama tv3. cerita mak jenis asyik membebel2 marah2. haaa.. hambekk... belom spm udah nak dapat cucu. tu le dianya. asyikkk la membebel. takde perkataan yang elok kuar dari mulut sebagai mak. jadi pengajaran kat kita semua. sekarang ni kalo yang jahat tu anak le, yang degil tu anak le. yang kurang ajar tu anak le. lansong takde sapa cakap pasal peel mak yang macam tu kan. jadi tv le yang jadi tukang beri kesedaran. ada mak2 yang asyik nk buat keputusanikut kehendak dia tak pikirkan kehendak anak lansong. terlalu mengongkong. apa2 pon kene ikut cakap dia. so, how? entah la.. lepas habis cerekarama, saya pon titonnnnn....
~~
ahad pagi, bangun terlambat le pulak. hehehhe.. pukul 7am baru bangun. sedap pulak tido. haihh.. rindu kat nezha. tak buat breakfast pon sebab ma nak pergi rewang tu lagi cepat. tolong ma siap2kan opah. sian kat opah. bertambah lemah. nak angkat tangan pon tak larat. kadang2 air liur meleleh2. aduhh..siannya. nak makan pon dah tak larat. sejak leps demam hari tu sekarang makan bubur nasi je la. nasi lembek pon dah tak boleh masok. dia dah macam tak larat nak telan nasi tu. sedih la. lepas siap2kan opah, ma pon pergi tolong kenduri tu. saya?? sambongtengok tv sampai lebam. sekali obek call daaaaa... yeahuuuuuu... obekbalik kl hari ahad. kata nak balik hari isnin. bagus2. obek kata dah nak sampai kl dah ni. lepas tu dia nak tido. obek suruh kejut nanti pukul 2pm. ok. no problem. lepas tu saya masak la sikit. sebab semalam tu tak masak so hari ni masak le kan. ahh..masak simple2 sudah. asam pedas dengan telor dadar. tapi kecoh je pulak dapor semalam sebab dah tumpahkan air ke lantai. mencikkkk. kene lap pulak. chehhh... tu baru masak telor dadar,kalo masak rendangtu mau terbalik dapor tu gamaknya.
~~
pukul 1130am tu ma balik. ajak pi makan kenduri. alamakkk..segannya. aduuuhh.. ma bising2 suruh pergi gak. haihh.. ye la..ye la.. tunggu kita nakpakai baju dulu. dannn..tunggu jangan pergi dulu kita nak pergi sama takmau pegi sorang, ahahhahaha.. ma kata macam takde hidong. saya jawab hidong ada, tapi kemek sikit tu yang segan tu. ehehhee.. lepas siap2 so pergi la makan kenduri. wahhh.. tema purple. lawa gak. pelamin lawa. ada macam rangka2 emas gitu. bukan rangka skeleton la.. camne ha? ala.. yang pesen sekarang tu le. taktau le apa namanya. laok pon kira boleh le tahan sedap. dia sembelih kambing. so laok kari kambing, ayamg oreng rempah, rendang hitam daging, pajeri nenas, ulam2, nasi minyak dan nasi putih, ikan masin apa entah namanya kecik2 ekor tirus, buah tembikai, air anggur..kata tema purple..harus air pon purple, then ada bubur pulut hitam. mmmmm... sedap gak. takde goodies bag. uwaaaaa..budak2 je dapat gula2 tangkai. uwaaa.. saya nak juga gula2 tuuuuu... lepas tu pegi pulak rumah kenduri satu lagi kat kampung depan. wahhhh... meriah jugak. yang ni pon tema purple. hehehhe.. hari purle sedunia la jawabnya. laok kat sini pon sedap. dia buat sambal tumis sotong kering, gulai lemak umbut, rojak buah, ayang goreng rempah, kari daging, air sirap. sini takde buah tapi ada bubur kacang hijau. sedap jugak. hehehehe...sini nasi putih je, nasi minyak takde. dapat goodies bag isi kopom dengan air karbonat tapi murah2 punya la. jenama apa ntah. jadi la.. ada le berkat bawak balik rumah. pelamin pon lawo. latar putih then macam ada kotak2 kaler biru muda. not bad. owh.. kedua2 kenduri yang saya pergi tu ialah rumah pengantin lelaki. kalo saya kenduri esok say anak bagi buku nota.. or buku 555 kat guest. hahahahha..kasi tulis apa2 yang penting jadi buku nota. muwhahaha.. kot2 la nak amik nombor telepon orang ke apa kan. ok la tu kan. dari bagi kopok2 tu. kalo maknya taknak buku tu, bagi le kat anaknyaboleh buat conteng2 kira2 math. haa..bagus tak? wahhhh. bila la nak kenduri tu? fuhhh.. tunggu bulan jadi 4 segi le gamaknya.
~~
ha.. masa kat rumah kenduri yang kedua saya pergi tu kan ada ternampak kucing cacat tau. kaki dia 3 je! yangkaki depan belah kiri tu takde.. eh..bukan takde tapi dah bengkok patah agaknya tapi tak diubatkan jadi dah jadi bengkok. aduhh..sedihnya. saya panggil dia lari pulakl takot agaknya. saya kejar, nak bawak balik. tapi ada 1 nenek kepoh ni kata jangan amik kot2 ada tuannya. saya kata macam ni punya rupa mana ada tuan.. comot kudis kaki patah. nenek tukata jangan pulak. hishhhh...mencik laaa.. ma kata takyah le.. nanti kot2 tuannya carik nanti susah. biorkan je. saya diam je la. masok kereta muncung 16 depa. hehehhehe.. bukan apa, sian tengok kucing tu. kurus melengkong macam tu mana ada tuan. takpela..saya harap kucing tu elok2 saja hendaknya. sian tengok dia lari terdengkot2 maklum, cuma ada 3 kali saje.
~~
apa lagi nak cerita? mmmm.. almaunah stress. sian kat dia. kan pasal rumah kena pecah hari tu, lappy dia hilangkan. kena buat balik tesis dia. aduhai..stress minah tu. saya doa semoga semua boleh settle. viva is next week. ish..ish..ishhhh.. all the best to her!
~~
malam tadi tak berapa nak tido. kejap2 terjaga. kejap2 terjaga. aduhhhh.. pening kepala la. tengok nezha krohh krohhh je. jealous betol. ni kepala rasa berpusing2 le pulak. pening la. maa macam bengkak. kenapa la saya selalu susah nak tidor. apply part time jaga ada paedahnya ni. huhuhuhu...
~~
owhh..lupa. malam tadi pergi amik katil opah kat rumah mama. katil tu yang macam katil hospital tu yang boleh bangun baring tu kan. so, senang sikit ma nak ganti pampers opah tu. sebelom ni kalo opah kat rumah ma just tido atas katil biasa je la. now ma pon dah tak larat. nak mengerjakan opah lagi. nak bawak naik kereta mama pulak mana le muat. so, tunggu obek balik dari johor tu le. so, malam tadi saya dengan obek pergi rumah mama amik katil tu. then pergi hantar balik rumah ma. mama ikut sekali. fuhhh... selesai satu tugas. thank you obek tolong hantarkan katil. lain kali tolong lagi ye.
~~
obek hari ni buzy. ada meeting katanya. ahhh..hari2 pon meeting. bior le dia dah keje dia. so hari ni tak boleh call2 or sms2 dia. nanti ganggu pulak. biar sampai dia call or sms saya. eh.. zuris kata nanti kalo lepas kawen boleh hangkot pegi ikut keje outstation? hahhahah.. takmau le saya. takmau ganggu dia keje. dia kan pergi kerja. takpe la.. saya tinggal pon boleh. lagippon kalo saya ada nanti dia tak boleh buat keje. sebab? sebab saya ni banyak songeh.. nak itu nak ini. hehehhee...
~~
apa lagi nak cerita ni. nezha? mmm..nakal seperti biasa. perlu ke diwarwarkan lagi?
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

3 comments:

meowwmania said...

amboii banyaknya citer bagus tol lah sume ingat hehe...

eh sian la kat kucin kaki tiga tu, nnti awk g sana balik la carik dier kompem xde tuan tu..cedih :(

MOKCIK AZWA said...

hehe...mcm mokcik kalau ada kenduri kendara di kampung cik abe, takmo pi ikut hubby...nak pi ikut MIL. Bukan sebab apa..pi sendiri orang tak kenal. klau ikut MIL...senang..tak perlu nak explain panjang lebar hehehe..

hehehe..takper biarkan la obek kerja..toksah ganggu. kenkadang tak sabar tengok suami atau isteri yg dok asyik kacau isteri/suami kat tempat kerja. kecuali ada life and death situation baru la calling2...hehehe atau lunch hour ke..ni nak meeting pun tak senang hehehe..

have a nice day yee

saya said...

meow--tu la..nanti nak round2 lagi at area tu. sian, hara kucing tu sihat walafiat.

mokcik--say akalo pergi kenduri mesti ngekor ma le.. kalo tak takkan saya kuar rumah. hahhaa.. malu.