mari mencari....

Google
 

Friday, October 8, 2010

macam2 isu lak hari ni.. hehehhe...



hello...

sapa yang nak tengok gambar budak domok tu? haa...hambek..hambek.. tengok tau jangan tak tengok. tapi ni je la yang ada. saya pon dah lama tak amik pic dia. hehehehe... saya seperti biasa hari2 je mesti rindu je kat dia ni. kenapa ha? walhal bukannya hensem sangat pon. degil lak tu. melawan pandai dah sekarang siap jegil2 bijik mata. amboiiii... sapa le ajar tu? bukan saya ke? saya yang selalu jegil2 mata kat dia kalo time marah kat dia. hahahahaa... dia tu nakal la sekarang. haihh...kadang2 hilang sabar..rasa macam nak keluar dah asap2 kat tinga nih. api kadang2 tu baik le sangat..rasa macam nak masokkan je dalam perot ni so boleh kendong dia bawak pegi mana2. hahahhahaha... ok..sangat tak lawak.

~~

apa nak cerita. hari ni pon banyak kerja tapi sementara tunggu price dari spuulier tukita jangan buang masa. kita tulis blog dulu sebagai pengubat hati yang lara. chewahhh.. bukan apa. tensen la dok mengadap keje je mengadap nombor2 mengadap carta2. pening. office? ahh..jangan cakap la. saya benci. benci dengan orang2 kat sini. pakkal le nak cari gaji kalo takkkk... eeeee... kalo dapat tempat lain pon bagus juga tapi takmau ke area2 yang jem2 padat tu. eee.. serik la.
~~
ni tadi dok call bank. 500x call tak jawab2. dah le semua process nak kene bayar. processing fees la kepala hanggok dia. walhal tu benda kita punya. nak mintak statement pon kene bayar. bila ditanya kenapa, jawapannya ini prosedur cikkkk...benci la. sikit2 duit, sikit2 duit. no wonder la bonus berbulan2. bank ni le sebenarnya ahlong yang berdaftar. lagi worst sebenarnya. ahhh.. cakap pon tak guna.
~~
ni sapa2 ada hantar anak kat nurseri tu, then nak buat or hantar birthday pack ke party pack ke tolong la.. tolong le bagi barang makan yang berkhasiat sikit. ni takk..pi bagi makanan ringan kopok2 tu, pi bagi jeli2 manis tu. mak pak budak lain tu punya le jenuh mengawal pemakanan anak kat rumah. ada yang sanggop masak snek sendiri untuk anak2 sebab nak pastikan benda tu berkhasiat walopon dalam kategori snek. sekali ko senang2 bagi jajan2 tu kat budak. budak dah tentu2 le memang setuju 500%. budak mana yang tak suka jajan2 tu kan. budak kalo dah sekali merasa jajan, lenkali dia nak lagi la jawabnya. sekarang nak carik healthy snack tak susah. search je kat tenet berlambak2 kuar, cumanya ko malas le tu kan nak buat sendiri. pikir nak senang je pegi supermarket ambik yang dah siap bungkus2 tu kan. kalo malas upah le kat orang suruh buat. macam tak biasa pulak. so, tolong consider anak orang lain. kan banyak lagi makanan berkhasiat untuk kanak2 yang boleh dijadikan party pack. kalo untuk orang tua takpe.. ko letak belacan bakar pon boleh. saya memang le takde anak lagi, tapi kalo ada esok then nk buat birthday party kat taska ke nurseri ke saya takkan bagi makanan ringan yang bukan2. tu. sebagaimana kita taknak anak kita makan benda yang penuh bahan perisa pewarna tu, sebegitu juga la kita jaga anak orang punya pemakanan. ok..tetiba cakap pasal pemakanan kanak2 pulakkan. khidmat pesanan masyarakat namanya.








ni kejap ni tadi ada lak mamat mana ntah call. konon dari bank nak buat clarification verification kad kredit. ahhahahha... tak pasal2 ko kena sembor tadi kan. merasa la. jangan keje nak menipu je. saya dah tentu2 takde kad kredit, dan nombor yang dia call tu.. nombor tu cuma obek aje yang ada. haa.. ni nombor rahsia. datang dari gua lapisanke tujuh punya ni. dah siap ditapakan selama 17 purnama. ahahhaha.. ntah le. jangan le korang2 yang ada kad kredit tu kene tipu. kalo betol bank yang call.. dia akan call guna nombor opis, bukan handphone. dan dia akankenalkan diri dulu cakap dari bank mana. so, mintak nombor dia balik cakap u tengah meeting nanti u return call. kalo dia kata tak bolehla itu ini banyak alasan, so maknanya korang tau le depa tu menipu. dont give them a chance to tipu2 u. jangan senang2 bagi personal info kat orang tak kira la orang bank ke apa ke melainkan u betol2 pasti itu orang bank yang sebenar. sekarang ni zaman nak senang carik duit je. kena extra hati2. tapi kadang dalam hati2 tu pon macam2 hal musibat menimpa. tu yang jaid masalah tu. so take care ye.
~~
apa lagi nak cakap. banyak pulak ceramah hari ni. sebenarnya banyak isu semasa yang nak dicakapkan. tapi malas le pulak. nati orang label blog ni macam2. walhal blog ni untk bersuka ria cerita pasal nezha. owh..semalam saya puasa kan. so, tak sempat buka. suma sempat minumair soya bean dan kuih seketol. sebab obek kata nak bawak pi dinner la dalam pukul 8pm macam tu. jadinya sambil buka tu sambil tengok tv jap. seperti biasa mamat kepochi nezha tu akan le nak jugak apa benda yang saya makan. haihh...dia pow air soya saya. sabar.. sabar... kuih pon nak jugak. hehehhee.. tapi dia tak suka kot kuih tu. saya pon taktau kuih tu nama apa. kaler coklat. dia potong 4 segi. lepas makan amik tisu nak lap mata nezha. macam tau2 je kan nampak saya amik tisu mencicit lari laju nyorok. chehhh.. penakot betol. tak macho la mamat tu. hehehehe...
~~
obek buzy. malam tadi tak buzy la. sebab sempat makan2 semua tu kan. lepas makan, balik. tu je la. pas tu tengok tv cerita entah hapa2 kat 412. cerita macamoranggila la kurung2 orang semua tu. hahehehhee.. ntah hapa2 pon tetap tengok sampai habis. pukul 11pm tido. 530am terjaga dah. malas nak bangun so just golek2 pelok nezha. suka le dia. eh, geram lah dengan dia tu!!!
~~
obek kata minggu ni nak kena kerja ke kuala selangor pulak. wahhh.. kuala selangor ada kelip2 kan? takboleh bawak balik ke kelip2 tu? kalo boleh nak la. mesti cantik malam2 ada kelip2. ye ke kelip2 simpan dalambotol? ke tu dalam cerita kartun je? owhhh... sedih la kurung2 pulak.
~~
okla.. sian kat korang baca merepek2 ni. hehehehhe.. have a nice weekend ye! saya punya weekend mesti tak best. sebab dah tau dah ada benda nak jadi. benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

6 comments:

Hazelsyd said...

hahahaha bestnyerrr baca your blog entry harini..gelak gelak dan gelak lagik at your tone sambil dalam hati cakap, aiii cik mek ni pot pet sunggoh2 nih hehehe

anyway, thanks for all the reminders yeah! altho i read and laugh all at the same time, mesej2 pesanan khidmat masyarakat u tu masuk ke kepala saya. thanks!

happy weekend!

meowwmania said...

mmg byk isu yg boleh dibincangkan di sini hahahah

eh! tetiba citer pasal pemakanan kanak-kanak ni, dah ada tanda-tanda ni, haaa.....pang pang kopang kopang kopang hehe

MOKCIK AZWA said...

hai boleh tahan jugak ucapan pesanan khidmat masyarakat hari ini...hahaha...macam2..

anyway...have a nice weekend..benda dijangka akan berlaku belum tentu akan berlaku...hehehe

nUR_rOsALiNdA said...

wahhhhhhhh
betul la
mmg leh buka forum nih

~dARlee zURiS~ said...

btol2.dengarlah nasihat pakar pemakanan kita nih
kita bukan mainlah jaga anak.tak kasi mkn itu ini,tup2 org lain main tibai bagi je.memang hangin 1 badan.
nanti kysh dah besar,kena lah pesan siap2 kat pengasuh tu jgn bg mkn bukan2.huhuu...

saya said...

hazel/meow/mokcik/mala/zuris--tu la.. kadang benda tu pada orang nampak kecik tapi pada kita besar. hehehehe..sesama saling mengingati.