mari mencari....

Google
 

Wednesday, October 13, 2010

obek dah balik dah...


hello...
apa nak cerita ni. lemau le pulak tetiba. owh.. tengok je la budak busuk tu. memang kompom busuk la. kenapa ha? hehehehe... malam tadi kasi layan dia baikkk punya. sikat2 bulu, garu2 perot, garu2 leher, pelok2, dokong2. wahhhh. kembang le ekornya. sabor je la. sian lak kat dia. dia je tak kesian kat saya. saya tengah tido malam tadi tetiba melompat atas bantal saya mana saya tak terkejut dog monkey hippopotamus semua tu. gila lah! terus terduduk saya dari tido tu. tu jadi terus sakit kepala berdenyut2. aduhhhhh.. mamat ni betol la. kot je pon nak gurau tunggu time tengok tv la. ni time tido. lepas tu dia takmau tido dah. memekak entah le kenapa. kejap nak kuar bilik. kejap nak masok bilik. eeee.. geram betol.
~~
obek call pagi buta tadi, pukul 3am.. kata baru sampai dari penang ke kl ni la. fuhh..syukur alhamdulillah. selamat pergi selamat balik. tu yang saya harapkan kalo dia pergi kerja keluar. tak kira le dekat ke jauh ke. ada hati lak tu nak ajak kuar pi minum2 pukul 3am. tak kuasa saya le. baik saya tido. bukan tak rindu tapi takpe la..dia pon penat. saya pon ala2 malas gitu. hahahahhaa..takpe..save for the best. so hari ni tadi dia bikin surprise le. tetiba je pukul 12pm tadi call.. ajak pi lunch. fuhhh... kecik stadium negara, stadium wimbledon saya tadahkan. ahhahahaha... mesti la mauuu.. takkan nak tolak pulakkan. bukan senang dia nak datang opis ajak lunch. yahuuuuuu... so tadi pi makan rojak. lama dah tingin makan rojak. sebab dah 2 hari berturut2 saya pergi carik lori rojak tu waktu balik dia dah takde dah. dah balik habis meniaga agaknya. kempunan tau. so harini lunch makan rojak la.. best. sedap. tapi pedas lak tak suka la pedas. hehehe... obek makan nasi ayam. minum air sirap. tu je pon air yangada kat lori tu. jadi la.. kenyang.. tak makan pon kenyanggggg.... sebab? sebab dah nampak muka comot orang tua tu. heheheh...
~~
lepas lunch dia hantar saya balik opis le. siap belikan tapau goreng keledek. untuk kunyah2. wahhh.. i lebiu obek... malam ni obek kerja. tapi kat kl je. takpe.. dah jumpa tadi cukup la. obek pon sebok tanya nezha sihat ke tak? chehhh... mesti lah sihat mamat tu. sihat dan nakal dan terejal.
~~
apa lagi nak cerita ni? mmmmm.. takde idea lah nak tulis. cukup le kot. nak buat kerja la ni banyak keje. pening kepala. kalo tengok kartun tak lak pening kepala kan? tu yang heran tu. hehehehe...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

5 comments:

Ummi said...

kalau jumpa kekasih hati, tak makan pun dah kenyang :)

Misz Pinkie Winkie said...

wahh..jumpa abg obek yerk. terubat rindu..
time jumpa abg obek ada sakit pening-pening paler tak?
hhehe..mestielah tak kan.
semoga berbahagia selalu.
kim salam kat nezha muchuk tue.

MOKCIK AZWA said...

Dah jumpe obek, marah kat nezha terus hilang kan kan kan...hahaha

meowwmania said...

hamboihhh dating makan rojak ekk...romantik bangat! ;)

apsal nezha busok aje haa? kasi mandi lar huhuu

saya said...

ummi/pinkie/mokcik/meow--ala..kasi chance le kita sekali sekala jumpa time lunch. hahahhaa...