mari mencari....

Google
 

Sunday, November 28, 2010

kenapa suka membebel ha???

kenapa orang suka membebel ha?? tak paham betol la pepagi dah nak memekak membebel. benda kecik je tapi bebel tu macamkan isu beso beno. suka asyik nak menekan je. tensen lah. runsing otak tau tak. nak kata tak reti berpikir dah tua, tak gak ubah2 perangai. di tegur pon salah tak ditegur lagi salah. kalo macam ni tak mustahil le semua orang blah. bila orangblah tau lak nak mengadu nasib kenapa orang tak suka dia la itu ni tok nenek dia la. bengang betol. menyakitkan hati tau tak? kenapa saya je yang kena? habis hati saya ni sapa nak jaga? biarkan je jadi tercongok digodek2 dek orang je? cakap lebih2 kang cepat je nak jatuh hukum itu ini. smbyg 50 waktu sehari semalam pon kalo peel tak reti nak berubah takde maknanya.

Wednesday, November 24, 2010

bosannyaaaaaaaaa..

ya allah ya tuhanku..
bosannya dok kat sini. serba tak kena lah. tak pernah rasa menyampah yang macam ni. adoiiiii...
~~
anyway.. dalam pada menyampah2 tu kan.. harus le kena teruskan jugak. hui..jangan cerita la. rasa nak blah je dah ni. tak tahan lah. hari2 doa supaya cepat waktu berlalu.
~~
apa nak cerita? semalam balik macam biasa. now takde nak tunggu2 balik lambat dah. buang karan makcik je. baik balik cepat mengulit kucing ada paedahnya. semalam ok. rumah pon kurang bersepah. uk-uk pasir pon ok. ada tumpah sikit2 je which is acceptable. air pon tak tumpah. makanan pon ok. ada sepah sikit2 je. biasa le tu kan. nezha pon ok. saya buka je pintu dia dulu melompat terejal2. suruh dukung la nak tengok luar. haihh.. dukung le kejap tengok luar bagi dia panjat gril pintu tu. suka la tu. gedik semacam. lepas tu kemas rumah. since semalam tengok macam bersih je say atak mop. just vacuum je. malas yang benonya. hahahahha.. lately mmg takde mood selalu. mondom lah! lepas kemas2 tengok tv kejap then mandi. by 8pm obek datang bawak pegi dinner. dinner ke mana kita? ke alamanda le pulak malam tadi. hahahah.. lama dah tak pergi sana. memula ingat nak makan kat food court. saya ok je. boleh makan popia crispy tu. sekali orang tua tu takmo pulak. haihhh.. ikut je la. aiman tak kisah. last2 makan kat anw. bluwekk..tak sedap dan mahal. try le yang dia promo tu apa ke namanya giant mozza ke apa. adohaii..lenyor. tau tak lenyor.. lembek, soggy..mcm tu lebih kurang. chehh..tak menyelerakan lansong. daging pon keras kejung. takde star nak bagi. mekdi tu 100kali ganda lebih bagus sedap dan fresh. saya tak pernah dapat mekdi yang lenyor. mesti bersih dan nampak segar. arghh..takmau makan anw lagi dah. bukan kali ni je.. last time pon macam tu jugak. aiyokkkk...
~~
lepas makan, pegi ronda2 kedai. masok kedai kasut, try kasut, masokkedai baju, acu2 baju, masok kedai henbeg, try test henbeg. tapi belinya idak. adalah satu stress yang melampau ye.. dah try test tak beli. adoiii.. pengsan! hahahhahaha.. takde la. saya pon just try my luck je..mana tau kot bulan terang dapat le seketol dua malam tadi. tapi sekian. obek kata jangan buat muka dugong.. kita survey dulu nanti kita beli. huhuhu.. dugong le sangat. mencik tau obek nih. anyway.. obek pegi johor pagi ni. pagi tadi dah kejut dia pukul 4am. sian. semoga segala urusan berjalan lancar ye. amin...
~~
lepas pusing, balik la apa lagi. obek pon nak rehat. saya pon dah mengantok. walhal baru pukul 940pm tu. hahahahhaha... tengaok tv kejap, garu nezha then terus tido. mimpi apa ntah. hari2 mesti mimpi kalo tak mimpi nanti tak sah. pukul 4am saya terjaga tu nezha pon sebok la pulak nak mengendeng2 kat kepala saya. sampai saya pulak tak merasa bantal tu. udah dia pulak nak take over. ini sudah lawan tokey. last2 saya amik bantal lain la. rebut dengan dia pon takde maknanya. geramlah!
~~
hari ni pegi keje jalan jem jugak. haihh..hari2 pon jem lah. tapi takpe la.. dah memang macam tu kan nak buat camne. nanti le saya jadi surirumah boleh dok rumah je. ehh... surirumah lak tetiba je kan. hahahhahaha... sehari dua nak le dok rumah. hari2 bertahun2 mau buntu otak saya. adoiiii... takmau lah. mesti nak keje juga. asal dapat jumpa2 orang jadi la.
~~
apa lagi nak cerita. tu je la kot. takde mood. menyampah! obek..balik la cepat.... uwwaa.. tapi obek kata jumaat baru balik sini. double uwaaaaaa.....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, November 23, 2010

its just another day..

hello..
apa nak cerita hari ni? ala..semuanya biasa2 je.. takde apa pon yang menarik. semalam balik macam biasa. balik2 kemas2 rumah. saya sudah dapat itu hadiah la dari nezha. haihh... dah lama tak bagi hadiah ni semalam dia bagi pulak. geram betol. sabar..sabar... sabar itu separuh dari nama sabaruddin tukang kasut. ehh..silap. hehehhee.. anyway.. hadiah utama berupa beberapa ketul yang masih lembek2. chehh..sorry la kot ada sapa yang tengah makan time baca blog ni. hahahhahaa... geram betol la. buat peel betol dia tu. jadinya sepanjang masa saya mengemas tu dia duduk diam je la kat pintu. kata orang bersalah.. harus le duduk diam2 kan. cuba kalo tak.. dia le yangjadi tukang kejor vacuum tu. dalam pada bebel2 tu kerja jalan jugak. bebel pon takde maknanya. buat je la. bising2 buat apa. haihhh.. lepas tu duduk kejap tengok tv. pukul 8pm tu obek sampai amik pergi dinner. lalalallaaa...
~~
ingat nak dinner kat mana. taktau le takde idea dah. pusing2 terus udah sampai ke kl peginya. haihhh... entah obek bawak pegi mana. area2 kg baru tu le. makan nasi biasa je. makanlaok ikan keli goreng rangup2. sedap. then makan sate jugak. hehehhee... then balik tu beli ice cream. sedap! lama dah takmakan ice cream. perisa kelapa. hehehehhee... lepas makan terus balik. takde pegi pusing2 mana pon. obek dapat call nak kene pi tegok site. haih..orang baru nak dating2 ni. takpe la.. pegi la keje saya pon dah mengantok time tu. obek hantar balik, saya tengok muzik2 kejap, entah le hapa2. tak best lansung le muzik2 sekarang. tak excited lansung. tak macam zaman dulu2. lagu pon ntah hapa2. ahhh..lupakan. baik le tido. masok bilik, pelok nezha, tidorrrr... ada mimpi. tapi entah mimpi apa dah lupa. pagi bangun awal. tak le awal. macam biasa je la pukul 530am tu dah terkebil2 bijik mata ni ha. call obek kejutkan dia pukul 630am. keje, keje..jangan tidoooo je. hehehehe...
~~
sebelom sampai opis tadi pi singgah esso kejap beli mineral water. beli 2 botol. 1 botol 2.40. dengan roti 1. sekali scan2 orangtu kata 3.50. hah?? biar betikkk????? saya kata ada diskaun ke? kalo tak dah sah2 ko salah scan price ni. ye la.. air ye dah 2.40 x 2=4.80 kan.. dia kata ye kak, ada diskaun. kalo amik air 2 dikira 1 harga. wahhh..bagus2. apa tak bagitau awal2 tadi.. hahahhaha...
~~
sampai opis--->>>boring!
~~
apa lagi nak cerita. lapar nih. rotii tadi beli pon tak bermakan. kureng sikit la nak makan sekarang. kena betol2 selera dan mood baru nak makan. tapi... tak gak kuruss.. apakah??
~~
ok..hajat nak makan sandwich belom kesampaian. macamkan susah beno nak buat sandwich tu kan. hehehehe... leceh le nak beli roti 1 buku tu tak boleh habis. nezha bukan nak makan sangat roti. kalo cheese kek ye le dia nak. membazir. bias abeli mesti takhabis. kalo sempat sampai weekend saya bawak balik rumah ma. tak le membazir sangat. tapi kadang lupa bawak balik, dah berkulat mcm tu je. paling kuat saya makan 4 keping roti tu je la. nak beli sandwich yang dah siap? subway. amboi..mahalnya. walhal roti je letak tomato letak salad tu je dah 7-8 hengget. ahhh.. tak kuasa la. yes, call me kedekot sometimes tapi tengok keadaan jugak la. hehehehe..
~~
ok la.. nanti sambong lagi. bosannnn.. eh..lagi berapa hari ni. saya buat makan2 nanti korang nak datang tak?
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, November 22, 2010

delima..dilema.. hehehe..

hello..
hari ni takde gambar lagi. hehehhehe..sorry la. nanti la ye saya tepek gambar nezha banyak2. kot2 la korang rindu kat dia tu kan. ala..budak itam yang busuk air mata meleleh air liur pon meleleh tu. saya yang jumpa hari2 pon rindu rasa nak picit2 je dia tu. in fact memangd ah picit pon. hahahhaa..
~~
so how was your aidiladha holiday? ok? tak ok? saya biasa2 je. buzy le jugakkan. hehhe... kata raya. ada sikit demam. tapi takpe la. sakit kepala yang benonya. khamis jumaat tu saya bantai cuti gak. lantak la. tak kuasa dah nak dok kat sini.
~~
apa nak cerita ye.. takde apa la. sejak 2 menjak ni mood entah ke mana. tu la mujur ada buah hati hitam busuk tu yang dikelek hari2. owh..sekarang dia pandai dah gaduh2 dengan kucing luar tu. very the pentamak kasih sayang okeh... jangan le dia nampak saya pegang kucing lain. memang alamat hazab le dikerjakan kucing tu. masalahnya dengan saya sekali kena. hahahha.. ye la dia marah2 kan cakar2 tu kena saya sekali la. sabor je la. aduhaiii.. apappon saya sayang semua budak2 tu. tapi now ada sikit dalam delima.. eh..dilema... by january macam nak pindah rumah. saya dok pikir camne dengan budak2 tu. sapa nak bagi labu makan nanti. labutu kucing kelabu. gemok boleh tahan tapi dia je la sekor yang saya tak pernah pegang. dia tak mau. nampak kita dekat je dia mencicit lari dulu. dia datang sekadar untuk makan je. sehari 2 kali dia datang. pagi dengan petang. kalo dia nampak saya ada kat rumah tu kang dia senyap2 je datang makan. if nampak saya macam nak datang kat dia, dia lari. dah 2 tahun ni macam ni la dia. dari kecik sampai ke besar. entah apa yang dia takotkan saya pon tak tahu.tu yang saya risau tu. perluke saya hagkot semua tu ikut saya? ayooyoooo...pengsan makcik nanti. if tak bawak kang sapa nak bagi makan? sapa nak sapu minyak gamat kalo luka gadoh2? if bawak kang takot pulak if ada tuannya. dann..aduhh..macam2 benda nak pikir ni. tanya nezha dia diam je. chehh..mamat tu tak boleh nak dibawak berbincang. keputusan mesti nak ikutkeputusan dia je. hahahhaha... kata kuasa veto. harus lah kan. tu yang saya dok pikir2 nih. aduh... dilema.. dilema...
~~
ok..tetiba teringin sandwich. mana mau carik??? yang banyak salad2 dan tomato. yummy.. err..ada sesapa rajin tolong buatkan? hahhahaa...
~~
bab obek pulak.. bias aje la. dia bz dengan kerja dia la kan. kadang sian tengok kerja siangmalam. haii..susah rupanya carik duit ye. masa ni insaf le kejap kan mengenangkan betapa susahnya carik duit, tapi kang bila dah termasok je dalam jusco tu kang lupa segalanya. mata kuar bintang2 bersinar tengok tag less. uwwaaaa.... obekkk... belanja oby soping pleaseee.. erkk..sempat jugak tu. hahaha...
~~
apa lagi nak cerita ni. entah la.. takde idea dah. eh..kalo saya buat makan2 korangnak datang tak? sapa tak datang rugi la tu.. hahahhaa..
~~
okla..tu je yang mampu dimerapukan hari ni. adios!!
~~
i love you obek..
i love you nehza..
i love all of you..

Tuesday, November 16, 2010

sempena hari raya qurban..

qurban tahun ini...
banyak yang saya qurbankan tahun ni..
macam2 jenis, macam2 gaya..
tapi takpe la.. moga ada hikmahnya...

Monday, November 15, 2010

sudah...

i've tender my resignation this morning..
~~
wish me all the best and lots of luck!

Friday, November 12, 2010

hujan!...

source : google image

hello... dah jumaat dah hari ni. pagi2 dah hujan lebat kan. wah..sedap betol bergulung dalam selimut. nezha pon tido berdengkor2. geram pulak rasanya. terus cubit2 pipi dia tu. alalallaa.. sian dia pepagi kena cubit dah. hehehehhe... ala.. bukan cubit kuat pon, cubit sayang2 manja. tiada lansung unsur2 penderaan disitu, infact, saya je yang selalu kene dera dengan dia menyepah rumah bukan main.
~~
apa nak cerita pepagi ni? mmmm... cerita semalam lah dulu. semalam balik macam biasa. takde apa pon yang menarik. balik kemas2 rumah. nezha entah buat apa semalam berlatih kungfu agaknya rumah macam nak terbalik dibuatnya. air minum, tumpah, paper alas tempat uk-uk udah terbang, remote tv dah jatuh dari kabinet. sabar.. sabar.. sabar.. sabar itu separuh dari nama sabarudin tukang kasut. chehh... geram betol. tapi takpe.. kemas je la kan. sambil kemas, bebelkan dia. dia tau kene bebel dok diam je la kat pintu tu buat muka kesian dia tu. saje je saya sodok2 vacuum tu dekat dia bagi dia tensen. hahahhahaha.. lepas kemas tengok tv. tak boleh miss le cerita the four kat 8tv tu petang2. best. dah habis kot semalam dah perang2 orang jahat semua dah mati. korang try le tengok. hehehhee... lepas tu mandi, tunggu obek datang jemput pegi dinner. yahuuu...
~~
biasa saya kan tak minat sangat ayam2 ni..tapi semalam macam le tingin beno kehepsi tu. ajak obek makan kehepsi tu tapi obek nk makan roti nan. takpe la.. tapau kehepsi, so makan kat kedai roti nan. cheese nan satuuuuuuuu.. eh..sorry, duaaaaaaa.. hahahhahha.. saya suka cheese nan. nak2 pulak cicah dengan kuah hijau mint ia tu waduhhh..sedap lah. erkk..tapi nak tengok2 gak tukang buatnya tu. kalo misai melintang saya takmau. hehehhehe...so, kenyang. minum air teh o ais limau. ok la tu kan. lepas makan, sakit perot, sampai le sekarang. hehehehhee... saya rasa la kan, saya ni tak boleh makan banyak le kot. kene makan sikit2 tapi kerap. agaknya la..nanti nak try.
~~
lepas makan, balik la. apa lagi. obek pon balik, bua keje kat rumah. ketak ketuk2 sekalidai call cakap benda yang dia uat tu hilang. hah?? hilang? camne tu? dia kata dia dah save, tapi bila bukak balik takde file tu. even kat recent document pon takde. aik..camno tu? saya lagi le tak reti bab2 computer nih. tak dapat nak nolong. bagi gak beberapa idea tapi nampaknya tak membantu lansung. hehehehhee..sian obek. penat2 buat sekali hilang bendanya. pelik betol la. boleh terjadi ke? check kat recycle bin pon takde, kat reent document pon takde, search file name pon takde..camne tuh? sapa pakar IT tu kasi inform sikit. virus ke? bakteria ke? kura2 ke? hishhh..macam2 istilah komputer ni.
~~
pagi ni liat betol nak bangun. hujan katakan. heheheh. jalan jem le kalo hujan kan. tapi takpe la.. hujan kan rahmat.. hujan kan rezeki.. syukur alhamdulillah. buatnya tak hujan2 panas kemarau haa.. lagi payah. so, hari ni takde mood. ahhh..saya mana pernah ada mood..selalu je takde mood tu. hahahhaha...
~~
apa lagi nak cerita. owh..esok nak pergi mana? saya macam banyak hal le pulak. hal kat rumah sini, hal kat rumah ma. haihh..pening kepala la. harap2 weekend ni berlalu dengan baik dan lancar.
~~
semalam bukak u-tube tu.. tengok le orang buat brownies. wahh..macam sedap je kan. tingin le buat. tapi takot le. sebab kebarangkalian untuk gagal menjadi brownies adalah cerah. hehehhehe.. saya ni minat masak2 kek kuih semua ni tapi tak menjadi. hehehhee.. takpe la.. nanti ingat nak try jugak. kalo jadi nanti saya inform kat sini ye. hehehehhe.. fuh, fuh.. moga2 menjadi le brownies saya tu.
~~
ok la.. nanti la sambong lagi. have a nice weekend.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, November 11, 2010

terlupa le pulak..

source : google image

heheheh..sorry, sorry.. terlupa le pulak nak update blog hari ni. ala2 bz gitu. cheh.. mencik lah. dah2..takmau mencik2..nak happy2 je. anywayyyyy.. hari ni bz gak le kan. baiasa je la tu. perot tak berapa sedap la dari malam tadi. malam tadi lepas dinner tu perot bunyik2 gong-gong-gong.. angin kot.. sapu minyak angin ada lega sikit tapi takde lak dia putttt prottt pottt potttt ke apa kan. tu yang sakit perot tu. tido dalam keadaan yang tak selesa sangat. makan apa malam tadi yang sampai sakit perot tu. makan biasa je. makan char kuey tiow dengan obek, then makan burger, hehehehee...makan banyak kot tu le pasal sakit perot. tak le.. char kuey teow tu makan sekerat je. tak sedap le. udang dia rasa macam ada bau. tu yan makan burger pulak tu. belom habis makan lagi dah perut dah gedung gedang. haihh..macam2 hal. balik tido je la. owh..pelok nezha dulu la mana boleh tak pelok dia. pas tu suruh dia tido jejauh sebab saya tak selesa. hahahhaa....
~~
pagi ni bangun lambat. liat betol. then jalan pulak jem melampau. dari nak kuar depan rumah pon kreta dah berderet. sabar je la. jalan depantu kadang clear semacam je. kadangtu jammed pack sampai tak bergerak. entah le apa kenanya. ke sebab hari ni result upsr kuar tu so semua ibu bapa nak pegi sekolah anak? saya baru kejap ni je pon pukul 3 ni tau ha result kuar hari ni. ahhahaha.. tak mengikuti perkembangan dunia lansung. kepada adik atau anak atau sedara sepupu sepapat sesapa yang amik upsr tu saya doakan semoga berjaya... lepas sudah satu peperiksaan penting dalam sejarah pembelajaran . sekarang budak 5a belambak2.. patotnya kat result tu tulis le kan dia dapat A tu berapa % markahnya. hahahhaha... apapon harap semua ok2 je la.
~~
obek... seperti biasa bz. owh..dia pon sakit perot jugak pagi tadi 3 kali melawat mr. tan katanya. hahahhaha.. so sah le makanan semalam tu ada problem sikit la agaknya. hari ni obek kerja sekitar2 kl ni je tapi merata perginya. pagi kat sini, tengahhari kat sana, petang kat sinun. huii..tu kalo kira jalan terus lurus highway mau dah sampai penang agaknya tu. takpe.. kerja la selagi larat. saya doa semua berjaya. aminnn ya rabbal a'lamin...
~~
by now tengah hujan lebat kat sini. terus terbayang nezha. dia tak suka hujan2 gelap2 ni. penakot. dia gelap takpe, jangan cuaca gelap. nanti dia dok menyorok bawah meja, bawah sofa, belakang almari. sian dia saya takde nak pujuk2 dia time hujan ni. uuuhuhuhuhuuu.. i love you nehza. dok rumah baik2. jangan nakal2. lepas makantido ye. dan... tolong... tolong jangan sepahkan rumahhhhhhhhhhhhhh.. tak larat nak kena kemas hari2. bagi la chance saya cuti sehari dari mengemas rumah tu. pleaseeeeeeeeeee...
~~
pada kawan2 yang doakan saya dapat kerja baru tu terima kasih banyak2. moga allah yang membalas jasa baik anda semua. kalo saya dapat nanti saya bagitau kat blog ni. hehehehhe...
~~
apa lagi ye? owhh... tu je la kot. sayang anda semua!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, November 10, 2010

saje je..

source : google
~~
hehehehe.. saje je la boh gamabr tu kan. sebab saya teringin makan ice cream. lama betol rasanya dah tak makan ice cream tu. lagi satu tu pasal orangtak paham bahasa.. haa..kan dah kena..orangkata nanti, nanti taknak dengar, degil.. nak ice cream dove dapat makan sabun dove. hahahhahaa.. takpe la kan.. lawak sengal pepagi ni.
~~
so apa nak cerita ni? entah la.. bosan. about nak tulis surat chenta tu.. dah discuss dengan obek. harus le kan berdigusi dulu mintak pendapat. obek kata ok. aduhaiii.... korang jangan tak tau.. nak raya haji ni tak dibaginya cuti. hahhahaha.. lawak betol la. dulu keje dengan cha ya nun alif ppon dapat je cuti tak kira le raya ke tak raya ke apa ke benda ke. anyway..saya macam suspek one of the staff in here tau i ada blog ni. so, if u read about about this... go to hell. i dont give a damn about you, blah laaa... (kalo dia baca le.. kalo dia tak baca takpe..abaikan ayat2 berunsur jahat tu). hahahhaha....
~~
saya mati2 ingat raya haji tu this week. owhh..sengal sungguh. rupanya next week la. takpe2.. saya ada banyak urusan nak diuruskan ni. korang doa2kan saya dapat tempat baru ye. aminnn...
~~
nezha ok je. malam tadi dia tido sendiri. tak tidor katil. boleh percaya ke? chehh.. betol la tu. tapi kejap je. by pukul 2am dah terhegeh2 panjat katil nak menyelit. sebok je tau. tapi saya suka je. kasi pelokkuat2 sampai dia bunyik ngeowwww.. hehehhe..rasakan. sapa suruh comel sangat. pagi tadi ajak kuar bilik punya liat. geram betol la. seperti biasa dia melembikkan badannya dan saya terpaksa dokong dengan penuh semangat. fuhhh..pepagi dah excercise nih. anyway.. raya tak berapa boleh tido la malam tadi. kejap2 terjaga, kejap2 terjaga. ehh..bukan saya memang selalu macam tu je ke? hahhahahha... ok la tu kan dapat gak lelap2 kejap. syukurr.. buatnya macam orang yang sakit tak boleh tidor tu lagi teruk. terkebil2 je. 530am saya dah bangun dah. cerah bijik mata tapi malas nak bangun. so golek2 sambil garu perot nezha. pusing kiri pusing kanan.. dah 630am baru bangun kemas2 lebih kurang. then pegi keje.
~~
semalam balik singgah pasar malam. beli makanan since obek takde semalam. dia pegi johor so saya kena beli makanan siap2 le kan sebab malas nak kuar dah kalo dah masok rumah. pusing2 pasar malam tak tau nak beli apa. takde selera. last2 beli nasi lemak, letak laok ikan sardin dengan ayam masak merah. tu diaaa.. sampai 2 laok. hahhahaha... rm5. ok la tu kan sebab ada 2 laok. then beli air mata kucing dengan air durian belanda. sedap pulak air durian belanda tu nanti nak beli lah dia punya pati kordial tu. jenama apa yang sedap ha?? then beli kuih tepung bungkus 2 bijik. tapi makan sebijik je sebab dah kenyang sangat2. pusing2 lagi jumpa orang jual sticker2 dinding tu kan. alahai..murah je rm3. beli la jugak. entah bila nak tampal. jangan esok sudahnya terperap je kat dalam laci kat rumah tu. hehehhehe.... beli gambar bunga tulip semalam. siap ada rama-rama terbang2 gitu. wahhh.. bernagan tak sudah le tapi entah bila nak tampal. tengok la weekend ke kan. kalo saya tegah tampal nanti mesti aa mamat hitam tu sebok2 nak tengok gak. dia suka beno mengaco saya kalo nampak saya buat keje. kalo baca paper lagi la.. dia siap baring atas paper tu. sabor je la. eh..terselit jugak cerita nezha dalam ni ye hehehe....
~~
so obek pergi keje johor semalam. tup2 pukul 2am tu dia call kata dah sampai kl balik. wahhh.. superman kah???? saya kata apsal tak tido je sana nanti pepagi balik sini. dia kata takpela.. eosk boleh bangun lambat sikit. dia pesan suruh kejut dia pukul 8am. ok je la.. tak kira la kan. asal dia selamat pergi selamat balik. so, tadi pukul 8am tu call dia le. jawapannya nanti pukul 9am kejut lagi. gggrrrr.. selalu macam tu la dia. hehehhee... sebelom cakap bye2 kasi dia ceramah pagi sikit dulu. buka apa..motivasi pagi katanya. hahhahahahha.... love him so much.
~~
apa lagi nak cerita ni. opis? jangan kau sebut perkataan opis tu. tak masok book.
~~
ok la... saya sayang anda semua! bila la dapat peluang nak jumpa2 ye...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, November 9, 2010

4 hari punya cerita...


hello..

sorry sebab rasa macam lama sangat dah tak menulis. gambar nezha pon dah tak letak dah. hehehhee.. nanti la. sekarang macam tak keruan sikit. tu gambar atas tu saje je letak sebab nampak cun pulak. hantam laaa...
~~
amacam cuti 3 hari? best ke tak best? apa 2la kan. saya macam biasa je. jumaat tu bangun lambat. tak le lambat sangat, by 8am dah tercelik bijik mata. kira lambat le kan dari hari biasa2 tu. anyway... lepas tu pi jalan2 dengan obek kat jalan tar. cari entah hapa benda berlengas jalan. then rehat jap smbyg jumaat, lepas tu sambong lagi pusing2. dapat dah apa benda yang dikehendaki. lepas tu balik, pelok nezha kejap then pergi salon pulak. lama dah tak pergi salon. saje je la bagi chance kat rambut bersuka ria kejap. lepas tu balik rumah. penat sangat. rasa nak tidor mata pedih2 dahtapi tak boleh lelap pulak. malam obek datang bawak pi dinner.
~~
sabtu, pegi jalan2 lagi. memeningkan kepala. petang balik rumah. penat. terus balik rumah ma pulak. sampai rumah ma tengok orang tengah repair2 apa benda ntah kat rumah. lantak la malas nak masok campor. malam tido sebab penat.
~~
ahad, pegi pasar nak beli laok2. ma tak ikut sebab ada orang nak repair rumah tu kan. so ma kirimkan apa yang perlu dibeli. saya beli udang dengan kerang. nak balik tu tengok tayar kereta pancit. eeeee.. saya ingat kurang angin je ingat nak pi je petrol station untuk pam angin tapi kat depan pasar ada kedai tayar bawak je la pi sana. sampai kedai mintak tolong orang tu tengok2kan. ye ke kurang angin ke atau pancit ke. orang tu cek2 sekali pancit da..ada paku panjang jari kelinking dah berkarat. chehh.. takotnya. then orang tu tampalkan. wah..nampak macam senang je dia tampal. macam cocok je pas tu tarik dah tu siap! idak le teman tau cam gitu rupanya. so sebab tak confiden, saya call obek. obek kata memang macam tu sebab tayar tubeless. oooo..mana le nak tau. sebab selama ni tau isi minyak je. hehehe... lepas tu balik la. maosk je rumah ma terus ngadu2 pasal tayar. hishhh..terok perangai betol. lepas tu masak. saya masak gula lemak kerang dengan sambal tumis udang. 2 je la, tak larat dah. petang, ibu dengan almaunah dengan mama datang. owh..ada tetamu lain jugak, saje je la bincang2 makan2. lepas tu balik. sampai rumah dah petang pukul 7pm macam tu. penat sangat. malam tidooooo....
~~
isnin semalam saya tak kerja. ad ahal sikit so cuti le. ingatkan nak cut half day petang je tapi tak boleh le pulak. so amik je la fullday. lantak le. saha dah bincang dengan obek nak resign dari sini. obek kata nanti dia pikirkan dulu. ehhh.. kita yang nak berenti dia lak yang nak pikir? hehehhee...saya memang suka bagi masalah2 kat obek bagi dia pikirkan untuk pihak saya. so saya takyah pikir la. saya cuma nak keputusan je. hehhehe.... saya kata jangan pikir lama. surat dah tulis just nak print out je. owh... sayang keje ni tapi environment dia tu ya tuhann..sabor je la.
~~
apa lagi? nezha? ok je mamat tu. tido menyebokkkkk jenak menyelit. tempat sendiri ada taknak. nak juga mask dalam selimut orang. geram lah! tapi takpe..sedap je tido pelok dia tu gebu2. nakal macam biasa. kacau sana sini. mmm..kalo nak cerita pasal nezha tak habis2 le jawabnya. love him to the bits!
~~
ok la..tu je la kot nak tulis. tak larat la. otak buntu.bye!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, November 4, 2010

nota ringkas lagi tapi kira boleh la baca...

hello..
hari ni pon takde gambar. terok betol hari ni semuanya kelam kabut. orang tu salahkan orang ni, orang ni salahkan orang tu. huhuhuhu...kita kat tengah2 le yang tersepit. aduhaiii.. sekarang nak type pon asyik la tersalah je. entah jadi hapa2. macamkan tak pernah menaip.
~~
ok..apa nak cerita ye? mmm.entah la. eh..ada ke orang pergi haji tu tetibaje tau kena pergi? bukan dia dah inform awal2 ke hari tu lagi. tak logic rasanya kalo short notice... rasanya je. korang rasa? ada ke? setau saya kalo dalam tabung haji pon kalo dalam senarai menunggu tu dia akan inform awal2. bukannya kejap2 ni inform kejap2 ni kene pergi. betol tak? ke orang tu tipu? hehehehe.. sukati ko le labu.. nak tipu pergi haji...owh..ni bukan kes orang organizer tipu orang, ni kes orang2 ni ckp kat kita kawan dia ni tetiba je dia kene pergi haji. lorr.. angin takde ribut takde. dapat panggilan tetiba katanya. ye ke? taktau le..pepandai dia le.
~~
nezha sihat. sayang sangat kat dia. kenapa ha? balik semalam singgah pasar malam beli sate & burger. balik rumahlepas kemas semua mandi so start le makan sate. ala..bukan banyak pon. 5 cucuk je tu pon tak habis. baru makan 3 cocok. tapi, si nezha menyebok. dia jilat2 saya dah marah kat dia sekali terjilat kat kuah so amacam??? melompat le kan lidah tak berhenti menjilat mulut kepedasan agaknya. actually tak le pedas tapi kucing mana le tahan cili. agaknya la. saya risau je kot dia sakit perot tapi tengok pagi tadi ok je. syukur alhamdulillah. terbalik saya pulak yang sakit perot. so, dinner malam nitakyah beli. sebab burger semalam ada nanti panaskan je la. huhuhu...
~~
obek pon semakin buzy. hehehhe..malam tadi dia call ajak kuar. ahh.malas le dah tido masa tu dah pukul 1030pm. malas le. tido lagi baik. lagipon macam takde mood je nak keluar2. dia ajak jugak2. saya malas le. hehehehe.. biarkan sebulan tak jumpa baru betol. kata buzy sangat so takyah le jumpa kan. wat pe lak jumpa2 tu. biar la genapkan sebulan takyah jumpa. bluwekkk...
~~
opis?? aduhaii..boleh bikin sakit jantong wooo...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Wednesday, November 3, 2010

nota ringkas..

apa nak cerita ye.. persoalan yang masih tergantung2.. tapi kan.. susah nak cakap la. banyak je anasir2 luar yang menyebabkan kita lak kene berhadapan dengan perkara yang tak best..macam yang saya alami tu le. hishhh.. bila le nak insaf...
~~
dah berapa hari tak menulis. fed-up. fed-up dengan kerja. kerja ni ok..tapi management yang macam.. macam apa ye? hehehehe..kutuk lelebih kang im still working here. if nk telungkop tggu i blah dulu. huhuhuhuhu...
~~
nezha sihat. walafiat. nakal. degil. berak merata. geram. sabar. ggrrrrr... actually dia nak bangun berak, dia dah kejut saya pon tak saya yang tak sedar2 sebab ingatkan mimpi. sekali dia meowww kuat baru le saya melompat. baru tengah duung belom sempat bukak pintu dia dah melepas daaa..plupp katanya... sabar je la. buat peel betol mamat tu. so sebagai hukuman dia tido luar bilik malam tadi. sian dia saya denganr dia garu2 pintu nak masok tapi saya buat keras hati je. owh..sambil nangis juga. dah pagi tu baru saya bukak pintu. dia punya meluru masok jgn cakap la. sayang nezha. im sorry, but u must say your sorry too. huhuhuhu..
~~
obek? sihat alhamdulillah. makin banyak kerja. biarkan la. saya pontakde mood sangat nak keluar2 tu. dok rumah ngadap tv then tido. tu je la. dinner pon dah kurang kadang2 je. hishh..ada harapan kurus ni. yahuuu..
~~
saya? sengal seperti biasa.

Monday, November 1, 2010

masih...

masih....