mari mencari....

Google
 

Tuesday, November 9, 2010

4 hari punya cerita...


hello..

sorry sebab rasa macam lama sangat dah tak menulis. gambar nezha pon dah tak letak dah. hehehhee.. nanti la. sekarang macam tak keruan sikit. tu gambar atas tu saje je letak sebab nampak cun pulak. hantam laaa...
~~
amacam cuti 3 hari? best ke tak best? apa 2la kan. saya macam biasa je. jumaat tu bangun lambat. tak le lambat sangat, by 8am dah tercelik bijik mata. kira lambat le kan dari hari biasa2 tu. anyway... lepas tu pi jalan2 dengan obek kat jalan tar. cari entah hapa benda berlengas jalan. then rehat jap smbyg jumaat, lepas tu sambong lagi pusing2. dapat dah apa benda yang dikehendaki. lepas tu balik, pelok nezha kejap then pergi salon pulak. lama dah tak pergi salon. saje je la bagi chance kat rambut bersuka ria kejap. lepas tu balik rumah. penat sangat. rasa nak tidor mata pedih2 dahtapi tak boleh lelap pulak. malam obek datang bawak pi dinner.
~~
sabtu, pegi jalan2 lagi. memeningkan kepala. petang balik rumah. penat. terus balik rumah ma pulak. sampai rumah ma tengok orang tengah repair2 apa benda ntah kat rumah. lantak la malas nak masok campor. malam tido sebab penat.
~~
ahad, pegi pasar nak beli laok2. ma tak ikut sebab ada orang nak repair rumah tu kan. so ma kirimkan apa yang perlu dibeli. saya beli udang dengan kerang. nak balik tu tengok tayar kereta pancit. eeeee.. saya ingat kurang angin je ingat nak pi je petrol station untuk pam angin tapi kat depan pasar ada kedai tayar bawak je la pi sana. sampai kedai mintak tolong orang tu tengok2kan. ye ke kurang angin ke atau pancit ke. orang tu cek2 sekali pancit da..ada paku panjang jari kelinking dah berkarat. chehh.. takotnya. then orang tu tampalkan. wah..nampak macam senang je dia tampal. macam cocok je pas tu tarik dah tu siap! idak le teman tau cam gitu rupanya. so sebab tak confiden, saya call obek. obek kata memang macam tu sebab tayar tubeless. oooo..mana le nak tau. sebab selama ni tau isi minyak je. hehehe... lepas tu balik la. maosk je rumah ma terus ngadu2 pasal tayar. hishhh..terok perangai betol. lepas tu masak. saya masak gula lemak kerang dengan sambal tumis udang. 2 je la, tak larat dah. petang, ibu dengan almaunah dengan mama datang. owh..ada tetamu lain jugak, saje je la bincang2 makan2. lepas tu balik. sampai rumah dah petang pukul 7pm macam tu. penat sangat. malam tidooooo....
~~
isnin semalam saya tak kerja. ad ahal sikit so cuti le. ingatkan nak cut half day petang je tapi tak boleh le pulak. so amik je la fullday. lantak le. saha dah bincang dengan obek nak resign dari sini. obek kata nanti dia pikirkan dulu. ehhh.. kita yang nak berenti dia lak yang nak pikir? hehehhee...saya memang suka bagi masalah2 kat obek bagi dia pikirkan untuk pihak saya. so saya takyah pikir la. saya cuma nak keputusan je. hehhehe.... saya kata jangan pikir lama. surat dah tulis just nak print out je. owh... sayang keje ni tapi environment dia tu ya tuhann..sabor je la.
~~
apa lagi? nezha? ok je mamat tu. tido menyebokkkkk jenak menyelit. tempat sendiri ada taknak. nak juga mask dalam selimut orang. geram lah! tapi takpe..sedap je tido pelok dia tu gebu2. nakal macam biasa. kacau sana sini. mmm..kalo nak cerita pasal nezha tak habis2 le jawabnya. love him to the bits!
~~
ok la..tu je la kot nak tulis. tak larat la. otak buntu.bye!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

alamak nak resign ker leeya.
takpe..rezeki ada dimana-mana.
kalo kijer..tapie keadaan tak tennag..pon pening kepala.

banyakkan berehat yerk.

Hazelsyd said...

hi saya,

sabar yer...skang ni musim ramai org tak keruan kot..hang tough there ok..

oo nak resign and cari kejer baru yer? hrmm..environment kejer tu mmg lah penting kan..baru la rasa happy nak kejer kan, kejer tak best pon jadik best..if u think that's the best way to go for..jalannnn dan redahhhh sajer hehehe and kalau lepas2 decide gitu tu, hati rasa tenang..haa insyaallah betullah tu..tp kalau tak baper nak tenang...hrmmm...hehehe all the best anyway!!

meowwmania said...

xper la bekorban skit cari keje lain, keje bagus suasana tak bagus pon tak boleh jugak nnti tension stress memanjang not gud not gud... :D

saya said...

pinkie/hazel/meow--tu la.. suasana kerja tu penting la...doakan saya ye...