mari mencari....

Google
 

Friday, November 12, 2010

hujan!...

source : google image

hello... dah jumaat dah hari ni. pagi2 dah hujan lebat kan. wah..sedap betol bergulung dalam selimut. nezha pon tido berdengkor2. geram pulak rasanya. terus cubit2 pipi dia tu. alalallaa.. sian dia pepagi kena cubit dah. hehehehhe... ala.. bukan cubit kuat pon, cubit sayang2 manja. tiada lansung unsur2 penderaan disitu, infact, saya je yang selalu kene dera dengan dia menyepah rumah bukan main.
~~
apa nak cerita pepagi ni? mmmm... cerita semalam lah dulu. semalam balik macam biasa. takde apa pon yang menarik. balik kemas2 rumah. nezha entah buat apa semalam berlatih kungfu agaknya rumah macam nak terbalik dibuatnya. air minum, tumpah, paper alas tempat uk-uk udah terbang, remote tv dah jatuh dari kabinet. sabar.. sabar.. sabar.. sabar itu separuh dari nama sabarudin tukang kasut. chehh... geram betol. tapi takpe.. kemas je la kan. sambil kemas, bebelkan dia. dia tau kene bebel dok diam je la kat pintu tu buat muka kesian dia tu. saje je saya sodok2 vacuum tu dekat dia bagi dia tensen. hahahhahaha.. lepas kemas tengok tv. tak boleh miss le cerita the four kat 8tv tu petang2. best. dah habis kot semalam dah perang2 orang jahat semua dah mati. korang try le tengok. hehehhee... lepas tu mandi, tunggu obek datang jemput pegi dinner. yahuuu...
~~
biasa saya kan tak minat sangat ayam2 ni..tapi semalam macam le tingin beno kehepsi tu. ajak obek makan kehepsi tu tapi obek nk makan roti nan. takpe la.. tapau kehepsi, so makan kat kedai roti nan. cheese nan satuuuuuuuu.. eh..sorry, duaaaaaaa.. hahahhahha.. saya suka cheese nan. nak2 pulak cicah dengan kuah hijau mint ia tu waduhhh..sedap lah. erkk..tapi nak tengok2 gak tukang buatnya tu. kalo misai melintang saya takmau. hehehhehe...so, kenyang. minum air teh o ais limau. ok la tu kan. lepas makan, sakit perot, sampai le sekarang. hehehehhee... saya rasa la kan, saya ni tak boleh makan banyak le kot. kene makan sikit2 tapi kerap. agaknya la..nanti nak try.
~~
lepas makan, balik la. apa lagi. obek pon balik, bua keje kat rumah. ketak ketuk2 sekalidai call cakap benda yang dia uat tu hilang. hah?? hilang? camne tu? dia kata dia dah save, tapi bila bukak balik takde file tu. even kat recent document pon takde. aik..camno tu? saya lagi le tak reti bab2 computer nih. tak dapat nak nolong. bagi gak beberapa idea tapi nampaknya tak membantu lansung. hehehehhee..sian obek. penat2 buat sekali hilang bendanya. pelik betol la. boleh terjadi ke? check kat recycle bin pon takde, kat reent document pon takde, search file name pon takde..camne tuh? sapa pakar IT tu kasi inform sikit. virus ke? bakteria ke? kura2 ke? hishhh..macam2 istilah komputer ni.
~~
pagi ni liat betol nak bangun. hujan katakan. heheheh. jalan jem le kalo hujan kan. tapi takpe la.. hujan kan rahmat.. hujan kan rezeki.. syukur alhamdulillah. buatnya tak hujan2 panas kemarau haa.. lagi payah. so, hari ni takde mood. ahhh..saya mana pernah ada mood..selalu je takde mood tu. hahahhaha...
~~
apa lagi nak cerita. owh..esok nak pergi mana? saya macam banyak hal le pulak. hal kat rumah sini, hal kat rumah ma. haihh..pening kepala la. harap2 weekend ni berlalu dengan baik dan lancar.
~~
semalam bukak u-tube tu.. tengok le orang buat brownies. wahh..macam sedap je kan. tingin le buat. tapi takot le. sebab kebarangkalian untuk gagal menjadi brownies adalah cerah. hehehhehe.. saya ni minat masak2 kek kuih semua ni tapi tak menjadi. hehehhee.. takpe la.. nanti ingat nak try jugak. kalo jadi nanti saya inform kat sini ye. hehehehhe.. fuh, fuh.. moga2 menjadi le brownies saya tu.
~~
ok la.. nanti la sambong lagi. have a nice weekend.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

ok.monday ti tepek gambar brownies ek.letak eskrim vanilla...sedap.nyumm..nyummm..

tetiba teringin cheese nan gak.adoii..

meowwmania said...

cheese nan?? xpnh mkn nak cube lah nnti :)

nezha bersenam lar...asik terkurung je kat rumah tu kena la bersenam nak jaga kesihatan huhu...cyg nezha ;)

sesemut said...

hang bagitau obek soh click kat search. taip laa apa2 detail dlm document tu.. tah tah kot tersalah save dlm folder lain. tu jadi camtu
or masa nak save tu dah teroverwrite nama file lain.