mari mencari....

Google
 

Thursday, December 23, 2010

assalamualaikum ya sahabats....

assalamualaikum..

terlebih dahulu nak minta maaf sebab dah terlalu lama tak update blog ni. aduhai..tak cukup masa dan tak cukup kaki tangan kepala tenaga semuanya lah. nak peganga lappy pon tak sempat ni. hari ni baru berkesempatan nak jenguk2. email.. tu dia..sampai melimpah2 dari inbox. hahahhaa.. ok..itu tipu tahap gaban namanya tu.
~~
anyway... kepada kekawan yang bagi email address saya dah emailkan jemputan. cuma maaf sekali lagi sebab terlambat sangat2. harap sudi hadir lah ye. kata suka makan2, jadi haruslah menghadirkan diri ye tak? buktikan!! buktikann!!! hehehehe..
~~
nezha ok je..walopon agak terabai sikit sebab kesibukan tu tapi jangan lupa dalma pada sebok2 terabai tu dia tetap memberi hadiah berak di sofa selambak. ya tuhan..saya dah tak larat nak bercakap dah time tu. tak terkejar rasanya. tapi apa boleh buat, cuci sajor lah kan. hhuhuhuhu...nezha..nezha.. itulah penawar buah hati jantung limpa hempedu saya.
~~
rasanya setakat ini dulu tulisan untuk hari ni..taktau sempat ke tak nak pergi melawat blog kawan2 semua. kalo sempat nanti saya pergi ye..kalo tak sempat, minta maaf.
~~
akhir kata... jemput datang ke majlis makan2 dengan keluarga semua... kehadiran amat dihargai..hehehehe... assalamualaikum.
~~

Wednesday, December 15, 2010

hehehehhe..hello...

aduhai...sorry, sorry ye dah lama tak menulis.asyik tak sempat2 je ada je kerja yang nak dikerjakan. hahhahaa.. anyway, harap semua orang sihat walafiat hendaknya. nezha ok, makin hari makin pemalas. makan tido makan tido..taknak tolongkemas rumah pon. tolong sepah ada. sabor je la.
~~
obek still buzy. asyik2 buzy je la orang tua tu. ni kereta dia rosak. gear box pecah katanya. hambekk.. kena 6k. bye2 duit terbang melayang. apa nak buat. nak tak nak kena gak repair kalo tak camne nak bergerak. nak naik kereta lembu kang tak tau pulak pukul berapa dia nak sampai kuantan ke penang ke hehehhe... sian obek. sabar ye obek. sian kat kereta tu jugak. penat berputar2 sepanjang jalan. ni le masa dia nak rehat kejap kat orkshop tu. sayang kereta jugak.
~~
email?? aduhduhduhhh..sorry, sorry..belom sempat lagi. tapi ummi dah dapat kot saya pos. ahhahahaaa...kalo tak dapat saya minta maaf tapi hari tu posmen dah call saya kata dah hantar. anyway...... saya nak scan dulu scanner ntah ke mana2.. insyaallah..saya email tak lupa punya lah!
~~
apa lagi nak tulis i. tu je la kot. sekadar memenuhi ruang penulisan ni. sorry again dah lama tak bertanya khabar. byeeeee...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, December 9, 2010

misteri nusantara kembali lagi....

hello.. apa khabar harini? okeh? harap semua okeh2 je la kan. saya ok je la.. biasa2 je la takde apa yang menarik ke menolak ke apa ke. hahahhahaa...
~~
semalam hujan je, sampai petang, sampai malam, sampai le ke pagi nih. aduhhh...fobia betol. semalam macam biasa la. kemas2 lebihkurang, tengok tv kejap mandi2 la. kejap tu obek datang bawak pi dinner. baru nak on the way, budak dia call le pulak. kata kereta breakdown. sian lak dengarnya. dah le malam2 belom balik kerja lagi, hujan pulak. kereta breakdown pulak. bukankereta la.. van gitu sebab pegi keje bawak barang2 tu kan. ada le 3 orang dalam tu. mmm..saya kata takpe la.. pi la tengok budak2 tu sian. saya punya makan tapau je la. lagipon belom sampai lagi kedainya. obek kata ye la. sian jugak kat obek. baru nak duduk2 senang diri dah ada je call. takpe la.. orang tengah susah, habis kalo budak2 tu tak call dia nak call sapa lagi kan. jadinya kitaorang just pusing2 area rumah saya je la, then beli mekdi. jadi la. then obek pergi settlekan budak2 tu. entah le nak suruh tow truck ke, dia nak tengok sendiri ke apa ke saya tak tau. saya dah balik tu makan mekdi le dengan nezha. sabor je la. dia je yang nak bedal milo ais saya tu. geram lah! cheese burger saya pon dia bedal jugak. uwaaaaa... kalo tau lenkali suruh obek belikan 2 la..1 utk saya, 1 utk anak dia yang hitam nih. uuwwaaaaa.... nezha suka la kan sebab ada cheese2 tu..favorite dia sangat2 le tuh. sabor je la. lantak le..makan le nezha selagi mau. kalo sakit perot biyak2 sendiri mau ingat haaaaa.... hehehhee...
~~
lepas makan tengok tv kejap then tido. perot pon tak berapa nak sedap. sekali tengah tido2 tu, say adengar bunyik ketuk2 dinding. memula ingat biasa2 je la kan. tapi makinlama makin kuat pulak. saya intai2 jugak tapi ye la kan..mana le nak nampak. lepas tu bunyik lagi. wahh..otak mula la dah terbayang2 yang bukan2 nih. mana le tau kot ada orang dok ketok pintu dapor ke korek sikit2 kang tau2 tersembol je dalam rumah saya. nauzubillahiminzalik.. mintak dijauhkan segala malapetaka dari rumah saya. saya bangun juga.. kot2 laa kan..ternampak ke. hahahah..macam le berani. hujung2 melompat balik atas katil selubong. bunyik2 tu still ada lagi. saya tunggu jugak la kan kot2 kejap lagi bunyik tu berenti. sampai ke pukul 1am tak berenti2 gak. saya pikir, kalo le orang dok ketok2 dinding rumah nak kopak pintu by the time 1 jam dia buat kerja memang dah boleh masok beno dah rumah. saya tak pikir dah, terus call obek. tak dulik le malam buta ke pagi buta ke. doa banyak2 dia belom tido. sebab kalo dia dah tido call 500 ribu kali pon belom tentu dia jawab. call tu obek jawab, dai kat luar lagi. syukur. saya sambil nangis melalak2 tu mengadu le cakap ada bunyik2 ketuk dinding. kebetulan masa saya cal tu bunyik tu ada, saya kasi obek dengar le. sebab kuat..sampai obek dlm phone pon boleh dengar. dia pon apa lagiiii..terobang le datang rumah saya. kejap je dalam 15 minit tu obek sampai, dengan kawan2 dia 1 kereta. kot la betol ada malaon senang nak dipelangkong. obek suruh saya dok dalam bilik senyap2, dia nak rpund senyap kat belakang rumah, kat depan, nak intai. kot betol ada manusia. dia dah pusing2 tengok betol takde katanya. so dia berdiri depan pintu pagar tu tengok2. entah le dia buat apa. saya tengok intai je dari tingkap bilik. dia kata takde apa2, dah check semua dah. aduhhhh.. tapi still..masa tu ada lagi bunyik ketok2 tu. hehehe... suspen siotttt.. nak kata orang sebelah takkan le kan. sebab 2-2 rumah kiri kanan saya udah gelap means dah tido. man ale tau kot2 ada lak yang baru teringat nak bertukang memalam buta tu kan. so, kejap tu obek call jiran sebelah rumah saya ni la. cina.. ayah ah tong tu. call tanya kot2 dia ada ketok2 ke. ayah ahtong kata takda woooo..mmm..ok la kan. obek tunggu kejap depan pagar, then pusing2 kejap, dah pastikan takde apa obek pon balik. kejap tu bunyik2 tu pond ah takde. tapi.. being me.. memang le takkan boleh tido lagi. pakkal waktu2 biasa pon saya susah nak tido lagikan dah jadi benda2 macam tu. nezha pon tak tido tau. tegak je tinga dia dengar bunyik ketok2 tu. uwaaaa... kalo hantu katakan hantu, tidak saya tertunggu2..chewahhh.. idak le kan. bior hant dari manusia. kalo manusia takot lah.. nanti masok rmh mcm2 benda yang tak elok saya mula terbayang. entah la.. at the end saya tertido jugak. sedar2 dah pukul 615am..sebab alarm bunyik. bangun je la..
~~
jadi, itulah cerita misteri nusantara malam tadi. hehehehe.. macam nak takot pon ada gak, nak kelakar pon ada gak. entah la.. hanya yang merasainya je yang tau apa perasaannya. korang2 pernah ke rasa macam ni. kadang risau gak kan. sebab kita tak perasan orang dok tengok kita. ye la..tgk pompuan tinggal sorang2 kan..cun lak tu. chewahhhh... ap apon takde..yanga da kucing itam legam je, yang tak boleh diharap untuk melawan. diharap untuk makan ye boleh. hehehehhe... mana le tau. tak le nak pikir negatif je tapi kadang2 perasaan takot tu tetap ada. entah la. harap2 semua ok. kalo malam ni ada lagi bunyik2, apa nak buat ye? ahhh..biarkan je la. harap semua ok. aminnn...
~~
so apa lagi nak cerita ni? korang banyak kerja ke hari ni. saya biasa je la. hajat nak makan sandwich belom gak dapat2 lagi. hahahhaha... nanti2 la saya buat sendiri. ikut petua hazel..kalo beli beli roti tak habis simpan dalam fridge. boleh tahan lama. nak makan panaskan dia dalam oven. ye2..saya buat nanti.
~~
untuk obek.. thank you sebab datang malam2 buta. tapi nasib baik obek ada kat area2 kl ni malam tadi. buatnya dia outstation camne? haaa..hambekkk... takpe..cal je la jugak nanti dia boleh call kawan2 dia tolong tengok. harap2 takde la lagi kejadian yang membencikan macam malam tadi. rumah ni entah le. memang ada hantu agaknya. hahahhahaa.... bunyik2 biasa tu, biasalah. dulukan selalu ada bunyik orang buka pintu gril malam2. sekarang dah takde dah. mungkin saya je yang perasan lebih. obek..i love you...
~~
ok la.. tu je nak cerita. nanti sambong lagi. lapar lahhhhhhhh...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Wednesday, December 8, 2010

hello..lamanya tak bersua...

hellooooooooooooooo...
hehehe..dah lama betol tak menulis rasanya. aduhai..macam2 benda lah pulak yang berlaku. korag sure rindu dengan nezha kan? dia sihat walafiat je. bertambah2 degil ada lah. hari2 mesti nak kene berleter dengan dia tu tapi takpe la.. nak buat camne. layankan je la.
~~
so apa nak cerita ni? banyak nak cerita. pc kong. kene demam selsema. macam2 lagi lah. sorry lah sebab tu saya dah lama tak menulis dan lama jugak tak masok blog kawan2 ni. harap semua orang ok hendaknya ye. jangan demam2 ke apa ke. yang cuti2 sekolah ni yang ada anak2 adik2 kecik tu bawak le depa pi berjalan. kaloada fulusnya. kalo takde..boleh gak kot, pegi tempat yang tak banyak gunakan fulus. janji ada la berjalan. tapikan..masa saya kecik2 dulu cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke takdenya nak pergi berjalan2. kene dok kat rumah je. holiday tu satu perkataan yang pelik bagi saya. tak macam budak2 sekarang, pantang cuti sekolah mak pak kene sediakan macam2 aktiviti le pulak. kalo yang mampu tu boleh le. mana yang tak mampu tu takat dengar cerita kawan2 je la. dulu pon ada gak le buat karangan balik ke sekolah tajuk bias tu le. apa yang kita buat or pergi masa cuti sekolah. tapi sebab saya tak pergi mana2, saya tulis je la saya dok rumah, tengok tv. hahahhaha.... ye la tu kan. betol la tu. tak kisah le..
~~
pasal makan2 yang saya kata nak bat kat rumah saya tu..nanti nak buat. kawan2 tolong emel address ye saya nak emel invitation. chewahhhhh.. minta maaf saya tak boleh publish di blog..sebab banyak je unggas2 yang berterbangan.. nanti tak syiok lah. kat facebook pon saya tak buat invitation.. sebab saya dapat tau ada budak opis saya yang masok tengok fb saya dan nak add saya as fren which is... ahh..malas le nak layan. JADI.. KAWAN2 KESAYANGAN SAYA DALAM BLOG NI TOLONG EMAIL KE SAYA SO SAYA BOLEH REPLY DENGAN INVITATION. thank you... kalo dah dapat esok datang tau jangan tak datang. to mokcik, ummi, zuris, meowmania, pinkie, hazel, mama ashley..(to name a few) dan sesapa lagi yang selalu singgah blog saya ni.. bagi email address ye.. sayang anda semua. opss.. email ke sanialeeya (at) gmail.com. hope to get your email very soon..
~~
apa lagi nak tulis ni. owh... dah beberapa hari ni dok la tingin je subway. uwwaaaaa... ala.. walhal roti je kan letak sayur letak sardin letak cheese, macam le tak boleh nak buat sendiri. hahahhaha... takpe2..nanti cakap dengan obek. hari tu dah cakap tapi obek bz je la. lately ni bz melampau2 pulak. sian kat dia. kerja siang malam. rindu kat dia. sekarang kalo jumpa pon kejap2 je. takpe la. janji jumap gak kan. hehehehhee... employer dia pulak pon ada gak buat hal. haii..entah le. ni le nasib pekerja. kerja bagai nak rak hujung2 tak dipedulikan je. habis madu sepah dibuang gitu.. takpe la. roda tu kan selalu berpusing. tak selamanya mereka di atas dan tak selalunya kita dibawah. tuhan tu maha adil dan saksama. apapon...saya doa yang terbaik untuk obek. i love you obek.. hehehe...
~~
sorry again sebab entry ni tak bergambar. entah le mana cable tu. nanti le saya carik. gambar nezha dah penuh dalam hp tu tak transfer2 lagik. hehehhehee... tapi seperti biasa aksi natural dai le.kalo tak mata terpejam, aksi statik je la. tak reti posing mamat tu. ok..pasal kucing luar tu..korang nak ke? now saya tengah kemas2 sikit barang untuk pindah. takat ni baru kemas baju je la. baju2 yang tak pakai tu semua dah masok bekas. tu baru kat bilik baju. kat dalam almari tak berusik lagi. haiyarkkk..malasnya nak kemas. takde ke orang nak tolong kemaskan???
~~
ok..kaki tangan saya sekarang kerap kebas2. dar dulu tapi sekarang makin cepat lak jangkamasanya. hehhehe.. apa le kenanya. kata orang darah tak jalan, ye ke. entah le. tu kena tanya doktor le kot. malas le. kalo time kebas2 tu..rasa tak selesa betol. kene statik je tak boleh gerak kalo takkkk.. entah le nak explain rasa camne. hehehhehe.. korang pernah kena ke.
~~
ok la.. rasanya tu je nak tulis hari ni. nanti sambung lagi. saya nak pergi melawat blog kawan2 pulak. nak baca apa cerita. rindu dah nak bacaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
~~
i love you obek,..
i love you nezha...
i love all of you..