mari mencari....

Google
 

Thursday, January 27, 2011

mari jalan langkawi - edisi 3rd day, pulau dayang bunting...

hello... hamboi-hamboi-hamboiiiii....bukan main lagi ye. tulis panjang bising, tulis pendek bising.. memang nak kena ni..amboii..biasa dia nih!!!! hehehehhehee... sorry la..semalam memang le agak bz sikit. anyway..lupakan kisah semalam, hari ni nak sambong cerita pergi jalan2 tu la. mmmm... hari ni kisah hari ke-tiga, 5hb januari 2011, hari rabu. chewahhhh... hari ni pergi banyak tempat tapi saya bahagi2kan le.. kalo tak nanti takde modal lak nak odate entry ni. hehehhe... tapi, untuk agenda pertama, kami pergi ke.... pulau dayang buntingg.. eh, kenapa panggil bunting, kenapa tak panggil hamil ke mengandung ke? apakah???
~~
ok... memula hari ni bangun awalllll sekali. sebab semalam tu dah riki2 tempat nak pergi island hopping tu kan. ooo... dia lama rupanya dalam 3 jam. bukan sekali perjalanan la.. 3 jam tu sebab pergi 3 tempat campor rehat2 bagai. haa..gitu. ok...jadinya kalo korang nak pergi island hoppin, pergi yang dekat dengan awana porto malai tu.. nanti korang akan nampak macam khemah2 bot2 semua tu la. kat situ le kiranya tempat untuk naik bot tu. island hopping tu kiranya pergi 3 tempat iaitu pulau dayang bunting, pulau beras basah dengan bagi makan burung helang kat laot tu le. kalo nak yang pusing2 masok gua bagai tu namanya mangroove ke hapa kalo tak silap. tu lagi lama perjalanan dalam 1 hari punya sebab nak masuk2 banyak tempat. hehehhe..takmau le saya masok2 gua tu lagipon yang mangroove tu ala2 mahal sikit la gitu. sapa yang kaki adventure tu boleh la. saya ni penakot sekian le jawabnya. yang island hopping nimorah sajor.. rm 35 je sorang. ok la tu kan. dari ko nak berenang ke tetiap lokasi tu tak dapat nak nolong. hehehehhee.. tapi saya takde lak nampak orang berenang kat laot tu. eee.. kalo saya memag takde la.. tu nak pergi pagi tu dah siap melalak2 bagai dulu sebab ketakotan. kena paksa jugak dengan obek. so, naik bot dengan mata bengkak. hehehhe...



ehh.. ni gambar masa dah sampai kat pulau dayang bunting tu la... saja tangkap gambar bot tu mana le tau kan kot2 bot tu tinggalkan kami ke haa.. mula la berimajinasi yang bukan2. kata penakot, semua kebarangkalian telah diterbayangkan. hehehhee... anyway.. memula sampai tu register dulu le kat khemah tu. 1 bot dia bagi naik dalam 8 orang macam tu. kalo yang naik gomok2, kuantiti dia kasi turun le kan. kot kang tenggelam bot tu sapa nak jawab. hahahhaha.. bila dah register, dai bagi resit. of course le kan, esti bagi resit. kalo tak bagi, korang mintak gak, beli apa2 pon mesti mintak resit sebagai bukti pembelian. tau. lagi pon untuk kira2 budget gitu.hujung2 dah balik kl bukak semua resit kasi kira pas tu tampal kat dinding sengeh2 sebab duit dah melayang2 macam resit yang terampal kat dinding tu. hahahhaha.. so, kena kuar pepagi tau, saya sampai sana pukul 930am. masa tu pon dah ramai orang. bila dah register orang tu bagi macam apa benda la tampal nombor. tu kira nombor bot le. kalo dia tulis sana no.9, bot no. 9 le ko naik pegi balik. jangan lak sesuka hati nak tukar2 bot, ni bukan macam naik bas mini sesuka hati tukar2. haaaa...gitu...




haaa.. ni le keadaan orang bawah khemah kat tempat register nak naik bot tu. ramai gak. ada yang datang by group. wahhhh..meriah. saya suka je orang ramai2 ni walopon dalam hati debar2 bagai nak pecah jantung. ada gak yang bawak baby. owh..saya rasa tak sesuai la bawak baby..sebab naik bot tu dia punya gegar dilambung ombak berlawan dengan enjin laju bot tu.. tak sesuai kot. untuk todler pon tak berapa la.. kalo dah besar sikit umur 5-6 tahun ok la kot. dah faham..lagipon nanti kena jalan jawoh wooooo...
~~
so, bila dah ditentukan group bot kita, kitaorang pon terkedek2 le pergi ke gigi air tu. ya tuhannnn.. masa tu saya dah mengalir2 air mata wooo.. muka je nampak senyum tapi kalo tak pikir malu, memang dah melalak dah tu. hahahhaa... seperti biasa, nanti ada le orang amikkan gambar, balik kangdia tepek kat pinggan macam hiasan tu suruh beli. murah je..rm10. nak beli, beli la..taknak belipon takpe. saya beli jugak. hehehehhe... saje gatal. haaaa...lagi satu..kalo pergi tu pakai la selipar je dah, snickers pon boleh.. kang nak meranduk air la..nak kena jalan jauh..jangan pakai high heel. hehehhe.. nak naik bot tu 1 hal.. kena panjat2 la sikit. kata katek..harus le bot tu lagi tinggi kan. sape yang jenis2 kepit2 mengada tu renti kan. so, kena panjat sikit la... ok, berbalik pada cerita budak ciwek ni... sebab penakot air dan nak kena panjat, paksa obek dokong sikit. mwuahhahahhaa... mujur tak tercirit dia kena dokong saya. takde la..bukan dokong la.. pimpin je.. malu le orang ramai takkan nak mengada2 sangat. keraskan je la hati. hahahhaha... dah naik bot, cepat2 pakai jaket keselamatan tau. saya dah gigil2 kepala lulut semuanya dah terbayang2 segala. mengucap je la banyak2. si obek tu boleh lak pi beli air milo lagi bawak dalam bot tu. ya tuhannn...sabor je la. bila semua dah naik, dah pakai jaket, pakcik bot pon start enjin dan... jalannnnnnnnnnnnnnnn...




perjalanan memang menyeronokkan. dan mengerikan. hahahhaa.. kata penakot air, memang nangis lah. pakcik bot bawak sangat laju! sampai tercabot2 cekak rambut saya. sesekali air laot tu melompat2 masok dalam bot. lenjun! tapi seronok! pas tu nangis. hahahhaha.. wahhh.. pakcik tu boleh lak nak buat drift2 kat laot tu sabor je la. ada koner2 baring gitu. bila kena ombak besar, melambung bot tu so, kena pegang kuat2 tau. masa tu saya tak kira dah..saya pegang je orang sebelah saya. pompuan la.. sebab taktau nak pegang apa dah. hahahhahaa.... saya 1 grup dengan bebudak pompuan dalam bot tu. lama jugak naik bot tu. nafas macam nak berhenti sebab ketakotan. on the way tu pakcik tu sebut le tu gua apa, ni gua apa, masa dah nak sampai pualu tu pakcik tu slow la dia kasi tunjuk bentuk pulau yang macam pompuan baring mengandung tu le kan. so, dia kasi time untuk orang tangkap2 gambar dan dia kasi cerita le sikit2 sejarah pulau tu. ok la tu kan. tak le senyappp je. hehehhehe...
~~
bila dah sampai, pakcik tu kata ok..kita berenti sini 1 jam. sapa nak mandi2 ke nak jalan2 ke 1 jam je tau. lepas 1 jam datang sini kita pegi tempat lain pulak. sapa lambat kena tinggal. wahhhh.. pakcik tu... over tau. heheheh..takde la..dia gurau2 je.. tapi memang kena la bagitau sebab selalu ada je orang yang tak reti bahasa. tapi group saya ok..tiptop. semua jenis paham bahasa.





sampai2 kat jeti pulau dayang bunting tu.. disambut dengan tarian hula-hula oleh monyet2 gomok dan ramai. uwwwaaa...takot monyetttt!!! pakcik tu dah pesan, jangan bawak beg plastik. sure kena rampas dengan monyet tu sebab dia ingat makanan. memang ramai yang bawak beg plastik sebab isi makanan la air la kan. kata perjalanan jauh so memang le bawak bekal semua tu kan. sapa yang bawak backpack pon ada yang kena usik2 dek monyet tu. yang budak2 kecik tu say atengok sampai nangis2 sebab takot dengan monyet. termasok le saya. owhhhhh.. holiday yang penuh dengan airmata. hahahhaha... tu gamabr tu say ataktau le sapa kan.. saja nak menunjukkan laluan jeti dan monyet2 yang tunggu depan bijik mata. mencik laaaaaaaaaa...



ni signboard pulau dayang bunting tu le. ada peta2 semua tu. mmmm.. nak ke tasik tu kena jalan jauh tau. mendaki bukit, menurun bukit. dengan kena kacau dek monyet2 lagi ya tuhannnn... mengerikannnnn... hehehhee.. monyet2 tu pulak tak takot orang lak dia. chehh.. lepas berhempas pulas mendaki menurun semua...sampai le ke tasik dayang bunting tu. owhh..dont worry.. kat sini ada tandas untuk yang nak terkucil ke apa ke. ada gak kedai jual snacks..tapi pepaham je la harganya. so baik bawak sendiri ye.
~~
bila dah sampai sana wahhhhh.... pemandangan yang nyaman.. ramai yang mandi2 kat tasik tu. owh.. jangan lupa bawak life jacket tu jadi pelampong kalo nak mandi. sebab tasik tu dalam katanya. eee..saya tak mandi la.. takot!



haa..masa sampai2 je kat jeti tu ada le nampak tulisan tu kan. tengok huruf G dah senget. sebab kena hogah dengan monyet. kalo tengok dekat2, memang sah monyet2 bergayutan kat huruf2 tu. hehehehhe....

ni je la gambar berdua. takde pose lain, gitu je la dah kata tangkap sendiri. jadi la. nak mintak tolong orang segan le pulak rasanya. takpe la.. memori tu sentiasa segar walopon takde gambar. heheheh... ada kat sebelah sini ada tempat untuk catfish massage katanya. haaa.. apa tu? owhh. yang letak kaki dalam air then ada ikan datang gigit2 kaki tu. wohhh.. sorry la..saya penakot. celop2 kang bukan ikan yang datang, ulaq yang datang masyaallah nauzubillah mintak dijauhkan. tu untuk yang pekanot air macam saya la.. tapi orang lain saya tengok selamba je celop2 kaki dalam tu. termasok obek lah. banyak gak ikan datang. hehehhehe...





ni la monyet2 tu. tengok, siap duduk atas meja bagai. nakal tau tak. tu baru 2 ekor, ada lagi berpuluh2 ekor. kecik besar tua muda semua ada. obek ambi gambar monyet tu banyak. eeee..entah le nak buat apa amik gambar monyet. mencik lah!
~~
lepas 1 jam.. kitaorang pon balik la ke jeti tu. tunggu pakcik bot. hehehhe.. ok..kejap tu pakcik pon datang so, ke destinasi seterusnya ye! bagi burung helang makan. mmmm..pakcik bawak bot laju2 woooo.. terbang2 rambut semua. hehehhe.. bila dah sampai.. wahhhhhhh...memang banyak le burung helang tu. besar2 semuanya. gemok2 lak tu. cantik.. pakcik tu berenti kejap, dan bagi isi perot ayam kot kat helang tu nanti helang tu datang le dekat2 dengan bot kita sebab dia nak makan tu kan. sapa yang cekap dan tangkas, boleh la dapat pic helang tu masa tengah nak makan. kuku dia tajam woooo.. takot. kitaorang brenti kat situ kejap je dalam 15 minit macam tu la.. memang banyak helang tu. tapi taklak dai nak masok dalam bot tu kan. elok pon. kalo dia masok mesti saya pengsan.



tu nampak tu burung helang tu. terbang tinggi. cantik. ada banyak yang terbang berkeliaran tau. ada yang amik video pon ada saya tengok. cantik pemandangan tu. keliling ialah macam hutan2 tu. tapi saya takot. walopon say akeras kejung dalam bot tu, tapi tetap menikmati pemandangan tu.




ni gambar apa ha??? pemandangan hutan tempat burung helang tu tinggal la. hehehehhe... lepas tu kami bergerak lagi.. menuju le destinasi seterusnya.. kemana? tungguuuuuuuu......
~~
jadi tu la cerita pergi pulau dayang bunting dan bagi buring helang makan. hehehhehe.. walopon menakotkan sebab kena naik bot, kena daki2 bukit, kena berdepan dengan monyet2 gila.. tapi semuanya seronok. kenangan tu. tapi kalo lain kali suruh pergi lagi saya takmau la. hehehehhe..cukuplah sekali naik bot tu.
~~
so, kalo korang nak pergi.. pergi la.. best. pergi dengan family ke dengan kawan2 ke.. dapat yang jenis adventure tu memang seronok la. ok.. nanti sambong lagi yee.. cerita destinasi lain pulak!

Wednesday, January 26, 2011

bz le pulak...

hari ni bz lah. gambar acha pon takde. macam nak tercabot kaki tangan semua. hehehe.. apapo tetap nak update walopon sebaris ayat gituuu...
ok la..
tu je nak tulis. bye!

Tuesday, January 25, 2011

ok, saya merajuk! so what???...



haa.... merajuk katanya... tu nezha cakap la..bukan saya. saya ok je ia tu je yang tak ok terejal lebih. sensetif melebih2 le pulak sekarang tak boleh silap sikit merajuk lari duduk sudut dinding bengkokkan badan. aduhaiii...kenapa la jadi macam ni. manja sangat. lepas pujuk2 semalam dah ok dah. tapi nak mengekor je la kejenya. sampai saya uk-uk pon dia ketok2 menggaru2 pintu toilet menjerit2. haihh..sabor je la. terbantut hajat tau tak. anyway... dia budak baik, manja. sayang dia...
~~
apa nak cerita. semalam macam biasa la. semalam saya masak dinner tau. hahahahhaa.... ikan masak kicap, sambal cili api ikan bilis rangup2 dan tumis kobis campor telor. buat air teh o suam.
haa...disebabkan sambal cili api tu pedas, makanya saya makan sikit je dan sakit perot. spoil betol. so, obek yang habiskan. lepas isyak, obek pi keje lagi sampai le ke pagi buta. hehhehehee... saya dok rumah dengan nezha layan tv. tengok cerita apa ntah. owwhh.. cite melayu susuk amanda namanya. hehehehhee.. sesekalilayan boleh le jugak. hentam je la. obek balik pukul 1am tu, dia belikan roti canai sebab saya memekak perot sakit. ehh.. orang sakit perot bukan lapar la. haihhhh... tapi makan jugak la. lepas tu sambong tengok tv sampai pukul 230am. haa...selalu macam tu la jadi burung hantu.
~~
hari ni obek ada meeting lagi. sian dia. harap2 semua berjaya la. love you obek.





bluwekkkk.... tengok la muka dia tu dengan lidah yang terjelir2 tu kan sapa le yang tak geram. heeeeeee..rasa nak cubit2 tepok2 montot dia tu tau. geram lah. tu muka tengah merajuk tido kat sudut dinding tu jangan tak tau. saya senyap2 datang snap pic tu. hehehhe... merajuk2 pon, saya bancuh milo malam nak tido tu dia bedal gak milo saya. sabor je la.
~~
apa lagi nak cerita ni. otak takde idea la. makanya sebab takde idea setakat ni je la. perot lapar. entah nak makan apa. biskut? nasi? roti? mmmm..tgk la mood camne.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you

Monday, January 24, 2011

mari jalan langkawi - edisi 2nd day, visit 2 places

hello.... bersua kembali. amboi..lama sungguh nak menghabiskan cerita pi jalan2 tu. dah basi dah pon tak takpe.. ada gak jadi modal nak update blog kan. saya tau la korang dah pergi tapi saya tak dulik... nak jugak cite. hahahhaha...rasakan kena baca cerita yang korang dah tau. takpe..kira ala2 revision gitu.
~~
hari ni nak cerita pasal 2nd day. hari selasa, 4th january 2011, haa..gitu.. cuaca pada hari tu sangat cantik..matahari bersinar, takde tanda2 nak hujan pon, makanya perancangan nak berjalan pon lebih menarik le kan. mmm.....bangun pagi, then siap2 pergi breakfast. breakfast kat kedai depan tu sikit dari chalet tempat saya stay tu. namanya d'warung kalo tak silap. kalo tak silapp..kalo silap harap dimaafkan. dia buat masakan kampung. masa tu dah pukul 1030am..so makanan untuk lunch dah ada jugak. jawabnya makan nasi je la terus. kata nak jalan2 jauh kan harus kena kumpul tenaga ni. best kat sini sebab kebanyakkannya laok2 kampung. laok yang pelik2 pon ada. pada saya le, pada korang saya tak tau le. hehehhee... ada laok yang saya tak dapat nak kenalpasti apa bendanya..nampak macam sayur, tapi entah sayur apa.. tak lak ditanya kat orang tu kan. takpe2.. so hari tu saya makan nasi dengan laok kari betik muda. haa..korang pernah try ke? sedappppp... saya amik banyak2 laok tu. tapi tu je la laok yang saya amk. hehehehe.. obek amik laok apa ntah, telor goreng (hari2 pon nak makan telor terok betol), ayam goreng, ikan kari kot kalo tak silap. pas tu minum air suam, air sirap limau. tapai air kotak 2. saje je la untuk minum2 dalam kereta. haa..tu le menu breakfast pagi tu. tu kira brunch le kot. lepas makan kami pon bertolak le ke destinasi. menuju ke destinasi yeayy...yeayyyy.. puncak cinta tertinggi yeayy ..yeayyyyyy.. ehh..tetiba je kan.
~~
anyway.. destinasi pertama yang nak dituju ialah.. gunung raya. sebab menurut peta tu nampak macam dekat je kan. tapi apakan daya, peta telah menipu penglihatankku. jauh rupanya. uwwaaaaa...... hehehhe..tapi best jugak tengok2 kampung orang. owhh..sebelom tu kami singgah dulu kedai beli spek tiruan. haa.. nak dijadikan cerita, hari tu pergi tak le pulak teringat nak bawak spek tu kan. dah sampai sini baru teringat takde spek. so panas sangat saya sakit mata le. camne pon nak jugak beli spek hitam tu. jadi, jangan berlengah lagi, mari menuju ke kedai jual spek tiruan. hahahhahaha.. tak pernah2 umor saya belispek jenis yang beso tu, ala2 60-an gitu. sebelom ni saya sebok la ngata orang apsal le depa ni suka beno pakai spek beso tu sampai nak habis tertutup muka separuh sebab spek sebo macam mata belalang da..hujung2 saya yang kena beli spek tu. adoiii..sabor je la. tu takpe la kan..sebab kira dah takde pilihan. kedai tu pon jual jenis macam tu je. bedal aje la.. murah2 sajor..rm15. hehehhehe.. saya beli 1, obek beli 1. bila pakai gelak bagai nak rak dalam kereta sebab nampak macam kelakar sangat. hahhahaha...takpe2... jadi la kenangan namanya. ehhh.. walpon murah dan tiruan, ok apa. tahan lasak. jatuh tak patah, takde calar2. ok la tu..berbaloi dengan harganya tu.
~~
ok..lepas pusing2 kami pon pergi le menuju gunung raya. ingatkan ada apa la kan. kot2 atas tu ada menara tinjau ke, apa ke nak le jugak pergi. wahhhhh.. jalan naik kecik wooo.. ala2 naik cameron gitu. opss..itu saya taktau, itu menurut kata obek le sebab bengkak bengkok jalan kecik. ngeri le jugak. nampak monyet2 tepi jalan. ada gak jumpa mat2 minah saleh naik motot nak menuju ke atas tu. haaa..if sesapa teringin nak naik atas tu..make sure petrol kereta anda full ye. jangan berani2 nak naik kalo petrol sikit kang tak pasal2 kena mintak tolong monyet2 tu tolak kereta. ko nak? setelah melalui jalan2 yang berliku2 itu, maka sampai le kami ke 1 tempat . namanya tangga 1000 kenangan kot kalo tak silap. kalo silap sorry ye. dia ada macam tempat berenti kereta la.. orang amik2 gambar dari view tu. tapi kami tak berenti, sebab kononnya nak amik gamabr kat puncak gunung tu. drive punya drive punya drive.. sampai hujung dah ni. ko tau apa hujung puncak dunia tu? apa pon takde melainkan menara tm. ahhahahhahaha... rasa nak pengsan gelak dalam kereta. choiiii... bikin suspen je la. ingatkan ada le tempat2 menarik ke apa ke. adoiiii... sabor je la. so, kami pon patah balik la.. berneti kat yang kata tangga 1000 kenangan tu. haa. kat situ ada la nampak macam view tapi macam tak berjaga le. memang ada tangga tapi masyaalahh..semak hutan gitu. kira kalo ko berani nak turun tangga tu memang ko akan jadi kenanganle, sebab tak tau dapat jumpa lagi ke tak. hahahhahaa.. semak gila! tu kira dinasour nyorok bawah tu pon kompom tak perasan punya lah. anyway.. jumpa la 2-3 kereta yang masing2 nak tangkapkan gambar. so, kami ni jadi tukang tolong amikkan gambar diaorang la. kata 1 malaysia, harus bantu membantu. kan diaorang nak amik gambar 1 family, jadi kiat pon tolong le. bukan susah pon, klik aje. in return, diaorang tolong amikkan gambar kami berdua pulak. gitu le cerita nya. lepas berkenalan lebih kurang, borak2 lebih kurang, kami pon turun. ada 1 grup ni budak2 lelaki la.. sempat lak berkenal2 dengan obek. haihh.. ramah pulak. dah kebetulan tu kami pon tanya camne nak pergi ke cable car tu. dia pon tunjuk la jalan. diaorang kata, diaorangdah pergi situ pagi tadi tapi cable car tutup sebab angin kuat. pukul 3pm baru bukak semula. ooowwhh..gitu rupanya. terima kasih sebab info. haaa.. macam tu la. so..nak tengok gambar saya dengan obek kat atas tu? hehehhee...





see...see... nampak tak spek besor tiruan itu? haa.. cantik jugak apa.. sapa kata tak cantik. tuan punya badan yang pakai tu pon lagi le cantik kan? ye kan je la.. tak kang merajuk pulak. hehehhehe... kat situ memang nampak view menarik le. ada tulisan2 info apa ntah pasal binatang2. tengok dia punya semak belakang tu..jangan berani2 nak turun tangga belakang tu. tak balik kl le jawabnya nanti. mengerikannnnn... (sila baca dengan intonasi watak tok dalang upin ipin tau.. siap buat gaya2 tangan dia gitu..baru real!!!) tapi kalo orangada camera canggih yang pusing2 tu memanglawa la kalo amik gambar kat situ sebab nampak gunung2 awan semua. memang cantik la. saya takde la amik gambar banyak kat situ.
~~
lepas tu, kami pon turun le. mencari jalan ke cable car tu kan. mmm..tak le susah sangat sebab ada map tu. tapi ada gak le terpusing2 sikit. hehehehhe... biasa le tu kan. on the way, nampak gerai2 tepi jalan kat area kampung mana ntah. nampak orang jual kuih pau. 3 biji singgit katanya. mmm..beli jangan tak beli. since kata tak lunch kan, beli la pau tu. beli singgit, inti kaya dengan inti kacang. sedap!!!! tingin lagi la kalo pergi sana. masa saya tengah beli tu.. anak akak jual pau tu tengah merengek2. hehehhee.. merengek takmau pegi sekolah petang. still pakai uniform sekolah pagi. hehehehhe.. lemau le dah tu sebab dah cuti lama kan. mak dia marah. hehehhehe.. macam2 ragam budak2 kecik ni.
~~
so, cari punya cari, sampai le kami ke cable car tu. owh.. sebelah tu ada apa ye.. lupa la namanya.. tak amik gambar jugak. dia ada 2 tempat parking, A & B. parking free je. kami parking kat yang parking A. nampak macam ada kedai2 makan kat situ tapi tak menarik. obek nak makan laksa, tulisan ada, tapi bendanya takde. boleh gitu? hehehhehe.. masok dalam, lepak2 kejap jalan kat bawah tu. tengok2 kedai. beli ice cream, makan ice cream dulu. saya kalo bab makan ice cream tu suka je. sambil makan ice cream, sambil lepak kat tempat duduk tu tengok orang beratur nak naik cable car. hehehhehe... orang beratur panjang. mmm.. tapi excited punya pasal, tak dulik la. lepas tu beli tiket. untuk local, masa nak beli tiket tunjuk mycard, nanti dapat discount jadi rm15. kalo takde tunjuk mycard jadi mahal rm30 kalo tak silap. haaa..gitu. so, korang kalo nak baik cable car tu bawak ic tau..boleh dapat tiket murah. lepas beli tiket, makanya kami pon berator le dengan orang ramai tu. hehehhehe.. tak lama la beratur sebab cable car tu sentiasa ada je.
~~
lupa pulak tak amik gambar masa beratur tu. sistematik. dia buat petak 6-6, maksudnya 6 orang 1 cable car tu. ok la.. orang pon paham bahasa. takde yang terejal2 nak langgar peraturan. tapi korangkena cepat2 tau masa melangkah masok cable car tu. kalo terkial2 nanti tak dapat masok. hehehehhe..sebab dia sambil bergerak gitu. mmm.. kalo makcik pakcik tua sakit kaki kena cergas sikit la..takot je tak sempat masok. hehehhee.... dan ada juga orang amikkan gambar. apa lagi... sat lagi dia print gambar kita then jual la.
~~
ok, pengalaman naik cable car adalah menarik sangat2!!!! saya sukaaaaa!!!! tingggggiiiiiiiiiiiii woooooooo..... boleh nampak macam2 kat bawah. macam kita naik cable car kat genting tu tapi rasanya ni lagi tinggi kot. hahahhahaha... so dalma cable car gedik2 le tangkap gambar. tai kan, saya rasa kalo korang takut tinggi ke, gayat ke, apa ke, takyah naik le. sebabbbbbb... masa dia nak naik tinggi tu.. angin tiup2.. nanti cable tu terasa goyang2 tau! haaaa.. merasa le jantung degap degup ketakutan. mula la terbayang what if cable ni tercabut jatuh.. memang sekian jawapannya. heheheh..takde la..saya melebih2 je takotkan korang. tapi bab goyang2 angin tiup tu betol punya. bukan rekaan. hehehehhe....




ni gambar masa dalam cable car tu. nampak tu.. tu masa nak menuju naik woooo... tinggi woooo.. dia akan berhenti kat tengah2 ada stesen. tu untuk sapa2 nak tangkap gambar atau rehatkan jantung yang degap degup tadi tu la. kalot aknak turun pon takpe..boleh je teruskan perjalanan naik atas sekali. tapi kami turun kat tengah tu. saja je la nak tengok ada apa. takde apa..cuma tangkap2 gambar je la. lepas tu naik lagi ke penghujung. dah sampai hujung tu baru le akan jumpa jambatan tetengah tu. haaa..best woooo... tapiii..ada tapi dia..sebelom nak sampai jambatan tu..krang kena turun tangga woooo.. banyak woo..curam wooo.. bila dah turun, maknanya nanti nak balik kena panjat tangga kan? hehehehhehehe.... see.. sungguh berexcercise pergi sana. jangan korang gila2 nak pakai high heel pegi sana. harus tercabut kasut nanti. pakai slipar or sandal tali la bagus. or snikers. selamat. saya bantai selipar je la. mana nak tau tapi ok je. tangga dia tu ala2 curam, mata tangga pon kecik2 je. hehehhehe...bila dah sampai sana.. baru le jumpa jambatan tu. yahoooooooo...sangat best woo.. amik2 gambar semua. bila kat tetengah jambatan tu..bila angin bertiup.. jambatan adalah goyang. hahhahahaha... tai takpe..struktur selamat (kot). jadi kalopergi jangan terejal2 lebih, jalan je elok2 jangan nak adventure berlari2 atas jambatan tu. tak pasal2 kang kayu lantai jambatan berlobang ko terus berdesup jatuh bawah. tanggung sendiri ye. hishhhh..takde la.. keselamatan adalah diutamakan. sendiri mau ingat le.




haa..ni gambar jambatan tu kan. best2. dari atas jambatan boleh nampak pemandangan kat bawah sana. nampak macampekan2 tu le kot. sebelah lagi satu nampak lautan. nampak kapal2. owhhh.. best la. kalo ada camera canggih2 tu kan mesti lawo amik gambar. ada ke sesapa ebrani nak amik gambar kawen pakai baju pengantin atas jambatan tu? sila2.. jangan tak cuba. hehehhee... kat atas tu ada jugak macam gerai2 kecil la jual2 air. memula tu ingat taknak beli, tapi, bila dah naik baik mendaki tangga tu.. rasa macam tak cukup nyawa.. bak kata ahmad nisfu.. mintak nyawa..mintak nyawa.. hoihhhh.. lelah woooo.. so, nak taknak beli jugak air. harga adalah super mahal. hehehhee.. air mineral botol kecik adalah rm2 ke 2.50 kalo tak silap. dah kata darurat, nak taknak beli je la. kalo tau awal2 bawak botol air. haaa..so korangkalo nak pergi bawak botol air siap2 tau. kena yang ada bawak anak kecik tu..masak le nak membeli jawabnya.



ni lagi gambar pemandangan kat sana. cantikkan. hehehhehe..saya suka la. saya kalo bab2 tinggi2 ni insyaalahhh.. boleh la.. tapi kalo bab2 kena air2 besar ni.. macam laut tu.. assalamualaikum. macam nak pengsan. penakot air!!!! masa naik, 1 cable car dengan budak2 cina dan 1 minah salleh. wahh..travel alone tu. berani betol dia. . so kita pon borak2 le pungpang2... tanya pendapat semua cerita2. masa balik 1 cable car dengan tourist jepon 1 family. merasa la hait2 arigato kat dalam tu. hahahhahaha...see..saya peramah orangnya..sapa kata saya sombong. muka je memang nampak sombong tapi hati baik sebenarnya. chewahhhhhh!!!! percayalahhhhhhh......
~~
lepas turun bawah, sampai kat stesen tu, orangyang amik gambar masa nak baik tadi pon panggil2 kita. bang2 beli gambar bang, beli gambar. dia ada buat 2, 1 gambar letak dalam frame tulis langkawi cable car, lagi 1 dia letak dalam macam apa ke namanya..yang goncang2 ada salji tu. saya kata apsal lak letak salji? nilangkawi bukan ada salji letak le burung2 kecik baru la betol konsep. hahahhahah...budak tu jawab entah le kak... ni je yang ada. dari dulu pon maca ni. tu la korangggg.. buat le bebetol ikut konsep ni tetiba salji lak kat cable car langkawi. so, memula ingat nak beli yang gambar frame tu je, sekali dia kata kalo amik 2-2 harga jadi murah. obek kata amik je la.. kenangan. mmm..layan je la. so, beli jugak le 2-2 item tu rm65. lepas tu turun bawah balik la apa lagi. obek dah meroyan nak makan laksa. haihh..hari2 nak laksa, tak jemu2 dia tu la.
~~
so, on the way balik, carik2 gerai jual laksa. jumpa 1 gerai ada jual air kepala. obek nak air kelapa so brenti beli la. makcik tu ada jugak jual kuih2 dan nasik dah siap bungkus. punya saya terkejut sebab murah sangat. kuih 5 bijik singgit means... 1 kuih 20sen!!! uwwaa..rasa nak nangis sebab masih jumpa kuih 20sen. so, pakat2 beli banyak2. obek kata beli nanti petang bawak pegi pantai makan kat sana. saya ok je. beli karipop, beli kuih gelang, cho badak, kuih apa ntah lagi kaler hijau ada kelapa, macam2 le saya beli. total rm7. hahhahahhahaa...beli jugak nasi makcik tu dah siap bungkus. saya tanya nasi apa? dia kata nasi putih biasa dlm ada laok ayam masak sambal. ok..beli 2 bungkus. bila balik makan kat pantai.. nasi tu banyak, ayamnya besar! uwwaaa.. terus cakap kat obek esok kita pegi lagi gerai makcik tu beli. sebab murah dan sedapppp!! tapi laok ayam adalah pedas, makanya saya tak larat makan. hehehhe..obek yang bedal semua. so, sambung perjalanan. nampak pulak lori jual laksa dan cendol. ala..kalo kat kl ni macam lori jual rojak tu le. haaa.. apa lagi..bernti le jawabnya. kat area mana ye. berdepan dengan airport. bukan berdepan la.. bertepi. hehehhee.. belah kanan airport punya landasan padang, belah kiri adalah laut! wahhhhh..besttttt... nama lori tu laksa power. ingattt..kalo pergi sana nampak lori dia ada banner tulis laksa power besar2! haa..tu le lori yang saya maksudkan. tu je yang ada. maksud saya..yang tulis laksa power tu le. lori lain pon ada gak tapi saya makan yang kat situ. sorry... gambar takde sebab..entah la..tak teringat pon. saya makan rojak buah dengan air teh bunga, obek makan laksa dengan cendoi. hehehhehe... hantu laksa le dia tu. lepas makan2, kitaorang pon balik chalet.
~~
rehat kejap.. then kuar lagi. obek nak mandi laut. ala.. pegi jalan kaki je kata dekat. exercise le sikkit. bawak beg isi makanan yang beli tadi, bawak towel, bawak suar spare, bawak pinggan, bawak sudu garpu, bawak air. kowtim.... tapi obek je la mandi..saya tak mandi. dah kata penakot air, mimpi le nak suruh saya mandi laot tu. saya tukang jaga beg, sambil makan dan amik2 gambar. hehehhehe.... obek lelaki senang le nak mandi2 tu. nak salin2 suar badan balut towel je pon dah settle. kita pompuan ni kalo takde tempat proper nak salin baju..takyah le gegatal nak mandi laot. itu saya le..kalo korang saya tak tau le. ada orang tak kisah, belasah je. saya tak mau le.. tak selesa. ala..tu semua alasan, yang benonya penakot air. tu je main point dia. huhuhuhuuuu...





opppssss.. james bond seksi sedangberaksi mandi laot gituuu.. hahahhahaha.... mas tu dah nak senja. pemandangan adalah sangat cantik. kat sini ramai le melayu yang lebih omputeh dari omputeh itu sendiri. hantam le korang.. jangan kaco saya udah. saya duduk je tepi tu. nak kata jalan2 kat gigi air tu pon saya takmau. obek paksa2 tarik2 saya sudahnya saya melalak. hhahahhahaha... suspen member. hehehhehe...orang dah kat aorangtakot air tu jangan le tarik masok air. nangis le jawabnya. hehhehe.. anyway..kenangan yang sungguh indah pada hari itu. rasa macam nak pergi lagi. lepas mandi2.. balik chalet. rehat. perot dah kenyang cuma malam kuar jalan2 pusing2 je sambil beli buah potong makan2. saya jumpa 1 je kedai yang jual buah potong2 tu.. kat pantai chenang, sebelah kedai nama green barret. mmm. mahal lorr.. sepeket rm5, isi boleh kira dengan jari. tapi dah tingin, beli dan makan je la. aother than that, takde aktiviti apa makan just kuar masok kedai menyebok tengok barang. tu je la...
~~
ok..jadi itu le cerita aktiviti pergi langkawi for 2nd day... pergi gunung raya dan pergi langkawi cable car. dan juga mandi laut. hehehhehe...sweet memories!

Friday, January 21, 2011

nezha protest! mogok lapar!!!...


haaaa...sapa yang kata srindu sangat kat budak busuk masam degil nakal comot ni? haa..hambek..tatap le puas2 muka comot tu. eeee..sapa le yang suka budak comot macam ni ha? takde hensem lansung. busuk lak tu. chehhh...nakalnya masyaallah sekarang bukan main lagi. makin melampau2 menjadi2. naik pening saya ni melayan dia la. nak dicubit kang tak sampai hati. hahahahhhaa.... jadinya pelok le sekuat hati sampai dia menjerit. geramlah!!!!
~~
al-kisahnya.... dia semalam tu protest. entah le apa yang dia protest tu. nak kata saya tak menyokong usul dia untuk tido dalam rumah, dah diluluskan semenjak azali lagi. nak kata saya tak bagi makan, alamakkk..celik je bijik mata dia la makan dulu, saya pon time lunch kang baru nak makan. nak kata saya ada buat penderaan kat dia, memang le jauh sekali. dia je dera saya ada le. kena kemas itu ini. sapu itu ini. vacuum itu ini. cuci itu ini. haihhh... apa lagi yang dia nak ha????
~~
sebab yang saya kata dia protest mogok lapar tu.. dah 2 hari lepas dia tak makan tau. saya tuang makanan tu macammana saya tuang macam tu la keadaan bila dah petang. ada la usik sikit tapi tak macam biasa licin licau. tengok tempat uk-uk pon takde uk-uk. aikkk..biar betik mamat ni.. puasakah?? ramadhan lambat lagi? ganti puasa? owhhhh... takde lak bangun sahur. so, apakah??? saya pujuk2 dia makan, suap2 pon dia takmau tau. dia tidooo je duduk dia. tensen ke? sakit perot ke? pening kepala ke? owhh..saya jadi susah hati. cakap kat obek, obek kata nezha diet tu. sebab selau asyik makan je so hari ni takmau makan. dont worry katanya. hishhh..say amana boleh dont worry kalo hal budak busuk ni. bikin kaget guwe. so, pujuk2 pelok2 tu baru le nak makan sikit tu pon pakat cium2 gigit 2-3 ketol pas tu dah. pi depan lagi melepak tengok tv. amboiii.. dah jadi tv addicted ke?


ni namanya aksi mengenang nasib diri. siap letak tangan atas tangga gitu.. ya tuhannn... macam2 peel la dia tu. jangan tak tau..dia tido masa tu saya snap pic pon dia tak sedar. dah saya biarkan. sekali terisau gak mana tau kang tetiba tergolek je kat tangga tu. tu dah tinggi punya anak tangga tu. sayang punya pasal, angkat le dokong letak kat bawah. chehhh..manja gila. tapi saya suka aksi dia tu. macam kan sedang pikir masalah dunia le pulak. ke tengah pikir masalah ekonomi dunia sekarang ni? inflasi sifar? owhh.. takyah pikir le nezha. ko cuma perlu tau tong makanan tu sentiasa ada manakan. kalo ah nampak dasar tu tak diisi2 lagi tu baru ko patot kena pikir susah hati. hehehehhehe.. sayang dia.
~~
hari ni banyak cerita pasal nezha je la kan. obek pulak.. mmm. pagi tadi pukul 4am dah berangkat ke johor. ada site visit. sian obek keje terok. saya bangun pukul 330am untuk siapkan semua la. siapkan baju spare mana tau kot2 nak mandi ke apa ke kan. kalo taknak guna takpe..dah ada tu kang senang kot apa2 hal. tambah2 jumaat ni nak solat lagi. bab bangun pepagibuta insyallah... masih boleh bangun macam dulu. lagipon jenis tidor tak lena ni, bangun je la senang. so, lepas obek pergi pukul 430am tadi, saya tengok tv kejap. terlena kat sofa, pas tu bangun la. suasana pon dah sebokorang nak pergi sekolah nak pergi kerja. owhh..saya suka suasana pagi2 bising macam tu rasa macam meriah la. tak le macam sebu je otak. harap kerja obek settle dengan berjaya hari ni ye. saya doakan yang terbaik semuanya. amin.. moga allah mendengar dan makbulkan doa kita semua.




ni entah le aksi apa. yang pasti tu tangan dia tengah main2 dengan cekak saya. haihhh.. nak pakai cekak jugak ke budak busuk? boleh2... saya selalu je buli dia pakaikan cekak, ikat rambut, kopiah. hahahhahha..saje nak tengok camne. dia marah. tak suka kalo ada benda kat kepala dia. nanti dia mauuuu..mauuuuu..nezha tu kan pelik sikit. kucing mengeow meoww..meow..dia takkk..dia bunyik mauuuuu..mauuuu..dah le suara garau ala2 ramli sarip gitu. rock katakan.. wa rock sama lu.. hahahhaha...



tengok... tengok..saya tak tipu.. dia memang tengah main dengan cekak saya. tengok tangan dia tu.. sebelah sekilo. hahhaha.. ok..tu adalah tipu tapi kalo dia lempang tu memang sakit le jawabnya. luckily dia tak pernah lempang2 orang. hehehe.. takde la.dia kan budak baik..mana ada buat nakal2 jahat2 ni.. sayanggggggg diaaaaaa.... trademark taik mata haruslah ada. kalot ak tak sah nanti.
~
okla..tu je kot nak cerita hari ni. owhh..semalam cuti thaipusam tu korang pegi mana? saya dok rumah je la. pagi tu ingat nak balik rumah ma. sekali obek kena buat keje lak tapi kat rumah le persiapan untuk hari ni tu. so takyah balik la. nanti saturday balik macam biasa. hehehhee.. petang tu tengok tv je la sambil melayan budak busuk tu. obek dok bilik buat bilik kami 2 erang (ekor & orang) main2 la lompat2 kat tv, main tali, main sorok2, main kejar2 bola sambil memekak menjerit2 sampai obek keluar bilik tanya apa yang dah terjadi sampai bising sangat. hahahhaha..relax la obek.. kita orang main2 je. suka2kan hati sendiri.
~~
esok dah weekend. korang ada plan apa. saya takde plan apala. ingat pagi nak pergi rumah mama, petang baru balik rumah ma. tengok la camne jadual keje obek. tu pon tak tentu lagi entah pukul berapa obek balik dari johor hari ni. sian dia kalo penat saya tak mau ajak dia pergi mana2, dok rumah je la rehat. ok..all the best to all of us and have a nice weekend ye!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

p/s : petang ni nak beli aiskrim la nak makna dengan nezha lama dah tak belanja dia aiskrim.

Wednesday, January 19, 2011

mari jalan langkawi - edisi place to stay



hello.... haaa.. macam yang saya cakap hari tu.. kali ni nak dok cerita pasal tempat stay kat langkawi la. gambar atas tu intro la kononnya.. tu gambar pantai chenang waktu petang2. just a walking distance je dari chalet tempat tinggal tu. tapi kalo ikut jalan belakang la..kalo ikut jalan depan kira berpeloh gak le nak berjalan. jalan belakang pon dont worry.. maksud jalan belakang ialah jalan yang bukan jalan raya. lalu kat jalan kampung. dont worry..takde semak samun ke apa ke..rumah orang je dengan sawah. haa...cantik.. sapa2 nak pegi berdua-duaan gitu memang sangat sesuai. kuar jalan slow2.. sampai pantai tengok2 orang mandi, or nak mandi sekali ke apa ke kan. hehehhee.. boleh aje. kat pantai tu memalam ada club le band nyanyi reggae ke hapa ke bendanya. layan je la. so..ni le chalet tempat saya stay tu....





haa...tu dia.. namanya the bohok langkawi. ni kawan obek punya chalet le dia bukak kat situ. senang nak carik. tepi jalan besar je. not to worry.. sure tak sesat punya. nama dia mr. farid. very friendly and talkative too. hehehhee..ada je idea dia nak berborak. ramah la kiranya kan. dia buat style rumah tradisional sebiji2, jadinya...kalo korang ada berminat nak pergi 1 family.. boleh je book 2 rumah ke 3 rumah ke. not bad. nak stay serumah pon boleh. luas yang amat. yang penting.. bilik air adalah sangat menarik. saya tak terambil pulak gambar bilik air dia. dia buat style dulu2 tu.. bilik air turun bawah ada tangga kayu. sangat cantik, bersih dan luas. kiranya kalo korang nak mandi berdua ke bertiga berempat sekaligus pon takde hal la. hahahhaa.... tak macam sesetengah tempat tu kan, bilik air betol2 tempat cangkong dan mandi berdiri then sinki. pusing belakang kene sinki, pusing depan kena toilet bowl. kat sini tak..sangat luaslah! air pon ok.. sewerage system yang baik... saya suka je mandi dalam bilik air tu sebab..best. hahahhaha...ye la..macam kita pompuan ni... bilik air tu le benda yang paling penting. kalo dah berkeladak ke berlumut ke idak le teman. lagi2 kalo ada baby kecik tu. takat nak basuh2 baju 2-3 helai memang boleh sangat2. saya pegi hari tu pon tak bawak baju banyak..kebanyakkannya saya basuh balik dan recycle pakai balik. jimat ruang beg katanya. malas nak berangkut banyak2. anywayy... tu la saya sarankan..pada sesiapa yang mementingkan kebersihan bilik air dan ruang rehat yang selesa, inilah tempatnya, the bohok langkawi. menurut mr. farid tu.. nama the bohok tu diambil dari nama kampung tu.. kampung tu namanya bohor tempoyak. hehehehe... so, dah kata orang kedah, harus le kalo huruf R kat belakang kene tukar jadi K, so tu yang bohor jadi bohok tu. ha...gitu le ceritanya.




mr. farid tu cuma buat 5 biji chalet je. setiap satu tu lain2 tau dalamnya. haaa..baru le exclusive gitu... depan chalet ada padang luas. boleh la kalo ada anak2 yang nak main lari2 tu selamat. sebab ada pagar kat depan tu. tak macam sesetengah tempat kan kuar je pintu chalet udah jalan raya. kat sini kalo korang nak buat reception ke apa ke boleh jugak. luas tu tempat padang tu. takat 4-5 khemah boleh je masok. mr. farid boleh uruskan. mana le tau kan..tetiba korang nak buat anniversary party ke, birthday party ke, honeymoon party ke, echecehh....boleh aje. bagitau je kat mr. farid, dia akan uruskan. haa..gitu..kan best. kawasan pon luas, makanya senang le kan setempat semuanya. kalo korang datang dengan family ramai pon boleh, takde hal. memang sesuai. tu yang kereta hitam tu le chalet yang saya stay. haaa... tu kereta sewa la.. owh ye... kalo katanya korang sampai sana..nak kereta sewa dan taktau nak carik kat mana, mr. farid akan tunjukkan. haa gitu.. kiranya central la tempat ni. jangan risau apa2.. semua beres...





haaa... ni gambar dari pintu masuk pagar chalet tu. nampak menarik kan. macam rumah2 kita je kat sini. kata home vacation..ni la dianya. rasa bercuti dirumah sendiri, selesa dan menarik. otak tak serabut. opss..abaikan lelaki seksi tak berbaju tu.. cuba teka itu sapa? hahahhahaa... sebenarnya kan..seberang jalan chalet ni ada pasar malam pada setiap hari khamis. saya last day hari tu khamis, so sempat la pergi pasar malam tu. best jugak. ramai orang meniaga. meriahhhh.. dan yang pasti murah2... hahahhahaa... ada 1 makcik tu jual kuih buah melaka, singgit dapat 12 ketol. uwwaaa..saya beli sampai 2 hengget le sedap lak tu. ehh..tetiba cerita pasal pasar malam le pulak. bukan apa.. kalo le kata korang nak datang sini, bagitau je orang teksi tu cakap nak pegi chalet depan pasar malam. haaaa...kompom.. ini je la tempatnya. takde tempat lain lagi dah. sebab tempat lain pasar malam ialah kat pekan kuah dan ayaq hangat. heheheh.. air panas daaa.. takkan le korang tak tau kan. dah kata chalet ni kat pantai chenang.. ini je la. ingat.. landmark, pasar malam pantai chenang. haa..gitu...




ni lagi pemandangan dari depan pintu masok. bior banyak2 shoot nanti korang jadi paham. kang saya cerita bagai nak rak tapi tak paham apa barang... hehhee... anyway, kalo korang nak pergi kene call la dulu untuk booking sebab kan kadang walopon kat sini takde holiday, tapi foreigner tu selalu je ada. masa time saya pergi ada 3 chalet yg foreigner duduk. ada pulak tu duduk situ sampai 3 minggu. bayangkan la.... lamanya diaorang pi holiday. saya ni pi 4 hari je rasa dah lama beno. hehehehe... saya bukan kaki jalan punya orang la..




haa... tengok..ni kat tangga nak naik chalet. ada paip basuh kaki. cantikkan. macam rumah kampung dulu2. dulu kan letak tempayan cedok air pakai sendok tempurung, tapi ni dah moden guna paip le. saya suka. dah kata jalan2 kaki kotor kena pasir tadi, so nak naik rumah kita basuh le kaki. jangan le kata mentang2 dok chalet, kita customer pon main hentam je. tu nampak tu tong sampah tepi tu.. haaa.. tu tempat buang sampah. dalam chalet pon ada tong sampah, dalam toilet pon ada tong sampah. tu saya kata..kadang ada je orang tak reti bahasa buang pampers anak tepi2 tu je. hadoihhh.. amat le saya tak suka. bukannya takde tong sampah disediakan, tapi pemalas pengotor tu yang tak suka tu. jadinya, kat sini takde alasan le kalo korang kata takde tong sampah le takde itu le takde ini le. haaa.. kat sini pon disediakan wifi. free of charge je la ye. pakai le selama mana pon nak pakai, takde masalah. mintak je password kat mr. farid dia akan bagi. in fact memang dia sediakan perkhidmatan tu untuk keselesaan pelanggan. so, walopon anda bercuti, kerja2 urgent nak reply email ke nak update blog ke memang takde hal la. boleh aje dibuat dengan senang hati.





eh... ni bukan macam gambar tadi ke? boleh la.. letak je la. tak gitu. hehehehhee.....bila stay kat sini, suasananya nyaman. sejuk tau. takyah pakai kipas ke air cond ke memang sejuk la. kat dalam bilik memang disediakan 2 aircond dan 1 kipas. so pilih le nak pakai yang mana. saya malam2 tak buka aircond dah. bukak kipas pon no. 1 je sebab sejukkkkk....maybe sebab angin laut kot? entah le tapi memang nyaman. buatkan kita ni nak tidoooo aje 24jam. hehehhee...



haaa.. yang ni pintu pagar masuk chalet. nampak tu yang seberang jalan ada macam padang tu... itu le tapak pasar malam. dekat kan? depan bijik mata je. meriah wehhh... saya suka je suasana pasar malam. hehehhee..... malam2 pagar tu akan ditutup le..tapi tak dikunci, dah kata macam dok kat rumah sendiri harus le senja je tutup pagar kan. gitu le kisahnya.....



yang ni pulak, keadaan dalam chalet tu. mmmm.. cantik kan. tingkap dia tu kan dia buat style kampung dulu2 tu.... buka kuak tu. ada ukir2 bagai. cantik. tapi takyah bukak tingkap pon takpe. tapi kalo korang feeling2 nak buat video klip nyanyi2 bukak tingkap boleh aje.. hehehehhee.... lagu apa yang sesuai.. lagu selamat hari raya. hahahhaha... tu gambar katil le. depan tu ada meja rendah, ada bantal2 besar tempat baring2 lepak2 tengok tv. tv depan tu la. tv flat screen ye gantung kat dinding. wahhhh..best gitu. besarrrr punya... tepi tv ada meja solek la tu. ok la tu. menarik. langsir pon cantik, bukan macam langsir kat hotel2 tempat kita biasa pergi tu kan.. sepesen je takde corak2. ni macam langsir kat rumah2 kita tu... lawo apa. furniture memang minimum la kan, tapi mencukupi. ada petiais kecik, untuk korang letak snacks2 kat dalam tu. mr. farid pon ada sediakan electric jug la kan, kot2 korang nak minum air panas ke nak buat bancuh susu anak ke apa ke.. boleh aje. teh gula nescape kopimet memang ada la disediakan. mangkok pinggan cawan sudu garpu pon ada kalo kata korang nak tapau makanan bawak balik chalet makan bersuap-suapan berdua2an gituu pon boleh. kicap jalen? kicap jalen takde.. kalo takde kicap jalen, tak selera makan tuan. opsss.. termasok lak iklan kicap jalen. takde la. nak mengisahkan yang mangkok cawan sudu garpu semua ada kat dalam ni je. tak macam tempat lain, cuma siapkan cawan kopi dan piring kopi je, hujung2 pegi jalan jumpa laksa kedah sama cendol pulut nak makan kat bilik dah takde mangkok. choiiii.. .potong stim betol. kat sini dont worry..semua ada. piok kuali je takde. tapi menurut mr. farid, dia akan sediakan chalet yang ada dapur, sebab ada permintaan dari customer. ye la.. kalo yang datang tu 6-7 orang 1 family, ada lak budak2 kecik 3-4 orang yang jenis nak makan je kojenya, nak makan2 ringan breakfast ke nak masak2 yang ringkas senang le. so, coming soon mr. farid dia akan sediakan. haaaaa.. best tak?? besssttttttttt.......



ni gambar beranda. bestnyaaa..duduk2 kat beranda waktu malam sambil borak2. wohhooooo.. saya kalo beli apa2 makanan, nanti balik makan kat beranda tu la. best apa. luas, nak baring2 kat situ pon boleh. takde hal. kalo lelaki le.. kalo pompuan korang jangan buat pasal lak nak bebaring tetengah alam tu kan. malu le wehh... hehehhehe... tapi memang sesuai kalo ada budak2 kecik. boleh main kat beranda tu. best ok. nak makan atas meja pon boleh, nak duduk bersila kat lantai pon boleh. haaaa.. makan kat beranda ditemani angin berhembus sepoi2 bahasa, aduh..menambahkan kesedapan makanan. baru betol.. dah makan kenyang2 masok dalam tido puas2. balik kl timbang2 dah naik 2kg apo nak dikato. hahahahhahaa....



ni gambar tepi chalet le. saje nak menunjukkan yang chalet ni memang tinggi sikit ada tiang, tak le atas tanah terus. kan macam rumah kampung dulu2 kan. hehehhehee.. tengok ukiran kat tingkap2 dia tu.. cantik.
~~
makanya itu le cerita tempat tinggal kat langkawi yang best. tu memang saya recommended sangat2. harga berpatutan, tempat yang menarik, user friendly, ada pelbagai kemudahan, kot kata nak pergi kedai beli barang2 emergency ke apa ke kedai runcit ada je depan tu, if nak mini market kena kedepan sikit la. tapi maksudnya benda2 tu ada. tak le pening kepala nak pikir pegi kedai jauh ke apa ke. jalan kaki pon boleh.. nak ke pantai.. ikut jalan belakang boleh, jalan depan pon boleh. nak makan2, kedai dekat2. harga pon murah2 lorrr.. jadi kalo sesapa nak bercuti ke langkawi untuk next coming school holiday, or bila2 yang korang rasa nak bercuti tu... sila call mr. farid untuk book chalet.
~~
so, jangan lupa.. bila melancong ke langkawi, place to stay is at the bohok langkawi... call mr. farid at 019-3497709, he'll be there 24 hours a day to help you to fulfill your dream langkawi vacation! call now! hehehhehe.....
~~
p/s : next entry..2nd day activity..

Monday, January 17, 2011

mari jalan langkawi - edisi 1st day


hello... haa.. seperti yang telah dijanjikan..saya buat le entry ringkas pasal pegi jalan2 tu kan. sebenarnya jalan2 tu tak dirancang pon. last minutes punya programme. hentam je la. memula ingat obek memain je ajak pergi. maklum le.. member kan jenis buzy 25jam sehari. echecehhh... anyway... hari sabtu tu baru le terhegeh2 pegi book tiket. wahhh.. excited punnya pasal, kitaorang pergi terus ke lcct tu untuk book tiket. habis katanya takde menda nak buat. berjalan je la tau2 udah sampai lcct. hentam je la. mujur tak sesat. ni namanya 10 tahun sekali jejak epot. ye la..kita orang kampung mana le naik2 katebang ni.
~~
so obek kata jom pegi jalan2 nak? saya kata nak pi mana? dia kata mana2 le.. haa..sudah..ke mana le nak pergi. saya kata pegi PD ke? dia kata aduhhh. PD udah jemu le boleh kata every week turun sana. saya kata itu u, i mana ada pegi PD dah berkurun. hehehehee... so, borak punya borak he decided to pergi langkawi le. terus pegi counter tu. bukankaunter le.. ala2 booth gitu. oooo.. sekarang beli tiket macam beli air kotak kat mesin tu je ye. tekan2 pilih2 kuar gituuu.. senang betol. sian makcik baru tau benda macam tu wujud. owh..sedeyyy... anyway.. terus beli decide pergi on next coming monday, 030111. mmmm.. hentam je la.. amik flight pagi pukul 730am punya.
~~
so, bila tiba harinya tu.. kami ni pon berangkat le. kawan obek tolong hantarkan. owhh. walopon suka nak pergi jalan2, tapi adalah heart broken sebab kena tinggalkan nezha lagi. makanya melalak2 lagi le pepagi tu kan. hahahahhaa.. spoil betol la saya ni. so, perjalanan adalah smooth. cuma ada le gegar sikit gitu. dah kata hujan pulak masa on the way tu kan. makcik ok je. tapi obek lak pening2. apakah??? hahahhaha... sampai sana pukul 930am macam tu. turun je tunggu dalam 10 minit kawan obek pon sampai. owh..kami stay kat chalet kawan obek. dia ada buka chalet kat sana. wahhhh... cantek tauu.. nanti saya buat entry untuk chalet tu. recommendable to all of you.
~~
1st day... takde la buat apa sangat pon. lepak2 je la. sampai2 je rehat kejap. obek dah jumpa kawan lama dia tu apa lagi la.. lupa dunia. so, saya tinggal le kat bilik melayan tv. apa barang pegi jalan2 layan tv. nak tengok tv kat rumah pon boleh ye tak? hahahhaa.. takpe..takpe.. kasi chance le kat dia. kawan lama dah tak jumpa almost 2 years gitu. kita pon kalo jumpa kawan lama mesti banyak benda yang nak diceritakan, betol tak. lagipon takkan saya nak menyelit dekat diaorang, semua lelaki2 borak2 tetiba saya lak nak menyelit, hishh..tak kuasa. bior le lelaki dengan lelaki. kawan obek tu pon dah kawen. ingat nak le jumpa bininya tapi bininya balik kampung pulak daaa... so saya takde geng. hehehehe.. takpe... tak kisah. kita penuhkan masa terluang dengan menandakan tempat2 menarik untuk dilawati dan buat itinerary yang menarik supaya mudah nanti. mmm..masa kat arriving hall kat epot ada booth pelancongan langkawi kalo taksilap. dia akan distribute free map. so tu saya amik la kan.. sebagai panduan. walopon map yang hadoooo... aduihhh.. takpe2... janji nampak le landmark tempat2 yang kita nak pergi tu. so, sementara obek berborak, saya tanda2 buat catitan supaya senang. hhuhu.. lepas tu pergi lunch. kawan obek yang bawak. sambil tunjuk2 keliling dekat2 area situ. sebagai panduan le so tak le tak tau lansong nanti.
~~
since kawan obek tu owner chalet tu..dia pon memang ada offer service untuk jenjalan macam tu la.. so kalo kata korang stay situ, dia boleh bawakkan.. just pay je la kan.. tapi sebenarnya kalo nak pegi sendiri pon boleh sebab jalan2 kan langkawi tu macam senang. insyaallah..tak sesat. kami pegi tak sesat cuma ada sikit terkial2 le, sebab signboard..masyaallah... tuhan yang tau. hahahhahaa....
~~
lepas lunch rehat kat bilik je la sebab hujan. huishhhh.. baru nak pegi jalan2 hujan le pulak. takpe.. hujan kan rahmat. malam kuar pegi dinner. dekat je sesangat since chalet tempat kami stay tu kat pantai chenang. sangat dekat lorrr...lepas pusing tengok tempat makan yang berkenan, kami decide nak makan kat sini le.. kedai nama orchid kalo tak silap. tepi jalan je sure nampak punya kalo korang pegi. so, sampai2 terus pilih ikan le. wahhh.. ikan besar2.. tapi biasa le. takde yang luar biasa dia. so, saya pilih ikan kerapu, udang besarr punya 1, lobster 1, then sayur asparagus. mmm... nyaman sebab dia macam open air punya dining area. best2... so, mari tengok gambar makanan. hahahhahaa...



tu asparagus tu le.. entah le masak apa udah lupa. kata dah lama punya agenda. tapi kan..yang saya amat2 pelik tu.. berjalan ke hujung dunia pon obek tetap le nak makan telor dadar! uwwaa.... sedeh le macam takde laok lain dah nak dimakan. hishhh.. macam2 la dia tu. tu tangan dia.. gambar saya masa makan takde la.. habis sebok nak makan mana sempat nak snap2 pic.



ni ikan kerapu tu. masak abc kalo tak silap namanya. ingatkan apa laa.. rupanya macam masak kicap jek. hahahhahaha..... ok la just macam termanis le pulak. maybe sebab dia guna kicap manis kot. apa2 pon habis jugak kena bedal.


ni udang besarrr punyaa.. sekor je. tu pon jenuh nak habiskan. masak sizzling katanya. entah le.. makan je la.


haaa.. ni lobster tu. dia kan masa kita nak pilih tu.. ada 2 pilihan. ada 1 dalam tank yang hidop2 punya.. ada 1 dalam bekas dah tak hidop punya. hahahahhaha... harga beza la.. banyak bezanya. saya tengok yang biasa tu pon elok je. takde la kata busuk le apa ke kan.. so pilih yang tu je la. orang lain pon makan yang tu saya tengok. takde pon orang dok cedok yang dalam tank tu. haaaa.. ke itu untuk hiasan je? tapi adalak tanda harganya. ahhh. takpe la.. apa2 la labu. tu lobster masak apa la entah. sedap boleh la.. tak le sesedap ibu masak. hahahha...
~~
lepas makan just pusing2 jalan kaki je tengok aktiviti malam kat situ. mmm..dari pengamatan saya, kalo beli barang betol2 kat area sepanjang pantai chenang tu, memang mahal. kalo ke dalam sikit kat tempat saya stay tu..bapak murahhhh..uwwaaa...rasa nak nangis la tengok harga barang kat situ. murah2. rasa nak stay terus je kat situ, boleh? hahhahaha.... kat situ malam2 meriah le jugak. foreigner ramai kan. masa saya pergi local tourist dah takde sebab dah bukak sekolah dan musim cuti panjang dah habis.. so, tenang le sikit.



oppss..tetiba terselit lak gambar pompuan cun. hahahhaha.... angin kuat tuuu..tengok rambut sampai terangkat2. actually tu ialah masa sebelom makan tu. kalo saje jalan2 pusing2. ni masa kat awana porto malai. saje tengok2 apa ada kat sana. owhh..best jugak. menarik untuk tangkap2 gambar. dia ada macam tempat jalan2 apa ye nak dipanggil..pelantar ke apa? ye la kot.. kayu punya. ya tuhannn.. ngerinya saya. korang tau la saya ni penakot air nombor 1. kena lak berjalan atas air dengan pelantar kayu tu kan. kejung keras badan dibuatnya. mula la terbayang yang bukan. kot2 kayu pelantar tu roboh le berlobang ke haa sudahhhh.. ke bawah le jawabnya. istighfar banyak2. tu gambar tu nampak ceria sebab tu belom pegi jalan lagi. tu pasal muka tersengih. masa dah balik dari jalan2 kat pelantar..muka ada lah kelam. hahahhahaa... mujur telah diubati dengan makan banyak2. kalo takk.. harus saya pengsan.
~~
so, tu je la cerita 1st day kat langkawi... pendek kata 1st takde aktiviti sangat since obek tak habis2 nak berborak dengan kawan dia. takpe.. esok kita pusing 1 langkawi ye. tu je la nak cerita untuk entry 1st day... adios...
~~
p/s : nantikan next entry--place to stay at langkawi..

hanya tulisan, entry tak bergambar...

hello.. adoii.. dai dah mula buat hal dah..entah le kenapa budak busuk saya tu.. tak pernah2 nakkencing kat carpet weekend ni dah 2 kali dia kencing kat carpet. geram betol la. apsal ha?? nak kata saya marah dia, takde la pulak.. nak kata cubit2 dera..lagi le takde. habis yang dok protest tak henti tu apsal? uuwwaaa... jenuh le saya kena cuci carpet tu tau tak. makan minum main jalan2 semua macam biasa je. takde yang luar biasa. apakah? ni yang makcik lomah ni. banyak lagi kojo lain nak dibuat dia buat hal pulak. sesapa ada idea camne nak buatdia jangan kencing kat carpet lagi? kenapa dia jadi macam tu. aduhhh..tensen betol.
~~
in other story mory... weekend tadi macam biasa la.. balik rumah ma. tu kalo tak balik harus demam orang tua tu. haiii..macam2. ingat nak pergi rumah mama pon tak sempat. obek pulak kerja ahad petang tu. mmm..saya dok rumah je la melayan budak busuk tu. eh.. tu la pasalnya.. layan bagai melayan anak raja pon tetap nak buat peel. geram lah. rasa nak je cubit2 bontot dia tu. malam tadi pon dia buat hal. saya nak goreng ikan untuk dinner. so rendam le dulu ikan tu kan. then saya lepak2 tengok tv. entah le kenapa saya macam tergerak je nak pergi ke dapor tu. sekali pergi korang tau apa dah jadi??? dia tengah dalam sinki dok jilat2 air rendam ikan tu. naik hantu le saya jawabnya. membebel sepanjang malam tu. saya risaukan dia kot kang sakit perot ceret beret kang saya jugak yang susah. mana boleh nak cuti2 lagi baru je cuti panjang. dia nampak saya datang ke dapor tu terus melompat menyelamatkan diri menyorok bawah meja. saya kejar. time tu memang mendapat le kat bontot dia tu. dia tak pernah nak buat perangai macam tu tau. sebelom ni ikan berlonggok atas meja pon dia buat taktau je. ni pulak ikan tengah berendam dia sebok sampaimasok dalam sinki tu. tapi yang dai kencing2 carpet tu sebelom dia buat peel panjat sinki tu lagi. so how? apa dah jadi dengan budak ni?? nakal menjadi2 pulak. nak kata kurang kasih sayang, jauh sekali. rasanya bertambah terlebih2 kasih sayang. nak ata ada benda2 yang nak membuatkan dia stress tu memang takde la...adoiii..sabar je la banyak2.
~~
haa.. tu la tadi nak cerita lain dah termasok lagi agenda si budak busuk tu. hishhh... anyway... entry jalan2 belom sempat la nak buat. ala..relax la.. mesti buat punya. kata jalan2 mesti la nak bagitau info. kot2 esok korang nak pergi dah boleh tau dah..mana murah, makan kat mana yang sedap. saya ni jalan2 kira destinasi bajet je tu. takde nak destinasi terover bajet de, hahahhahaa....
~~
ok...sekarang adalah lapar. pagi tadi ada buat roti telur. tapi tak sempat makan lagi. biskut 4 segi tetap di hati.. chewahhhh.... obek buzy hari ni.. meeting le apa ke bendanya nak pegi sana nakpergi sini. biarkan. dah memang kerja dia. saya doakan yang terbaik untuk obek semoga semua kerja berjalan dengan lancar dan berkuranglah orang2 yang dengki tu hendaknya ye. takpe..tuhan maha mengetahui.. sapa yang menzalimi orang2 yang tak bersalah. eh..dah termasok kuliah subuh pulak.
~~
apa lagi nak cerita ni? mmmmm... takde idea. tapi hari ni monday kan..i love monday. hehehhee..sapa2 hate monday mesti dapatkan rawatan psikologi supaya boleh twist pemikiran. kalo takde monday..takde le friday. chewahhhh... hentam je la. monday ke tuesday ke saturday ke sama je.
~~
next wik nak pergi mana ye? saya nak pergi jalan2 la. tapi obek tu asyik la koje je. malas nak paksa2 pulak kan kerja lebih penting. kerja pon untuk saya jugak. nanti nak beli gelang besar tali sauh kapal camne kalo tak keje. haaaa.. kene ingat tu. jadikan gelang tali sauh kapal sebagai motivasi kehidupan. hambekkkk....
~~
eh..ok la.. merasa le korang baca entry takde gambor ni kan. takpe.. kira ala2 baca journal la. jornal kanmana ada gambar2.. kalo ada pon gambarajah yang..err..yanggg.... hehehhee.. memeningkan kepala.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, January 14, 2011

baca ni dulu sebelom entry yang betol2...


hiahhhh... rasakan pancaran laser dari mataku yang garang ini.. nahhh... rasakannn!!!!!!
~~
hehehe.. itu dialog sendiri je la namanya tu kan. kebetulan lak boleh terpancar2 cahaya kat mata dia tu. ishh... ishh... ishhh.. tengok la dia duduk dengan suka hati kat sofa tu. suka hati dia je la nak duduk baring tergolek2 kadangsampai tergoke jatuh ke bawah. tapi time obek takde la.. time obek ada dia ada sikit takot. sikit je la.. cakar tetap cakap barang rumah. hehehe.. takpe la nezha..cakar le..saya tak marah. habsi2 saya bebel je.
~~
apa nak cerita hari ni.. seperti biasa takde idea la.. nak buat entry pegi jalan2 tu belom gak lagi. macam takde masa le. tapi gambar dah transfer dah dari camera ke lappy. haa..tu pon berkurun. al-maklum.. tangan keras bab IT2 ni... nak kuarkan memory card pon terkial2..apa lagi nak transfer2 nih. aduhhh.. sedih betol. takpe2.. tapi dah berjaya tanpa bantuan sesapa.
~~
hari ni kononnya buat breakfast le. chewahhh.. buat spageti goreng. bantai le.. tingin makan mihun goreng tapi mihun takde. yang ada spageti kejung tu. buat jugak la. jangan tak merasa. so pagi tadi breakfast tu le. obek hari ni buzy. semalam dia dah inform dah jadual keje hari ni. wahhhhh.. manyak bz wo.. ye ke.. boleh caya ke tu. hahahhahaha... biar le.. keje tu keje je la.. jangan ada pikiran lain.


ni pic malam tadi. baru lepas makan terus lompat atas meja nak jilat2 bulu la habis 1 badan dia jilat. chehhh... geram betol. ehh..tetiba macam takde idea la nak cerita apa. tadi sebelum buka blog macam banyak sangat idea. tu la namanya tetiba otak blank. jadi..nak cerita apa ni? owh..idea..dimanakah dikau wahai idea....
~~
tadi berchatting2 dengan kawan opis lama.. mmm.. macam2 kejadian berlaku. sian pulak bila dengarnya. tapi tu la..nak buat camne.. saya harap semuanya ok. sentiasa berdoa yang terbaik untuk semua orang. kenal ke tak kenal ke kita kena bersangka baik selalu dan doa yang baik2. jangan doa kutuk2. tapi kadang saya selalu gak doa kutuk2 orang especially kalo orang tu dah menyakitkan hati saya. hehehhee...
~~
owh..tadi pagi ma call. kata dia nak pergi kursus umrah sabtu ni. amboi..pegi umrah lagi. tiap tahun nak pergi dia tu. bak le sini duit tu bagi saya pegi holiday ke hong kong pulak. kali ni dai nak bawak ibu katanya. owhh... sure ibu suka tu. tapi risau le if ibu pergi sapa nak kena jaga budak aish tu. budak tu memangle dah besar.. dah darjah 2 tapi perangai macam budak kecik. saya tak larat nak melayan dia tu. manja bebenor. harap2 semua ok la ye.. entah le bulan berapa dia nak pergi nanti. next cuti sekolah katanya. bulan berapa tu? bulan 3 ke? alamakk..dekat dah tu.
~~
saya ni kan.. punya le malas nak mengemas rumah ni. barangpindah hari tu masih ada yang dalam kotak or bag or plastik. malas betol nak membukanya nak mengemas. baju2 pon masih banyak dalam kotak. aduhhh.. takde geng le nak kemas. nak minta tolong nezha.. dia tu datang2 je terus baring atas baju tu habis camno nak mintak tolong. nak suruh dia sapu rumah.. dia nampak penyapu tu bergerak2 dia lak dok kejar penyapu tu nak buat main. hishhhh... jadi sebab tu le saya tak kemas box2 tu. hahahahhaha.. boleh ke alasan macam tu. boleh aje...
~~
mmm..macam ni la..saya pikir nak bagi kucing2 luar yang saya bela tu, korang nak ke? kalo nak boleh... tapi dengan 1 syarat. syaratnya ialah... kalo nak amik kena amik dia 1 family. mak(hitam)+ayah(hitam)+3 anak(2 kelabu, 1 putih) . saya rasa berat hati kalo pisah2kan dia. saya bukan apa.. macam dah tak larat pulak. dari dia terbiar ke apa ke..lebih baik serahkan pada mereka yang lebih layak membela. nak ikutkan sayang.. memang saya sayang sangat. mana mungkin saya mampu bagi pada oranglain tapi saya perlu pikirkan keselesaan diaorang jugak. jadi kalo ada antara korang yang nak.. inform saya. yang penting kalo dah amik tu sila la jaga dengan sepenuhjati..jangan dera2 dia. owhh.. kan dah menangis ni. baru tulis.. belom betol2 kejaidan lagi. kalo betol harus la banjir nanti ni.



okla.. tu je.. sebagai penutup.. tu teasing for next entry.. yeahh..entry pi jalan2. kalo teror teka la saya pi jalan2 kat mana tu. tu awek cun baju hitam suar hijau selipar merah tu saya le tuh. ahhahahahhahaa.....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, January 11, 2011

gegambaran kejadian..


hello..seperti yang dicakapkan semalam tu..saya letak le gegambaran kejadian tu kan. tapi dengan syaratttt.. syaratnya tengok je jangan gelakkan, jangan guling2, jangan pengsan2, jangan kutuk2. hahahhahaa... takde la.. tu je yang ada. tu pon gamabr dari camera family. yang betol2 idak le dapat lagi dari tukang tangkap gambar tu kan. entah le bila nak dapatnya. tak kisah le. jadinya cukup setakat tu je la kan. apa pon, gamabr nezha tetap le yang teratas tempat pertama. dia pagi tadi kejut awal. pagi buta dah garu2 gigit2 kepala. sabar je la. hish budak ni... apa pon..sayang kat nezha. anyway... meh tengok gambar kejadian ye. dah janji kan tadi takmau kutuk2. sapa mungkir janji maknanya dia budak jahat! hahahhahaa....



ni masa nikah. 18hb disember 2010 jam 930 malam. chewahhh.. makcik debor2 gigil2 dok kat situ. uwwaa...rasa nak nangis. takot. entah le takot apa. takot tok kadi soal yang bukan2, takot obek tersalah sebut. takot entah le macam2 pikiran datang masa tu. tu yang muka stress je tu. hahahhaha... ni kat dalam rumah la. obek seperti biasa... bersoal jawab lak dengan ustaz tu. chehhh.. bikin gempak je. orang tok kadi yang soal pengantin, ni dia lak yang soal tok kadi. ha sudahhhh.. makcik dah suspen dah tu. macam2 peel dia tu. anyway..semua selamat. lafaz 2 kali. actually sekali je. yang first tu tok kadi tu yang salah sebut jumlah mas kawen tu, tapi obek jawab betol. apa da tok kadi salah sebut. bukan juta2 pon nilainya. hahahhaha... masa tu saksi dok kata eh..tok..salah sebut tu tok. hahhaha.. gamat 1 rumah. aduiii... bertambah le suspen. then buat lagi sekali, tok kadi betol, obek pon jawab betol. alhamdulillah... selamat sudah. hahahha.. lepas tu kan ada time suami baca taklik tu.. lagi kelakar. adoiii... tok kadi kata..haa..kamu pi baca lafaz taklik ni kat isteri kamu.. cakap macam ni.. assalamualaikum wahai isterikuu.. ya tuhannn.. knowing obek yang bukan jenis romantik getik ni... harus le mamat tu gabra lebih. hahahhaa... time dia cakap tu memang gamat 1 rumah gelakkan. ye la.. family dia tau dia camne keras, sekali ni depan orang ramai lak ni kena sebut macam tu. hahahhahaha.. lepas lafaz taklik, saya lak sambut cakap saya terima. haa..gitu kata ustaz tu. aduiaiiii... macam2. lawak betol. then bagi le apa ke benda semua barang tu pakaikan then bagi le mas kawen tu kan. then salam2 then tangkap2 gambar. tu je la. hahhahaa.... seperti biasa, saya yang ciwek ini haruslah banjir 1 rumah. kata anak ma... harus le sedey lebih. entah le apa yang disedihkan automatik je rasa lain then airmata lak tak mau berenti. kuar sendiri tu. tapi kejap je la.. lepas tu ok dah.. tersengih2 sebab nak amik gambar. hahahhaa... lepas tu tetamu makan. owh..saya nikah malam lepas isyak. so menu malam tu just simple2 je la.. nasi lemak sambal sotong then kuih2. ok la tu kan. kata nak jimat. hahahahha.... lagipon dah malam orang pon tak larat nak makan tapi nasi lemak adalah super sedap! nyesal makcik makan sikit je. sementara orang tetamu makan, makcik dengan pakcik (apakah? tetiba jadi pakcik) saya dan obek le salin baju gitu untuk majlis berinaii...



oppss...opss... jangan gelak.. tadi dah janji takmau gelakkan. uwwa...jangan la tipu wehhh.. ni gambar berinai. wahh..siap kompang2 gitu memalam tu. hahahhaha... biarkan. kata sekali seumur hidop harus le meriah. tu pakai baju minang. kaler oren. owhhh.. sangat kontras dengan kulit makcik yang senada dengan kulit manggis tu. ni kat pelamin luar rumah. memula hari tu nak buat pelamin dalam rumah tapi memandangkan obek adalah tinggi.. terantuk pulak kang kepalanya kat siling. sebab rumah bawah rumah ma tu rendah. apa2 laa.. saya macam malu je nak sanding2 tu. adoiii..... rasa nak guling2 rasanya masa tu. hahahhaha.. malu wehhh.. so, untuk cover malu kita borak2 sesama sendiri atas pelamin ye. mmm... pelamin dalam dan luar adalah ma saya yang pilih. eh..macam dia lak yang nak kawen tu kan. apa2 la labu.. janji ada. not bad jugak le pilihan dia. redha je la. kata anak ma harus dengar kata. hahahhahhaa.... lepas tu biasa la ada renjis2 tu. owh..majlis buat kat rumah sepenuhnya. masak2 pon guna orang kampung. takde catering or buat kat dewan. ma saya takmau. dia mau buat style kampung dolu2. layannnn... lepas tu dia demam sebab penat. rasakan. hahahhahaa.....
~~
owhh...saya takde buat baju salin2 korea, jepun, cina, india, jawa, inggeris, uganda, rwanda semua tu. takmau la. malu. lagipon tak perlu la rasanya. so not me. hehehhehehee...saya memang tak teringin pon. entah.. memang tak mau. ma ada tanya juga takmau ke buat salin2 baju tu? saya kata takmau la.. so tu yang 1 je gambar berinai tu..sekali naik dengan obek. hehehhee....



ni esok paginya. ahad 19hd disember 2010. majlis khatam le.. apa lagi. takkan konsert amal unplugged akutika pulakkan. layan je la. hajat ma saya juga. tapi saya pon berhajat jugak. walopon kecik2 dah khatam tapi kawen ni nak le khatam lagi sekali. apa2 la..janji ada. khatam pakai baju hijau. tapi adalah bengang sebab selendang hijau saya dah beli tertinggal kat rumah kl. uwwaaa..... tensen betol. so guna semula la selendang putih masa nikah tu. tapi nampak ok gak kan.. tak le hijau je semuanya. hahahhaa..ayat cover kesedihan sebab dah beli selendang hijau memahal sekali tertinggal. time nak pakai pagi tu baru le terperasan. chehhhh.. sebelom tu confident je ada dalam almari. takpe la.. takde rezeki. tapi ok gak apa.... kan? baik korang cakap ok.. kalo takk...siap la.
~~
owhh.. sian kat saya sebab kena pegang mic sendiri. orang dj yang karaoke tu boleh tertinggal benda pemegang mic tu. hantu betol takpe la.. tak kisah le yang penting baca mesti betol ye tak? kat tangga belakang saya tu kira atok sedara la.. adik kepada atok saya. atok saya dah meninggal.. so adik dia ada lagi la. datang le ke majlis saya. dah kata cucu..harus le datang kan. tak datang kalu.. esok raya takde la nak pegi rumah dia. hahahhaha.. jahat betol. masa saya nak duduk baca tu atok tu kata.. ha meh siko den donga 'an ekau baco. baco bia boto, jangan main hontam yo. atok ado ni dok sobolah kot salah kang den botokan. ayoyoyoyooo... itu macam ka atok. jangan itu macam brader..relax.. wa dah prektis baca dah. prektis beno le..baru pagi tu bangun tido prektis. hahahhahaha... takpe2..jangan gabra..lagipon baca ayat lazim je kan. tukang khatamkan ialah grup merhaban ma saya. haa..kan saya selalu cerita dia selalu pi marhaban tu kan.. hari tu grup dia semua datang la...meriah. adalak 1 makcik tu udah berkenan dengan saya. haa..sudahhh..siap pelok2 cium bagai masa salam tu siap kata adoii.. aku tak tau mak hajah ni ada lagi anak dara..kalo aku tau elok aku je yang pinang dia untuk anak aku tu. suka beno aku kat dia ni pandai ngaji, rajin di rumah, muka manis.. chewahhhhhh.... biar betik makcikk..saya dah nikah dah malam tadi.. tu la makcik lambat hantar borang kan dah melepas. hahahhahaha... masa makcik tu cakap macam tu.. berderai semua orang gelak ketawa. hahhaha.. meriah betol. saya riki2 rupanya betol la makcik tu dulu ada hint2 kat ma saya tapi apakan daya.. saya sudah di-tag oleh obek. hahhahahhaa.... anyway.. takpe le makcik ye.. kita sekampung nanti rumah makcik buat apa2 kenduri saya datang tolong.... tolong makan. hehhehee... lepas majlis khatam, lepas salam2 semua.. rehat kejap untuk majlis sanding siang tu. wahhh.. dj pon dah prung prang prung prang kuar lagu ntah hapa2. lantak le.. saya kelam kabut kat bilik nak bersiap. makan pon belom. ibu hantarkan makanan sampai ke bilik. thanks ibu. hehehehe...



ni masa majlis siang tu le.. ni masa potong2 kek. haa.. kek 3 tingkat tu.. tapi tak nampak ketinggiannya sebab stand dia jenis silang2 bukan yang jenis meninggi ke atas. ok la tu kan... lain sikit dari kebiasaan. tema adalah merah. hehehhe... kek tu ada 2 perisa... coklat & strawberi. saya memang niat nak buat potong2 kek tu sebab nak bagi budak2 kecik tu makan. diaorang mana le reti nak makan nasi minyak laok daging tu sangat kan. bagi kek2 macam tu nak le dia. lepas potong dan eksyen2 tangkap gambar suap2 kek.. kita kasi potong itu kek semua kasi orang makan. siap selesai. kek adalah disponsor oleh almaunah. heheheh.. tq so much. dia pon banyak sponsor untuk majlis tu. tq, tq.
~~
masa kenduri tu kawan saya dari johor datang. kawan dari kecik tu.wahhh..terkejut saya. saya kata apsal tak datang je yang kat johor, so tak le jauh beno perjalanan. saya tak kisah asalkan datang. dia kata takpe.. nak jugak datang yang sini punya. hehehe.. bagus2. orang ramai masa majlis tu. menu hari kejadian ialah nasi minyak, ayam goreng berempah, rendang daging, dalca kambing, kerabu nangka, masak lemak perut dan isi dalaman lembu tu le sebab sembelih lembu tu kan, acar buah, sambal goreng..ala..yang suun campur fucuk campor tempe kentang tu laok jawa tu, lepas tu apa lagi ye.. lupa la... owhh...cendol. orang cendol tu datang tau dengan mesin2 ais dia tu haaa..baru best... berator orang nak makan cendol. saya dapat sesudu je tak sempat lansung. air minum ialah oren sunquick. hahhahahha..saya kata apsal tak buat air sirap..baru le sama merah dengan tema.. ibu kata buat oren sunquick le..baru ngam dengan nasi minyak tu. apa2 laa.. tak kisah le. jangan tak dibagi air orang minum udah. ada yang tercekik nanti.
~~
untuk goody bag..saya tak buat benda2 special pon.. malas le membazir je. saya bagi bunga telor, buah epal & lai, then bungkuskan nasi minyak & rendang daging. nasi minyak & rendang daging tu memang dimasak lebih sebab untuk tapau tu. gegula ke jeli2 ke kopok2 ke takde. atas meja memang dah letak kopok2 macam kuih tiram dengan kerepek2 untuk orang makan2. okla tu kan. gula2 dah bagi masa bersanding tu ada buat baling2 gula2 kat bebudak. adoii.. havoc. sampai nangis2 budak2 tu. nangis sebab terantok le, sebab tak dapat le, sebab terhimpit le. hahahhahaa... owh...dengan saya buat bunaa manggar gula2. tu la yang direbutkan dek budak2 tu. setangkai lidi tu saya letak 7 biji gula2 hambekkkk..sapa dapat bertuah le. sapa tak dapat tu yang bantai nangis. tu saya buat sendiri tau. sampai pedih2 tangan sebab kena hot glue tu. bunga manggar kilat biasa tu pon ada gak. apa2 la..janji meriah. suka tengok budak2 kecik tu happy2 lari main2.



ni kira gegambar sengal pengantin le. saya kan suka je kalo nak amik gambar buat muka yang pelik2. takde la nak skema je tegak macam patung. so not me. the photograper pon naik pening sebab saya suka buat pose2 pelik. hahahahhaha.... takpe la.. rasa macam malu la if dok diam buat gaya pengantin. apakah??? dah memang pengantin harus le bergaya macam pengantin kan. owhhhh... malu woooo... tapi harus le ada juga gambar proper kan.. kata kenangan seumur hidop. dengan obek yang tak reti posing2 keras je tu. hahhahaha... at least saya ada gak kegedikkan nak berposing tu. macam2 peel. memori tu......lepas majlis... apa lagi. pengantin kena basuh piok la. uwwaaaa.. tak kasi chance lansung pengantin nak jadi raja sampai malam. sampai petang je rupanya. chehhh.. tapi takpe la.. best apa. walopon penat dan macam nak pengsan tapi semua selesai. laok pon habis. bunga telor pon habis, ada la sikit je belen dalam 20 batang macam tu. seminggu kemaskan rumah ma tu. adoi..macam nak patah pinggang. kena kemas bebetol sebab nanti kalo saya dah takde lagi takde orang nak tolong ma kemas. kira2 pinggan cawan sudu yang disewa. kot ada yang pecah ke hilang ke apa ke kena le ganti. syukur takde yang pecah. cuma 1 je sudip gergasi tu patah. apakah? hehehhee.. tapi kena ganti bayar rm10 je. ok la tu kan.
~~
hari khamis malam jumaat berikutnya buat kenduri kesyukuran sebab majlis dah selesai dengan baik dan sebagai tanda terima kasih pada para penanggah yang berpenat2 masak time kenduri hari tu. malam tu takde masak2 dah. saya tak larat saya cakap kat ma order je la kat orang. so, menu malam tu nasi tomato, ayam masak merah, kerutub daging, acar nenas & timun. pas tu saya beli kek sebijik untuk cuci mulut. hari jumaat, esoknya, saya berangkat ke johor untuk majlis sana pulak dengan ibu. hehehehe.. ma tinggal. dia pergi hari sabtu dengan orang2 kampung.
~~
perjalanan ke johor adalah hujan lebat yoooo... eeee... tak nampak jalan. kene drive slow2. sampai sana disambut oleh family belah sana le. malam tu ada function usrah. oooo..orang belah sana malam nak kenduri tu dia punya style buat usrah. macam ceramah le oleh ustaz bagi orang kampung dengar.. sesambil rewang untuk majlis esoknya tu. menu malam tu ringkas je.. nasi putih, ayam masak kicap, goreng ikan masin dengan apa ntah lagi 1.. dah lupa. then kuih2. ya tuhannn.. punya banyak kuih2 sampai berbalang2. orang bagi la tu kan. mak obek selalu bagi kat orang so time dia kenduri orang balas tu diaa.. boleh buat pasaraya woooo....
~~
malam tu tido kat rumah persinggahan tu kan. kira macam sepupu obek. owhhh.. rumah dia sangat best. pure punya design kampung. sangat kemas dan bersih. siap ada buaian lagi tu gantung kat pokok depan rumah. i like!!!!!! so, bermula la episod berangan puteri raja naik buai dengan harapan putera raja datang. takde maknanya.. obek buzy tolong kenduri. saya main buai dengan budak adik dan budak aish. depa kan bodyguard saya. hahhahahhaa....
~~
pagi esoknya tu iaitu 25hb disember 2010, sebelum majlis kejadian, pepagi sepupu obek dah pegi rumah sana bawakkan breakfast. wahhhhhh.... mak mertuaku buat roti canai woo.. ehh..bukan buat la. upah orang kedai roti canai tu buat roti. boleh order apa saja macam kat kedai. roti kosong? roti sardin? roti telor? roti tisu? u name it, he'll make it for you. hamboihhhh.. meriah. then saya tolong potong2 bunga rampai sebab diaorang tak sempat nak buatkan. apakah? pengantin kena potong bunga rampai sendiri? belasah laaaa... apa ada hal. suruh tolong gorengkan ayam tu pon saya boleh buat. takde la nak perasan diva ke apa ke. lagipon malu lah kalo duduk je. ishh... so not me. saya mana reti dok diam kalo bab2 kenduri ni. kalo boleh saya nak buat semua bior jadi macam kehendak saya. hehehhehehe... so, by pukul 12pm macam tu mak andam pon sampai untuk mekap2 gitu. jenng...jeng..jenggggg....




hehehhee.. belah johor tema adalah kuning. again.. saya tak tau menahu lansung bab2 pelamin ni. semua ibu mertua ku yang punya pilihan. pon buat kat luar. wahhh..besar pelaminnya sampai 3 gerbang. hamboihhhh... bukan main lagi ibu mertua tu. excited macam dia yang nak kawen tu. hahahahhahaa.... layan je la. tapi mekap adalah rambut melepek. apakah? mak andam kat nak buat design rambut era pajira katanya. saya kata camne lak tu? dia kata ada juntai2 gitu. layan je la. konon nak buat ala2 60-an le. hambekk. hahahha..tapi takpe la.. ok je saya tengok. belah kl dah buat style tradisional sanggul lintang besar, cucuk sanggul goyang tinggi, kat johor bior le ada pesen2 sikit ye tak. kat johor ni saya pakai crown biasa aje dengan veal kat belakang. simple je la. gitu le kalo tak pernah deal dengan mak andam. saya mmg tak tau menahu bab tu. hari majlis tu le baru saya jumpa dia baru le discus nak camne2 style mekap ke apa ke. adoihh.. tak macam sesetangah orang. siap ada pre-wedding try test mekap bagai. jumpa 16 kali discus itu ini. makcik sempoi je la. semua mak mertua yang kasi settle. ikut je la dia nak camne. takkan dia nak buat pelik2 pulakkan.
~~
belah johor biasa la.. telur pindang dia punya bunga telor. mak mertua saya buat sendiri tu. kena belajar ni sebab saya suka. tapi kalo senang le.. kalo payah membuatnya idak le temannn... beli je la kat kedai sudah. hahahhahaa.... so, menu pada hari tu ialah nasi beriani, beriani kambing, ayam goreng berempah, acar buah, rendang daging, acar nenas timun, apa lagi ha... adalagi rasanya sebab hari tu banyak traynya. lupa la.. air asam boi, dan dessert cendol jugak. hehehehhee.. goody bag dia macam2 ado.. gula2 ada, bahulu ada, kerepek ada, kuih peneram ada, bunga telor dah tentu. wahhhhh... meriah.
~~
jadi, itulah gambar majlis saya. nanti kat entry lain saya tunjuk gambar buai kat pokok tu..gambar masa diaorang buli2 saya pakai inai.. uwwaaa... budak aish udah lukis ben10 kat tangan saya yoooo!!!!! sabar je la. dan gambar2 yang lain. tu la ceritanya... jalan2 honeymoon? hahhahha... adalah..nanti tu kat entry lain ye. gambar jalan2 tu kurang sebab takde orang nak amikkan gambar kami berdua. tapi takpe..ada jugakkan tak kisah le. later2 if saya ada teringat lagi nanti saya tepek lagi. haaa... baju sanding saya tu saya tempah sendiri. makanya sapa2 nak teringin pakai boleh le contact saya. sebab apa buat sendiri? sebab saya nak songket bunga penuh. yang ada semua songket bunga tabur. saya tak mau la.. macam baju raya saya je songket bunga tabur tu. kalo ada pon songket bunga penuh dia dah dimodenkan.. ala2 berkemban gitu then sarung lace jarang kat luar which is so not my taste. takmau la berkemban2 pulak. saya nak baju tradisional kebaya labuh. memang dah takde orang buat baju macam tu. jenuh mencari tau. mak andam saya kata dia boleh buatkan, tapi kena rm500. saya kata kena rm500 tu baju tu lepas tu saya dapat ke tak? dia kata tak?? wtf?????? baik le takyah. patot2 le pon kalo nak untung beno. baik saya buat sendiri. buang duit bayar rm500 untuk pakai 2-3 jam tu? sorry la. buat sendiri walopon mahal, tapi lepas tu jadi hak saya. adik2 beradik obek boleh pakai kalo nak pakai. nak bagi sewa kat orang pon boleh. if tak nak simpan nak jual pon boleh. so, sebab tu saya buat sendiri. jadi tu lah kisahnya baju bersanding saya tu. baju kuning & merah tu le.
~~
di kesempatan ni pon saya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada semua family saya dan obek yang banyak membantu menjayakan majlis. memang le diaorang tak baca blog ni tapi saya tetap nak ucapkan terima kasih. pada ma, ibu, mama, almaunah dan kaum kerabat saya... penat lelah anda semua saya hargai. tak dapat nak dibalas dengan wang ringgit. hanya doa dan ingatan yang berpanjangan semoga kita semua berbahagia dan gembira selalu. pada kerabat obek, makmidah, tokngah, adik beradik obek pon saya ucapkan terima kasih banyak2. jasamu tetap dikenang.
~~
wahhhh... berapa lama dah saya tulis kat blog..tak pernah lagi tunjuk muka kan.. haa..kali ni baru tunjuk muka. owhh..sangat malu wooo... kata hitam merelit harus le kan. tapi takpe..hitam2 pon manis. hahahhahahaha.... ok la.. tu je nak cerita.. nanti sambong lagi. adios!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...