mari mencari....

Google
 

Tuesday, January 11, 2011

gegambaran kejadian..


hello..seperti yang dicakapkan semalam tu..saya letak le gegambaran kejadian tu kan. tapi dengan syaratttt.. syaratnya tengok je jangan gelakkan, jangan guling2, jangan pengsan2, jangan kutuk2. hahahhahaa... takde la.. tu je yang ada. tu pon gamabr dari camera family. yang betol2 idak le dapat lagi dari tukang tangkap gambar tu kan. entah le bila nak dapatnya. tak kisah le. jadinya cukup setakat tu je la kan. apa pon, gamabr nezha tetap le yang teratas tempat pertama. dia pagi tadi kejut awal. pagi buta dah garu2 gigit2 kepala. sabar je la. hish budak ni... apa pon..sayang kat nezha. anyway... meh tengok gambar kejadian ye. dah janji kan tadi takmau kutuk2. sapa mungkir janji maknanya dia budak jahat! hahahhahaa....



ni masa nikah. 18hb disember 2010 jam 930 malam. chewahhh.. makcik debor2 gigil2 dok kat situ. uwwaa...rasa nak nangis. takot. entah le takot apa. takot tok kadi soal yang bukan2, takot obek tersalah sebut. takot entah le macam2 pikiran datang masa tu. tu yang muka stress je tu. hahahhaha... ni kat dalam rumah la. obek seperti biasa... bersoal jawab lak dengan ustaz tu. chehhh.. bikin gempak je. orang tok kadi yang soal pengantin, ni dia lak yang soal tok kadi. ha sudahhhh.. makcik dah suspen dah tu. macam2 peel dia tu. anyway..semua selamat. lafaz 2 kali. actually sekali je. yang first tu tok kadi tu yang salah sebut jumlah mas kawen tu, tapi obek jawab betol. apa da tok kadi salah sebut. bukan juta2 pon nilainya. hahahhaha... masa tu saksi dok kata eh..tok..salah sebut tu tok. hahhaha.. gamat 1 rumah. aduiii... bertambah le suspen. then buat lagi sekali, tok kadi betol, obek pon jawab betol. alhamdulillah... selamat sudah. hahahha.. lepas tu kan ada time suami baca taklik tu.. lagi kelakar. adoiii... tok kadi kata..haa..kamu pi baca lafaz taklik ni kat isteri kamu.. cakap macam ni.. assalamualaikum wahai isterikuu.. ya tuhannn.. knowing obek yang bukan jenis romantik getik ni... harus le mamat tu gabra lebih. hahahhaa... time dia cakap tu memang gamat 1 rumah gelakkan. ye la.. family dia tau dia camne keras, sekali ni depan orang ramai lak ni kena sebut macam tu. hahahhahaha.. lepas lafaz taklik, saya lak sambut cakap saya terima. haa..gitu kata ustaz tu. aduiaiiii... macam2. lawak betol. then bagi le apa ke benda semua barang tu pakaikan then bagi le mas kawen tu kan. then salam2 then tangkap2 gambar. tu je la. hahhahaa.... seperti biasa, saya yang ciwek ini haruslah banjir 1 rumah. kata anak ma... harus le sedey lebih. entah le apa yang disedihkan automatik je rasa lain then airmata lak tak mau berenti. kuar sendiri tu. tapi kejap je la.. lepas tu ok dah.. tersengih2 sebab nak amik gambar. hahahhaa... lepas tu tetamu makan. owh..saya nikah malam lepas isyak. so menu malam tu just simple2 je la.. nasi lemak sambal sotong then kuih2. ok la tu kan. kata nak jimat. hahahahha.... lagipon dah malam orang pon tak larat nak makan tapi nasi lemak adalah super sedap! nyesal makcik makan sikit je. sementara orang tetamu makan, makcik dengan pakcik (apakah? tetiba jadi pakcik) saya dan obek le salin baju gitu untuk majlis berinaii...



oppss...opss... jangan gelak.. tadi dah janji takmau gelakkan. uwwa...jangan la tipu wehhh.. ni gambar berinai. wahh..siap kompang2 gitu memalam tu. hahahhaha... biarkan. kata sekali seumur hidop harus le meriah. tu pakai baju minang. kaler oren. owhhh.. sangat kontras dengan kulit makcik yang senada dengan kulit manggis tu. ni kat pelamin luar rumah. memula hari tu nak buat pelamin dalam rumah tapi memandangkan obek adalah tinggi.. terantuk pulak kang kepalanya kat siling. sebab rumah bawah rumah ma tu rendah. apa2 laa.. saya macam malu je nak sanding2 tu. adoiii..... rasa nak guling2 rasanya masa tu. hahahhaha.. malu wehhh.. so, untuk cover malu kita borak2 sesama sendiri atas pelamin ye. mmm... pelamin dalam dan luar adalah ma saya yang pilih. eh..macam dia lak yang nak kawen tu kan. apa2 la labu.. janji ada. not bad jugak le pilihan dia. redha je la. kata anak ma harus dengar kata. hahahhahhaa.... lepas tu biasa la ada renjis2 tu. owh..majlis buat kat rumah sepenuhnya. masak2 pon guna orang kampung. takde catering or buat kat dewan. ma saya takmau. dia mau buat style kampung dolu2. layannnn... lepas tu dia demam sebab penat. rasakan. hahahhahaa.....
~~
owhh...saya takde buat baju salin2 korea, jepun, cina, india, jawa, inggeris, uganda, rwanda semua tu. takmau la. malu. lagipon tak perlu la rasanya. so not me. hehehhehehee...saya memang tak teringin pon. entah.. memang tak mau. ma ada tanya juga takmau ke buat salin2 baju tu? saya kata takmau la.. so tu yang 1 je gambar berinai tu..sekali naik dengan obek. hehehhee....



ni esok paginya. ahad 19hd disember 2010. majlis khatam le.. apa lagi. takkan konsert amal unplugged akutika pulakkan. layan je la. hajat ma saya juga. tapi saya pon berhajat jugak. walopon kecik2 dah khatam tapi kawen ni nak le khatam lagi sekali. apa2 la..janji ada. khatam pakai baju hijau. tapi adalah bengang sebab selendang hijau saya dah beli tertinggal kat rumah kl. uwwaaa..... tensen betol. so guna semula la selendang putih masa nikah tu. tapi nampak ok gak kan.. tak le hijau je semuanya. hahahhaa..ayat cover kesedihan sebab dah beli selendang hijau memahal sekali tertinggal. time nak pakai pagi tu baru le terperasan. chehhhh.. sebelom tu confident je ada dalam almari. takpe la.. takde rezeki. tapi ok gak apa.... kan? baik korang cakap ok.. kalo takk...siap la.
~~
owhh.. sian kat saya sebab kena pegang mic sendiri. orang dj yang karaoke tu boleh tertinggal benda pemegang mic tu. hantu betol takpe la.. tak kisah le yang penting baca mesti betol ye tak? kat tangga belakang saya tu kira atok sedara la.. adik kepada atok saya. atok saya dah meninggal.. so adik dia ada lagi la. datang le ke majlis saya. dah kata cucu..harus le datang kan. tak datang kalu.. esok raya takde la nak pegi rumah dia. hahahhaha.. jahat betol. masa saya nak duduk baca tu atok tu kata.. ha meh siko den donga 'an ekau baco. baco bia boto, jangan main hontam yo. atok ado ni dok sobolah kot salah kang den botokan. ayoyoyoyooo... itu macam ka atok. jangan itu macam brader..relax.. wa dah prektis baca dah. prektis beno le..baru pagi tu bangun tido prektis. hahahhahaha... takpe2..jangan gabra..lagipon baca ayat lazim je kan. tukang khatamkan ialah grup merhaban ma saya. haa..kan saya selalu cerita dia selalu pi marhaban tu kan.. hari tu grup dia semua datang la...meriah. adalak 1 makcik tu udah berkenan dengan saya. haa..sudahhh..siap pelok2 cium bagai masa salam tu siap kata adoii.. aku tak tau mak hajah ni ada lagi anak dara..kalo aku tau elok aku je yang pinang dia untuk anak aku tu. suka beno aku kat dia ni pandai ngaji, rajin di rumah, muka manis.. chewahhhhhh.... biar betik makcikk..saya dah nikah dah malam tadi.. tu la makcik lambat hantar borang kan dah melepas. hahahhahaha... masa makcik tu cakap macam tu.. berderai semua orang gelak ketawa. hahhaha.. meriah betol. saya riki2 rupanya betol la makcik tu dulu ada hint2 kat ma saya tapi apakan daya.. saya sudah di-tag oleh obek. hahhahahhaa.... anyway.. takpe le makcik ye.. kita sekampung nanti rumah makcik buat apa2 kenduri saya datang tolong.... tolong makan. hehhehee... lepas majlis khatam, lepas salam2 semua.. rehat kejap untuk majlis sanding siang tu. wahhh.. dj pon dah prung prang prung prang kuar lagu ntah hapa2. lantak le.. saya kelam kabut kat bilik nak bersiap. makan pon belom. ibu hantarkan makanan sampai ke bilik. thanks ibu. hehehehe...



ni masa majlis siang tu le.. ni masa potong2 kek. haa.. kek 3 tingkat tu.. tapi tak nampak ketinggiannya sebab stand dia jenis silang2 bukan yang jenis meninggi ke atas. ok la tu kan... lain sikit dari kebiasaan. tema adalah merah. hehehhe... kek tu ada 2 perisa... coklat & strawberi. saya memang niat nak buat potong2 kek tu sebab nak bagi budak2 kecik tu makan. diaorang mana le reti nak makan nasi minyak laok daging tu sangat kan. bagi kek2 macam tu nak le dia. lepas potong dan eksyen2 tangkap gambar suap2 kek.. kita kasi potong itu kek semua kasi orang makan. siap selesai. kek adalah disponsor oleh almaunah. heheheh.. tq so much. dia pon banyak sponsor untuk majlis tu. tq, tq.
~~
masa kenduri tu kawan saya dari johor datang. kawan dari kecik tu.wahhh..terkejut saya. saya kata apsal tak datang je yang kat johor, so tak le jauh beno perjalanan. saya tak kisah asalkan datang. dia kata takpe.. nak jugak datang yang sini punya. hehehe.. bagus2. orang ramai masa majlis tu. menu hari kejadian ialah nasi minyak, ayam goreng berempah, rendang daging, dalca kambing, kerabu nangka, masak lemak perut dan isi dalaman lembu tu le sebab sembelih lembu tu kan, acar buah, sambal goreng..ala..yang suun campur fucuk campor tempe kentang tu laok jawa tu, lepas tu apa lagi ye.. lupa la... owhh...cendol. orang cendol tu datang tau dengan mesin2 ais dia tu haaa..baru best... berator orang nak makan cendol. saya dapat sesudu je tak sempat lansung. air minum ialah oren sunquick. hahhahahha..saya kata apsal tak buat air sirap..baru le sama merah dengan tema.. ibu kata buat oren sunquick le..baru ngam dengan nasi minyak tu. apa2 laa.. tak kisah le. jangan tak dibagi air orang minum udah. ada yang tercekik nanti.
~~
untuk goody bag..saya tak buat benda2 special pon.. malas le membazir je. saya bagi bunga telor, buah epal & lai, then bungkuskan nasi minyak & rendang daging. nasi minyak & rendang daging tu memang dimasak lebih sebab untuk tapau tu. gegula ke jeli2 ke kopok2 ke takde. atas meja memang dah letak kopok2 macam kuih tiram dengan kerepek2 untuk orang makan2. okla tu kan. gula2 dah bagi masa bersanding tu ada buat baling2 gula2 kat bebudak. adoii.. havoc. sampai nangis2 budak2 tu. nangis sebab terantok le, sebab tak dapat le, sebab terhimpit le. hahahhahaa... owh...dengan saya buat bunaa manggar gula2. tu la yang direbutkan dek budak2 tu. setangkai lidi tu saya letak 7 biji gula2 hambekkkk..sapa dapat bertuah le. sapa tak dapat tu yang bantai nangis. tu saya buat sendiri tau. sampai pedih2 tangan sebab kena hot glue tu. bunga manggar kilat biasa tu pon ada gak. apa2 la..janji meriah. suka tengok budak2 kecik tu happy2 lari main2.



ni kira gegambar sengal pengantin le. saya kan suka je kalo nak amik gambar buat muka yang pelik2. takde la nak skema je tegak macam patung. so not me. the photograper pon naik pening sebab saya suka buat pose2 pelik. hahahahhaha.... takpe la.. rasa macam malu la if dok diam buat gaya pengantin. apakah??? dah memang pengantin harus le bergaya macam pengantin kan. owhhhh... malu woooo... tapi harus le ada juga gambar proper kan.. kata kenangan seumur hidop. dengan obek yang tak reti posing2 keras je tu. hahhahaha... at least saya ada gak kegedikkan nak berposing tu. macam2 peel. memori tu......lepas majlis... apa lagi. pengantin kena basuh piok la. uwwaaaa.. tak kasi chance lansung pengantin nak jadi raja sampai malam. sampai petang je rupanya. chehhh.. tapi takpe la.. best apa. walopon penat dan macam nak pengsan tapi semua selesai. laok pon habis. bunga telor pon habis, ada la sikit je belen dalam 20 batang macam tu. seminggu kemaskan rumah ma tu. adoi..macam nak patah pinggang. kena kemas bebetol sebab nanti kalo saya dah takde lagi takde orang nak tolong ma kemas. kira2 pinggan cawan sudu yang disewa. kot ada yang pecah ke hilang ke apa ke kena le ganti. syukur takde yang pecah. cuma 1 je sudip gergasi tu patah. apakah? hehehhee.. tapi kena ganti bayar rm10 je. ok la tu kan.
~~
hari khamis malam jumaat berikutnya buat kenduri kesyukuran sebab majlis dah selesai dengan baik dan sebagai tanda terima kasih pada para penanggah yang berpenat2 masak time kenduri hari tu. malam tu takde masak2 dah. saya tak larat saya cakap kat ma order je la kat orang. so, menu malam tu nasi tomato, ayam masak merah, kerutub daging, acar nenas & timun. pas tu saya beli kek sebijik untuk cuci mulut. hari jumaat, esoknya, saya berangkat ke johor untuk majlis sana pulak dengan ibu. hehehehe.. ma tinggal. dia pergi hari sabtu dengan orang2 kampung.
~~
perjalanan ke johor adalah hujan lebat yoooo... eeee... tak nampak jalan. kene drive slow2. sampai sana disambut oleh family belah sana le. malam tu ada function usrah. oooo..orang belah sana malam nak kenduri tu dia punya style buat usrah. macam ceramah le oleh ustaz bagi orang kampung dengar.. sesambil rewang untuk majlis esoknya tu. menu malam tu ringkas je.. nasi putih, ayam masak kicap, goreng ikan masin dengan apa ntah lagi 1.. dah lupa. then kuih2. ya tuhannn.. punya banyak kuih2 sampai berbalang2. orang bagi la tu kan. mak obek selalu bagi kat orang so time dia kenduri orang balas tu diaa.. boleh buat pasaraya woooo....
~~
malam tu tido kat rumah persinggahan tu kan. kira macam sepupu obek. owhhh.. rumah dia sangat best. pure punya design kampung. sangat kemas dan bersih. siap ada buaian lagi tu gantung kat pokok depan rumah. i like!!!!!! so, bermula la episod berangan puteri raja naik buai dengan harapan putera raja datang. takde maknanya.. obek buzy tolong kenduri. saya main buai dengan budak adik dan budak aish. depa kan bodyguard saya. hahhahahhaa....
~~
pagi esoknya tu iaitu 25hb disember 2010, sebelum majlis kejadian, pepagi sepupu obek dah pegi rumah sana bawakkan breakfast. wahhhhhh.... mak mertuaku buat roti canai woo.. ehh..bukan buat la. upah orang kedai roti canai tu buat roti. boleh order apa saja macam kat kedai. roti kosong? roti sardin? roti telor? roti tisu? u name it, he'll make it for you. hamboihhhh.. meriah. then saya tolong potong2 bunga rampai sebab diaorang tak sempat nak buatkan. apakah? pengantin kena potong bunga rampai sendiri? belasah laaaa... apa ada hal. suruh tolong gorengkan ayam tu pon saya boleh buat. takde la nak perasan diva ke apa ke. lagipon malu lah kalo duduk je. ishh... so not me. saya mana reti dok diam kalo bab2 kenduri ni. kalo boleh saya nak buat semua bior jadi macam kehendak saya. hehehhehehe... so, by pukul 12pm macam tu mak andam pon sampai untuk mekap2 gitu. jenng...jeng..jenggggg....




hehehhee.. belah johor tema adalah kuning. again.. saya tak tau menahu lansung bab2 pelamin ni. semua ibu mertua ku yang punya pilihan. pon buat kat luar. wahhh..besar pelaminnya sampai 3 gerbang. hamboihhhh... bukan main lagi ibu mertua tu. excited macam dia yang nak kawen tu. hahahahhahaa.... layan je la. tapi mekap adalah rambut melepek. apakah? mak andam kat nak buat design rambut era pajira katanya. saya kata camne lak tu? dia kata ada juntai2 gitu. layan je la. konon nak buat ala2 60-an le. hambekk. hahahha..tapi takpe la.. ok je saya tengok. belah kl dah buat style tradisional sanggul lintang besar, cucuk sanggul goyang tinggi, kat johor bior le ada pesen2 sikit ye tak. kat johor ni saya pakai crown biasa aje dengan veal kat belakang. simple je la. gitu le kalo tak pernah deal dengan mak andam. saya mmg tak tau menahu bab tu. hari majlis tu le baru saya jumpa dia baru le discus nak camne2 style mekap ke apa ke. adoihh.. tak macam sesetangah orang. siap ada pre-wedding try test mekap bagai. jumpa 16 kali discus itu ini. makcik sempoi je la. semua mak mertua yang kasi settle. ikut je la dia nak camne. takkan dia nak buat pelik2 pulakkan.
~~
belah johor biasa la.. telur pindang dia punya bunga telor. mak mertua saya buat sendiri tu. kena belajar ni sebab saya suka. tapi kalo senang le.. kalo payah membuatnya idak le temannn... beli je la kat kedai sudah. hahahhahaa.... so, menu pada hari tu ialah nasi beriani, beriani kambing, ayam goreng berempah, acar buah, rendang daging, acar nenas timun, apa lagi ha... adalagi rasanya sebab hari tu banyak traynya. lupa la.. air asam boi, dan dessert cendol jugak. hehehehhee.. goody bag dia macam2 ado.. gula2 ada, bahulu ada, kerepek ada, kuih peneram ada, bunga telor dah tentu. wahhhhh... meriah.
~~
jadi, itulah gambar majlis saya. nanti kat entry lain saya tunjuk gambar buai kat pokok tu..gambar masa diaorang buli2 saya pakai inai.. uwwaaa... budak aish udah lukis ben10 kat tangan saya yoooo!!!!! sabar je la. dan gambar2 yang lain. tu la ceritanya... jalan2 honeymoon? hahhahha... adalah..nanti tu kat entry lain ye. gambar jalan2 tu kurang sebab takde orang nak amikkan gambar kami berdua. tapi takpe..ada jugakkan tak kisah le. later2 if saya ada teringat lagi nanti saya tepek lagi. haaa... baju sanding saya tu saya tempah sendiri. makanya sapa2 nak teringin pakai boleh le contact saya. sebab apa buat sendiri? sebab saya nak songket bunga penuh. yang ada semua songket bunga tabur. saya tak mau la.. macam baju raya saya je songket bunga tabur tu. kalo ada pon songket bunga penuh dia dah dimodenkan.. ala2 berkemban gitu then sarung lace jarang kat luar which is so not my taste. takmau la berkemban2 pulak. saya nak baju tradisional kebaya labuh. memang dah takde orang buat baju macam tu. jenuh mencari tau. mak andam saya kata dia boleh buatkan, tapi kena rm500. saya kata kena rm500 tu baju tu lepas tu saya dapat ke tak? dia kata tak?? wtf?????? baik le takyah. patot2 le pon kalo nak untung beno. baik saya buat sendiri. buang duit bayar rm500 untuk pakai 2-3 jam tu? sorry la. buat sendiri walopon mahal, tapi lepas tu jadi hak saya. adik2 beradik obek boleh pakai kalo nak pakai. nak bagi sewa kat orang pon boleh. if tak nak simpan nak jual pon boleh. so, sebab tu saya buat sendiri. jadi tu lah kisahnya baju bersanding saya tu. baju kuning & merah tu le.
~~
di kesempatan ni pon saya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada semua family saya dan obek yang banyak membantu menjayakan majlis. memang le diaorang tak baca blog ni tapi saya tetap nak ucapkan terima kasih. pada ma, ibu, mama, almaunah dan kaum kerabat saya... penat lelah anda semua saya hargai. tak dapat nak dibalas dengan wang ringgit. hanya doa dan ingatan yang berpanjangan semoga kita semua berbahagia dan gembira selalu. pada kerabat obek, makmidah, tokngah, adik beradik obek pon saya ucapkan terima kasih banyak2. jasamu tetap dikenang.
~~
wahhhh... berapa lama dah saya tulis kat blog..tak pernah lagi tunjuk muka kan.. haa..kali ni baru tunjuk muka. owhh..sangat malu wooo... kata hitam merelit harus le kan. tapi takpe..hitam2 pon manis. hahahhahahaha.... ok la.. tu je nak cerita.. nanti sambong lagi. adios!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

7 comments:

meowwmania said...

fuhh! napas napas...panjangnya entri hehe..

eh! mana ada gelak tak gelak pon, cantik jer...

suka gmbr yg pakai baju kuning tu sgt santek ;)

MOKCIK AZWA said...

uhuhu...mokcik tak kira...nak gelak gakk...hahahaha...

Tapi, mokcik gelak bukan sebab gambar2 yang sangat menawan itteww...mokcik gelak sakan sebab kali ini entry Leeya sangat kelakar hehehe...serius..kelakar siot hehehe, boleh masuk raja lawak gitu hehehe

Akhirnya dpaat gak menengok rope Leeya ngan Obek di pelamin. Dah jadi isteri orang dah...tak lama lagi jadi mama pulak hehehe..

~dARlee zURiS~ said...

finally....
ingat2 lupa rupa korang berdua.
masa ckp kat sharil ada kwn blog nak kawen ajak pergi,dia tnya sape?ckp yg dtg kawen kita kat sungkai haritu.yg last2 tu.tup2 katanya yg laki tu muka cam fbi(hot fm) tu ek?
belek2 gambar korang nie,mmg lah obek ada iras fbi.heheee...
tahniah lagi sekali :)

letak la gambar lagi
tak puas nengok
;)

Misz Pinkie Winkie said...

cantikkk.
selamat sudah jadi isteri orang.
semoga perjalanan selepas ini lebih bermakna.

sesemut said...

aduh.. penat baca... nak komen pon dah lupa apa nak ckp..
anyway...tahniah tahniah tahniah...
buat yg kat selangor kat mana weh...
muar jauh sgt.. x dpt nak dtg...
sob sob... sedih x habis mengingatkan sampal tempe jawa ngan lauk lemak perut n kerabu nangka...
slurpppppppp.....
p/s:ko x cakap nak pakai songket bunga penuh..aku ada contact yg tk intan punya.. tapi kaler hijo lerr...
apakata ko bersanding lagi... pakai hijo plak...

Ummi said...

ummi macam kak azwa, nak gelak sebabnya entry ni sangat kelakar, first time tengok gambar ni

apa lagi cepat, nanti batrisya dan damya boleh dapat adik angkat :)

saya said...

Meow—wahhh… saya tau la tu gelak senyap2 belakang rumah. Uwawahh.. ahhaha..

Mokcik—kenapa mokcik nak gelak? Apa yang kelakar? Owhhh…mcm2 la mokcik ni..

Zuris—FBI? Apakah? Hahahhaha.. ye ke mcm fbi.. tak perasan pulak nanti kena belek lagi ni. Hehehhe…nak gambar lagi nanti ye..saya malu la.

Pinkie—saya tunggu giliran pinkie pulak

Hani—sanding lagi sekali? Hahahhahaa.. pengsan saya. Takpe..next time saya buat menu tu untuk acara makan2 di rumah ye..

Ummi—ummi pon gelak jugak. Kena baca balik ni entry ni part mana yang kelakar tu. Erkk..adik angkat utk damya & batrisya.. nezha boleh?