mari mencari....

Google
 

Monday, January 17, 2011

mari jalan langkawi - edisi 1st day


hello... haa.. seperti yang telah dijanjikan..saya buat le entry ringkas pasal pegi jalan2 tu kan. sebenarnya jalan2 tu tak dirancang pon. last minutes punya programme. hentam je la. memula ingat obek memain je ajak pergi. maklum le.. member kan jenis buzy 25jam sehari. echecehhh... anyway... hari sabtu tu baru le terhegeh2 pegi book tiket. wahhh.. excited punnya pasal, kitaorang pergi terus ke lcct tu untuk book tiket. habis katanya takde menda nak buat. berjalan je la tau2 udah sampai lcct. hentam je la. mujur tak sesat. ni namanya 10 tahun sekali jejak epot. ye la..kita orang kampung mana le naik2 katebang ni.
~~
so obek kata jom pegi jalan2 nak? saya kata nak pi mana? dia kata mana2 le.. haa..sudah..ke mana le nak pergi. saya kata pegi PD ke? dia kata aduhhh. PD udah jemu le boleh kata every week turun sana. saya kata itu u, i mana ada pegi PD dah berkurun. hehehehee... so, borak punya borak he decided to pergi langkawi le. terus pegi counter tu. bukankaunter le.. ala2 booth gitu. oooo.. sekarang beli tiket macam beli air kotak kat mesin tu je ye. tekan2 pilih2 kuar gituuu.. senang betol. sian makcik baru tau benda macam tu wujud. owh..sedeyyy... anyway.. terus beli decide pergi on next coming monday, 030111. mmmm.. hentam je la.. amik flight pagi pukul 730am punya.
~~
so, bila tiba harinya tu.. kami ni pon berangkat le. kawan obek tolong hantarkan. owhh. walopon suka nak pergi jalan2, tapi adalah heart broken sebab kena tinggalkan nezha lagi. makanya melalak2 lagi le pepagi tu kan. hahahahhaa.. spoil betol la saya ni. so, perjalanan adalah smooth. cuma ada le gegar sikit gitu. dah kata hujan pulak masa on the way tu kan. makcik ok je. tapi obek lak pening2. apakah??? hahahhaha... sampai sana pukul 930am macam tu. turun je tunggu dalam 10 minit kawan obek pon sampai. owh..kami stay kat chalet kawan obek. dia ada buka chalet kat sana. wahhhh... cantek tauu.. nanti saya buat entry untuk chalet tu. recommendable to all of you.
~~
1st day... takde la buat apa sangat pon. lepak2 je la. sampai2 je rehat kejap. obek dah jumpa kawan lama dia tu apa lagi la.. lupa dunia. so, saya tinggal le kat bilik melayan tv. apa barang pegi jalan2 layan tv. nak tengok tv kat rumah pon boleh ye tak? hahahhaa.. takpe..takpe.. kasi chance le kat dia. kawan lama dah tak jumpa almost 2 years gitu. kita pon kalo jumpa kawan lama mesti banyak benda yang nak diceritakan, betol tak. lagipon takkan saya nak menyelit dekat diaorang, semua lelaki2 borak2 tetiba saya lak nak menyelit, hishh..tak kuasa. bior le lelaki dengan lelaki. kawan obek tu pon dah kawen. ingat nak le jumpa bininya tapi bininya balik kampung pulak daaa... so saya takde geng. hehehehe.. takpe... tak kisah. kita penuhkan masa terluang dengan menandakan tempat2 menarik untuk dilawati dan buat itinerary yang menarik supaya mudah nanti. mmm..masa kat arriving hall kat epot ada booth pelancongan langkawi kalo taksilap. dia akan distribute free map. so tu saya amik la kan.. sebagai panduan. walopon map yang hadoooo... aduihhh.. takpe2... janji nampak le landmark tempat2 yang kita nak pergi tu. so, sementara obek berborak, saya tanda2 buat catitan supaya senang. hhuhu.. lepas tu pergi lunch. kawan obek yang bawak. sambil tunjuk2 keliling dekat2 area situ. sebagai panduan le so tak le tak tau lansong nanti.
~~
since kawan obek tu owner chalet tu..dia pon memang ada offer service untuk jenjalan macam tu la.. so kalo kata korang stay situ, dia boleh bawakkan.. just pay je la kan.. tapi sebenarnya kalo nak pegi sendiri pon boleh sebab jalan2 kan langkawi tu macam senang. insyaallah..tak sesat. kami pegi tak sesat cuma ada sikit terkial2 le, sebab signboard..masyaallah... tuhan yang tau. hahahhahaa....
~~
lepas lunch rehat kat bilik je la sebab hujan. huishhhh.. baru nak pegi jalan2 hujan le pulak. takpe.. hujan kan rahmat. malam kuar pegi dinner. dekat je sesangat since chalet tempat kami stay tu kat pantai chenang. sangat dekat lorrr...lepas pusing tengok tempat makan yang berkenan, kami decide nak makan kat sini le.. kedai nama orchid kalo tak silap. tepi jalan je sure nampak punya kalo korang pegi. so, sampai2 terus pilih ikan le. wahhh.. ikan besar2.. tapi biasa le. takde yang luar biasa dia. so, saya pilih ikan kerapu, udang besarr punya 1, lobster 1, then sayur asparagus. mmm... nyaman sebab dia macam open air punya dining area. best2... so, mari tengok gambar makanan. hahahhahaa...



tu asparagus tu le.. entah le masak apa udah lupa. kata dah lama punya agenda. tapi kan..yang saya amat2 pelik tu.. berjalan ke hujung dunia pon obek tetap le nak makan telor dadar! uwwaa.... sedeh le macam takde laok lain dah nak dimakan. hishhh.. macam2 la dia tu. tu tangan dia.. gambar saya masa makan takde la.. habis sebok nak makan mana sempat nak snap2 pic.



ni ikan kerapu tu. masak abc kalo tak silap namanya. ingatkan apa laa.. rupanya macam masak kicap jek. hahahhahaha..... ok la just macam termanis le pulak. maybe sebab dia guna kicap manis kot. apa2 pon habis jugak kena bedal.


ni udang besarrr punyaa.. sekor je. tu pon jenuh nak habiskan. masak sizzling katanya. entah le.. makan je la.


haaa.. ni lobster tu. dia kan masa kita nak pilih tu.. ada 2 pilihan. ada 1 dalam tank yang hidop2 punya.. ada 1 dalam bekas dah tak hidop punya. hahahahhaha... harga beza la.. banyak bezanya. saya tengok yang biasa tu pon elok je. takde la kata busuk le apa ke kan.. so pilih yang tu je la. orang lain pon makan yang tu saya tengok. takde pon orang dok cedok yang dalam tank tu. haaaa.. ke itu untuk hiasan je? tapi adalak tanda harganya. ahhh. takpe la.. apa2 la labu. tu lobster masak apa la entah. sedap boleh la.. tak le sesedap ibu masak. hahahha...
~~
lepas makan just pusing2 jalan kaki je tengok aktiviti malam kat situ. mmm..dari pengamatan saya, kalo beli barang betol2 kat area sepanjang pantai chenang tu, memang mahal. kalo ke dalam sikit kat tempat saya stay tu..bapak murahhhh..uwwaaa...rasa nak nangis la tengok harga barang kat situ. murah2. rasa nak stay terus je kat situ, boleh? hahhahaha.... kat situ malam2 meriah le jugak. foreigner ramai kan. masa saya pergi local tourist dah takde sebab dah bukak sekolah dan musim cuti panjang dah habis.. so, tenang le sikit.



oppss..tetiba terselit lak gambar pompuan cun. hahahhaha.... angin kuat tuuu..tengok rambut sampai terangkat2. actually tu ialah masa sebelom makan tu. kalo saje jalan2 pusing2. ni masa kat awana porto malai. saje tengok2 apa ada kat sana. owhh..best jugak. menarik untuk tangkap2 gambar. dia ada macam tempat jalan2 apa ye nak dipanggil..pelantar ke apa? ye la kot.. kayu punya. ya tuhannn.. ngerinya saya. korang tau la saya ni penakot air nombor 1. kena lak berjalan atas air dengan pelantar kayu tu kan. kejung keras badan dibuatnya. mula la terbayang yang bukan. kot2 kayu pelantar tu roboh le berlobang ke haa sudahhhh.. ke bawah le jawabnya. istighfar banyak2. tu gambar tu nampak ceria sebab tu belom pegi jalan lagi. tu pasal muka tersengih. masa dah balik dari jalan2 kat pelantar..muka ada lah kelam. hahahhahaa... mujur telah diubati dengan makan banyak2. kalo takk.. harus saya pengsan.
~~
so, tu je la cerita 1st day kat langkawi... pendek kata 1st takde aktiviti sangat since obek tak habis2 nak berborak dengan kawan dia. takpe.. esok kita pusing 1 langkawi ye. tu je la nak cerita untuk entry 1st day... adios...
~~
p/s : nantikan next entry--place to stay at langkawi..

5 comments:

Hazelsyd said...

haihh..bestnyer jenjalan kat langkawi..i've always liked langkawi..sigh..nak gi jugak lah nanti!! hahaha sumer tpt nak pegi ni camana? hehehe

syoknyer..citer la lagiii....gambo food tu kasi lebey sket boley?? hahaha

~dARlee zURiS~ said...

jeles!bila lah nak sampai langkawi.huhuu..
nanti citer ek pasal chalet tu.
mana tau kot2 sampai hajat nak g situ ;)

takut lak nengok gambar lobster tu.
nasib baik takleh makan.

MOKCIK AZWA said...

huka aloo...apasal ikan kerapu abc rope cenggitu...hehehe...tapi gambar pompuan cun rambut mengerbang ditiup angin memang menarik hahaha..

meowwmania said...

aloloo comey nya dia...cak!!

next entri letak gmbr together gether ekk ;)

Ummi said...

gambar lobster paling menarik,

ikan kerapu masak kicap, ayooo, skrg ni sebut nama kicap aje, pening :)

alahai, kecik comel aje orangnya, lama ke kat langkawai.....