mari mencari....

Google
 

Monday, January 24, 2011

mari jalan langkawi - edisi 2nd day, visit 2 places

hello.... bersua kembali. amboi..lama sungguh nak menghabiskan cerita pi jalan2 tu. dah basi dah pon tak takpe.. ada gak jadi modal nak update blog kan. saya tau la korang dah pergi tapi saya tak dulik... nak jugak cite. hahahhaha...rasakan kena baca cerita yang korang dah tau. takpe..kira ala2 revision gitu.
~~
hari ni nak cerita pasal 2nd day. hari selasa, 4th january 2011, haa..gitu.. cuaca pada hari tu sangat cantik..matahari bersinar, takde tanda2 nak hujan pon, makanya perancangan nak berjalan pon lebih menarik le kan. mmm.....bangun pagi, then siap2 pergi breakfast. breakfast kat kedai depan tu sikit dari chalet tempat saya stay tu. namanya d'warung kalo tak silap. kalo tak silapp..kalo silap harap dimaafkan. dia buat masakan kampung. masa tu dah pukul 1030am..so makanan untuk lunch dah ada jugak. jawabnya makan nasi je la terus. kata nak jalan2 jauh kan harus kena kumpul tenaga ni. best kat sini sebab kebanyakkannya laok2 kampung. laok yang pelik2 pon ada. pada saya le, pada korang saya tak tau le. hehehhee... ada laok yang saya tak dapat nak kenalpasti apa bendanya..nampak macam sayur, tapi entah sayur apa.. tak lak ditanya kat orang tu kan. takpe2.. so hari tu saya makan nasi dengan laok kari betik muda. haa..korang pernah try ke? sedappppp... saya amik banyak2 laok tu. tapi tu je la laok yang saya amk. hehehehe.. obek amik laok apa ntah, telor goreng (hari2 pon nak makan telor terok betol), ayam goreng, ikan kari kot kalo tak silap. pas tu minum air suam, air sirap limau. tapai air kotak 2. saje je la untuk minum2 dalam kereta. haa..tu le menu breakfast pagi tu. tu kira brunch le kot. lepas makan kami pon bertolak le ke destinasi. menuju ke destinasi yeayy...yeayyyy.. puncak cinta tertinggi yeayy ..yeayyyyyy.. ehh..tetiba je kan.
~~
anyway.. destinasi pertama yang nak dituju ialah.. gunung raya. sebab menurut peta tu nampak macam dekat je kan. tapi apakan daya, peta telah menipu penglihatankku. jauh rupanya. uwwaaaaa...... hehehhe..tapi best jugak tengok2 kampung orang. owhh..sebelom tu kami singgah dulu kedai beli spek tiruan. haa.. nak dijadikan cerita, hari tu pergi tak le pulak teringat nak bawak spek tu kan. dah sampai sini baru teringat takde spek. so panas sangat saya sakit mata le. camne pon nak jugak beli spek hitam tu. jadi, jangan berlengah lagi, mari menuju ke kedai jual spek tiruan. hahahhahaha.. tak pernah2 umor saya belispek jenis yang beso tu, ala2 60-an gitu. sebelom ni saya sebok la ngata orang apsal le depa ni suka beno pakai spek beso tu sampai nak habis tertutup muka separuh sebab spek sebo macam mata belalang da..hujung2 saya yang kena beli spek tu. adoiii..sabor je la. tu takpe la kan..sebab kira dah takde pilihan. kedai tu pon jual jenis macam tu je. bedal aje la.. murah2 sajor..rm15. hehehhehe.. saya beli 1, obek beli 1. bila pakai gelak bagai nak rak dalam kereta sebab nampak macam kelakar sangat. hahhahaha...takpe2... jadi la kenangan namanya. ehhh.. walpon murah dan tiruan, ok apa. tahan lasak. jatuh tak patah, takde calar2. ok la tu..berbaloi dengan harganya tu.
~~
ok..lepas pusing2 kami pon pergi le menuju gunung raya. ingatkan ada apa la kan. kot2 atas tu ada menara tinjau ke, apa ke nak le jugak pergi. wahhhhh.. jalan naik kecik wooo.. ala2 naik cameron gitu. opss..itu saya taktau, itu menurut kata obek le sebab bengkak bengkok jalan kecik. ngeri le jugak. nampak monyet2 tepi jalan. ada gak jumpa mat2 minah saleh naik motot nak menuju ke atas tu. haaa..if sesapa teringin nak naik atas tu..make sure petrol kereta anda full ye. jangan berani2 nak naik kalo petrol sikit kang tak pasal2 kena mintak tolong monyet2 tu tolak kereta. ko nak? setelah melalui jalan2 yang berliku2 itu, maka sampai le kami ke 1 tempat . namanya tangga 1000 kenangan kot kalo tak silap. kalo silap sorry ye. dia ada macam tempat berenti kereta la.. orang amik2 gambar dari view tu. tapi kami tak berenti, sebab kononnya nak amik gamabr kat puncak gunung tu. drive punya drive punya drive.. sampai hujung dah ni. ko tau apa hujung puncak dunia tu? apa pon takde melainkan menara tm. ahhahahhahaha... rasa nak pengsan gelak dalam kereta. choiiii... bikin suspen je la. ingatkan ada le tempat2 menarik ke apa ke. adoiiii... sabor je la. so, kami pon patah balik la.. berneti kat yang kata tangga 1000 kenangan tu. haa. kat situ ada la nampak macam view tapi macam tak berjaga le. memang ada tangga tapi masyaalahh..semak hutan gitu. kira kalo ko berani nak turun tangga tu memang ko akan jadi kenanganle, sebab tak tau dapat jumpa lagi ke tak. hahahhahaa.. semak gila! tu kira dinasour nyorok bawah tu pon kompom tak perasan punya lah. anyway.. jumpa la 2-3 kereta yang masing2 nak tangkapkan gambar. so, kami ni jadi tukang tolong amikkan gambar diaorang la. kata 1 malaysia, harus bantu membantu. kan diaorang nak amik gambar 1 family, jadi kiat pon tolong le. bukan susah pon, klik aje. in return, diaorang tolong amikkan gambar kami berdua pulak. gitu le cerita nya. lepas berkenalan lebih kurang, borak2 lebih kurang, kami pon turun. ada 1 grup ni budak2 lelaki la.. sempat lak berkenal2 dengan obek. haihh.. ramah pulak. dah kebetulan tu kami pon tanya camne nak pergi ke cable car tu. dia pon tunjuk la jalan. diaorang kata, diaorangdah pergi situ pagi tadi tapi cable car tutup sebab angin kuat. pukul 3pm baru bukak semula. ooowwhh..gitu rupanya. terima kasih sebab info. haaa.. macam tu la. so..nak tengok gambar saya dengan obek kat atas tu? hehehhee...





see...see... nampak tak spek besor tiruan itu? haa.. cantik jugak apa.. sapa kata tak cantik. tuan punya badan yang pakai tu pon lagi le cantik kan? ye kan je la.. tak kang merajuk pulak. hehehhehe... kat situ memang nampak view menarik le. ada tulisan2 info apa ntah pasal binatang2. tengok dia punya semak belakang tu..jangan berani2 nak turun tangga belakang tu. tak balik kl le jawabnya nanti. mengerikannnnn... (sila baca dengan intonasi watak tok dalang upin ipin tau.. siap buat gaya2 tangan dia gitu..baru real!!!) tapi kalo orangada camera canggih yang pusing2 tu memanglawa la kalo amik gambar kat situ sebab nampak gunung2 awan semua. memang cantik la. saya takde la amik gambar banyak kat situ.
~~
lepas tu, kami pon turun le. mencari jalan ke cable car tu kan. mmm..tak le susah sangat sebab ada map tu. tapi ada gak le terpusing2 sikit. hehehehhe... biasa le tu kan. on the way, nampak gerai2 tepi jalan kat area kampung mana ntah. nampak orang jual kuih pau. 3 biji singgit katanya. mmm..beli jangan tak beli. since kata tak lunch kan, beli la pau tu. beli singgit, inti kaya dengan inti kacang. sedap!!!! tingin lagi la kalo pergi sana. masa saya tengah beli tu.. anak akak jual pau tu tengah merengek2. hehehhee.. merengek takmau pegi sekolah petang. still pakai uniform sekolah pagi. hehehehhe.. lemau le dah tu sebab dah cuti lama kan. mak dia marah. hehehhehe.. macam2 ragam budak2 kecik ni.
~~
so, cari punya cari, sampai le kami ke cable car tu. owh.. sebelah tu ada apa ye.. lupa la namanya.. tak amik gambar jugak. dia ada 2 tempat parking, A & B. parking free je. kami parking kat yang parking A. nampak macam ada kedai2 makan kat situ tapi tak menarik. obek nak makan laksa, tulisan ada, tapi bendanya takde. boleh gitu? hehehhehe.. masok dalam, lepak2 kejap jalan kat bawah tu. tengok2 kedai. beli ice cream, makan ice cream dulu. saya kalo bab makan ice cream tu suka je. sambil makan ice cream, sambil lepak kat tempat duduk tu tengok orang beratur nak naik cable car. hehehhehe... orang beratur panjang. mmm.. tapi excited punya pasal, tak dulik la. lepas tu beli tiket. untuk local, masa nak beli tiket tunjuk mycard, nanti dapat discount jadi rm15. kalo takde tunjuk mycard jadi mahal rm30 kalo tak silap. haaa..gitu. so, korang kalo nak baik cable car tu bawak ic tau..boleh dapat tiket murah. lepas beli tiket, makanya kami pon berator le dengan orang ramai tu. hehehhehe.. tak lama la beratur sebab cable car tu sentiasa ada je.
~~
lupa pulak tak amik gambar masa beratur tu. sistematik. dia buat petak 6-6, maksudnya 6 orang 1 cable car tu. ok la.. orang pon paham bahasa. takde yang terejal2 nak langgar peraturan. tapi korangkena cepat2 tau masa melangkah masok cable car tu. kalo terkial2 nanti tak dapat masok. hehehehhe..sebab dia sambil bergerak gitu. mmm.. kalo makcik pakcik tua sakit kaki kena cergas sikit la..takot je tak sempat masok. hehehhee.... dan ada juga orang amikkan gambar. apa lagi... sat lagi dia print gambar kita then jual la.
~~
ok, pengalaman naik cable car adalah menarik sangat2!!!! saya sukaaaaa!!!! tingggggiiiiiiiiiiiii woooooooo..... boleh nampak macam2 kat bawah. macam kita naik cable car kat genting tu tapi rasanya ni lagi tinggi kot. hahahhahaha... so dalma cable car gedik2 le tangkap gambar. tai kan, saya rasa kalo korang takut tinggi ke, gayat ke, apa ke, takyah naik le. sebabbbbbb... masa dia nak naik tinggi tu.. angin tiup2.. nanti cable tu terasa goyang2 tau! haaaa.. merasa le jantung degap degup ketakutan. mula la terbayang what if cable ni tercabut jatuh.. memang sekian jawapannya. heheheh..takde la..saya melebih2 je takotkan korang. tapi bab goyang2 angin tiup tu betol punya. bukan rekaan. hehehehhe....




ni gambar masa dalam cable car tu. nampak tu.. tu masa nak menuju naik woooo... tinggi woooo.. dia akan berhenti kat tengah2 ada stesen. tu untuk sapa2 nak tangkap gambar atau rehatkan jantung yang degap degup tadi tu la. kalot aknak turun pon takpe..boleh je teruskan perjalanan naik atas sekali. tapi kami turun kat tengah tu. saja je la nak tengok ada apa. takde apa..cuma tangkap2 gambar je la. lepas tu naik lagi ke penghujung. dah sampai hujung tu baru le akan jumpa jambatan tetengah tu. haaa..best woooo... tapiii..ada tapi dia..sebelom nak sampai jambatan tu..krang kena turun tangga woooo.. banyak woo..curam wooo.. bila dah turun, maknanya nanti nak balik kena panjat tangga kan? hehehehhehehe.... see.. sungguh berexcercise pergi sana. jangan korang gila2 nak pakai high heel pegi sana. harus tercabut kasut nanti. pakai slipar or sandal tali la bagus. or snikers. selamat. saya bantai selipar je la. mana nak tau tapi ok je. tangga dia tu ala2 curam, mata tangga pon kecik2 je. hehehhehe...bila dah sampai sana.. baru le jumpa jambatan tu. yahoooooooo...sangat best woo.. amik2 gambar semua. bila kat tetengah jambatan tu..bila angin bertiup.. jambatan adalah goyang. hahhahahaha... tai takpe..struktur selamat (kot). jadi kalopergi jangan terejal2 lebih, jalan je elok2 jangan nak adventure berlari2 atas jambatan tu. tak pasal2 kang kayu lantai jambatan berlobang ko terus berdesup jatuh bawah. tanggung sendiri ye. hishhhh..takde la.. keselamatan adalah diutamakan. sendiri mau ingat le.




haa..ni gambar jambatan tu kan. best2. dari atas jambatan boleh nampak pemandangan kat bawah sana. nampak macampekan2 tu le kot. sebelah lagi satu nampak lautan. nampak kapal2. owhhh.. best la. kalo ada camera canggih2 tu kan mesti lawo amik gambar. ada ke sesapa ebrani nak amik gambar kawen pakai baju pengantin atas jambatan tu? sila2.. jangan tak cuba. hehehhee... kat atas tu ada jugak macam gerai2 kecil la jual2 air. memula tu ingat taknak beli, tapi, bila dah naik baik mendaki tangga tu.. rasa macam tak cukup nyawa.. bak kata ahmad nisfu.. mintak nyawa..mintak nyawa.. hoihhhh.. lelah woooo.. so, nak taknak beli jugak air. harga adalah super mahal. hehehhee.. air mineral botol kecik adalah rm2 ke 2.50 kalo tak silap. dah kata darurat, nak taknak beli je la. kalo tau awal2 bawak botol air. haaa..so korangkalo nak pergi bawak botol air siap2 tau. kena yang ada bawak anak kecik tu..masak le nak membeli jawabnya.



ni lagi gambar pemandangan kat sana. cantikkan. hehehhehe..saya suka la. saya kalo bab2 tinggi2 ni insyaalahhh.. boleh la.. tapi kalo bab2 kena air2 besar ni.. macam laut tu.. assalamualaikum. macam nak pengsan. penakot air!!!! masa naik, 1 cable car dengan budak2 cina dan 1 minah salleh. wahh..travel alone tu. berani betol dia. . so kita pon borak2 le pungpang2... tanya pendapat semua cerita2. masa balik 1 cable car dengan tourist jepon 1 family. merasa la hait2 arigato kat dalam tu. hahahhahaha...see..saya peramah orangnya..sapa kata saya sombong. muka je memang nampak sombong tapi hati baik sebenarnya. chewahhhhhh!!!! percayalahhhhhhh......
~~
lepas turun bawah, sampai kat stesen tu, orangyang amik gambar masa nak baik tadi pon panggil2 kita. bang2 beli gambar bang, beli gambar. dia ada buat 2, 1 gambar letak dalam frame tulis langkawi cable car, lagi 1 dia letak dalam macam apa ke namanya..yang goncang2 ada salji tu. saya kata apsal lak letak salji? nilangkawi bukan ada salji letak le burung2 kecik baru la betol konsep. hahahhahah...budak tu jawab entah le kak... ni je yang ada. dari dulu pon maca ni. tu la korangggg.. buat le bebetol ikut konsep ni tetiba salji lak kat cable car langkawi. so, memula ingat nak beli yang gambar frame tu je, sekali dia kata kalo amik 2-2 harga jadi murah. obek kata amik je la.. kenangan. mmm..layan je la. so, beli jugak le 2-2 item tu rm65. lepas tu turun bawah balik la apa lagi. obek dah meroyan nak makan laksa. haihh..hari2 nak laksa, tak jemu2 dia tu la.
~~
so, on the way balik, carik2 gerai jual laksa. jumpa 1 gerai ada jual air kepala. obek nak air kelapa so brenti beli la. makcik tu ada jugak jual kuih2 dan nasik dah siap bungkus. punya saya terkejut sebab murah sangat. kuih 5 bijik singgit means... 1 kuih 20sen!!! uwwaa..rasa nak nangis sebab masih jumpa kuih 20sen. so, pakat2 beli banyak2. obek kata beli nanti petang bawak pegi pantai makan kat sana. saya ok je. beli karipop, beli kuih gelang, cho badak, kuih apa ntah lagi kaler hijau ada kelapa, macam2 le saya beli. total rm7. hahhahahhahaa...beli jugak nasi makcik tu dah siap bungkus. saya tanya nasi apa? dia kata nasi putih biasa dlm ada laok ayam masak sambal. ok..beli 2 bungkus. bila balik makan kat pantai.. nasi tu banyak, ayamnya besar! uwwaaa.. terus cakap kat obek esok kita pegi lagi gerai makcik tu beli. sebab murah dan sedapppp!! tapi laok ayam adalah pedas, makanya saya tak larat makan. hehehhe..obek yang bedal semua. so, sambung perjalanan. nampak pulak lori jual laksa dan cendol. ala..kalo kat kl ni macam lori jual rojak tu le. haaa.. apa lagi..bernti le jawabnya. kat area mana ye. berdepan dengan airport. bukan berdepan la.. bertepi. hehehhee.. belah kanan airport punya landasan padang, belah kiri adalah laut! wahhhhh..besttttt... nama lori tu laksa power. ingattt..kalo pergi sana nampak lori dia ada banner tulis laksa power besar2! haa..tu le lori yang saya maksudkan. tu je yang ada. maksud saya..yang tulis laksa power tu le. lori lain pon ada gak tapi saya makan yang kat situ. sorry... gambar takde sebab..entah la..tak teringat pon. saya makan rojak buah dengan air teh bunga, obek makan laksa dengan cendoi. hehehhehe... hantu laksa le dia tu. lepas makan2, kitaorang pon balik chalet.
~~
rehat kejap.. then kuar lagi. obek nak mandi laut. ala.. pegi jalan kaki je kata dekat. exercise le sikkit. bawak beg isi makanan yang beli tadi, bawak towel, bawak suar spare, bawak pinggan, bawak sudu garpu, bawak air. kowtim.... tapi obek je la mandi..saya tak mandi. dah kata penakot air, mimpi le nak suruh saya mandi laot tu. saya tukang jaga beg, sambil makan dan amik2 gambar. hehehhehe.... obek lelaki senang le nak mandi2 tu. nak salin2 suar badan balut towel je pon dah settle. kita pompuan ni kalo takde tempat proper nak salin baju..takyah le gegatal nak mandi laot. itu saya le..kalo korang saya tak tau le. ada orang tak kisah, belasah je. saya tak mau le.. tak selesa. ala..tu semua alasan, yang benonya penakot air. tu je main point dia. huhuhuhuuuu...





opppssss.. james bond seksi sedangberaksi mandi laot gituuu.. hahahhahaha.... mas tu dah nak senja. pemandangan adalah sangat cantik. kat sini ramai le melayu yang lebih omputeh dari omputeh itu sendiri. hantam le korang.. jangan kaco saya udah. saya duduk je tepi tu. nak kata jalan2 kat gigi air tu pon saya takmau. obek paksa2 tarik2 saya sudahnya saya melalak. hhahahhahaha... suspen member. hehehhehe...orang dah kat aorangtakot air tu jangan le tarik masok air. nangis le jawabnya. hehhehe.. anyway..kenangan yang sungguh indah pada hari itu. rasa macam nak pergi lagi. lepas mandi2.. balik chalet. rehat. perot dah kenyang cuma malam kuar jalan2 pusing2 je sambil beli buah potong makan2. saya jumpa 1 je kedai yang jual buah potong2 tu.. kat pantai chenang, sebelah kedai nama green barret. mmm. mahal lorr.. sepeket rm5, isi boleh kira dengan jari. tapi dah tingin, beli dan makan je la. aother than that, takde aktiviti apa makan just kuar masok kedai menyebok tengok barang. tu je la...
~~
ok..jadi itu le cerita aktiviti pergi langkawi for 2nd day... pergi gunung raya dan pergi langkawi cable car. dan juga mandi laut. hehehhehe...sweet memories!

6 comments:

Qaseh said...

hmm..bestnye jalan2

~dARlee zURiS~ said...

banyak benarlah makannye.
habis ar.tak lama lagi naik lah badan tu.hihiii...

berani kami naik cable car?wahhh..bagus2.zuris...kim salam lah.gayat ok.huhuuu

Misz Pinkie Winkie said...

best jalan-jalan.
ilang tress n tension bagai.
budak buchuk kena jaga umah yerk ;)
hehe

Hazelsyd said...

amboiii syoknyer diaaaaa.....

meowwmania said...

fuhh! mintak nyawa..mintak nyawa....

panjang giler entri kali nih, next time sila panjang lagi ekk huhuu...

at last dpt jugak tgk pengantin baru together-gether, sherashi bersama gitew ;)

saya said...

qaseh/zuris/pinkie/hazel/meow--sekali sekala berjalan.. lepas ni takde la lagi.. tggu hujung tahun le pulak..