mari mencari....

Google
 

Thursday, January 27, 2011

mari jalan langkawi - edisi 3rd day, pulau dayang bunting...

hello... hamboi-hamboi-hamboiiiii....bukan main lagi ye. tulis panjang bising, tulis pendek bising.. memang nak kena ni..amboii..biasa dia nih!!!! hehehehhehee... sorry la..semalam memang le agak bz sikit. anyway..lupakan kisah semalam, hari ni nak sambong cerita pergi jalan2 tu la. mmmm... hari ni kisah hari ke-tiga, 5hb januari 2011, hari rabu. chewahhhh... hari ni pergi banyak tempat tapi saya bahagi2kan le.. kalo tak nanti takde modal lak nak odate entry ni. hehehhe... tapi, untuk agenda pertama, kami pergi ke.... pulau dayang buntingg.. eh, kenapa panggil bunting, kenapa tak panggil hamil ke mengandung ke? apakah???
~~
ok... memula hari ni bangun awalllll sekali. sebab semalam tu dah riki2 tempat nak pergi island hopping tu kan. ooo... dia lama rupanya dalam 3 jam. bukan sekali perjalanan la.. 3 jam tu sebab pergi 3 tempat campor rehat2 bagai. haa..gitu. ok...jadinya kalo korang nak pergi island hoppin, pergi yang dekat dengan awana porto malai tu.. nanti korang akan nampak macam khemah2 bot2 semua tu la. kat situ le kiranya tempat untuk naik bot tu. island hopping tu kiranya pergi 3 tempat iaitu pulau dayang bunting, pulau beras basah dengan bagi makan burung helang kat laot tu le. kalo nak yang pusing2 masok gua bagai tu namanya mangroove ke hapa kalo tak silap. tu lagi lama perjalanan dalam 1 hari punya sebab nak masuk2 banyak tempat. hehehhe..takmau le saya masok2 gua tu lagipon yang mangroove tu ala2 mahal sikit la gitu. sapa yang kaki adventure tu boleh la. saya ni penakot sekian le jawabnya. yang island hopping nimorah sajor.. rm 35 je sorang. ok la tu kan. dari ko nak berenang ke tetiap lokasi tu tak dapat nak nolong. hehehehhee.. tapi saya takde lak nampak orang berenang kat laot tu. eee.. kalo saya memag takde la.. tu nak pergi pagi tu dah siap melalak2 bagai dulu sebab ketakotan. kena paksa jugak dengan obek. so, naik bot dengan mata bengkak. hehehhe...



ehh.. ni gambar masa dah sampai kat pulau dayang bunting tu la... saja tangkap gambar bot tu mana le tau kan kot2 bot tu tinggalkan kami ke haa.. mula la berimajinasi yang bukan2. kata penakot, semua kebarangkalian telah diterbayangkan. hehehhee... anyway.. memula sampai tu register dulu le kat khemah tu. 1 bot dia bagi naik dalam 8 orang macam tu. kalo yang naik gomok2, kuantiti dia kasi turun le kan. kot kang tenggelam bot tu sapa nak jawab. hahahhaha.. bila dah register, dai bagi resit. of course le kan, esti bagi resit. kalo tak bagi, korang mintak gak, beli apa2 pon mesti mintak resit sebagai bukti pembelian. tau. lagi pon untuk kira2 budget gitu.hujung2 dah balik kl bukak semua resit kasi kira pas tu tampal kat dinding sengeh2 sebab duit dah melayang2 macam resit yang terampal kat dinding tu. hahahhaha.. so, kena kuar pepagi tau, saya sampai sana pukul 930am. masa tu pon dah ramai orang. bila dah register orang tu bagi macam apa benda la tampal nombor. tu kira nombor bot le. kalo dia tulis sana no.9, bot no. 9 le ko naik pegi balik. jangan lak sesuka hati nak tukar2 bot, ni bukan macam naik bas mini sesuka hati tukar2. haaaa...gitu...




haaa.. ni le keadaan orang bawah khemah kat tempat register nak naik bot tu. ramai gak. ada yang datang by group. wahhhh..meriah. saya suka je orang ramai2 ni walopon dalam hati debar2 bagai nak pecah jantung. ada gak yang bawak baby. owh..saya rasa tak sesuai la bawak baby..sebab naik bot tu dia punya gegar dilambung ombak berlawan dengan enjin laju bot tu.. tak sesuai kot. untuk todler pon tak berapa la.. kalo dah besar sikit umur 5-6 tahun ok la kot. dah faham..lagipon nanti kena jalan jawoh wooooo...
~~
so, bila dah ditentukan group bot kita, kitaorang pon terkedek2 le pergi ke gigi air tu. ya tuhannnn.. masa tu saya dah mengalir2 air mata wooo.. muka je nampak senyum tapi kalo tak pikir malu, memang dah melalak dah tu. hahahhaa... seperti biasa, nanti ada le orang amikkan gambar, balik kangdia tepek kat pinggan macam hiasan tu suruh beli. murah je..rm10. nak beli, beli la..taknak belipon takpe. saya beli jugak. hehehehhe... saje gatal. haaaa...lagi satu..kalo pergi tu pakai la selipar je dah, snickers pon boleh.. kang nak meranduk air la..nak kena jalan jauh..jangan pakai high heel. hehehhe.. nak naik bot tu 1 hal.. kena panjat2 la sikit. kata katek..harus le bot tu lagi tinggi kan. sape yang jenis2 kepit2 mengada tu renti kan. so, kena panjat sikit la... ok, berbalik pada cerita budak ciwek ni... sebab penakot air dan nak kena panjat, paksa obek dokong sikit. mwuahhahahhaa... mujur tak tercirit dia kena dokong saya. takde la..bukan dokong la.. pimpin je.. malu le orang ramai takkan nak mengada2 sangat. keraskan je la hati. hahahhaha... dah naik bot, cepat2 pakai jaket keselamatan tau. saya dah gigil2 kepala lulut semuanya dah terbayang2 segala. mengucap je la banyak2. si obek tu boleh lak pi beli air milo lagi bawak dalam bot tu. ya tuhannn...sabor je la. bila semua dah naik, dah pakai jaket, pakcik bot pon start enjin dan... jalannnnnnnnnnnnnnnn...




perjalanan memang menyeronokkan. dan mengerikan. hahahhaa.. kata penakot air, memang nangis lah. pakcik bot bawak sangat laju! sampai tercabot2 cekak rambut saya. sesekali air laot tu melompat2 masok dalam bot. lenjun! tapi seronok! pas tu nangis. hahahhaha.. wahhh.. pakcik tu boleh lak nak buat drift2 kat laot tu sabor je la. ada koner2 baring gitu. bila kena ombak besar, melambung bot tu so, kena pegang kuat2 tau. masa tu saya tak kira dah..saya pegang je orang sebelah saya. pompuan la.. sebab taktau nak pegang apa dah. hahahhahaa.... saya 1 grup dengan bebudak pompuan dalam bot tu. lama jugak naik bot tu. nafas macam nak berhenti sebab ketakotan. on the way tu pakcik tu sebut le tu gua apa, ni gua apa, masa dah nak sampai pualu tu pakcik tu slow la dia kasi tunjuk bentuk pulau yang macam pompuan baring mengandung tu le kan. so, dia kasi time untuk orang tangkap2 gambar dan dia kasi cerita le sikit2 sejarah pulau tu. ok la tu kan. tak le senyappp je. hehehhehe...
~~
bila dah sampai, pakcik tu kata ok..kita berenti sini 1 jam. sapa nak mandi2 ke nak jalan2 ke 1 jam je tau. lepas 1 jam datang sini kita pegi tempat lain pulak. sapa lambat kena tinggal. wahhhh.. pakcik tu... over tau. heheheh..takde la..dia gurau2 je.. tapi memang kena la bagitau sebab selalu ada je orang yang tak reti bahasa. tapi group saya ok..tiptop. semua jenis paham bahasa.





sampai2 kat jeti pulau dayang bunting tu.. disambut dengan tarian hula-hula oleh monyet2 gomok dan ramai. uwwwaaa...takot monyetttt!!! pakcik tu dah pesan, jangan bawak beg plastik. sure kena rampas dengan monyet tu sebab dia ingat makanan. memang ramai yang bawak beg plastik sebab isi makanan la air la kan. kata perjalanan jauh so memang le bawak bekal semua tu kan. sapa yang bawak backpack pon ada yang kena usik2 dek monyet tu. yang budak2 kecik tu say atengok sampai nangis2 sebab takot dengan monyet. termasok le saya. owhhhhh.. holiday yang penuh dengan airmata. hahahhaha... tu gamabr tu say ataktau le sapa kan.. saja nak menunjukkan laluan jeti dan monyet2 yang tunggu depan bijik mata. mencik laaaaaaaaaa...



ni signboard pulau dayang bunting tu le. ada peta2 semua tu. mmmm.. nak ke tasik tu kena jalan jauh tau. mendaki bukit, menurun bukit. dengan kena kacau dek monyet2 lagi ya tuhannnn... mengerikannnnn... hehehhee.. monyet2 tu pulak tak takot orang lak dia. chehh.. lepas berhempas pulas mendaki menurun semua...sampai le ke tasik dayang bunting tu. owhh..dont worry.. kat sini ada tandas untuk yang nak terkucil ke apa ke. ada gak kedai jual snacks..tapi pepaham je la harganya. so baik bawak sendiri ye.
~~
bila dah sampai sana wahhhhh.... pemandangan yang nyaman.. ramai yang mandi2 kat tasik tu. owh.. jangan lupa bawak life jacket tu jadi pelampong kalo nak mandi. sebab tasik tu dalam katanya. eee..saya tak mandi la.. takot!



haa..masa sampai2 je kat jeti tu ada le nampak tulisan tu kan. tengok huruf G dah senget. sebab kena hogah dengan monyet. kalo tengok dekat2, memang sah monyet2 bergayutan kat huruf2 tu. hehehehhe....

ni je la gambar berdua. takde pose lain, gitu je la dah kata tangkap sendiri. jadi la. nak mintak tolong orang segan le pulak rasanya. takpe la.. memori tu sentiasa segar walopon takde gambar. heheheh... ada kat sebelah sini ada tempat untuk catfish massage katanya. haaa.. apa tu? owhh. yang letak kaki dalam air then ada ikan datang gigit2 kaki tu. wohhh.. sorry la..saya penakot. celop2 kang bukan ikan yang datang, ulaq yang datang masyaallah nauzubillah mintak dijauhkan. tu untuk yang pekanot air macam saya la.. tapi orang lain saya tengok selamba je celop2 kaki dalam tu. termasok obek lah. banyak gak ikan datang. hehehhehe...





ni la monyet2 tu. tengok, siap duduk atas meja bagai. nakal tau tak. tu baru 2 ekor, ada lagi berpuluh2 ekor. kecik besar tua muda semua ada. obek ambi gambar monyet tu banyak. eeee..entah le nak buat apa amik gambar monyet. mencik lah!
~~
lepas 1 jam.. kitaorang pon balik la ke jeti tu. tunggu pakcik bot. hehehhe.. ok..kejap tu pakcik pon datang so, ke destinasi seterusnya ye! bagi burung helang makan. mmmm..pakcik bawak bot laju2 woooo.. terbang2 rambut semua. hehehhe.. bila dah sampai.. wahhhhhhh...memang banyak le burung helang tu. besar2 semuanya. gemok2 lak tu. cantik.. pakcik tu berenti kejap, dan bagi isi perot ayam kot kat helang tu nanti helang tu datang le dekat2 dengan bot kita sebab dia nak makan tu kan. sapa yang cekap dan tangkas, boleh la dapat pic helang tu masa tengah nak makan. kuku dia tajam woooo.. takot. kitaorang brenti kat situ kejap je dalam 15 minit macam tu la.. memang banyak helang tu. tapi taklak dai nak masok dalam bot tu kan. elok pon. kalo dia masok mesti saya pengsan.



tu nampak tu burung helang tu. terbang tinggi. cantik. ada banyak yang terbang berkeliaran tau. ada yang amik video pon ada saya tengok. cantik pemandangan tu. keliling ialah macam hutan2 tu. tapi saya takot. walopon say akeras kejung dalam bot tu, tapi tetap menikmati pemandangan tu.




ni gambar apa ha??? pemandangan hutan tempat burung helang tu tinggal la. hehehehhe... lepas tu kami bergerak lagi.. menuju le destinasi seterusnya.. kemana? tungguuuuuuuu......
~~
jadi tu la cerita pergi pulau dayang bunting dan bagi buring helang makan. hehehhehe.. walopon menakotkan sebab kena naik bot, kena daki2 bukit, kena berdepan dengan monyet2 gila.. tapi semuanya seronok. kenangan tu. tapi kalo lain kali suruh pergi lagi saya takmau la. hehehehhe..cukuplah sekali naik bot tu.
~~
so, kalo korang nak pergi.. pergi la.. best. pergi dengan family ke dengan kawan2 ke.. dapat yang jenis adventure tu memang seronok la. ok.. nanti sambong lagi yee.. cerita destinasi lain pulak!

3 comments:

meowwmania said...

ewah ewahhhh makin panjang pulak yerrr...nek juling bijik mato ni haa...kasik bosa sikit tulisan tu buleh dok huhuu...

eh lepas pegi pulau dayang bunting tu ada pape progres tak? uwek uwek keee hahahah ;)

ije said...

wahhhh!!!
dulu gambar si nezha je yang penuh satu blog.. skrg tuan blog dah posing. finally! ehe. =)
congrats for ur happy life with obek.
mmg dah lama x jenguk2 blog.

Dearie Pearls said...

hi..
lama benar kita lost contact kan?
hehehe.
bertemu kembali.

taman dayang bunting?
wah, unik juga nama tue. pertama kali dengar.
kut2 next time leh ke taman tue..
mudah2an..