mari mencari....

Google
 

Wednesday, January 19, 2011

mari jalan langkawi - edisi place to stay



hello.... haaa.. macam yang saya cakap hari tu.. kali ni nak dok cerita pasal tempat stay kat langkawi la. gambar atas tu intro la kononnya.. tu gambar pantai chenang waktu petang2. just a walking distance je dari chalet tempat tinggal tu. tapi kalo ikut jalan belakang la..kalo ikut jalan depan kira berpeloh gak le nak berjalan. jalan belakang pon dont worry.. maksud jalan belakang ialah jalan yang bukan jalan raya. lalu kat jalan kampung. dont worry..takde semak samun ke apa ke..rumah orang je dengan sawah. haa...cantik.. sapa2 nak pegi berdua-duaan gitu memang sangat sesuai. kuar jalan slow2.. sampai pantai tengok2 orang mandi, or nak mandi sekali ke apa ke kan. hehehhee.. boleh aje. kat pantai tu memalam ada club le band nyanyi reggae ke hapa ke bendanya. layan je la. so..ni le chalet tempat saya stay tu....





haa...tu dia.. namanya the bohok langkawi. ni kawan obek punya chalet le dia bukak kat situ. senang nak carik. tepi jalan besar je. not to worry.. sure tak sesat punya. nama dia mr. farid. very friendly and talkative too. hehehhee..ada je idea dia nak berborak. ramah la kiranya kan. dia buat style rumah tradisional sebiji2, jadinya...kalo korang ada berminat nak pergi 1 family.. boleh je book 2 rumah ke 3 rumah ke. not bad. nak stay serumah pon boleh. luas yang amat. yang penting.. bilik air adalah sangat menarik. saya tak terambil pulak gambar bilik air dia. dia buat style dulu2 tu.. bilik air turun bawah ada tangga kayu. sangat cantik, bersih dan luas. kiranya kalo korang nak mandi berdua ke bertiga berempat sekaligus pon takde hal la. hahahhaa.... tak macam sesetengah tempat tu kan, bilik air betol2 tempat cangkong dan mandi berdiri then sinki. pusing belakang kene sinki, pusing depan kena toilet bowl. kat sini tak..sangat luaslah! air pon ok.. sewerage system yang baik... saya suka je mandi dalam bilik air tu sebab..best. hahahhaha...ye la..macam kita pompuan ni... bilik air tu le benda yang paling penting. kalo dah berkeladak ke berlumut ke idak le teman. lagi2 kalo ada baby kecik tu. takat nak basuh2 baju 2-3 helai memang boleh sangat2. saya pegi hari tu pon tak bawak baju banyak..kebanyakkannya saya basuh balik dan recycle pakai balik. jimat ruang beg katanya. malas nak berangkut banyak2. anywayy... tu la saya sarankan..pada sesiapa yang mementingkan kebersihan bilik air dan ruang rehat yang selesa, inilah tempatnya, the bohok langkawi. menurut mr. farid tu.. nama the bohok tu diambil dari nama kampung tu.. kampung tu namanya bohor tempoyak. hehehehe... so, dah kata orang kedah, harus le kalo huruf R kat belakang kene tukar jadi K, so tu yang bohor jadi bohok tu. ha...gitu le ceritanya.




mr. farid tu cuma buat 5 biji chalet je. setiap satu tu lain2 tau dalamnya. haaa..baru le exclusive gitu... depan chalet ada padang luas. boleh la kalo ada anak2 yang nak main lari2 tu selamat. sebab ada pagar kat depan tu. tak macam sesetengah tempat kan kuar je pintu chalet udah jalan raya. kat sini kalo korang nak buat reception ke apa ke boleh jugak. luas tu tempat padang tu. takat 4-5 khemah boleh je masok. mr. farid boleh uruskan. mana le tau kan..tetiba korang nak buat anniversary party ke, birthday party ke, honeymoon party ke, echecehh....boleh aje. bagitau je kat mr. farid, dia akan uruskan. haa..gitu..kan best. kawasan pon luas, makanya senang le kan setempat semuanya. kalo korang datang dengan family ramai pon boleh, takde hal. memang sesuai. tu yang kereta hitam tu le chalet yang saya stay. haaa... tu kereta sewa la.. owh ye... kalo katanya korang sampai sana..nak kereta sewa dan taktau nak carik kat mana, mr. farid akan tunjukkan. haa gitu.. kiranya central la tempat ni. jangan risau apa2.. semua beres...





haaa... ni gambar dari pintu masuk pagar chalet tu. nampak menarik kan. macam rumah2 kita je kat sini. kata home vacation..ni la dianya. rasa bercuti dirumah sendiri, selesa dan menarik. otak tak serabut. opss..abaikan lelaki seksi tak berbaju tu.. cuba teka itu sapa? hahahhahaa... sebenarnya kan..seberang jalan chalet ni ada pasar malam pada setiap hari khamis. saya last day hari tu khamis, so sempat la pergi pasar malam tu. best jugak. ramai orang meniaga. meriahhhh.. dan yang pasti murah2... hahahhahaa... ada 1 makcik tu jual kuih buah melaka, singgit dapat 12 ketol. uwwaaa..saya beli sampai 2 hengget le sedap lak tu. ehh..tetiba cerita pasal pasar malam le pulak. bukan apa.. kalo le kata korang nak datang sini, bagitau je orang teksi tu cakap nak pegi chalet depan pasar malam. haaaa...kompom.. ini je la tempatnya. takde tempat lain lagi dah. sebab tempat lain pasar malam ialah kat pekan kuah dan ayaq hangat. heheheh.. air panas daaa.. takkan le korang tak tau kan. dah kata chalet ni kat pantai chenang.. ini je la. ingat.. landmark, pasar malam pantai chenang. haa..gitu...




ni lagi pemandangan dari depan pintu masok. bior banyak2 shoot nanti korang jadi paham. kang saya cerita bagai nak rak tapi tak paham apa barang... hehhee... anyway, kalo korang nak pergi kene call la dulu untuk booking sebab kan kadang walopon kat sini takde holiday, tapi foreigner tu selalu je ada. masa time saya pergi ada 3 chalet yg foreigner duduk. ada pulak tu duduk situ sampai 3 minggu. bayangkan la.... lamanya diaorang pi holiday. saya ni pi 4 hari je rasa dah lama beno. hehehehe... saya bukan kaki jalan punya orang la..




haa... tengok..ni kat tangga nak naik chalet. ada paip basuh kaki. cantikkan. macam rumah kampung dulu2. dulu kan letak tempayan cedok air pakai sendok tempurung, tapi ni dah moden guna paip le. saya suka. dah kata jalan2 kaki kotor kena pasir tadi, so nak naik rumah kita basuh le kaki. jangan le kata mentang2 dok chalet, kita customer pon main hentam je. tu nampak tu tong sampah tepi tu.. haaa.. tu tempat buang sampah. dalam chalet pon ada tong sampah, dalam toilet pon ada tong sampah. tu saya kata..kadang ada je orang tak reti bahasa buang pampers anak tepi2 tu je. hadoihhh.. amat le saya tak suka. bukannya takde tong sampah disediakan, tapi pemalas pengotor tu yang tak suka tu. jadinya, kat sini takde alasan le kalo korang kata takde tong sampah le takde itu le takde ini le. haaa.. kat sini pon disediakan wifi. free of charge je la ye. pakai le selama mana pon nak pakai, takde masalah. mintak je password kat mr. farid dia akan bagi. in fact memang dia sediakan perkhidmatan tu untuk keselesaan pelanggan. so, walopon anda bercuti, kerja2 urgent nak reply email ke nak update blog ke memang takde hal la. boleh aje dibuat dengan senang hati.





eh... ni bukan macam gambar tadi ke? boleh la.. letak je la. tak gitu. hehehehhee.....bila stay kat sini, suasananya nyaman. sejuk tau. takyah pakai kipas ke air cond ke memang sejuk la. kat dalam bilik memang disediakan 2 aircond dan 1 kipas. so pilih le nak pakai yang mana. saya malam2 tak buka aircond dah. bukak kipas pon no. 1 je sebab sejukkkkk....maybe sebab angin laut kot? entah le tapi memang nyaman. buatkan kita ni nak tidoooo aje 24jam. hehehhee...



haaa.. yang ni pintu pagar masuk chalet. nampak tu yang seberang jalan ada macam padang tu... itu le tapak pasar malam. dekat kan? depan bijik mata je. meriah wehhh... saya suka je suasana pasar malam. hehehhee..... malam2 pagar tu akan ditutup le..tapi tak dikunci, dah kata macam dok kat rumah sendiri harus le senja je tutup pagar kan. gitu le kisahnya.....



yang ni pulak, keadaan dalam chalet tu. mmmm.. cantik kan. tingkap dia tu kan dia buat style kampung dulu2 tu.... buka kuak tu. ada ukir2 bagai. cantik. tapi takyah bukak tingkap pon takpe. tapi kalo korang feeling2 nak buat video klip nyanyi2 bukak tingkap boleh aje.. hehehehhee.... lagu apa yang sesuai.. lagu selamat hari raya. hahahhaha... tu gambar katil le. depan tu ada meja rendah, ada bantal2 besar tempat baring2 lepak2 tengok tv. tv depan tu la. tv flat screen ye gantung kat dinding. wahhhh..best gitu. besarrrr punya... tepi tv ada meja solek la tu. ok la tu. menarik. langsir pon cantik, bukan macam langsir kat hotel2 tempat kita biasa pergi tu kan.. sepesen je takde corak2. ni macam langsir kat rumah2 kita tu... lawo apa. furniture memang minimum la kan, tapi mencukupi. ada petiais kecik, untuk korang letak snacks2 kat dalam tu. mr. farid pon ada sediakan electric jug la kan, kot2 korang nak minum air panas ke nak buat bancuh susu anak ke apa ke.. boleh aje. teh gula nescape kopimet memang ada la disediakan. mangkok pinggan cawan sudu garpu pon ada kalo kata korang nak tapau makanan bawak balik chalet makan bersuap-suapan berdua2an gituu pon boleh. kicap jalen? kicap jalen takde.. kalo takde kicap jalen, tak selera makan tuan. opsss.. termasok lak iklan kicap jalen. takde la. nak mengisahkan yang mangkok cawan sudu garpu semua ada kat dalam ni je. tak macam tempat lain, cuma siapkan cawan kopi dan piring kopi je, hujung2 pegi jalan jumpa laksa kedah sama cendol pulut nak makan kat bilik dah takde mangkok. choiiii.. .potong stim betol. kat sini dont worry..semua ada. piok kuali je takde. tapi menurut mr. farid, dia akan sediakan chalet yang ada dapur, sebab ada permintaan dari customer. ye la.. kalo yang datang tu 6-7 orang 1 family, ada lak budak2 kecik 3-4 orang yang jenis nak makan je kojenya, nak makan2 ringan breakfast ke nak masak2 yang ringkas senang le. so, coming soon mr. farid dia akan sediakan. haaaaa.. best tak?? besssttttttttt.......



ni gambar beranda. bestnyaaa..duduk2 kat beranda waktu malam sambil borak2. wohhooooo.. saya kalo beli apa2 makanan, nanti balik makan kat beranda tu la. best apa. luas, nak baring2 kat situ pon boleh. takde hal. kalo lelaki le.. kalo pompuan korang jangan buat pasal lak nak bebaring tetengah alam tu kan. malu le wehh... hehehhehe... tapi memang sesuai kalo ada budak2 kecik. boleh main kat beranda tu. best ok. nak makan atas meja pon boleh, nak duduk bersila kat lantai pon boleh. haaaa.. makan kat beranda ditemani angin berhembus sepoi2 bahasa, aduh..menambahkan kesedapan makanan. baru betol.. dah makan kenyang2 masok dalam tido puas2. balik kl timbang2 dah naik 2kg apo nak dikato. hahahahhahaa....



ni gambar tepi chalet le. saje nak menunjukkan yang chalet ni memang tinggi sikit ada tiang, tak le atas tanah terus. kan macam rumah kampung dulu2 kan. hehehhehee.. tengok ukiran kat tingkap2 dia tu.. cantik.
~~
makanya itu le cerita tempat tinggal kat langkawi yang best. tu memang saya recommended sangat2. harga berpatutan, tempat yang menarik, user friendly, ada pelbagai kemudahan, kot kata nak pergi kedai beli barang2 emergency ke apa ke kedai runcit ada je depan tu, if nak mini market kena kedepan sikit la. tapi maksudnya benda2 tu ada. tak le pening kepala nak pikir pegi kedai jauh ke apa ke. jalan kaki pon boleh.. nak ke pantai.. ikut jalan belakang boleh, jalan depan pon boleh. nak makan2, kedai dekat2. harga pon murah2 lorrr.. jadi kalo sesapa nak bercuti ke langkawi untuk next coming school holiday, or bila2 yang korang rasa nak bercuti tu... sila call mr. farid untuk book chalet.
~~
so, jangan lupa.. bila melancong ke langkawi, place to stay is at the bohok langkawi... call mr. farid at 019-3497709, he'll be there 24 hours a day to help you to fulfill your dream langkawi vacation! call now! hehehhehe.....
~~
p/s : next entry..2nd day activity..

6 comments:

~dARlee zURiS~ said...

baikkk punya promo ek.
gambar org yg honeymoon tu mana?
;)

sesemut said...

bestnyerrrr...

nak lari tajuk... ingat x sri...kawan kita sekelas kejap.

meowwmania said...

hamboii kemain lagik promote, brape persenn huhuu...

eh! org nak tgk gmbr pengantin baru berhoneymoon..mana daaa..

saya said...

zuris/meow-bukan promo..tapi kenyataan.. hehehe..

hani--ingat..kenapa?

sesemut said...

sri dah xder..
nanti i citer

Fikri Rais said...

Jom P Langkawi !!! :)
Jalan Jalan Cari Makan Langkawi