mari mencari....

Google
 

Saturday, February 26, 2011

tragedi februari...

hello... aduhai..sorry lah dah berapa hari tak update blog. macam le ramai sangat yang nak membaca yetak. tak kisah le.... janji mesti mau update biarpon takde gegambaran. anyway..hari ni hari sabtu. mmm.. bangun cepat gak. pukul 7am dah bangun. awal le tu kan if consider hari cuti2 malaysia gini. lepas tu kemas2 budak2 luar tu berak ya hampunnnn.. harum semerbak bak bunga kemboja. kalo la taik kucing ni laku dijual ke, diaplikasikan menjadi bahan kosmetik ke.. kompom dah saya ni jutawan milion2 dah ni. hehehhehehe... lepas kemas budak2, sapu rumah lebih kureng sudah. malas lah. lepas tu siap2 sebab nak pergi hantarkan dish & dekorder asterok ke rumah almaunah. dia nak. saya kan ada hari tu untuk rumah saya but since dah pindah ni jadinya ada 2 set le pulak. idak le teman nak membayar 2 set tu nak buat apa. 1 sudah le bukan ada manusia pon kat rumah ni. harap nezha tu takyah le.. dia tengok 5 minit je lebih tu makan tido makan tido suruh garu perot dia. tu je la keje dia hari2. so.. bagi la kat almaunah. lepas hantar tu.. balik la sebab nak kena pi hantar ma ke melawati le pulak. aduhaiii.. pergi jemput pergi jemput letih betol. petang baru selesai. sebelom balik singgah pasar malam. ma suruh masak, saya malas. obek pon kata takyah masak. beli je la kat pasar malam sebab dah lapar sangat. so tadi kat pasar malam saya beli nasi kerabu.. ala.. yang kaler biru tu kan. hehehhehe.. boleh le tahan. obek beli nasi lemak. lepas tu beli kuih apam balik, kuih popia goreng, murtabak. tu je la. balik rumah sampai je terus kemas barang then mandi, lepas tu makan. elok je siap makan azan maghrib pon berkumandang. hehehhehehe...
~~
apa lagi nak cerita ni. owh... tadi korek2 dapur ma jumpa biskut 4 segi kecik. cuba rasa 1 wahhh..rupanya sedap lah. saya nak pow esok bawak balik rumah. hehehhe.. peminat biskut tegar namanya ni. saya suka je biskut. tapi biskut kosong la..kalo yang ada krim2 ni agak kureng le sikit. biskut 4 segi kosong tu kan.. hullamakkkk.. kalo dihadapkan sekerat pek pon boleh habis sekali hadap. sabor je la. tapi badan tak lak kurus sekeping macam biskut tu. tu yang mushkil tu.
~~
lagi apa nak cerita.... mmm..esok.. esok entah la. tak tau lagi apa nak buat. obek asyik buzy je 25 jam sehari, 8 hari seminggu, 32 hari sebulan. gggrrrrrr..... takpe2..demi duit 5 guni depan mata saya relakan. kadang tu geram le jugak. nak ajal pergi pusing2 ronda pon payah. takpe..saya sayang obek. hehehhehe...
~~
nezha? dia ok je... tapi udah terjadi satu tragedi februari...semalam ala2 terlepas ke rumah sebelah udah le terselit kat celah pagar orang tu. padan muka. saya memula tu tak perasan. tapi bila lama je senyap saya panggil2 le dia. tapi diammmmmmm je. saya amik beg plastik bagibunyi2. dia biasa kalo dengar bunyi beg plastik tu dia datang lari cepat sebab dia nak jugak isi benda beg tu dia ingat makanan. ni panggil2 takde. saya dah gabra dah ni. cari2 pusing semua tempat pon takde. mula dah nak melalak. naik atas.. nampak pintu bilik ternganga.. tingkap ternganga.. ya tuhan astagfirullahalazim saya mengucap panjanggggggg.. memang saya menjerittttttt.. sah dah dia kuar ikut tingkap bilk atas tu. kebetulan rumah sebelah punya atap tu rendah so memang boleh lompat pegi sana. saya dah menangis melalak tak hingat dunia. call obek cepat ngadu. obek lak takde masa tu pegi keje. uuwwaa...double triple tensen. saya kuar ikut pintu dapor carik. takde! pusing2 sampai ke luar pagar saya pusing nak mencarik dia. sampai ke dalam longkang. takde gak! saya memang nangis gila2 dah masa tu. tanya kat kucing luar tu nampak tak acha depa meow2 je entah le cakap apa saya tak paham. sekali tu entah camne saya tertoleh je kat tepi pagar rumah sebelah. rupanya dia dah terselit celah tu. memang sempit sebab jiran tu letak barang2 kat tepi pagar tu. haaa..hambekkkkk.. saya punya mengucap..tak tau nak cakap apa. ndah jumap tu syukur la.. nak ngambil dia dari celah pagar tu camne? jiran tu takde kat rumah. so how???? nak taknak saya cekak je badan dia kat celah pagar tu.. gilir2 tangan kena angkat kuar masok celah pagar tu nak naikkan dia ke atas. ya allah....dugaan betol. mana nak larat tangan sebelah menampong dia tu macam nak patah tangan saya ni. tapi demi anak kesayangan punya pasal..saya kuatkan semangat. nezha pon dah ketakotan agaknya. diammmm je dia tak berbunyik! dah tu.. bila saya dapat je dia..terus pelok cium kuat. nangis toksah cakap la. kalah neng yatimah punya air mata.. banjir woooooo!!!! nezha pulak macam pahamm..saya pelok tu diamm je dia terkalok dalam pelokan. kalo tak tu biasanya dia terejal sebok nak lepas. sabor je la. saya dah sampai terduduk tepi longkang tu. ya allah... syukur alhamdulillah dan mengucap panjang saya. saya tak dapat bayangkan kalo nezha lari jauh saya tak jumpa hari tu jugak. memang saya mati la jawabnya. terus bawak masok rumah, basuh kaki dia semua. ini pon peringatan pada saya.. biasanya saya bukak tingkap tu untuk bagi udara masok rumah tapi pintu bilik saya tutup. semalam tu saya lupa lansung.. tingkap bukak.. pintu bilik pon bukak. grill tu dah le jarang2. manusia memang le tak boleh masok..tapi kalo kucing boleh je nak lepas grill tu. bila dah lega terus call obek cakap dah jumpa. sambong nangis. obek pon dah tak jadi patah balik rumah sebab dah jumpa nezha. hehehhehe.. malam tu saya terus kena demam. demam terkejut!!! badan habis sakit2 semua tangan jadi sengal, kaki jadi sengal, semua sakitlah. kepala pulak berdenyut2 ya allahhhh.. sabor je la. penangan merisaukan si nezha boleh jadi sampai macam tu sekali. obek balik.. ngadu lagi, obek bagi makan panadol..tido. tapi tak berapa lena sebab macam terjaga2 macam terbayang2 je nezha lepas dari rumah. owhhh. janganlah berulang lagi. tak sanggop saya menghadapinya.
~~
jadi..tu je la kisahnya.... hehehhee.. drama sungguh la. anyway.. pada semua.. have a nice weekend.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, February 23, 2011

apa nak tulis hari ni...

ahhh..buntu lah otak tak tau nak tulis apa hari ni. takde apa pon yang menarik melainkan asyik mengintai si neso budak gemok hitam yang baru lahir tu. hehehhehe... suka la tengok dia. dukungkan nezha bagi tunjuk kat dia, wahhhhh...nezha hulur tangan nak garu2 budak kecik tu woo.. hishh.. tak boleh.. tak boleh... merbahaya... jealous le tu.

~~

anyway... apa ye nak tulis. takde idea lah. so..itu je la nak tulis. hahahhahaha... esok ada idea baru sambong lagi.

~~

bye!

~

i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you

Tuesday, February 22, 2011

dapat cucu baru...

yeayyyyyyyyyyyyyyyyyy...
malam tadi masa tengah lepak tengk tv tu dengar le kucing luar tu bergaduh. owhhh..tu saya tau sangat le tu.. tu namanya si eji gaduh dengan kucing samseng gemok luar tu. suka datang rumah saya makan, tapi budak2 saya pulak yang dia marahkan. dia pernah tau cakar tangan saya. geram betol. dah le datang rumah orang makan nak marah2 orang pulak. nyampah! eji memang macam tu.. dia tu guardian cum bonzer bebudak kat luar tu. hehehehhe...
~~
so, masa saya dah leraikan budak2 yang gaduh tu... saya tengok ada sekor ni nama mama... duduk diamje. nak amik dia masokkan dalam sangkar tido. sekali nampak ada benda terkuit2 la.. ehh.. lorrr... dah dapat babyyyyyyy... yahuuuuuuuu...hitam legam gemok gedempol bontot terjungkit2 menyondol2. sabor je la. asyik nak menyusuuuuuuu je. ruginya lah takde cable nak transfer gambar tu. obek takde masa tu. pergi keje. obek balik keje saya tunjuk kat obek. suruh dia bagikan nama. nenonenonenoneno... so nama baby baru ialah neso. hehehehhe.. so nama panggilan manja esso. wahhhhhh.. jenama petroleum gitu. canggih ko neso. ehh.. bukan petroleum la.. diesel le. sebab hitam. hehehehhee.....
~~
pagi tadi pagi2 lagi dah turun pegi tengok baby gemok tu. nampak macam sihat. syukur alhamdulillah. geram tengok dia rasa nak pukul2 bontot dia. hehehhehe... opsss... ada budak hitam yang lain adalah telah menjealous dan marah2 woooo... jangan speku... tu bukan anak nezha. tu anak kucing lain. saya syak tu anak kucing yang nama abang tu. sebab dia pon hitam jugak. nezha mana bergaul dengan budak2 luar tu. apa pon...saya happy.
~~
malam tadi tolong obek buat kerja. aduhhh... sampai ke subuh tak tido2. geramlah. buat apa lagi..kira2 benda la. eeeee... tu la. hari tu saya tanya dah siap kira ke? semua info dah masokkan ke? hidden cost dah masokkan ke?? hujung2 baru le tau tak masok. tak cukup tangan jari makcik malam tadi tolong dia. sabor je la. takpe la..demi syuami terchenta katanya. hahhahahaha... gelang besor jangan lupa ye obek.
~~
malam tadi makan ringan2 je la. laok asam pedas pagi tu kan ada lagi. so panaskan je la. then buat lempeng. makan le lempeng cicah kuah asam pedas tu. wahhh..sedap jugak ye. jadi le. hari ni entah nak masak apa. apa benda pon dah takde dalam peti ais tu. takpe..susah2 saya makan je biskut nezha. sharing is caring katanya.
~~
ok la.. doakan yang terbaik untuk semua orang ye..walopon musuh kita.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Monday, February 21, 2011

2010 ke 2011?...

hehehehe.. hari ni entry tak bergambar lagi lah... cable tu still tak boleh guna. dah suruh obek tolong tengok kan pon dia pulak tak sempat2 takde masa. aduhh..gerem betol. anywayy.. takpe la kan.. nanti dah ok nanti kita letak gambar budak itam yang busuk tu banyak2 sampai pening semua orang yang tengok ye.
~~
tu la dianya..korang jangan tak tau.. dah berkurun berada dalam tahun 2011, saya masih gak tulis date dalam tahun 2010. sabor je la. dah le banyak lak tu. surat, quo, apa ke benda semuanya. hahahhahaa... baru hari ni terperasan yang teramat sangat. sebenarnya sebelom ni pon macam perasan, bila sebut memang sebut 2011, tapi bila tulis jadi 2010 le pulak. chehhh... berangan ke apa ke entah le. sabor je la. mujur benda2 tu boleh diubah lagi kalo takk.. aduh...boleh pening kepala dibuatnya. so selepas pagi tadi bila nak tulis date je terus la perhati bebetol chek 2-3 kali takot salah lagi. eeeee...
~~
hari ni saya rajin tau. pepagi dah masak nasi masak laok. hehehehe...sebab semalam tak dinner le. makan kopok lekor je mana kenyang. so pagi ni perot dah krukk keruukkkk kelaparan. bangun siapkan bebudak tu semua, buang uk-uk, bagi makan maka semua senyap senang hati, saya pon masak terus. masak nasi, masak asam pedas ikan, masak kicap hotdog, goreng ayam. masak je la apa yang ada dalam peti ais tu. habis dah kosong peti tu nak kene isi balik semua. makanya kami berdua hari ni terus makan nasi pepagi buta tu. hahahahhaa.. jimat belanja takyah lunch. tapi ni dah pukul 430pm ni perot dah berlagu2 kembali. sabor je la.
~~
nezha ok je.. menyebok 24jam. malam tadi obek sebok buat kerja, dia temankan obek. hehehe... baik la konon. kalo tak tu mana dia nak dekat2 dengan obek tu. malam tadi saya tengok elok je dia tido kat bawah meja obek. layan je la.. nak manja2 budak tu.

~~
hari tu saya ber-ym2 dengan kawan saya tu le..mm..dia bising sebab dia kata anak dia kene kutu kucing, melekat kat mata (bulu mata). saya kata camne boleh kene? u pasti ke kutu kucing ke tungau ke? dia kata ye kutu kucing. saya kata..camne boleh kena? anak u main2 kucing ke? setau i le.. i yang dok pelok cium tidor dengan kucing ni pon takde lak benda2 macam tu.. heran betol. dia kata dia pon taktau mana boleh dapat benda tu. then dia marah2 le siap kutuk2 kucing dan orang yang bela kucing tu pengotor la itu ini. ehhh.. saya kata dalam hati. dia tu sedar tak dia tengah cakap dengan saya ni? bukan dia taktau saya bela kucing. lepas tu saya cakap.. entah2 ko yang pengotor sebab tu kutu kucing pegi kat anak ko. kalo bersih takkan le kutuk tu melompat dari hujung kampong tu pergi melekat kat mata anak ko tu. geram dah saya. pas tu malas dah nak melayan dia. balik tu saya pergi kat nezha. nak le tengok camne rupa kutu kucing tu beso beno le rupanya ada ke rupa lipas ke apa ke. cek2 takde le pulak. then malam tu duduk2 kat luar tu dengan obek nampak kucing liar jalan2 kat depan pagar tu. saya amik. ni kucing liar mesti ada kutu kucing. so belek le tengok. ada tu memang ada.. tapi kecik halus beno tu camne dia boleh lak pasti benda yang melekat kat mata anak dia tu kutu kucing. benci lah.. sesuka hati je nak mengutuk kucing. entah2 tungau laki dia melekat kat bijik mata anak dia dikatanya kutu kucing. opss.. lantak ko la labu.. menyampah!
~~
entah le apa2 hari ni mengarut. sekadar luahan perasaan hati. pelik la orang yang suka menyalahkan orang lain atau benda lain ni. heran pon ye. ok la..nanti sambong lagi. panas hati ni. hehehehe...
~~
i love you obek
i love you nezha
i love all of you

Thursday, February 17, 2011

nezha punya perangai...

alalalallaa... leceh betol la wayar cable tu tak boleh guna. entah le kenapa. orang nak letak gambar nezha bebanyak ni... dari semalam try2 tak boleh. dah rosak agaknye ye? entah la. makanya hari ni entry tak bergambar lagi le ye. hehehhee....
~~
macam rindu lak nak tengok gambar nezha dalam blog sendiri. apakah?? tatap je la puas2 muka dia tu kat rumah. sabor je la. semalam dia baik. baik sekejap je la... pas tu terejal semula. malam tadi tu obek nak kuar pergi keje. so saya bukak le pintu sebab nak hantar obek. tapi saya berjaga2 le kat pintu tu takot2 budak hitam tu melompat keluar. obek dah pergi dah tengah kunci pagar boleh budak hitam ni menyusup keluar saya nampak2 dia dah sampai tepi longkang apa lagi menjerit le saya jawabnya. saya nak carik kunci entah mana mujur obek ada lagi kat gate tu so dia le yang kena kejar. kusssssss semangattttttt... berdebar2 jantong saya. jangan memain..dah le malam, dia pulak hitam.. apa pon tak nampak. mintak dijauhkan benda2 yang tak elok tu. so kena la babab montot dengan obek. hehehehhee.. biarkan dia. bagi dia rasa. biasaaaaaaaa dia tu!!!! lepas tu kena bebel dengan saya le jawabnya. bebel je la.. sambil pelok kuat2. geramlah! then tengok tv. entha le cerita apa malam tadi lupa dah. owhh..tengok cerita lake house tu yang keanu reeve & sandra bullock berlakon tu. hehehhe.. layan je la sebab channel lain entah le apa2 cerita.
~~
so semalam pon sempat masak untuk dinner. simple punya sudah janji ada makanan. masak asam pedas ikan, kerabu udang, telur dadar, makan buah mangga dan air oren. syukur alhamdullillah rezeki untuk semalam. masa saya dan obek makan ada budak tu pon sebok jugak nak makan. layan je la... tapi mujur dia tak kacau2 naik meja. sebab ada obek dia takot sikit. cuba kalo saya je.. nasi dalam pinggan saya pon dia nak pow. sabor je la.
~~
pagi tadi tu nezha kejut seperti biasa. saya malas je nak layan dia buat2 tido lagi. sekali tu saya dengar dia batuk2 uhukk..uhukk.. uhukk.. haa sudahh.. lepas tu bluwekkkk... nezha muntah daa.. ooo..patot la kejut saya bangun tido dia nak muntah rupanya. pandainya dia.. saya tak marah dia.. saya sayang dia. dia muntahkan hairball dia tu la.. bukan muntah makanan. biasa kekadang memang macam tu. takpe2...i love you nezha. baik dia kejut saya kan. buatnya dia muntah kat kapet ke kat katil ke lagi haru. owhh.. nezha budak bijak..
~~
apa lagi nak cerita ni ye? takde idea lah. cuma update apa yang terjadi semalam tu je la. lain2 takde yang menarik. semuanya seperti biasa.
~~
okey lah..nanti sambung lagi.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, February 16, 2011

kenapa...

kenapa orang suka marah-marah bila...
~~
kucing2 liar bergaduh sesama sendiri, orang pulak yang terjerit2 maki hamun macam orang gila. kucing tu bukan bergaduh memekak 24jam..paling lama pon 10 minit je. tu pon nak kecoh...
~~
jalan jem dan dah memang sah-sah nyata terang takde tempat lansung nak mencelah untuk ke depan tapi masih nak membebel siap nak tekan2 minyak bagi bunyi kuat. hoi... orang lain pon nak pergi keje jugak laaaaa.. ke ko nak terberak sebenarnya?
~~
terlupa buat sesuatu yang penting bila dah hujung tanduk baru nak teringat tetiba orang lain pulak yang kena marah walhal dah memang salah dia. lu apa hal bro??
~~
argghhhh...benci lah!
~~
kesimpulannya... saya takde mood-lah hari ni.

Tuesday, February 15, 2011

maulidur rasul 2011...

hari ni maulidur rasull.. cuti le tu kan.. takde pegi mana.. dodok rumah saje memerapkan diri. obek kerja. huhuhu.. melayan nezha bagai nak tercabut tangan menggaru perut dia. chehh.. budak tu memang tau.
~~
hari ni takde entry bergambar. biarkan sepi. chewahhhhh...
~~
hari ni masak breakfast cucur ikan bilis, goreng mee dan goreng ayam je lah. air teh o suam. ooo... breakfast dah pukul 11am.. ok la tu kan. kira lunch sekali tu. jimat belanja, catuan makanan betol.
~~
malam tadi pegi beli cd... cerita the mechanic. wahh.. mamat jason statham tu memang hensem lorrr!!!!!! lepas tu sambung tengok faster pulak.. itu mamat the rock berlakon wooo.. best jugak. hehehhee.. jadi la melayan tengok cd je la. nak tengok wayang macam tak larat pulak nak keluar jejauh. malas yang benornya. sambil tengok cd sambil makan kopok ubi besor.. obek beli hari tu masa oustation ke johor tu. boleh la.. janji ada benda yang nak dikunyah akan tatapi.. biskut 4 segi kosong jugak yang tetap bertakhta dihati...
~~
biasanya kalo saya nak masak2 tu nezha kena letak salam cage le. sebab saya nak bukak pintu tingkap luas2. mamat tu bukan boleh percaya kang tau2 je dah sampai hujung blok. hishhh.. tak boleh.. tak bolehh... so, dia bengang le kan. hahahhaha.. asyik le ter-mauuu..mauuuu memekak menjerit walhal nampak je saya tercongok kat pintu dapor tu. hishhh.. lagi dia sakit hati sebab kena sakat dengan obek. obek tuuu.. suka benor le menyakat nezha kadang saya pon hangin dibuatnya. lagi dia ajuk2 nezha mengeow2 tu makanya lagi menjerit le budak hitam busuk masin tu kan. adoiii..sabor je la. kalo bab menyakat.. bagi kat dia. now at 5pm, nezha tengah tido terbongkang kat sofa. lagi kena double sabor. hehehhehe..layan je la..
~~
okey la.. esok sambong lagi..
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, February 14, 2011

it's our 6th years anniversary...


syukur alhamdulillah. .pejam celik pejam celik dah 6 tahun saya dan obek. anniversary bersama katanya.. wedding anniversary lambat lagi.. tu kena tunggu hujung tahun baru tiba.
~~
13th february 2005---> mmm..tarikh itu lah yang membuat kami bersama. syukur perkenalan berterusan ke alam perkahwinan dan didoakan berkekalan ke akhir hayat sampai bila2. amin...
~~
jumpa dimana? camne boleh kenal? how he pop the Q? hehehehe.. biarlah rahsia... takpe.. kami jadikan ia kenangan manis dalam perjalanan kehidupan kami.
~~
makanya.. semalam kami pergi celebrate2 jugak la. celebrate apa.. pegi makan2 je la. obek bawak pergi makan2 seafood which is memang my truly favoritelah! thank you obek.. lain kali belanja lagi ye. makan sampai sakit perot pengsan. hehehehe.. tapi petang semalam hujan selebat2nya. risau juga. tapi dah senja tu dah berhenti dah hujan. hadiah? takde hadiah la.. hari2 pon boleh je pow obek hadiah. balik dari makan2 dah malam pukul 12am. mmm.. sepanjang jalan nampak banyak gerai2 jual bunga2, bear2, reben2... tertanya2 gak kenapa ni? ada konvo ke apa? takkan konvo jual bunga memalam pukul 12am ni?? ada sikit mushkil disitu. lorrr. rupanya.. hari ni valentine. mmmm... tak.. saya tak meraikannya. pada saya, setiap hari adalah hari untuk kami berkasih sayang tak de tarikh tertentu cumanya semalam sekadar memperingati sahaja.


so obek.. dikesempatan ini, saya memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kita berkenalan saya banyak buat perkara yang menyakitkan hati obek, ditambah pula dah jadi iseri sekarang, makanya ragam saya makin bertambah. terima kasih kerana mengotakan janji untuk hidup bersama dengan saya. terima kasih kerana rajin melayan kerenah saya yang pelik2. terima kasih kerana menjadi suami yang sangat baik. wang ringgit bukan ukuran kebahagiaan, yang penting rasa kasih sayang yang berpanjangan. susah senang biar kita bersama. tak kira apa dugaan bakal mendatang kita harungi berdua. kasih sayang yang obek berikan pada saya akan saya hargai sampai bila2. insyaallah.. doakan yang terbaik untuk kehidupan.
~~
so.. happy 6th years annyversary to us!!!!! i love you obek...

Friday, February 11, 2011

surat akuan...



saya seperti gambar di atas dan bernama NEZHA, adalah dengan ini sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa saya telah melakukan kesalahan besar tahap kedua mengikut Peruntukan Akta Akuan Kesalahan Berkanun 2011 sub-seksyen 3.1 perkara 3 iaitu perkara terlarang yang tidak boleh dibuat di rumah iaitu saya telah dengan sengaja dan niat telah KENCING TILAM.
*
saya mengaku melakukan kesalahan itu ketika mummy saya sedang mandi pagi tadi di mana pada ketika itu saya telah baring dan terlelap di tilam empok itu dan pada ketika itu juga saya merasa hendak terkencing tapi saya malas bangun pergi ke tempat pasir maka saya tanpa rasa bersalah telah melepaskan kencing itu di tilam tersebut.
*
apabila mummy saya mendapati tilam telah basah maka dia telah memarahi saya pada tahap nirwana tapi saya tak takot pon sebab saya tau mummy saya marah secara tipu2 sahaja kerana dia sayang sangat pada saya. pada ketika mummy saya sedang kemas cadar itu saya telah juga dengan secara sengaja membuat muka seposen sebagai tanda meminta belas kasihan dengan sesungguh hati. hasil daripada lakonan hebat saya itu maka mummy saya tak jadi marah tetapi telah memelok saya dengan kuat sehingga saya sesak nafas dan menjerit kesakitan.
*
walaubagaimana pon, saya tetap dihukum iaitu telah diletakkan di dalam sangkar pagi ini sebagai pembalasan terhadap perbuatan saya yang saya anggap lansung tidak mendatangkan kesan psikologi mahu pon ekonomi kepada mummy saya.
*
disebabkan perbuatan mummy saya yang tidak berperikebinatangan itu, saya telah bertekad untuk merajuk pada waktu petang nanti dengan melakukan salah satu atau kesemua perkara berikut iaitu :
a) tidak makan (amatlah tidak)
b) tidak kencing atau biyak dalam pasir (mungkin)
c) kencing tilam lagi esok (amat pasti)
*
sekian laporan saya dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kepercayaan bahawa ianya benar dan saya akan mendapat sokongan dari kawan2 semua.
*
diakui dengan sebenarnya
oleh : NEZHA
di : rumah
dalam negeri : selangor
pada : 11hb feb. 2011
*
dihadapan
mummy nezha a.k.a perempuan cun
*
nota : jaga ko nezha.. jagaaaaaaaaa... ggrrrrr....

Thursday, February 10, 2011

nezha busuk..apa ada hal....


hello... haaaa.. hari ni baru nampak muka budak busuk ni kan. ishh.. ishh..ishhh.. memang busuk tak dapat nak dinapikan lagi lah. dengan degilnya, dengan nakal dia, dengan banyak akal dia tu.. sabor je la. hehehhe.. degil-degil pon..inilah pengarang jantung limpa hempedu saya. mana pernah kena marah budak ni. paling habis pon kena jerkah je.. hujung2 dia pulak yang marahkan saya..apa lagi..protest la.. menggolek2 tengah alam. sabar....sabar....
~~
anyway... hari ni dah boleh guna cable tu..tapi dia kuar lagi macam le pulak. biasa kalo cocok je dia terus kuar yang nama card kita tu kan.. hari ni dia entah le kuar macam2 apa ke benda... menyampah. tapi takpela.. dapat gak nak tunjuk gambar ni kan.
~~
so apa nak cerita hari ni? takde apa yang menarik le. semalam obek takde. pegi outstation ke johor. mmmmm.. malammmmmmmm..eh..pagiiiiiiiii baru balik. pagi tadi la pukul 3am baru balik. sian obek keje terok. takpe la. ye.. obek keje terok..nanti saya boleh sopim banyak2. hehehhee... i lebiu obek...
~~
semalam masak kari ikan. dengan goreng ayam. pas tu panaskan roti canai yang obek belli malam hari tu.. panaskan letak butter.. rangup2 sedappp.. makan sorang la malam tadi. ehh.. silap. makan berdua. makan dengan nezha la. sebokje tau mamat tu. tak boleh tengok orang senang nak makan berangan.. mesti nak menyelit.
~~
owh..malam tadi saya tengok cerita hachiko tu la.. yang anjing setia tu kan. actually dah lama dah tau cerita ni..tapi tak sanggup nak tengok sebab baca sinopsis adalah sedih. korang tau je la saya ni suka je nangis2 ni kan. tapi malam tadi kuatkan semangat la tengok gak cerita ni. apa lagiii.. melalak2 le menangis habis tisu sekotak. hahhahaha.. sambil pelok nezha. dia lak macamkan pepaham je tengok cerita tu. ya tuhannnn...sedihnyaaaaa cerita tu. tak dapat saya bayangkan. camne la kalo saya hadapi in real life. terus la terbayang what if saya mati dulu sebelom nezha. sapa nak jaga dia? boleh le orang selepas sayatu jaga dia macam saya jaga dia? sepenuh itukah kasih sayang yang boleh dia bagi macam saya bagi pada nezha? terus.. melalak lagi. hehehehhee... drama queen betol la saya ni. terus terbayang ke alam nyata. apa taknya.. anjing dia boleh mengekspresikan emosi dia dengan lebih jelas berbanding kucing. so how? owhhh.. jangan pikir nanti pengsan.






chewahhhh... muka garang le konon.. macam muka club bouncer la konon... habis brutal dah ni. hehehhee... dia muka memang macam tu la mana pernah nak senyum. asyik le muka garang. muka je garang, tapi hati dia baik sebenarnya. kadang2 je dia buat angin kus2 melepas tak tentu hala. sabar je la. see.. dia melepas pon saya diam je kemas, takde la nak dera dia marah2. owhh..sayang budak busuk ni. nezha.. malam ni kita korek tinga ye.. dah lama tak korek. harus berperang 1 rumah malam ni kang. mengejor dia 1 hal. pandai je dia nampak saya amik kotak barang toilteries dia tu mesti dia mencicit lari. tekanan betol la.
~~
malam tadi saya mimpi.. salah sekor kucing luar saya tu mati. owhh.. mati yang dalam keadaan sangat sadis. isi perot terkeluar semua. uwwaaaa.. bangun2 tengah nangis. sabor je la. terus pegi luar tengok dia kot betol ke hidop ke mati. fuhh.. hidopp..tengah meow2 nak makan. syukur... tu lagi 1 hal. kucing2 luar tu kalo saya takde sapa nak bela? ish..ishh..ishhh...takmau pikir..takmau pikir..
~~
apa lagi nak cerita ni. hari ni takde cerita best la. semua cerita mengarut jadinay korang baca je la cerita mengarut saya ni ye. hehehehhehe... until next entry.. adios!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, February 9, 2011

mari jalan langkawi - edisi 3rd day, pulau beras basah..

hello... amboi2... punya lama nak mengabihkan cerita jalan2 tu kan. kalo diikutkan dah patot masok cerita jalan2 pegi tempat lain. hishh. hishh, hishhh.. not good..not good.. habis tu, ada je banyak benda lain nak kena buat kan. lagipon takpe la.. tulis lambat2 so ada la modal nak update entry ye tak? hehehhee....
~~
so, kali ni nak sambong cerita jalan2 pegi langkawi hari tu. 3rd day kan pagi2 tu pergi island hopping tu kan.. haa.. kan pergi 3 tempat.. memula pagi tu pulau dayang bunting tu then lepas tu pergi bagi burung helang makan. then ni le destinasi ke-3 untuk pagi tu.. pergi pulau beras basah namanya.
~~
wahhhh.. besttt..cantik pantai tu... bersih. tapi yang tak bestnya... sana takde toilet yoo!!!! so.. kalo korang nak pergi nanti.. kot2 rasa nak terkincit, pergi terkincit siap2 kat pulau dayang bunting tu sebab sana ada toilet. sini pulau ni takde la.. alahaii.. kenapa la tak dibuat kan? kalo buat lagi la menarik perhatian pelancong. entah le.. dannnn.. kalo pergi.. since dah penat jalan2 tu kan, sila la bawak sendiri bekal air atau jajan2 yang perlu sebab harga makanan di pulau tu adalah super mahal okeh!. situ ada 1 tempat je yang jual2 air ni. maybe sebab tu dia mahal kot, nak hangkot dari darat ke apa ke benda ke. kalo pelancong2 yang bawak duhet hebu2 tu no hal le.. macam kita ni kata destinasi bajet, harus nak berkira ye tak. anywayyy.... kalo nak beli, beli. tak nak beli, sudehhhhh...
~~
on the way ke sana pakcik bot bawak laju. hehehehe... takde nangis dah tapi masih debar2 lagi. pejam mata la apa lagi. hwuahhahahhaha.... sesekali terkena ombak keras tu melambung bot tu wooo.. ngeri woooo... tapi pemandangan memang menarik la.. cantik sangat. laut biru, udara bersih, ada burung2 terbang.. suka la. so, bila sampai tu pakcik bot kata.. ok.. berhenti kat sini, 1 jam. boleh pergi mandi2 ke lepak2. wokeh pakcikkk... nanti dah jalan2 kita datang balik ye.
~~
sampai2 je memang best la.. walopon rasa macam terhad je tempat tu kan tapi menarik. pasir putih. so, ramai yang pakat tangkap2 gambar rehat je. ada gak yang mandi2, macam tourist2 tu semua pakat2 jemur le kan. saya duduk2 je beli air minum dan beli nasi lemak. sebab lapar dari pagi tak makan. dalam pada tengah makan tu dok teringat pulak what if kang naik bot melompat2 tak tahan kang termuntah pulak. haaa..sudahhhhh.... tapi mujur le takde, sebab waktu rehat tu lama so dah hadam dah nasi lemak tu. hehehehhehee..... so, takde aktiviti apa2..duduk je la tangkap2 gambar dan tengok orang2 main-main. bagus diaroang tu.. walopon tak kenal antara satu sama lain, tapi dah creat 1 game bersama.. main apa tu? main lompat jauh. hehehehhee.. dengan yang buat piramid dalam air tu panjat ramai2 tu. heheheh.. seronok tengok jatuh bangun jatuh bangun. yang lompat jauh tu bayangkan le.. mat2 saleh lawan orang kita, ada gak macam ala2 bangla ke apa ke main lompat jauh tu. hehehehhee... kaki sedepa panjang. kat 1 pokok ada macam tali untuk ikat bot pisang tu. alaaa... yang bot bentuk pisang panjang orangnaik tukan. saya panjat tali tu je la. sebab nampak best pulak. hehehe.. mujur ringan, kalo seguni sekian le jawabnya. mau runtuh dahan pokok tu agaknya.




so.. ni gambar makcik kat signboard pulau beras basah tu le.. hehehhe.. kata jadi bukti dah pergi sana. agaknya ini sekali je la pergi sana, next time kalo pergi lagi takmau dah pegi naik2 bot tu. takot. hahahhaha... lain kalo kalo pergi kita pusing2 pekan kuah je ye sopim2.. haaa.. tu next entry la. belom sampai part tu lagi. so, duduk2 je la borak2 buang masa berangan je masa kat pulau beras basah tu. tak pasti lak kenapa di panggil beras basah.. kot2 carik gak ada ke beras kat situ takde lak jumpa. nak cari papan info pon tak le jumpa. ke saya yang tak nampak entah le kan.





opss... tetiba ada gambar. dont play-play.... tu gambar dengan spek ciplak 15 hengget tu jangan memain. ok apa... spek besor. sorang nampak macam tebuan, sorang nampak macam samseng gangster. sabor je la. stu je la pon gamabr berdua yang ada. dah kata takde orang nak tolong amikkan gambar, jadi la.... yang penting terpahat dalam ingatan, ye tak...
~~
ok..kali ni entry pendek je supaya korang tak sesak napas membacanya. ingatkan nak lump sum sekat entry 3rd day tapi malas le pulak. nanti takde idea pulak dah. so.. destinasi lepas ni.. dalam next entry pulak ye. hehehhehee...
~~
p/s : next entry--beras terbakar yang bikin jantong 'terbakar' betolll......

Tuesday, February 8, 2011

huiyoo...lama tak update woo...banjir lak tu..

source : google image. tq.


hello... tu la dianya.. lama betol tak menulis. berapa hari ye tak tulis2 nih. alahai.. bz le katakan. kita balik kampung. hahahhaa.. orangtak pernah balik kampung, sekali dapat balik kampung macam ni le jadinya. sebelom ni kampung pon kat kl je, sekarang dah ada kampung kat johor makcik sukaaa...sebab dapat jalan2. hahahha.. tapi sian acha kena tinggal. owhh..sedih..
~~
anyway.. nak cerita peristiwa sepanjang cuti raya cina hari tu kan. mmm.. balik kampung johor hari rabu malam lepas maghrib. mmm..kereta boleh tahan banyak tapi tak le jem sampai tak bergerak ke apa ke kan. kira ok la kalo nak dibandingkan dengan jalan jem kat kl pada hari2 biasa tu kan. so, berenti rehat kat r&r seremban. orang ramaiii... ada encik2 pasukan rela yang jaga parking. err.. bukan jaga parking la.. jaga supaya tak le kecoh2 orang nak rebut2 parking. ok la tu kan. terima kasih encik2 rela kerana menjaga kawasan. sian dia penat. anyway, berenti kejap sebab dari lunch tu tak makan. so saya tengok orang ramai jadi macam takde mood lak nak makan, chehh..tapi lapar. nak cari kerusi pon takde nih. orang penuh. takpe la.. slow2. so caya carik meja obek pegi beli makanan dulu. obek beli kotiaw goreng dengan sambal kerang rasanya. air nescape tin. pas tu saya pulak pergi beli makanan. saya beli wafer je la dengan air teh o ais. tu je la pon. lepas tu beli kacang rebus tu. ooooo... macam ni rupanya rasanya orang balik kampung ramai2 tu ye. ooo.. paham2. hahehhehe... tengah makan obek terserempak dengan kawan dia. hishhh.. dia tu kalo pegi mana pon harus le terserempak dengan kawan2 dia. macamkan glamer sangat. biarkan. makcik tak kira.. makcik makan jugak.
lepas makan teruskan perjalanan.
~~
sampai kampung johor pukul 10pm++ rasanya. ok la tu kan. lepas kemas2 beg semua pegi dapor la makan. mak obek masakkan nasi himpit dengan kuah kacang. ehh.. macam kita lak yang nak raya ni kan. saya ok je.. sebab tadi memangtak berapa nak makan so sekarang baru makan selesa sikit. esoknya khamis.. dah sibuk2 la rumah tu sebab jumaat tu adik obek yang perempuan nak bertunang. haihh.. penat letih woooo... tapi sebab makcik ni superwoman, semua settle. tetiba makcik jadi mak andam terjun! camne tuh?? hahhahaha.... habis kisahnya nak buat pelamin mini tu kan.. tapi dah tak sempat. makanya saya kata takpe la saya buatkan, bukan susah, selit2 bunga je. so, mil kata ok la.. buat lah, janji ada. sebab katanya bapak bakal tunang tu teringin beno tengok bakal tunang anaknya sarung cincin atas pelamin tu. apakah??? hentam saja lah. pegi pekan tu beli bunga2 le apa yang patot tapi kedai tutop lorr.. yang bukak kedai singgit tu je dengan kedai 2 ringgit tu. mmm..belasah je la beli bunga plastik kat kedai singgit tu. orang bukan tau pon harga bunga tu kan. hehehee... ada lagi bunga2 yang belen2 hantaran dulu2 tu kita kasi letak la kat pelamin tu.. hasilnya?? not bad la untuk orang yang keras tangan macam saya ni. lagipon bahan tak cukup... tu pon habis dah bunga kat kedai singgit tu saya amik semua.
~~
hari jumaat... hari majlis bertunang tu le. lepas sembahyang jumaat. so, pepagi dah bz le sedara mara pon dah datang dari semalam lagi. buat apa yang patot. ehh.. jangan tak tau.. obek telah memasak bubuk keledek campur kacang merah dan sagu untuk majlis ituuu.. hwuahahhah..saya kata harap takde la yang pengsan makan bubur ni kang. sekali rasa.. wahh...sedap jugak. chewahhh... pandai obek masak ni seperiok besar. bagus2.. balik kl masak lagi ye. mmm...sekian le jawabnya. so, menu pada hari kejadian ialah, nasi beriani, daging beriani, ayam masak merah, acar nenas, bubur keledek tu tadi, kuih koci, kuih2 yang orang bagi ada beraneka jenis ada kek ada kuih kelapa ada kuih entah apa saya pon naik pening sebab banyak sangat, dan air oren sajor.. so, dalam pukul 330pm orang lelaki pon sampai. pungpang2 bincang...wokeh! jadik!!! kasi sarung itu cincin ada 2 biji. lepas tu apa lagi..makan time le... eh.. posing2 dulu kat pelamin mini ciptaan saya yang.. errr... errrr.. boleh lah... dari takde. hahahahaa...
~~
masa sebelom majlis tukan ada mekap2 tu kan...saya pon menyelit sekali lor nak mekap2 jugak. habis.. makcik taknak le comot2 nak le cun2 jugak. tanya obek boleh le nak mekap2 jugak. obek kata boleh... so mak andam..sila mekap kakak ipar penunang (hah?? penunanng??? ye la sebab bukan pengantin, baru bertunang) jugak. yehaaa.. jaga2 ye.. jangan nanti kekak ipar lagi cung mekap dari penunang, haa..sudahhh.. salah saring cincin nanti... kehkehkehkehhh...
~~
dah petang, kemas2 le kan. bagi tapau kat jiran2 semua tu. aduhaii..penatnya rasa nak patah pinggang. saya suka je kenduri tapi penatnya tu la macam nak pengsan. ditambah kalo tengok ada lak yang jenis pemalas tu ya tuhan...sabar je la hati ni.
~~
malam, lepak2 je la. kuar pegi pekan saje amik angin. tengok2 banjir. sian ye. mujur kat rumah mil tak kena banjir. tapi kat area2 luar tu ada gak rumah yang kena. saya takot je. hishhh.. jangan buat main woooo kalo banjir. mana nak kemas barang2 semua tu. takot lah! so, pegi jalan2 tengok banjir, tengok sungai, tengok itu ini. malam dah nak tido tu ada lak kejadian yang err... entah le nak cakap camne. sebelah rumah mak obek ialah rumah atoknya. tapi rumah tu takde orang tinggal dah. cuma dijadikan rumah pasa sesapa yang nak datang stay dipersilakan macam tu la. kira bukan le rumah tinggal terus, sesapa nak duduk situ duduk je la. so, dah kata kenduri, ramai le sedara mara semua stay sana. malam tu rumah terbakar! memula tu dengar kecoh2 jerit2.. saya cakap kat mil apa tu orang rumah sebelah bergaduh le jerit2 tu? entah katanya.. jom pegi tengok. sekali budak tu jerit.. keluar! keluar! rumah terbakar!! haaa.. bagai nak terkincit le saya lari pegi tengok rumah atok tu. call obek pulak sebab dai takde kat rumah dia merayap ke jalan depan tu. orang dah kecoh2 dah. ye la..masa tu sedara mara semua ada lagi. obek pon lari le ke rumah tu macam superman saya tengok. hahahahha... sekali check2.. chehhhh.. bukan rumah terbakar dahh... ada 1 musibat bongok ni.. pegi pasang lilin atas tank toilet tu then biarkan, makanya lilin tu dah bakar le tank plastik tu tu yang berasap hitam pekat likat memikat tu! tapi atas dasar keselamatan, obek tutup jugak le main switch tu kan. then masok check. eh.. kata orang letrik harus le reti check2 ni kan. saya pon menyebok gak nak menyelit masok dalam rumah tu nak tengok apa ke bendanya. owhh..takde la apa yang serius, cuma tu je la..tank tu je yang terbakar. dah le masa tu ada makcik obek yang kurang sihat, tak boleh jalan ada kat dalam rumah tu. udah orang semua nak menyelamatkan dia. dai lak jenis lemah semangat ni.. harus pengsan. hehehhehe... anak dia le yang mengada pasang lilin tu. bongok betol. walhal ada je toilet kat dapur tu yang ada lampu. taknak. pemalas yang bukan2. nak pegi toilet pon nak malas. nak jugak masok toilet yang dalam bilik tu taknak keluar. mujur tank tu je yang terbakar, kalo rumah tu yang terbakar apa nak dijawab??? obek memang hot2 & spicy le malam tu. dia bahasakan. dah tau takde lampu tu apsal le tak inform kita rumah sebelah ni.. ada je mentol spare untuk dipasang. eeeee.. menyusahkan orang. tapi since semua selamat, ok lah.. malas nak bising2. obek je la yang sound tepat punya..
~~
malam tu dah tido..dalam pukul 1am macam tu..makcik obek tu pulak buat hal. yang pengsan2 tadi tu... since rumah atok tadi dah ada kejadian maka semua orang tido kat rumah obek la kan. walopon takde apa.. tapi bau plastik terbakar tu kuat sangat la. so, ramai2 pakat tido kat living room rumah obek. yang makcik ni punya cerita pulak.. dia punya terkejut terbakar tadi tak habis2 lagi udah tengah2 malam menjerit2 pulak... hehehehhee... gitu le lemah semangat dia terbayang2 lagi kot kejadian tadi tu. saya dalam bilik dengar dia jerit2 tu tapi malas nak keluar. saya cakap kat obek takyah kuar.. dia jerit2 terkejut je tu.. kuar pon bukan boleh buat apa... nak bagi air penawar kang kita pon tak tau apa nak dibaca. obek kata senang je ubatnya.. ni ha.. sambil tunjuk tapak tangan dia. chehh.. ada ka patut macam tu. terok la obek ni. dah2.. tido je la.
~~
the next morning, mak obek tanya saya ada dengar tak makcik tu jerit2 malam tadi, saya kata da. tapi malas nak keluar. hehehehe... biasa la tu... orang dah tua2 ni macam2 la.. dengan penyakit fizikal, dengan penyakit emosi, tak dapat nak dinafikan. so, sabtu pagi tu, kemas2 lagi apa yang patot then saya pergi jalan2 ke tangkak dengan obek. saje je la round2. makan goreng pisang, pas tu pusing2. owh...ada belikan baju untuk anak sedara obek tu le yang baby kecik tu umur setahun beli baju bola dengan baju singlet boleh buat pakai2 kat rumah. boleh lahh.. baju cop tangkak..murah2 aje. geram lak tengok baju2 tu.
~~
ahad pagi tu.. pukul 9am kami pon bertolak balik ke kl. jalan ok la..tak jem. cuma sikit je masa sampai kat seremban.. ingatkan jem apsal..rupanya ada accident la.. owhh..tapi tak terus.. sikit je. so, sampai kl pukul 11am macam tu la.. kemas2 lebih kurang... pelok2 acha. sian dia kena cema-cema. hehehehhee... ingatkan terok, tapi tengok dah ok dah. alaa.. cema-cema rindu tu namanya. maunya tak rindu..dengan saya pon dah melalak bagai masa kat kampung johor. tapi nangis dalam bilik la.. malu le kalo orang nampak.
~~
hari isnin semalam... kucing luar saya pulak terberanak...haaa...saya taktau pon dia preg. tau kot sebab rasa perot dia keras je.. sian dia. beranak 2 ekor. sekor hitam, sekor putih. yang hitam tak dapat diselamatkan. yang putih ok. tapi pagi tadi yang putih pon dah sekian. gitu le kisahnya. tak tau dah nak selamatkan camne. maknya tu muda lagi. ala2 remaja gitu. tak reti kot dia nak jaga anak dia. saya tengok dai pon takmau jaga..dia pegi jauh2. tak mau bagi nyusu. aduhhh... sedih la. ni nak tunggu ada lagi 2 ekor tengah tunggu hari je ni nak terberanak. harap2 semua ok.
~~
tu je la nak cerita pasal cuti raya cina tadi. ada yang menarik, ada sedih, ada suka, ada duka. macam2 la.
~~
ok la... nanti sambong lagi.. letih. hari ni saya puasa. mula nak puasa semalam tapi terlupa le pulak. sedap je sumbat maruku pukul 10am. hari ni saya puasa. insyaallah... kalo larat nak puasa sampai sabtu.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...
~~
p/s : gambar nezha ada tapi tak blh transfer pulak cable ni tak boleh detect. geramlah!

Tuesday, February 1, 2011

kong si kong si kong si ni...


happy chinese new year everybody...
wishing you warmth, togetherness, prosperity and happiness always...

~~~~~

ok..on the other story.... i get cuts all over my body. dont know why...huhuhu...so sakit wooo...
*
1st--jari hantu tangan kiri terkepit kat pintu peti ais. ya tuhannn... terkepit yang kat kuku tu sampai naik biru kuku ada darah beku. apa lagi..melalak tak hingat dunia la jawabnya. obek letak ubat gamat dan balutkan pon still tak jalan la.. berdenyut2 bagai tak mahu. so..tido dalam tangisan. huhuhu...
*
2nd--tangan kiri kena cakar dek kucing jahat kat luar rumah. saya kan bela kucing luar tu..letak dalam sangkar. tapi kat area rumah baru ni pon ada je gangster kucings yang jahat2 tu. dah le datang rumah kita nak makan makanan anak kita, anak kita pulak nak dibuat musuh, mengeow2 mencakar2. sabor je la. so, kononnya nak bagi dia makan le, masa tengah tuang makanan tu boleh dia selamba mencakar tangan saya. banyak dan kuat pulak tu. berdarah2. saya menjerit le terus nangis. ehhehee... kucing2 luar saya bila tengok saya kena macam tu apa lagi..sudah perang lorrrr.. meoww-meowww-meowww kuat2 semua pakat gadoh. ya tuhan... jahat kucing datang tu. hari tu pon dia curi makan makanan kucing luar saya pas tu gaduh gigit2 sampai luka kucing saya tu. hishhh... memang nak kena tarbiah kucing gangster tu. geramlah!!! so, tangan kanan luka banyak dan dalam. nak makan pon tak boleh. so, guna sudu makan. nak type2 ni pon sakit wooo... bisa lain macam pulak rasanya. hish-hish-hishhhh...
*
3rd--main2 pusing reben dengan nezha. main punya main zrapppppp....betis saya kena cakar. tu dia.. line panjang baikkkkk punya.. berdarah jugak. aduihhhh....melalak lagi. dia tengok saya nangis tu terus dia cabut lari pegi dapor. dia pon terkejut kot sebabdia tak sasngka lak main2 tu tercakar kaki saya. huuhuhuhu..sekian...
*
4th--jalan nak buka pintu rumah entah camne tersepak pintu kat ibu jari kaki. astagfirullah... kesakitannya tak dapat nak digambarkan!!! melalak lagi... hehehhee..tu je la kerja saya dari semalam. ada je kejadian yang nak melukakan dan melalak tak sudah. obek kata ni apa hal le ni semua kena luka2 ni. aduhh... nasib la... dah lama tak luka2 sekali luka tu dia... sekali gus dibaginya. sabor je la.
~~
ok la..tu je nak ngadu hari ni. hehehehhe.. esok dah cuti ye. bagus2. tapi musim2 hujan ni hati2 bawa kereta. nak balik kampung tu tengok2 keadaan camne. risau la. kampung obek pon katanya air nak naik. risau saya ni. serik rasanya dilanda banjir. mudah2an semua ok.
~~
ok... have a nice weekend!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..