mari mencari....

Google
 

Tuesday, February 8, 2011

huiyoo...lama tak update woo...banjir lak tu..

source : google image. tq.


hello... tu la dianya.. lama betol tak menulis. berapa hari ye tak tulis2 nih. alahai.. bz le katakan. kita balik kampung. hahahhaa.. orangtak pernah balik kampung, sekali dapat balik kampung macam ni le jadinya. sebelom ni kampung pon kat kl je, sekarang dah ada kampung kat johor makcik sukaaa...sebab dapat jalan2. hahahha.. tapi sian acha kena tinggal. owhh..sedih..
~~
anyway.. nak cerita peristiwa sepanjang cuti raya cina hari tu kan. mmm.. balik kampung johor hari rabu malam lepas maghrib. mmm..kereta boleh tahan banyak tapi tak le jem sampai tak bergerak ke apa ke kan. kira ok la kalo nak dibandingkan dengan jalan jem kat kl pada hari2 biasa tu kan. so, berenti rehat kat r&r seremban. orang ramaiii... ada encik2 pasukan rela yang jaga parking. err.. bukan jaga parking la.. jaga supaya tak le kecoh2 orang nak rebut2 parking. ok la tu kan. terima kasih encik2 rela kerana menjaga kawasan. sian dia penat. anyway, berenti kejap sebab dari lunch tu tak makan. so saya tengok orang ramai jadi macam takde mood lak nak makan, chehh..tapi lapar. nak cari kerusi pon takde nih. orang penuh. takpe la.. slow2. so caya carik meja obek pegi beli makanan dulu. obek beli kotiaw goreng dengan sambal kerang rasanya. air nescape tin. pas tu saya pulak pergi beli makanan. saya beli wafer je la dengan air teh o ais. tu je la pon. lepas tu beli kacang rebus tu. ooooo... macam ni rupanya rasanya orang balik kampung ramai2 tu ye. ooo.. paham2. hahehhehe... tengah makan obek terserempak dengan kawan dia. hishhh.. dia tu kalo pegi mana pon harus le terserempak dengan kawan2 dia. macamkan glamer sangat. biarkan. makcik tak kira.. makcik makan jugak.
lepas makan teruskan perjalanan.
~~
sampai kampung johor pukul 10pm++ rasanya. ok la tu kan. lepas kemas2 beg semua pegi dapor la makan. mak obek masakkan nasi himpit dengan kuah kacang. ehh.. macam kita lak yang nak raya ni kan. saya ok je.. sebab tadi memangtak berapa nak makan so sekarang baru makan selesa sikit. esoknya khamis.. dah sibuk2 la rumah tu sebab jumaat tu adik obek yang perempuan nak bertunang. haihh.. penat letih woooo... tapi sebab makcik ni superwoman, semua settle. tetiba makcik jadi mak andam terjun! camne tuh?? hahhahaha.... habis kisahnya nak buat pelamin mini tu kan.. tapi dah tak sempat. makanya saya kata takpe la saya buatkan, bukan susah, selit2 bunga je. so, mil kata ok la.. buat lah, janji ada. sebab katanya bapak bakal tunang tu teringin beno tengok bakal tunang anaknya sarung cincin atas pelamin tu. apakah??? hentam saja lah. pegi pekan tu beli bunga2 le apa yang patot tapi kedai tutop lorr.. yang bukak kedai singgit tu je dengan kedai 2 ringgit tu. mmm..belasah je la beli bunga plastik kat kedai singgit tu. orang bukan tau pon harga bunga tu kan. hehehee... ada lagi bunga2 yang belen2 hantaran dulu2 tu kita kasi letak la kat pelamin tu.. hasilnya?? not bad la untuk orang yang keras tangan macam saya ni. lagipon bahan tak cukup... tu pon habis dah bunga kat kedai singgit tu saya amik semua.
~~
hari jumaat... hari majlis bertunang tu le. lepas sembahyang jumaat. so, pepagi dah bz le sedara mara pon dah datang dari semalam lagi. buat apa yang patot. ehh.. jangan tak tau.. obek telah memasak bubuk keledek campur kacang merah dan sagu untuk majlis ituuu.. hwuahahhah..saya kata harap takde la yang pengsan makan bubur ni kang. sekali rasa.. wahh...sedap jugak. chewahhh... pandai obek masak ni seperiok besar. bagus2.. balik kl masak lagi ye. mmm...sekian le jawabnya. so, menu pada hari kejadian ialah, nasi beriani, daging beriani, ayam masak merah, acar nenas, bubur keledek tu tadi, kuih koci, kuih2 yang orang bagi ada beraneka jenis ada kek ada kuih kelapa ada kuih entah apa saya pon naik pening sebab banyak sangat, dan air oren sajor.. so, dalam pukul 330pm orang lelaki pon sampai. pungpang2 bincang...wokeh! jadik!!! kasi sarung itu cincin ada 2 biji. lepas tu apa lagi..makan time le... eh.. posing2 dulu kat pelamin mini ciptaan saya yang.. errr... errrr.. boleh lah... dari takde. hahahahaa...
~~
masa sebelom majlis tukan ada mekap2 tu kan...saya pon menyelit sekali lor nak mekap2 jugak. habis.. makcik taknak le comot2 nak le cun2 jugak. tanya obek boleh le nak mekap2 jugak. obek kata boleh... so mak andam..sila mekap kakak ipar penunang (hah?? penunanng??? ye la sebab bukan pengantin, baru bertunang) jugak. yehaaa.. jaga2 ye.. jangan nanti kekak ipar lagi cung mekap dari penunang, haa..sudahhh.. salah saring cincin nanti... kehkehkehkehhh...
~~
dah petang, kemas2 le kan. bagi tapau kat jiran2 semua tu. aduhaii..penatnya rasa nak patah pinggang. saya suka je kenduri tapi penatnya tu la macam nak pengsan. ditambah kalo tengok ada lak yang jenis pemalas tu ya tuhan...sabar je la hati ni.
~~
malam, lepak2 je la. kuar pegi pekan saje amik angin. tengok2 banjir. sian ye. mujur kat rumah mil tak kena banjir. tapi kat area2 luar tu ada gak rumah yang kena. saya takot je. hishhh.. jangan buat main woooo kalo banjir. mana nak kemas barang2 semua tu. takot lah! so, pegi jalan2 tengok banjir, tengok sungai, tengok itu ini. malam dah nak tido tu ada lak kejadian yang err... entah le nak cakap camne. sebelah rumah mak obek ialah rumah atoknya. tapi rumah tu takde orang tinggal dah. cuma dijadikan rumah pasa sesapa yang nak datang stay dipersilakan macam tu la. kira bukan le rumah tinggal terus, sesapa nak duduk situ duduk je la. so, dah kata kenduri, ramai le sedara mara semua stay sana. malam tu rumah terbakar! memula tu dengar kecoh2 jerit2.. saya cakap kat mil apa tu orang rumah sebelah bergaduh le jerit2 tu? entah katanya.. jom pegi tengok. sekali budak tu jerit.. keluar! keluar! rumah terbakar!! haaa.. bagai nak terkincit le saya lari pegi tengok rumah atok tu. call obek pulak sebab dai takde kat rumah dia merayap ke jalan depan tu. orang dah kecoh2 dah. ye la..masa tu sedara mara semua ada lagi. obek pon lari le ke rumah tu macam superman saya tengok. hahahahha... sekali check2.. chehhhh.. bukan rumah terbakar dahh... ada 1 musibat bongok ni.. pegi pasang lilin atas tank toilet tu then biarkan, makanya lilin tu dah bakar le tank plastik tu tu yang berasap hitam pekat likat memikat tu! tapi atas dasar keselamatan, obek tutup jugak le main switch tu kan. then masok check. eh.. kata orang letrik harus le reti check2 ni kan. saya pon menyebok gak nak menyelit masok dalam rumah tu nak tengok apa ke bendanya. owhh..takde la apa yang serius, cuma tu je la..tank tu je yang terbakar. dah le masa tu ada makcik obek yang kurang sihat, tak boleh jalan ada kat dalam rumah tu. udah orang semua nak menyelamatkan dia. dai lak jenis lemah semangat ni.. harus pengsan. hehehhehe... anak dia le yang mengada pasang lilin tu. bongok betol. walhal ada je toilet kat dapur tu yang ada lampu. taknak. pemalas yang bukan2. nak pegi toilet pon nak malas. nak jugak masok toilet yang dalam bilik tu taknak keluar. mujur tank tu je yang terbakar, kalo rumah tu yang terbakar apa nak dijawab??? obek memang hot2 & spicy le malam tu. dia bahasakan. dah tau takde lampu tu apsal le tak inform kita rumah sebelah ni.. ada je mentol spare untuk dipasang. eeeee.. menyusahkan orang. tapi since semua selamat, ok lah.. malas nak bising2. obek je la yang sound tepat punya..
~~
malam tu dah tido..dalam pukul 1am macam tu..makcik obek tu pulak buat hal. yang pengsan2 tadi tu... since rumah atok tadi dah ada kejadian maka semua orang tido kat rumah obek la kan. walopon takde apa.. tapi bau plastik terbakar tu kuat sangat la. so, ramai2 pakat tido kat living room rumah obek. yang makcik ni punya cerita pulak.. dia punya terkejut terbakar tadi tak habis2 lagi udah tengah2 malam menjerit2 pulak... hehehehhee... gitu le lemah semangat dia terbayang2 lagi kot kejadian tadi tu. saya dalam bilik dengar dia jerit2 tu tapi malas nak keluar. saya cakap kat obek takyah kuar.. dia jerit2 terkejut je tu.. kuar pon bukan boleh buat apa... nak bagi air penawar kang kita pon tak tau apa nak dibaca. obek kata senang je ubatnya.. ni ha.. sambil tunjuk tapak tangan dia. chehh.. ada ka patut macam tu. terok la obek ni. dah2.. tido je la.
~~
the next morning, mak obek tanya saya ada dengar tak makcik tu jerit2 malam tadi, saya kata da. tapi malas nak keluar. hehehehe... biasa la tu... orang dah tua2 ni macam2 la.. dengan penyakit fizikal, dengan penyakit emosi, tak dapat nak dinafikan. so, sabtu pagi tu, kemas2 lagi apa yang patot then saya pergi jalan2 ke tangkak dengan obek. saje je la round2. makan goreng pisang, pas tu pusing2. owh...ada belikan baju untuk anak sedara obek tu le yang baby kecik tu umur setahun beli baju bola dengan baju singlet boleh buat pakai2 kat rumah. boleh lahh.. baju cop tangkak..murah2 aje. geram lak tengok baju2 tu.
~~
ahad pagi tu.. pukul 9am kami pon bertolak balik ke kl. jalan ok la..tak jem. cuma sikit je masa sampai kat seremban.. ingatkan jem apsal..rupanya ada accident la.. owhh..tapi tak terus.. sikit je. so, sampai kl pukul 11am macam tu la.. kemas2 lebih kurang... pelok2 acha. sian dia kena cema-cema. hehehehhee... ingatkan terok, tapi tengok dah ok dah. alaa.. cema-cema rindu tu namanya. maunya tak rindu..dengan saya pon dah melalak bagai masa kat kampung johor. tapi nangis dalam bilik la.. malu le kalo orang nampak.
~~
hari isnin semalam... kucing luar saya pulak terberanak...haaa...saya taktau pon dia preg. tau kot sebab rasa perot dia keras je.. sian dia. beranak 2 ekor. sekor hitam, sekor putih. yang hitam tak dapat diselamatkan. yang putih ok. tapi pagi tadi yang putih pon dah sekian. gitu le kisahnya. tak tau dah nak selamatkan camne. maknya tu muda lagi. ala2 remaja gitu. tak reti kot dia nak jaga anak dia. saya tengok dai pon takmau jaga..dia pegi jauh2. tak mau bagi nyusu. aduhhh... sedih la. ni nak tunggu ada lagi 2 ekor tengah tunggu hari je ni nak terberanak. harap2 semua ok.
~~
tu je la nak cerita pasal cuti raya cina tadi. ada yang menarik, ada sedih, ada suka, ada duka. macam2 la.
~~
ok la... nanti sambong lagi.. letih. hari ni saya puasa. mula nak puasa semalam tapi terlupa le pulak. sedap je sumbat maruku pukul 10am. hari ni saya puasa. insyaallah... kalo larat nak puasa sampai sabtu.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...
~~
p/s : gambar nezha ada tapi tak blh transfer pulak cable ni tak boleh detect. geramlah!

4 comments:

sesemut said...

tetiba teringat kat mak pepper ngan akak ashley yg menopause tu..ahhah

meowwmania said...

fuhhh! abis pon baca hehe...

eh rumah kita pon kena banjir taw, cian kita huhuu

alamak sian pulak dgr kcg yg beranak tu, agaknya kecil lagi kan tu sbb tak pandai lg nak jaga baby dia, shian...

MOKCIK AZWA said...

Salam Leeya..

seronoknya dapat menantu yang rajin bleh siapkan pelamin mini utk adik ipar bertunang kan hehehe..teringat MIL yang suka buat gubahan hantaran..akhir2 ni dia suka mokcik tolong dia buatkan hehehe

Haa..mokcik sokong obek bahasakan orang yang tinggalkan lilin atas tnk toilet tu..memang nak kena. Mujur tak terbakar rumah..

Pasal kucing tu kan.. kata pakar [ntah pakar mana, mokcik pun dengar dari cik abe], biasanya kucing pertama kali beranak tak pandai jaga anak. kalau anaknya hidup, kira bagus la tu. Lepas kejadian pertama kali tu, baru lah ok dia bela anak dia hehehe

saya said...

hani--tau takpe..lepas ni memangnak kena bawak pi sunat budak2 luar tu..

meoww--banjir jugak?? tak boleh buat apa la..bencana alam.. harap semua jebon selamat.

mokcik--mmg agaknya..saya tanya kawan saya pon macam tu gak jawabnya. lagipon saya tgk baby kucing tu tersangat le keciknya..