mari mencari....

Google
 

Friday, February 11, 2011

surat akuan...



saya seperti gambar di atas dan bernama NEZHA, adalah dengan ini sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa saya telah melakukan kesalahan besar tahap kedua mengikut Peruntukan Akta Akuan Kesalahan Berkanun 2011 sub-seksyen 3.1 perkara 3 iaitu perkara terlarang yang tidak boleh dibuat di rumah iaitu saya telah dengan sengaja dan niat telah KENCING TILAM.
*
saya mengaku melakukan kesalahan itu ketika mummy saya sedang mandi pagi tadi di mana pada ketika itu saya telah baring dan terlelap di tilam empok itu dan pada ketika itu juga saya merasa hendak terkencing tapi saya malas bangun pergi ke tempat pasir maka saya tanpa rasa bersalah telah melepaskan kencing itu di tilam tersebut.
*
apabila mummy saya mendapati tilam telah basah maka dia telah memarahi saya pada tahap nirwana tapi saya tak takot pon sebab saya tau mummy saya marah secara tipu2 sahaja kerana dia sayang sangat pada saya. pada ketika mummy saya sedang kemas cadar itu saya telah juga dengan secara sengaja membuat muka seposen sebagai tanda meminta belas kasihan dengan sesungguh hati. hasil daripada lakonan hebat saya itu maka mummy saya tak jadi marah tetapi telah memelok saya dengan kuat sehingga saya sesak nafas dan menjerit kesakitan.
*
walaubagaimana pon, saya tetap dihukum iaitu telah diletakkan di dalam sangkar pagi ini sebagai pembalasan terhadap perbuatan saya yang saya anggap lansung tidak mendatangkan kesan psikologi mahu pon ekonomi kepada mummy saya.
*
disebabkan perbuatan mummy saya yang tidak berperikebinatangan itu, saya telah bertekad untuk merajuk pada waktu petang nanti dengan melakukan salah satu atau kesemua perkara berikut iaitu :
a) tidak makan (amatlah tidak)
b) tidak kencing atau biyak dalam pasir (mungkin)
c) kencing tilam lagi esok (amat pasti)
*
sekian laporan saya dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kepercayaan bahawa ianya benar dan saya akan mendapat sokongan dari kawan2 semua.
*
diakui dengan sebenarnya
oleh : NEZHA
di : rumah
dalam negeri : selangor
pada : 11hb feb. 2011
*
dihadapan
mummy nezha a.k.a perempuan cun
*
nota : jaga ko nezha.. jagaaaaaaaaa... ggrrrrr....

8 comments:

~dARlee zURiS~ said...

hahaaa..tu dia!
lepas nie ada anak,turn anak lak lawan2 ngan nezha kencing tilam ;)

sesemut said...

hahahhahahhahahhahah...
lawak la hang ni nezha...
lawak sungguh...

MOKCIK AZWA said...

mak aii..ingatkan surat akuan kaween tadi hehehe

jentik jer tinge nezha tu nakal amat yaa

Hazelsyd said...

hahahhah best la ini entry!!

meowwmania said...

hahahahhaahha.....

huhuuuuu....

heheheheehe....

ops! terlebey suda :D

anis said...
This comment has been removed by the author.
julietANNA said...

eh nakal eyh nezha ni skrg! hehehe. dah lama tak melawat sini jenguk2 kucing comel ni :D

http://julietANNA.com

aish nak kena sign in blogspot dulu baru dpt komen huhu

saya said...

Zuris--lawan kencing tilam dengan anak? Apakah? Hahahha…

Hani—nezha nakal.. tak lawak lah.. huhuh..

Mokcik—memang nakal budak tu!

Meow—mmg terlebey..

Juliet—tu la pasal…