mari mencari....

Google
 

Saturday, February 26, 2011

tragedi februari...

hello... aduhai..sorry lah dah berapa hari tak update blog. macam le ramai sangat yang nak membaca yetak. tak kisah le.... janji mesti mau update biarpon takde gegambaran. anyway..hari ni hari sabtu. mmm.. bangun cepat gak. pukul 7am dah bangun. awal le tu kan if consider hari cuti2 malaysia gini. lepas tu kemas2 budak2 luar tu berak ya hampunnnn.. harum semerbak bak bunga kemboja. kalo la taik kucing ni laku dijual ke, diaplikasikan menjadi bahan kosmetik ke.. kompom dah saya ni jutawan milion2 dah ni. hehehhehehe... lepas kemas budak2, sapu rumah lebih kureng sudah. malas lah. lepas tu siap2 sebab nak pergi hantarkan dish & dekorder asterok ke rumah almaunah. dia nak. saya kan ada hari tu untuk rumah saya but since dah pindah ni jadinya ada 2 set le pulak. idak le teman nak membayar 2 set tu nak buat apa. 1 sudah le bukan ada manusia pon kat rumah ni. harap nezha tu takyah le.. dia tengok 5 minit je lebih tu makan tido makan tido suruh garu perot dia. tu je la keje dia hari2. so.. bagi la kat almaunah. lepas hantar tu.. balik la sebab nak kena pi hantar ma ke melawati le pulak. aduhaiii.. pergi jemput pergi jemput letih betol. petang baru selesai. sebelom balik singgah pasar malam. ma suruh masak, saya malas. obek pon kata takyah masak. beli je la kat pasar malam sebab dah lapar sangat. so tadi kat pasar malam saya beli nasi kerabu.. ala.. yang kaler biru tu kan. hehehhehe.. boleh le tahan. obek beli nasi lemak. lepas tu beli kuih apam balik, kuih popia goreng, murtabak. tu je la. balik rumah sampai je terus kemas barang then mandi, lepas tu makan. elok je siap makan azan maghrib pon berkumandang. hehehhehehe...
~~
apa lagi nak cerita ni. owh... tadi korek2 dapur ma jumpa biskut 4 segi kecik. cuba rasa 1 wahhh..rupanya sedap lah. saya nak pow esok bawak balik rumah. hehehhe.. peminat biskut tegar namanya ni. saya suka je biskut. tapi biskut kosong la..kalo yang ada krim2 ni agak kureng le sikit. biskut 4 segi kosong tu kan.. hullamakkkk.. kalo dihadapkan sekerat pek pon boleh habis sekali hadap. sabor je la. tapi badan tak lak kurus sekeping macam biskut tu. tu yang mushkil tu.
~~
lagi apa nak cerita.... mmm..esok.. esok entah la. tak tau lagi apa nak buat. obek asyik buzy je 25 jam sehari, 8 hari seminggu, 32 hari sebulan. gggrrrrrr..... takpe2..demi duit 5 guni depan mata saya relakan. kadang tu geram le jugak. nak ajal pergi pusing2 ronda pon payah. takpe..saya sayang obek. hehehhehe...
~~
nezha? dia ok je... tapi udah terjadi satu tragedi februari...semalam ala2 terlepas ke rumah sebelah udah le terselit kat celah pagar orang tu. padan muka. saya memula tu tak perasan. tapi bila lama je senyap saya panggil2 le dia. tapi diammmmmmm je. saya amik beg plastik bagibunyi2. dia biasa kalo dengar bunyi beg plastik tu dia datang lari cepat sebab dia nak jugak isi benda beg tu dia ingat makanan. ni panggil2 takde. saya dah gabra dah ni. cari2 pusing semua tempat pon takde. mula dah nak melalak. naik atas.. nampak pintu bilik ternganga.. tingkap ternganga.. ya tuhan astagfirullahalazim saya mengucap panjanggggggg.. memang saya menjerittttttt.. sah dah dia kuar ikut tingkap bilk atas tu. kebetulan rumah sebelah punya atap tu rendah so memang boleh lompat pegi sana. saya dah menangis melalak tak hingat dunia. call obek cepat ngadu. obek lak takde masa tu pegi keje. uuwwaa...double triple tensen. saya kuar ikut pintu dapor carik. takde! pusing2 sampai ke luar pagar saya pusing nak mencarik dia. sampai ke dalam longkang. takde gak! saya memang nangis gila2 dah masa tu. tanya kat kucing luar tu nampak tak acha depa meow2 je entah le cakap apa saya tak paham. sekali tu entah camne saya tertoleh je kat tepi pagar rumah sebelah. rupanya dia dah terselit celah tu. memang sempit sebab jiran tu letak barang2 kat tepi pagar tu. haaa..hambekkkkk.. saya punya mengucap..tak tau nak cakap apa. ndah jumap tu syukur la.. nak ngambil dia dari celah pagar tu camne? jiran tu takde kat rumah. so how???? nak taknak saya cekak je badan dia kat celah pagar tu.. gilir2 tangan kena angkat kuar masok celah pagar tu nak naikkan dia ke atas. ya allah....dugaan betol. mana nak larat tangan sebelah menampong dia tu macam nak patah tangan saya ni. tapi demi anak kesayangan punya pasal..saya kuatkan semangat. nezha pon dah ketakotan agaknya. diammmm je dia tak berbunyik! dah tu.. bila saya dapat je dia..terus pelok cium kuat. nangis toksah cakap la. kalah neng yatimah punya air mata.. banjir woooooo!!!! nezha pulak macam pahamm..saya pelok tu diamm je dia terkalok dalam pelokan. kalo tak tu biasanya dia terejal sebok nak lepas. sabor je la. saya dah sampai terduduk tepi longkang tu. ya allah... syukur alhamdulillah dan mengucap panjang saya. saya tak dapat bayangkan kalo nezha lari jauh saya tak jumpa hari tu jugak. memang saya mati la jawabnya. terus bawak masok rumah, basuh kaki dia semua. ini pon peringatan pada saya.. biasanya saya bukak tingkap tu untuk bagi udara masok rumah tapi pintu bilik saya tutup. semalam tu saya lupa lansung.. tingkap bukak.. pintu bilik pon bukak. grill tu dah le jarang2. manusia memang le tak boleh masok..tapi kalo kucing boleh je nak lepas grill tu. bila dah lega terus call obek cakap dah jumpa. sambong nangis. obek pon dah tak jadi patah balik rumah sebab dah jumpa nezha. hehehhehe.. malam tu saya terus kena demam. demam terkejut!!! badan habis sakit2 semua tangan jadi sengal, kaki jadi sengal, semua sakitlah. kepala pulak berdenyut2 ya allahhhh.. sabor je la. penangan merisaukan si nezha boleh jadi sampai macam tu sekali. obek balik.. ngadu lagi, obek bagi makan panadol..tido. tapi tak berapa lena sebab macam terjaga2 macam terbayang2 je nezha lepas dari rumah. owhhh. janganlah berulang lagi. tak sanggop saya menghadapinya.
~~
jadi..tu je la kisahnya.... hehehhee.. drama sungguh la. anyway.. pada semua.. have a nice weekend.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

3 comments:

meowwmania said...

adohai Nezha sian kat mama kamu sampai demam2 terperanjat

sila lah jaga mama kamu smpai baik yer :D

pssttt....kalo boleh elakkan mkn panadol ekk, sgt tak bagus cuba tnya pacik google mesti byk info ;)

sesemut said...

sungguhla drama...

saya said...

meoww/hani..memang tau panadol tak berapa elok untuk jangka panjang... tapi time tu dah terkejut2. hehehhee...