mari mencari....

Google
 

Thursday, March 10, 2011

5 rabiulakhir, 10 mac..akhirnya kembalilah ia...


allahuakbar.... rasanya baru saja lagi saya menulis tentang kegembiraan menyambut kedatangan anak cucu yang baru, tapi rupa-rupanya kegembiraan tu cuma untuk seketika saja. dia yang lincah, yang comel, yang baik, yang ceria kini telah tiada lagi. ye... nefo telah tiada. dengan begitu cepat tanpa sempat saya merawat dia. terkilan sungguh rasa hati tapi tuhan lebih mengetahui.



bermula dari semalam, 9/3/2011, saya tengok nefo macam tak berapa lincah. asyik tido sensorang sedangkan yang lain2 tu sedang melompat2 berlawan2. saya fikirkan mungkin dia mengantok, atau terlalu kenyang sampai tak larat nak ikut bermain. saya biarkan, tapi nampak macam dia ada berak sikit. dengan tiba2 saya terus berdebar2... sebab saya teringatkan nebo kecik saya dulu. simptom adalah sama. berak cair berterusan. tapi saya hairan.. kenapa boleh jadi macam tu. tapi saya fikir mungkin dia dah nak membesar jadi sudah boleh buang air besar. mungkin... rupanya telahan saya tu jauh menyimpang. dalam pada berdebar2 tu saya pikirkan yang positif sahaja sebab memandangkan yang lagi 3 ekor tu aktif. takde tanda2 sakit atau sebagainya. maka saya pon biarkan begitu. cuma saya lap la bontot dia takmau terpalit pulak kekotoran pada budak yang lain.



pagi tadi saya tengok... dia masih begitu. tak begitu sihat. masih berak. taktau nak bagi ubat apa. bila saya angkat bersihkan bontot dia menjerit2. saya lap bersih2 dan letak balik pada mama dia. tapi... mama dia seakan takmau mendekati anaknya itu. dibiarkan aje nefo menjerit keseorangan. biasanya mama dia akan datang cepat dan pelok cium jilat anak dia tapi pagi tadi tak pulak. saya dah berdebar lagi. saya khabarkan pada obek pasal nefo nampaknya macam kurang sihat. obek kata maybe demam agaknya. perbualan berakhir di situ saja tanpa ada rawatan. balik tadi petang... perkara yang saya risaukan sudah berlaku. nefo terkaku disitu keras diam membisu. saya lihat mamanya sedang menjilat2 nefo. apa lagi..bagai nak terbalik dunia ni. kelam pandangan. kabur penglihatan. saya menangis semahunya. rasa menyesal, rasa bersalah.. semua rasa datang menerpa. salah sayakah sebab lambat memberi bantuan rawatan pada nefo hingga nefo kembali kepadanya? salah sayakah kerana membiarkan dia? salah sayakah??? seusai meredakan perasaan...nefo saya ciumkan pada mama dan adikberadik yang lain untuk kali yang terakhir sebelom saya membalutnya untuk ditanam. mujur alhamdulillah obek balik awal hari ni maka dapatlah ditanam cepat. biasanya obek balik kerja malam, tapi memang hari ni sudah ditentukan..obek balik kerja cepat kerana ada urusan dirumah yang perlu dilaksanakan.. kebumikan nefo kesayangan saya. obek terdiam. tak tau nak cakap apa. cuma dia kata bersabarlah.. mungkin sudah ketentuan. ye..ketentuan.. tapi saya tetap sedih mengenangkan nefo.. baru beberapa hari aje umurnya.




di sini.. nefo disemadikan. diiringi juraian air mata saya setiap kali cangkul bertemu tanah. nefo.. nefo tetap kesayangan saya walaupon kita dapat bersama dalam tempoh yang singkat. nefo tetap nakal dan ceria dimata dan dihati saya. hajat nak melihat semuanya membesar tak kesampaian. nefo.. saya doa nefo gembira disana.. disana nebo sudah menunggumu.. kawan elok2 ye sayang... nefo dan nebo tetap 2 wira dihati saya sebab berjuang hingga ke akhir nafas. saya sayang semuanya....



kini, tinggal 3 sahaja anak2 nemo. necho, nejo dan nego. harap ketiga-tiganya akan sihat dan membesar dengan sepenuhnya. janganlah lagi terjadi kejadian seperti ini. tolonglah. saya tak sanggop. luluh rasa hati. saya masih memikirkan penyebab kejadian ini.. kalau anda ada nasihat.. tolong nasihatkan saya supaya kejadian ini tak berulang lagi. sedihnya tak dapat digambarkan...
~~
nefo.. walaupon kita hanya sempat bersua seketika, tapi kasih sayang saya pada nefo tiada tolok bandingnya dengan kasih sayang saya pada yang lain2. sama rata, sama rasa, sama cinta, sama kasih mesra.
nefo.. maafkan saya andainya saya kurang memberi perhatian pada nefo hinggakan nefo pergi meninggalkan kami semua.. maafkan saya...
nefo.. ingatlah.. nefo tetap dihati saya, dihati obek, dihati mama, dihati adik beradik dan dihati kawan2 yang lain...kami takkan melupakan nefo..
nefo.. pergilah sayang dengan tenang... saya redho.
~~
nefo in memory
21hb Feb. 2011-10hb Mac. 2011
18 hari sahaja usiamu sayang...

8 comments:

MOKCIK AZWA said...

Ketentuan Allah setakat itu sahaja dapat bermanja dgn nefo.

jgn sedey22 ya leeya..

meowwmania said...

berat mata memandang berat lg bahu yg memikul..

awak, tabahkan hati yer..mungkin itu yg terbaik utk dia itu semua ketentuan Yang Maha Kuasa

RIP Nefo..
Damailah kamu di sana sayang~

Rosmawati Yusof said...

Salam Takziah, Semuga tabah dan terus bersemangat membela nasib kucing2. salam perkenalan..I folo you, terus

~daRLee ZuRiS~ said...

mungkin itu yg terbaik untuk nefo
sabar ye.ada si kecil lagi 3 tu untuk beri perhatian lebih :)

saya said...

tq semua...sayang semua...

sesemut said...

salam takziah from me.
make sure u bersihkan cage diorg & change everything. cuci dgn clorox. then bilas bersih2.

sebab kita x tau cause nefo sakit.
xnak contagious pada yg lain.

kalau u nampak ada yg x berapa nak active dr yg lain, u ambik then urut perut dia slow2.

Hazelsyd said...

takziah leeya

habsahharun said...

RIP nefo..='(