mari mencari....

Google
 

Wednesday, March 16, 2011

cerita kucing, makan dan durian.. tu je...

hello..

alahai... lama betol tak update2 blog ni. sian dia. hehehhe.. bukan apa..entah la. rasa macam takde mood je. malas pon ye. bila buka lappy je rasa macam malas le pulak. nak main2 intenet pon otak beku taktau nak cek apa kat tenet. ahh..membosankan betol la. 2-3 hari ni macam biasa je la.. takde apa yang luar biasa.
~~
so apa nak cerita ni ye. masa tengah type2 ni... kucing luar tengah bertekak bercekau menjerit memekak. hahahha.. sapa lagi kalo bukan si eji tengah bergaduh dengan si samseng gemok tu. biasa lah... eji tak bagi samseng tu masok kawasan rumah ni nak makan. garang bukan main. hari2 mesti gaduh punya la. ala..biasa la kucing. lagikan manusia ada akal ni pon asyik la dok bertekak je kan. getik. ada otak pon tak reti nak guna. kucing tu dah tentu le kucing. hehehhee...
~~
hari ni masak simple. call obek petang tadi tanya dia balik lambat ke cepat ke. kot lambat makcik takyah masak..ada harapan nak pow je dia suruh belikan apa2 makanan. kalo obek balik cepat makcik masak le.. so obek kata dia balik cepat. wokeh. makcik masak je la simple2 sudah. janji ada makanan, tak gitu. so menu hari ni gulai lemak telur campur suon, sambal tumis ikan bilis, dan yang paling best.. ada sambal macang! yahoooo.. weekend hari tu kan balik rumah ma.. ma belikan 4 bijik. bestnyaaa.. saya kalo ada sambal macang tu takde laok lain pon takpe. makan tu je dengan nasik. lepas makan melalak guling2 sebab sakit perot makan pedas. hahahhaha... tak serik2. then buat air oren je dah le. sekali obek balik dia belikan popia dengan apam balik. dia kata ada pasar malam dia singgah le beli makanan. bagus jugak. jadi, itu le menu kami malam tadi ni haa.. syukur kenyang. walopon bukan menu ayam tergolek ke, beefsteak ke, tiram ke atau makanan yang memahal yang lain, tapi syukur kerana ada rezeki. lagipon bukan senang nak dapat makan berdua dengan obek malam2 ni. hishhh..kadang boleh bikin hangin woooo.. asyik keje je. geram..geram..takpe la.. keje pon keje la.
~~
nezha? owhh..budak kesayangan korang tu ke? dah le..pegi le sana.. jangan kawan saya. dia sudah jadi nakal sekarang ni. buat akal betol. hari tu saya masokkan necho dalam rumah. saje je la nak tengok apa nezha buat kan. hehehhee.. si necho punya menjerit....rasa macam bergegar rumah ni. ye la.. rumah kosong.. sunyi..bergaung le jadinya. tu diaaa... nezha pon buat hal le apa lagi. datang dekat2 konon nak bau-bau, nak cium-cium..hujung2 angkat tangan nak pelepuk budak tu. tapi dont worry...saya dah tau dah taktik dia.. si, dah get ready dah. saje je bagi necho gerak2 dalam rumah. kasi try test. hehehe..tapi disebabkan dia menjerit tak berhenti, makanya saya hantar dia balik kat mama dia la. kang sakit tekak lak budak kecik tu demam ke apa ke dah 1 hal. hehehhee... the next morning, nezha sudah kasi kencing dekat dapur. best kan?? tanda protest tu. sabor je la. bising buat apa... cuci saje la pepagi buta tu. ggrrr.....
~~
apa lagi ni nak cerita ni. sorry ye pada kekawan yang mana saya pon kadang tak sempat nak jengah blog anda semua. tak sempat la. kadang ada gak masuk2 baca tapi tak sempat nak tinggalkan komen ke apa. apa pon..saya sayang anda semua. sorry juga sebab hari ni takde gambar budak busuk tu. esok ye.
~~
semalam adik obek datang dari johor. ada interview kat kl ni ha.. ok la tu kan. mak midah kirimkan buah durian woooo.. yahoooo..bestnya.. saya suka lah. baru hari tu cakap kat obek nak makan durian sebab terbau jiran sebelah masak bubur durian. tak sangka lak mak midah kirimkan dari kampung. bagusnya.. takde la kempunan. so, menunggu le obek balik keje semalam sebab nak suruh bukakkan durian tu. hadoiii.... mencabar jiwa betol la. nak bukak sendiri, tak reti. takot duri. makanya...sabar je la tunggu obek balik. dah pulak orang tua tu balik lambat. sabar je la jiwa ni. bila obek balik, minta dia bukakkan semua durian tu. simpan dalam bekas tapawe simpan dalam peti ais. esok2 saya nak makan seulas-seulas dah senang. takde la nak menunggu dia balik baru dapat makan durian. ingat nanti nak buat kuah durian ke, bubur kacang taruk durian ke, apa ke. tu kalo rajin. kalo malas bedal je la durian tu mentah2 sudah. janji kenyang. hahhahaha... nezha pon suka jugakkkk. hish..dia tu apa je makanan manusia yang dia tak suka. pelik la. kira habis jugak seulas tu dia makan. dia nak je lagi tapi saya tak bagi dah le. risau pulak kang ter-cerry-berry sapa yang susah? sayaaaaaaaaaaaaaaaaa juga yang susah.
~~
ok la.. tu je nak tulis. idea pon takde dah. nak tengok burn notice nih. hehhehe.. bye!!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

2 comments:

meowwmania said...

wahh mmg cemburu buta btol si nezha ni yerk...langsung tak mau berkongsi kasih

agak-agaknya ikut perangai siapa la tu ekk :D

saya said...

meow---hehehhe....sendiri mau ingatt...