mari mencari....

Google
 

Wednesday, March 9, 2011

cerita membosankan...



hello... tengok la tu mukamonyok duduk bawah kerusi. sekarang itu la fav spot dia. kalo tak bawah meja, bawah kerusi malas tu. tu pasal la dia jadi malas sebab selalu duduk dekat dengan kerusi malas. hehahahaha.... comel kan? geram tak? geram kan.. rasa nak cubit2 pipi dia tu.
~~
ok..so nak cerita apa hari ni...semuanya macam biasa je. takde apa yang menarik. semalam pon macam biasa. sempat masak sambal tumis ikan bilis dan telor masak kicap pepagi tu. chewahhh... makcik teror. hahahahha.. perasan betol takat telor masak kicap tu orang lain pejam mata pon boleh buat. saya ni baru le terkial2 nak belajar. jadi la kan..asal boleh telan. masak pepagi sebab kadang obek balik lunch. lunch time dia le. kadang pukul 2pm, kadang pukul 3pm, kadang pukul 4pm. dah ada makanan tu kang dia makan je la. tu kalosaya rajin. kalo saya tak rajin, sekian wassalam le jawabnya. makan le biskut kering 4 segi tu. kenyang jugak. hahahhaha.. so malam semalam pon obek kerja jugak. saya boring. makan megi kononnya. belom habis makan lagi perot dah bergulung2 rasanya. padan lah muka. dah tau tak boleh makan megi masih nak makan lagi. sabor je la.
~~
nezha macam biasa je. baik (ye la tu..). dia tu ikut mood sebenarnya. hari tu dia kacau obek kerja. pegi duduk atas kertas orang tua tu nak buat kerja. kalo duduk je takpe, ni siap menggaru2 mencakar2 udah koyak kertas orang tua tu. haa.. kannnn..dah kena marah. bila kena marah apa lagi... merajuk lah pergi menyorok. saya pergi panggil pergi garu2 kepala pon buat dek je. haduhaii... nakal lah dia tu sekarang. dah memang salah dia kan sapa suruh kaco2 obek kerja. biasa dia kaco saya je. korang tau la..kalo dengan saya dia tu buat apa pon boleh. saya mana ada nak marah dia. sekarang ni je kena marah. hehehehhee... baru dia tau.
~~
budak2 kecik yang 5 ekor tu alhamdulillah..sihat walafiat dan bertambah terejal. menjerit je la keje dia. malam tadi pergi kacau dia. hehehhee.. menjerit2 5-5 ekor tu. saja je menyakat. nesso makin mok2 saya tengok. nak bergerak pon tak larat. berat montot. necho biasa la.. dia le leader menjerit. yang lain2 pon dah pandai nak belajar jalan2 sikit. hehehhee.. gerak2 jatuh, gerak2 jatuh. so cute.
~~
apa lagi nak cerita ni ha? boringnya la hai... bosan. balik rumah mengadap kucing2 je la. obek asyik la kerja je. takpe la..sian obek kerja teruk. saya doa moga kerja dia berjaya. love you obek.
~~
hari ni makan bubur nasi. simple punya. bahan pon takde. cuma letak ubi kentang dengan potong2 hotdog je. boleh la. janji ada makanan. lama dah tak makan bubur nasi rasa sedap pulak. hehehhehee... petang ni taktau lagi nak makan apa. takde idea.
~~
ok la.. tu je la kot. sian kat korang kena baca cerita mengarut2 ni. masa tak tulis blog macam2 idea. bila dah mengadap terus lesap lak idea tu. hehehhee.. idea sudah lari daaaa...
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

2 comments:

meowwmania said...

besonya tangan si nezha tuh, goreng pon sodappp hahh!! itulah menu utk petang nih selamat mencuba kikiki...

MOKCIK AZWA said...

helloo..comellnyer anak2 nemo tu..geram tengok..

anak kucing mokcik pulak dah hilang lepas cik abe gatal2 tangan lepaskan dari kandang...huhuh

comelnya muka monyok bawah kerusi malas tu hehehe