mari mencari....

Google
 

Monday, March 7, 2011

memperkenalkan.....


hellooo.... memperkenalkan.. inilah buah hati pengarang jantung saya yang baru.. baru muncul je hari tu.. lewat sehari dari si nesso.. kan ada ceritakan hari tu.. ada ampat ekor lorrr... tengok puas2 ye.. hehehhe.. tu mama dia nama nemo. yang putih tulus bersih tu namanya necho. sebab dia suka kecoh le budak tu. menjerit je koje dia. tak boleh mama dia nak bergerak sikit... menjerit memanjanng. sampai kuruns kering mama dia tu asyik le nak bergantung je. sian. kadang saya tengok mama dia nak bangun makan pon dia bising menjerit macamkan kena dera. geram betol. so, sebab dia suka kecoh2 tu saya letak nama necho. orang lain ok je kan. tapi kebelakangan ni pon orang lain pon dah pandai tiru dia.. ikut menjerit jugak. sabor je la. hehehehhe... nama panggilan echo. yang kelabu ada belang2 putih namanya nejo.. yang kelabu semua nama nego. ala2 direct nego gitu. agak2 esok nak nego tender tak dpat bawakkan si nego ni mudah-mudahan dengan berkat namanya tu dapat je makcik buat direct nego tender. hahahhaaa... yang ke-ampat... putih tapi ada macam kotor2 sikit kat kaki dan muka.. ehh.. takmau le kata kotor tak cun la.. ala2 grundge gothic gituuu.. haaa.. baru la.. nama nefo. nejo, nego, nefo..semua ok.. sihat walafiat.. necho je yang terejal lebih. hehehhe..




lepas menyusu apa lagi.. main la kan. lompat2, panjat2 kadang sampai terselit celah getah tu udah menjerit selagi tak mau. sabor je la banyak2. tapi mama dia baik la.. pandai jaga anak walhal ni 1st time beranak. sayang kat dia. mama dia nama nemo tu anak kepada nemey yang hitam tu. nanti kat bawah ada gambar dia. saya suka tengok budak2 ni main. panjat2 segala benda dia panjat. mujur je tak jatuh dalam bekas air minum mama dia. kalo tak... no komen. hehehhe...



tengok la tu.. si necho tu. time tu kalo nak tau mulut dia je la yang memekak menjerit. oranglain main elok je dia siap menjerit2 sampai terjelir2 lidah. geram betol tapi dalam pada tu sempat lak tu tengok camera. macam tau2 je orang nak amik gambar dia letak kat blog ye. hehehehhe.. so cute. geram lah. hari2 petang2 or malam2 saya suka kaco dia. tapi uncle kedai yang jual makanan tu cakap jangan selalu usik dia sebab dia kecik baby lagi. ye la uncle.. saya tak boleh usik dia.. dia tu selalu kaco saya menjerit2 tu takpe pulak ye. not fair!



hehehehhe... ni gambar necho sorang2. geram..geram..geram... nanti kalo dia dah besar sikit saya amik lagi. mesti dah ada perubahan muka dia tu kan. mata dah tercelik bulat besar. eeee..geramnya.


hehehehe....main time lagi. bergomol2 je kejanya. lepas penat main merangkak cari mama dia pulak..nak minum cucu pulak lagiii... lepas tu tido. tu je la keje dia. ye la..kecik lagi. tunggu besar sikit dapat kaki berjalan. habis agaknya 1 dapor tu dia tawaf. tak dapat nak dibayangkan camne la kecohnya nanti rumah ni. mau pengsan saya gamaknya. sabar.. sabar....



haaa.. ini.. memperkenalkan.. si gemok itam bucuk macin saya..namanya nesso... heheheh..dia anak tunggal lorrr...sebab takde lak kuar yang lain. dia je. saya tunggu gak kot2 ada takde la pulak. tak kisah le.. tunggal ke apa ke kan.. tetap mejadi kesayangan. dia ni.. mmmm... baikkkk sangat. ye la tu. baik makan tido makan tido je kojenya tu la sampai nak angkat montot pon tak larat. masa dia nak mencari mama dia mengengsot2 le dia. geram betol tengok gebu betol. rasa nak cubit2. memang dah cubit dah pon. hahahahha.. dia ni la hari tu dok tunjukkan kat nezha diketok dek nezha badannya. sabor je la. cepat betol tindakan refleksi nezha tu. cepat2 saya tarik nezha. kononnya nak bagi berkenalan le.. idak le pulak teman tau nezha tu ala2 jealous jadinya. hishhh.. so not good la nezha.. jangan la jadi notty... berbaik2 je la. mmm..susah la budak tu kalo dah manja sangat. nak dia je yang ada kat sini gamaknya. pening.. pening...



hehehehhe... nesso tak banyak bunyik. cuma kebelakangan ni je bunyik ada kuat sikit. dah besar dah tu.. biasanya dia nak menyorok je bawah perot mama dia. dia takde hal. dah kenyang, mama nak pegi mana pon pegi la.. tak kisah. janji time dia nak cucu mama mesti ada kalo tak.. pandai dah menjerit. tak macam necho.. nak menyusu ke, nak tido ke apa ke..tetap nak mama dia dada je kat dia berkepit.




hehehehe.... payah betol nak amik gambar dia. sebab dia ni ala2 malu2 kucing le pulak. hah?? biar betik..dah memang kucing dia ni kan. lagipon mama dia tu protective sangat. saya dekat je dengan nesso mama dia dah datang dah sebok garu2 tangan saya tak bagi. dia ingat saya nak apa-apakan anak dia kot. agaknya la.. so, sebelom dia marah2 or jadi tak percaya kat saya baik saya snap mana yang sempat je la.. jadi la.. lain kali kita snap lagi ye.



ni la nesso dengan mama dia. nama mama dia nemey. nemey ni sebenarnya mak kepada si nemo tu jugak. paham ke? alaa... buat2 paham je dah le. hehehehe.. tu nampak tu menjerit2 kena snap gambar terus menyorok bawah perot mama dia. apa lagi.. menyusu la selagi tak mau. chehhh.. anak manja betol. yang ni mama dia memang manja kan dia sangat2 la saya tengok. kejap2 jilat bulu, kejap2 cium2... kejap2 kang pelok2. manja yang amat. geram betol tapi bagus la dia jaga anak dia baik2. tengok..kucing pon sayang anak la.. inikan pulak manusia buang2 anak.. aduhaiiii...
~~
jadi tu je la ceritanya untuk memperkenalkan ahlil keluarga baru kucing2 di rumah saya. sekarang dah pening mana nak letak sangkar baru. ye la.. kejap lagi bebudak tu semua dah besar. mana lak nak diletakkan. malamkena tidor sangkar. siang ye la boleh kuar jalan2. saya risau je orang cilok. huiiii... mintak dijauhkan. obek pon pening dah. hehehhehe.. sian obek pon selalu kena buli dengan kucing2 tu. ni sekor nama ali dah hilang lama dah. sebulan dah. risau betol. saya doa kalo orang amik biarlah jaga dia baik2. takpe la.. nak buat camne. tapi jangan lah ada benda2 yang tak elok terjadi pada dia. rupanya kat sini malam2 ada anjing2 liar jahat kejar2. dah banyak kali saya dengar bunyik anjing kejar2 tu. saya risau. everytime tu gak la saya melalak sorang2 mengenangkan ali entah ke mana. aduhaiii.... saya sayang semua kucing2 ni tak kira la hensem ke tak hensem ke busuk ke wangi ke... hatta si samseng yang selalu curi makan kat rumah saya tu pon saya sayang.




heheheh.. last but not least... gambar budak itam tensen. hahahhahahahhaa.... dia tu entah apa2 je nak tensen2 walhal dia la raja. oranglain dok luar..dia sorang dok dalam rumah. orang laintido sangkar..dia tido tilam. pon masih tak puas hati nak ketok2 nesso pulak. masa dia ketok nesso tu saya marah dia la. saya pukul tangan dia. terusssssssss merajuk lari bawah meja. sekian le jawabnya. malas nak pujuk. lapar kang kuar le dia dari bawah meja. memang ye pon. lapar je dia kuar then lepas makan datang mengimpit kat saya nak suruh garu. sabor je la. hehehhehe...
~~
ok lah... hari ni cerita pasal kucing je kan. esok cerita pasal lain pulak...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

8 comments:

cikPija said...

waaa ramai nyer cucu..mesti meriah rumah..hehe

~dARlee zURiS~ said...

wah.welcome to the family!
comey2 belaka ek.
habislah nezha jeles nanti.hihii

meowwmania said...

waaa banyaknya anak tucin, gebu-gebu pulak tuh geram gerammmm!!

makin meriah la rmh yerk...tensen memanjang la si nezha tuh hahahaha

Hazelsyd said...

alaa cayang cayang diaaaa...kiut sangattt semuanya!!

Ummi said...

alaaa.... comel-comelnya

nak seekor, boleh?

sesemut said...

opahnyer... si nemo tu apa kalerner? kelabu hasap macam si ashley ker?

saya said...

pija--tq datang jenguk.. memang meriah..

zuris--memang nezha jealous habis!

meow--gebuuuu

hazel--tak tgk mummy dia lagi cute

ummi--nak sekor? huhuhu...

hani--opah? adusss... ye la kelabu hasappppp...

sesemut said...

ok ok... sukanyer kelabu hasap.
mana borang adoption nak isi.