mari mencari....

Google
 

Tuesday, April 26, 2011

weekend yang penuh aktiviti...

awww... mak penat nyah.. mak duduk dulu ye silang tangan... nanti mak mengganaz balik lepas hilang penat. hehehhehe....
~~
ada2 aje la. tu saya saje je sebab tetiba ternampak dia tengah duduk baikk punya silang tangan. eh.. macam pepandai lak dia ni kan nak buat silang2 tangan tu. tu mesti selalu tiru saya le tu. saya suka nak silang2 tangan tu. hahahhaha....
~~
so.. apa cerita? lama betol tak menulis ni. adoihaiii.. macam2 hal le pulak kan. sorry.. sorry. eh..macam le ramai benor yang nak baca.. paling maximum pon 4 orang sajor. hahahahhaha.. takpe..takpe.. demi kecintaanku pada penulisan, akan ku teruskan juaaaaa...
~~
cerita apa ye. haa.. weekend lepas hari sabtu tu pil saya datang rumah. chewahhhh.. pil katanya... malu le pulak nak sebut macam tu kan. keluarga mertua le senang. mak midah dengan tok ngah datang sebab mereka on the way back dari kenduri kat kuala kangsar so singgah sini le relax2 kejap sebelom meneruskan perjalanan balik ke johor tu. haa.. aponak dikato. makcik terlompat2 le mengemas menyapu mengelap segalanya. uwwwaaaa...stress woo. ni 1st time datang sini lepas kami kawen. hehehehhee... takpe2.. obek lak takde pi keje. paksa obek balik cepat. takmau le kang family dia datang tapi dia takde le pulak. dan..yang paling pening tak tau nak masak apa. uwwaaaa..... nak goreng kopok ke apa ke semua dah hilang idea. last2 obek kata takyah masak le. sebab tadi dah call mak midah dia kata dia bawak lauk orang kenduri tu. so saya just masak nasi dan buat air je la. fuhhh.. lega. kalo idakkk..harus terbalik dapor makcik tu jadinya. suspen wooo... lepas tu kami keluar kejap pegi beli buah dan beli apa la ayam goreng tu ha. sampai je rumah tengok orang tu dah sampai. fuhhfuhhhfuhhh..tercungap2 le jawabnya. tapi takpe.. sampai2 salam2 pelok2 semua (owhh..saya adalah suka pelok orang kalo salam..kenapakah?? dah terbiasa kot? hehehhe...), so, panaskan laok tu then rehat kejap. lepas maghrib kami pon makan. sedap pulak makan ramai2 tu kan. walopon cacamarba je semuanya. lepas isyak mereka pon bertolak balik. adoiiii...lega rasanya. ni nanti khamis ni mereka tidor rumah saya pulak. adoii.. pening2. sebab nanti jumaat nak pergi ke temerloh ke..eh..jengka la.. sedara kawen. ooooo.. itu macam. saya tak pernah sampai ke jengka tu. saya area kl2 ni je pernah le sampai, jejauh tak pernah. macam best pulak nak pergi sana tapi katanya perjalanan jauh. ye ke? kot ada sesapa tau area jengka tu inform le ye. jengka 27. disebabkan mereka nak tidor sini maka saya lagi le gelabah. serba tak kena, tak tau mana satu nak dikemas. uwwaaaa... mintak tolong nezha jangan harap le kan. lagi menyepah ada la. huhuhuhu...oooo.. baru le saya tau macam ni rupanya perasaan kalo mertua datang rumah. gelabah sehhhhh....
~~
ahad tengahari tu balik rumah ma. sebab ma nak pergi rumah mama nak tengok opah. opah kan sekarang duduk kat rumah mama. gilir2 jaga opah. so, ok la. ahad tengahhari tu pergi rumah ma bawak dia. on the way pergi tu singgah dulu beli jajan2. ala.. beli rojak, beli kuih cakoi. makanan2 tu le. ye la..datang rumah orang mesti bawak buah tangan. segan le kalo kosong kan. hehehhee.. sampai2 je sessiberborak pon berlansung sampai le ke petang senja. fuhh... tak penat2 diaorang tu berborak macam nak tercabot bumbung rumah. hahahhahha.. saya relax je la belasah tengok tv. malas le nak campor orang2 tua berborak. senja tu balik. sampai rumah ma makan lagi, lepas isyak baru balik rumah sini. begitu le ceritanya weekend saya yang penuh dengan aktiviti. penat. heheehhe...
~~
so, hari ni selasa, 25.04.2011.. obek takde pi johor kerja. mmmmm.. pagi2 tadi pukul 4am dah keluar rumah, sebab by 9am nak kena ada kat sana katanya. siannnnnnnnnnnnn obek keje teruk. tapi... dah tau nak pergi keje pukul 4am tu kan malam tadi dok bantai tengok dvd cerita entah hapa thailand lawan jepun. ala2 cerita sejarah gitu ada lawan2 tu. tak paham betol. pas tu nak bangun punyalah liat. rasakan. obek kata ada kat sana dalam 2-3 hari tengok la keadaan kerja siap cepat ke lambat. mmmm..tinggal sorang lagi la jawabnya. seperti biasa aktiviti melalak sorang2 pasti berlansung dengan jayanya. hehehhehehehe..... takpe la.. nezha ada temankan. budak2 kecik yang busuk tu pon ada. mmmm.. so obek.. kerja rajin2 ye. kerja hati2 dan jaga diri. ~~
nezha? biasa je, akal panjang mamat tu. pagi tadi belom apa2 saya bukak pintu dia dah meluru keluar. udah le saya menjerit2 pepagi buta tu kan. sabor je la. pantang betol kalo nampak pintu terbukak. laju je dia lari. geramlah. bila letak kat luar sebok mengeow nak masok rumah. bila dalam rumah nak lari keluar. eeeeeee.. nak kena cubit budak tu. aktiviti menggaru perot haruslah berjalan seperti biasa, kalo tak nanti dia membising memekak tak sudah. penat tau tangan. dia ye la.. baring je sedap. hehehehhee.. sayang nezha sangat.
~~
lagi..apa lagi nak cerita ni? takde apa la kot. so, takat ni dulu. nak pergi jejalan baca blog orang pulak. adios!!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Wednesday, April 20, 2011

nezha mulut bising...



hello....
tu namanya main nyorok2 bawah skirt. apakah??? hishh..tak senonoh budak tu memang. mana sempat je dia nak melepak situ je la dia landing. sabor je la.
~~
so... hari ni nak cerita apa ye? owh.. obek dah balik malam tadi. pukul 12am++ sampai. hehhehe.. yahooo..bagusnya. tapi dia kata kerja tak berapa nak siap lagi sebab area tu kena tutup sebab ada accident le pulak. entah katanya ada orang mati jatuh building so safety officer tu kena tutup area tu untuk siasatan le gitu kaedahnya. ooooo.. so, semua orang lain pon kena pending gak le keje. makanya nanti kena le pergi lain untuk menyiapkan kerja dia tu. haihhhh.... next week katanya. tapi kepada keluarga mangsa, takziah diucapkan. tengok tu betapa orang bersusah payah mencari rezeki sampai terkorban nyawa.. punya la nak mencari rezeki. ada orang takyah susah2 keje tapi dapat duit banyak, hidop senang. jadi kita kena insafkan diri kita ni. biar hidop sederhana tapi gembira dah diberkati. taknak la hidop kaya raya tapi datang dari hasil yang bukan2, datang dari duit 'bawah meja'... huhuhuhu....insaf ye..insaf..tak sedar banyak, sedar sikit2 jadi la dulu sebagai permulaan. tengok ada banyak lagi orang yang hidop lagi susah dari kita tapi tetap bahagia anak beranak 1 keluarga. ada orang kaya tapi hidop porak peranda 1 keluarga. anak tak hormat mak bapak, adik beradik bergaduh sebab duit.. macam2 kejadian depan mata sekarang ni... mmm.. entah la.. dunia.. dunia.
~~
haa..kan dah melalut. dok dari nak cerita obek balik malam tadi udah pergi ke ceramah le pulakkan. biasa le tu. tu baru cara2 menulis, kalo bercakap tu yang jenis tak boleh berhenti tu. hahahhahaa.... so, hari ni kita buat sarapan pau. uihhh.. janan terkejut.. pau frozen je la kasi kukus udah. ala..bukan susah. sementara nak mandi2 tu letak je pengukus atas dapor then kita siap mandi, pau pon dah siap kukus. bukannya nak kena mengadap dia ke apa ke. apa ingat saya ni pandai beno ke nak buat kuih pau gebu2 tu? harus kang ada yang menjadi lempeng. huhuh.. belom ada skil dan keberanian untuk mencuba buat pau. kalo menjadi tu harus ni pengsan 1/2 jam gamaknya. pengsan terkejut le katakan. anyway... pagi ni breakfast pau tu... tapi saya tak breakfast la. entah. tak selera le pulak. just buatkan untuk obek. rindu obek. eh..tetiba.
~~
pagi ni nezha ada sikit hangin wal hasap. entah le apa kena. pepagi dah menjerit2 mengaum2. sabor ye sabor. pas tu asyik la nak membebel. camne ye nak cakap. haaa.. mulut bising la senang cerita pagi ni. knowing him bukna jenis nak bising2 ni kan. suspen le jugak. cek gak kat rumah ada apa2 ke bendanya yang dia tak berkenan ke apa ke. mmm..harap semua ok dia dok kat rumah tu. jangan ko terbalik kan rumah tu udah nezha.. saya mengamok nanti..tak caya buat la.
~~
hari ni petang kang katanya ayah obek nak datang kl. waduh waduh waduh... bikin kaget guwe. apa nak buat ni? rumah pon tak sempat nak berkemas. adoiiii... nak nangis lah. ala.. relax la. buat2 macam biasa je udah. hahahhaha... nak datang kl ada urusan sikit la katanya then nanti nak ke perak terus. oooooo..itu macam. takpe2.. nanti petang saya beli laok tapau siap2 ye. kakakkaka..
~~
apa lagi ni nak cerita? tu je la kot. sorry la kena baca cerita yang tak best. cerita best tu ada tapi tu cerita pasal orang so baik jangan cerita. tak baikkkkkkkkk... sentiasalah berpikiran pozitip supaya hidop lebih ceria.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..



Monday, April 18, 2011

lihat pipiku...gebu kannn...



hamboihhh...macam gebu je pipinya tu sapa nak cubit pipinya angkat tangannn!!!!!!! hehehehe... comel tak? cakap je la comel. kalo bukan korang nak cakap comel sapa lagi. saya dah tentu le hari2 cakap comel walaupon sebenarnya comot hitam berkarat berkeladak je budak tu kan. habis tu nak buat camne.. hitam-hitam si tampok manggis..sungguhpon hitam kupandang maniss.. chewahhh... tengok tangan dia tu kalo melempang orang memang sedap tu. padu tu. heheheeee..dia ni hari2 memang menggeramkan saya la. hari2 mesti je ada je peel dia tu tau. tapi kalo tak jumpa dia sehari rindu. echewahhhh...
~~
so nak cerita apa hari ni? mmmm.. cerita pasal weekend. biasa je la. takde yang menarik. so takde apa yang nak diceritakan. sebenarnya saya dah lupa pon apa kejadian hari sabtu dan ahad tu. hahahahhahaha.... owh..sabtu pegi lunch ayam pop. haaa.. glamer tak glamer namanya tak tau le kan. sedap le jugak. ala..ayam goreng biasa je tapi dibagi nama pop. entah ye ke tak pop entah le kan. janji kenyang udah. malam pon tak masak. malas. obek belikan burger je. bagus2.. saya memang malas masak la. takde mood nak pegang kuali. pegang sudu garpu terus masok mulut tu baru ada mood. hehehhehe.. ahad.. breakfast nasi lemak. so tak lunch. malam pukul 8pm baru kuar dinner. tapi saya tak makan le pulak. makan yang ringan2 je kopok. obek makan nasi. balik dari dinner tu belikan ice cream untuk nezha. suka bukan main mamat tu dapat ice cream. sabor je la melayan dia makan. eee..geram..gerammm....
~~
hari ni obek takde. outstation ke johor. mmmm.. pepagi dah pergi. harap semua kerja obek berjalan dengan lancar dan boleh balik cepat ye. katanya dalam 2-3 hari je, tengok keadaan kerja camne. takpe la... saya dok rumah dengan acha malam2 2 orang pon dah biasa, kalo obek keje kl pon malam dia keje saya tetap le berdua je dengan nezha. so.. semoga kerja cepat siap dan balik cepat ye...
~~
apa lagi nak cerita? budak2 kecik? huishhh... dah pandai pulak nak panjat melompat ke luar pagar besar. hari tu pi pagar kecik sebelah rumah. sekarang pintu pagar besar tu dah pandai dah kuar. sabor je la. dia tak tau ada anjing besar selalu ronda2 kat luar tu esok... saya yang melalak jawabnya. kat pintu gate tu dah kasi net dah tutup. tapi ni masalah kat pagar batu tu..camne ke caranya nak menampal net tu? batu tu boleh ke dipaku?? adoiii.. takde idea la camne nak buat. risau ni risau... ye la.. hari2 kasi kuarkan dia kang tau2...hishhh..nauzubillah.. mintak dijauhkan benda2 yang tak elok tu ye. semoga semua budak2 kat rumah ni selamat.
~~
lagi? mmmmm... takde apa la kot. tak modal pon nak menulis panjang. so.. sampai jumpa lagi...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, April 15, 2011

rajin la konon....



hello...
lama betol tak menulis. adoi..bukan apa.. bz pon ye.. tak sempat pon ye.. tak sihat pon ye.. bukan demam ke apa ke..tapi mata ni haa... ada bengkak gitu.. ala.. malu2 kucing lak nak cakap..cakap je la ketumbit kan. hahahhahaha..... dah tu apa lagi. entah le mengintai siapa mandi agaknya tak le pulak tau. sape je yang ada kat rumah ni. intai obek ke? hishhhh... idok le.. intai nezha berak ke? lagi le tak kuasa nak mengintai budak busuk tu berak. entah la.. dah benda nak jadi kan.. maka terjadilah ia. so ketumbit tu rasa macam sakit sikit la. nak kata gatal2 tak de la pulak.. tapi tak selesa la rasa macam ada benda kat mata. ok la tu.. cun la kan. bukan semua orang ada aksesori kat mata. saya je yang dapat ni ha.. haaaa...ni le baru dinamakan cenderamataaaaaaaaaaa...sabor je la ye.
~~
ok.. enough pasal cerita sakit mata. ni nak cerita pasal nezha. hehehehe..budak busuk tu. biasa la kan. hari tu weekend saya dok kopek2 le ikan bilis untuk stok. dah kopek nanti senang kan kot nak makan time emergency ke apa ke. saya tak suka beli yang dah siap kopek sebab rasa macam keras le pulak. dso hari tu ada pergi pasar malam tu beli le sekali ikan bilis. beli ikan bilis yang besar. apakah? nak ikan bilis tapi yang besar. hahahhahaha.... ikan bilis tu bukan ke sepatotnya kecik sebab bilis tu kan kecik maksudnya. hantam le labu. nak yang besar sebab senang nak kopek. kalo kecik payah nak kopeknya. saya tak suka le pulak makan ikan bilis dengan taik2 kepala dia tu semua kan. rasa tak tertelan le pulak. kadang kat kedai or orang jual nasi lemak suka bagi kan bilis kecik tak kopek. goreng sekali dengan taik2 dan kepala. vitamin katanya. hehehhehe.. entah le. terpulang pada selera masing2 le kan. tapi saya kalo boleh takmau le pulak. takpe la bukan payah pon nak kopek tu. sebab tu nak beli ikan bilis yang besar. haaa..gitu... anyway.. masa saya kopek tu.. nezha seperti biasa la. mesti nak qa/qc punya lah. tapiii... adalah menghairankan sebab dia tak le pulak nak usik or makan or kacau ikan biis dalam beg plastik tu kan. dia cium2 je pas tu dah. duduk tepi. dia lebih suka main dengan paper alas saya kopek ikan bilis tu. apakah??? ni kucing ke apa ni? kenapa tak berminat dengan ikan bilis? bukan ke sepatutnya kucing suka makan ikan bilis or kacau2 nak gigit2 ikan bilis tu? haikkkk... ni sudah kes ajaib nih. mesti nak kena masuk misteri nusantara ni. anyway..bagus jugak dia tak suka usik ikan bilis tu kalo tak mesti dah kena bersilat dengan saya. bagus2 nezha... bagus... ni yang bertambah sayang ni kan. hehehhee... kasi kiss besarrrrr punyaaaa.. mmmuuuahhhhhhhhhh...
~~
budak2 kecik? semua ok. tapi bontot adalah comot sebab berak tak habis keluar lagi dah pergi merayap main. sabor je la kan. ada yang kena cubit montot ni kang. memang dah kena cubit dah pon. geram le katakan. hehehehe.... dah tu..tak reti2 nak behave bagi bersih. tunggu le uk-uk habis kuar baru pegi jalan ni takkk.. berjela2 la uk-uk kat montot tu dia dah sebok kepoh nak pegi main. habis, sapa yang tak geram. dah nak kena basuhkan pulak montot dia tu. sabor je la kan. apa boleh buat. layan je la... tu je la pon penghibur kat rumah ni. kalo tak sunyi la rumah ni. sejak ada budak2 kecik tu meriah sikit sebab saya selalu bising2 marahkan diaorang. hahahhahaha....
~~
obek? biasa la dia. bz 25jam sehari, 8 hari seminggu, 32 hari sebulan. tu lagi nak kena double triple sabar tu. huhuhuhuhuuu... keja jangan tak keja.. nanti balik rumah bawak duit 5 guni ye. tarak kalu...siap!!!
~~
apa lagi? tu je la kot. hari ni dah jumaat. wiken ni entah le nak buat apa. banyak je halnya. ahh..malas le nak pikir. redah je la. harap2 ketumbit dah ok. sakitlah!!!


tengok..kan dia lebih suka main paper tu dari usik ikan bilis. nezha.. nezha..nakal betol dia ni tau.

~~
ok la.. tu je untuk kali ni. nanti sambung lagi. owhh..semalam best pren saya call. al-kisahnya dia jumpa blog saya ni. saya terkejut badak tau. tak sangka dia google dia boleh jumpa. uwwaaa... tapi takpe la sebab ddia dah janji tak bagitau sesapa yang tak berkenaan. makcik tak suka la orang2 yang tak sepatotnya tau blog ni wujud baca blog ni. hehehehhee.... so, anyway... to my best pren.. hope our plan will go on successfully ye. harap2 la. doa byk2.
~~
ok..tu je. berapa kali ok daaa...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, April 11, 2011

cerita pasal weekend yang takde gambar...

hello..hehehee..sorry ye entry kali ni takde gambar sapa2 pon. gambar budak2 kecik pon takde, gambar budak itam bucuk bacin tu pon takde. hari ni entry tulis-tulisan aje. jadi la kan. anyway...nak cerita apa ni ye.
~~
pasal merajuk tu? alahai..takpe la..dah ok dah pon. mana boleh merajuk lama2 buat rugi masa je. baik la tengok tv cerita kartun ke apa ke kan. hehehe..so..ok..case close. so..nak cerita pasal weekend. hari sabtu..eh..sebelom tu cerita pasal hari jumaat malam sabtu tu. ada pergi rumah kawan obek ajak buat bbq katanya. wahh..bunyi macam le menarik kan. tapi nak pergi bawak apa? takkan lenggang kangkong kot? ehh..malulah. saya segan le kalo pergi rumah orang datang tak bawak apa2... mesti bawak la sikit buah tangan kan kacang2 ke buah ke apa2 la sebagai pemanis2 orang kata. memang la orang tu ajak datang makan tapi patot2 le kan. haa..jadinya saya pening le tak tau nak bawak apa. nak bawak buah obek kata takyah..sebab orang tu meniaga buah, sure tak diherannya buah yang kita bawak tu. hahahhahhaa.... nak bawak kuih..bila le pulak masanya nak membuat kuih. beli kek? alahai..bosannya kek, cupcake, kek, cupcake. menyampah. saya pon dok pikir2 je la sepanjang perjalanan pergi tu. kebetolan obek ada nak jumpa orang dulu kat ampang poin jadi saya pon amik kesempatan le pusing2 dalam tu. ada giant. bagus le. kot dapat idea ke apa ke. pusing2 pikir2 saya beli kacang2 je la buat kudap2. dengan party pack untuk bebudak. biasa kalo ramai2 macam ni bebudak je yang meriah lebih. beli yang macam topeng2 tu, benda yang tiup2 bunyi bising2 tu, beli belon2, beli coklat. dah le. nak beli jajan kang takot ada parents yang tak berkenan. sebab ada gak orang tak bagi ana dia makan jajan2 tu kan. kang reramai tu kang makan anak dia nak pulak dah pening pulak mak pak dia kang. so baik le takyah. hehehhee...so..dah beli2 obek pon dah siap jumpa orang maka kami pon bergerak le pergi. mmm..sampai sana orang tengah bakar2 le kan. macam2 le.. kambing ada, ayam ada, burger ada, macam2 le ada, durian pon ada. ahh...makan je la... benda2 tu bagi kat bebuda kecik tu ya tuhann..sukanya budak2 tu melompat2 pas tu memekak2 tiup benda tu bising riuh!!! baru le meriah. hehehhee... mujur takde yang menangis2 ke apa ke. cukup2 je untuk bebudak tu. masalahnya bapak budak pon berkenan main benda2 tu. layan je la. hahhaha....merasa le pertandingan tiup belon secara tak rasmi. dah masing2 bapak2 kena tiupkan belon untuk anak. hehhehehehee.... so, dalam pukul 12am tu kami pon gerak balik. tapi tak kenyang. hahhahaha.. sebab makan sikit2 le konon menyembang je lebih. takpe la.. esok boleh makan lagi.
~~
sabtu- takde buat apa la. duk rumah je. pergi lunch lepas tu obek pergi kerja petang tu. macam tu je la. malam pergi pasar malam. beli macam2. beli stok ikan ayam semua untuk laok kat rumah. untuk dinner malam tu dah tentu2 le beli makanan pasar malam. beli macam2 macamkan nak makan 20 orang. beli popia, apam balik, kuih. ahhh..tu obek punya fav semua tu. biar dia yang habiskan. saya memang tak larat le.
~~
ahad-pagi obek pergi kerja. hehehhee.. saya dok rumah le. dah malam baru obek balik. pukul 8pm. petang tu saya call ma. rindu dengan ma. so call la tanya dihat ke tak ke, ma cakap tak berapa sihat, darah tinggi le tu kan. biasaaaaaa.... so mula la cakap tekak tak sedap le itu ini. owhhh..saya cakap dengan obek nanti malam nak balik rumah ma, nak jumpa ma rindu. obek kata ok. so saya siap2 masakkan laok semua supaya boleh le dinner sama2 kat rumah ma. hehehhe.. saya masak gulai lemak cili api ayam pencen. haaa.. tak pernah umur saya masak ayam pencen tu tau. tu obek yang nak. saya puas pikir camne ke caranya nak bagi lembut daging ayam tu liat lorrr..sudahnya saya rebus dulu lama2 bagi lembut. ok la jugak... tapi nama je gulai lemak cili api..tapi tak pedas pon. hahahhahaha... nasib le kan. kena la ikut tekak tukang masak. lepas tu masak tumis lobak putih, goreng ikan. untuk ma, saya masakkan bubur nasi, dengan laok ikan singgang. kot2 la nanti terbuka lak selera dia nak makan kan. sian ma. hehehhehehe... so call ma pesan masak nasi je la. pukul 930pm macam tu sampai le kat rumah la. apa lagi..makan la.. ehh..orang tak sihat tu tetiba makan nasi bertambah lah. hehehhehee.. semua pakat gelakkan ma. owhhh.. sakit rindu rupanya. rindu kat anak kesayangan dia ni. chehhh..perasan betol. ye la..saya dah 2 minggu tak balik. hehhehehe... so, tido rumah ma le malam tadi. pagi tadi awal2 pagi bangun gerak balik ke sini semula.
~~
so, apa lagi nak cerita? pasal nezha? ahhh..budak tu dah pandai dah. sejak pakaikan rantai panjang tu kat pintu.. bukan main menggelejat lagi dia. ada sekali tu terlepas jugak. sabor je la. mujur dapat kejar. ehhhh..geramlah. pasal budak2 kecik tu sihat2 je nampaknya. ni pasal si kucing samseng tu. tu lagi super duper geram. dah le datang makan kat rumah kita kan.. kita lak nak dimarah2nya..saya ni nak tuang makanan dalam bekas nak bagi ke dia.. boleh dia pegi cakar tangan saya!!!! dalam pulak tu terbenam kukunya. hantu betol. rasa nak terajang je mujur ada pikir lagi. adoiii... hujung2 saya yang masok rumah melalak sensorang, apa nak buat..sapu je la ubat gamat. uwwaaaaa......
~~
lagi...apa lagi nak cerita ni? tu je la kot. nanti ada masa sambong lagi. bye!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, April 7, 2011

hari ni saya merajuk...

lagi mau cakap ke??
hari ni saya merajuk!

Wednesday, April 6, 2011

takde berita hangat, berita merapu aje...



hello... mmm..apa nak cerita hari ni ye. takde idea lah. buntu. hehehehhe.. makanya kita cerita benda2 merapu je la ye. ala..macam tak biasa.. hari2 pon cerita benda2 merapu. saya ni kan...sebenarnya jenis yang cepat terasa tau. bukan sekarang..memang dari dulu2 kecik2 pon cepat je nak terasa. orang kata perasan lebih. orang cakap pasal orang lain tapi saya pulak yang terasa macamkan orang bercakap pasal hal saya. hehehhee.. masa kecik2 dulu saya selalu le merajuk2 gitu. sebab tu takde kawan. haaa.. kawan le dengan teddy bear tu je. hehehhe.. sekarang dah besar2 tua bangka ni pon kadang2 perasaan perasan cepat terasa tu pon cepat je nak datang. kadang2 saya baca blog orang.. orang dah tentu cerita pasal kehidupan dia tapi saya pulak yang terasa walhal tak kenal apa pon kan. gitu le kaedahnya... makanya..jangan le dilayan sangat perasaan cepat terasa tu. bawak2 le dikurangkan. sekian ceramah hari ini.
~~~
haaaa.. so, nak borak apa hari ni. cerita pasal nezha? alahaiii..hari2 cerita pasal dia je camne ni. apa boleh buat.. dah tentu blog ni dibuat untuk dia kan. but now dah termasuk pulak cerita budak2 kecik tu. haihh..layan je la. terima kasih pada semua yang sayang2 bucuk kat budak2 kecik saya tu. dan owh..terima kasih untuk nasihat bagi ubat cacing tu. baikkkkkkk.. nanti saya carik. biar sihat segar bugar budak2 kecik tu ye. hehehhehee... nezha ok je. takde apa yang menyakitkan hati yang dia dah buat. budak baik le katakan. ye la tu.
~~~
semalam obek balik cepat. pukul 7pm tu kira cepat la tu kan. susah nak dapat dia balik cepat macam tu. hehehehhe.. so semalam saya sempat masak untuk dinner. simple2 sudah. masak kari ikan dengan kangkong belacan. air teh o suam. jadi la.. kenyang...syukur alhamdulillah. kari saya semalam macam terjadi sedap le pulak .hahahhahaha.. ye saya kan suka perasan maka maafkan je la. hahhahaha.... so, habis semua cuma tinggal kuah kari je. simpan jangan tak simpan. sayang tu. pagi ni panaskan buat cicah dengan roti untuk breakfast. haaa... ok apa. kan tak membazir. tapi jangan le ko simpan samapi minggu depan tu merbahaya namanya. hishhhh.. patot2 le kan. anyway... hari ni obek buzy. so, for sure balik lambat. kalo balik lambat tu ada gak paedahnya. 1st, saya takyah masak for dinner. saya kalo saya sorang je makan roti sapu butter pon jadik. saya tak cerewet tentang makan. yang pasti mesti bersih tu je. eh...masakan kat rumah mestilah bersih kan. saya tak kisah makan kat gerai tepi jalan pon tapi mesti bersih la. bukan apa.. kot kang idak le sakit perot cerry berry kan... tu je la. 2nd paedah, saya boleh tengok tv ikut sukati saya nak tengok channel berapa pon. kalo obek ada mesti nak kena tengok sport. uwwaaaa.. tensen woooo.. biasa kalo dia tengok sport saya akan baca buku, tapi depan tv le. hehehhee... dah tu.. nak buat apa? tak kuasa le saya nak tengok bola le hoki le rugbi le.. eee..idak le. tapi kalo obek balik lambat pon ada gak yang tak bestnya. 1st.. rasa sunyi. alahaii... kadang tu dapat jumpa kejap je. balik lambat esok pepagi memasing ada ada hal memasing. sian woo saya. 2nd tak best, apa ye? rasa tak best la. hahhahahhahaa.....
~~~
semalam makmidah call. tanya bila nak balik kampung lagi. sebab nak kena buat meeting sebab katanya adik obek nak kahwin bulan 7 ni. owhhh.. hari tu kata bulan 9 lepas raya ni sudah kasi cepat pulak. macam2. takpe..nanti kita balik kita meeting reramai ye. sepakat membawa berkat. end of month pulak adik obek lagi 1 ajak pergi holiday2 gitu. kat pd je katanya. tengok la camne. kalo obek ada masa boleh tumpang sekaki sebadan. kalo obek keje..sekian le jawabnya.
~~~
apa lagi ni woi nak cerita. cerita budak kecik? ahhhh.. biasa le bebudak tu.menjerit je. hehehhee... rasanya disebabkan takde idea sangat, baiklah berenti takat ni dulu. nanti sambong lagi. bye!
~~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...


Tuesday, April 5, 2011

menumpang kasih...



hehehhee.. ni namanya memang menumpang kasih la kan. kasi belasah je la sapa2 ada susu pon semua harung la janji kenyang. yang si mama tu pulak bagi pulak tu. tengok la tu semua dok pakat2 pelok2 tido dengan mama. necho, nego & nejo sekarang memang rapat dengan mama tu. sian kat nesso dah kena share susu dengan budak2 tu la pulak. hehehe..no more conquer sensorang gomol2 susu mama dia. kena share dah. hehehe.. habis la kurus le budak tu sebab stok dah limited. saya rasa sebab mama necho, nego & nejo tu dah kurus bebeno. takde susu kot. if ada pon kureng le gamaknya. alahaii..sian memang kurus kering badannya. saya ada gak bagi vitamin tapi belom lak lagi nampak naik badan. maybe lambat sikit kot. so.. sekarang semua kalo mood baik semua pon tido dengan mama. kiranya nesso tu baik la sebab tak gaduh2 dengan budak2 lain tu kan. baik je dia nak share. hehehehe... tapi korang tengok la perbandingan pembesaran badan budak2 tu. cuba tengok nesso yang besar tu kalo nak dibandingkan dengan yang lagi 3 ekor tu. kecik2 ok.... walhal umur selang sehari je tu. adoii..pening makcik tengok nesso tu apa ke gemok beno. tapi bagus la... lagi gemok lagi bagus. saya je yang kurus takpe. hehehhe.. kucing2 bior semua gemok2. sekarang budak2 tu dah besar2 sikit kan. ya tuhan.. perangai sekor2 ngalahkan jin aprid la pulak.




the three stooges. kadang2 baik..kadang2 gaduh sampai menjerit2. kadang2 berpelok2 je saya tengok, kadang2 menggigit2 selagi mau. sabor je la. alaa..nama pon budak2 kan harus le nak main2. manusia pon kadang2 kejap elok kejap tak elok.. tapi manusia ni pelik sikit sebab kalo tak elok tu lama.. nak elok tu payah. hahahhahaha.....sorry le kalo kualiti gambar kureng memuaskan. ate katanya guna hp zaman dinasour.. tu mujur ada camera.. kalo idak? haa..dah takde gambor kan. jadi le..syukur apa yang ada. kao rasa2 tak berapa nak nampak tu buat2 nampak je la.




yeahhhh... hero kita si necho. memang betol2 kecoh. biasa pepagi tu memang mulut dia la dulu yang mengeow selagi mau. bingit telinga ok. dah berdiri tegap. jalan dah laju. berlari pon dah laju. tertonggek2 je. so cute. rasa nak cubit. memang dah cubit pon. hehehhe.. tengok kaki comel cute. geram kan? hehehhe.. dia ni sekarang terejal tak payah cakap. dah pandai main sampai pagar rumah jiran sebelah. ya tuhan.. saya memang le tak tau kan. petang tu balik terus le pergi belakang nak tengok apa budak2 tu buat. saya pulak bijik mata ni terus je la pulak terpandang ke pagar jiran sebelah tengok si necho tengah panjat pagar dari sebelah sana nak masok balik ke rumah. berdegup jantung saya ni. ye la.. dah lama dah terpikir 1 hari nanti dia mesti pergi masok kat lubang pagar tu tapi tak le sangka secepat ini. uwwaaaa...saya risau. sebab belah sana tu macam tinggi sikit. kalo jatuh nanti kata la jatuh pagi sampai senja le jawabnya baru boleh naik. tu pon kalo saya perasan. dan kalo jiran tu ada kat rumah. kalo takde camne nak mengambiknya? uwwaaaa... dia ni memang tau. geramlah. masa dia dah nampak saya balik bukak pintu dapor tu kan dia pon cepat2 le masok lari ikut lubang pagar tu. terus buat muka selamba je macam takde apa2 berlaku terus dok main kat tempat dia. sabor je la. dia tak tau saya macam2 dah pikir dia selamba dog je. eeeeeeee....so, 1 pukulan di momtot telah diberikan. hehehhee... mana boleh pukul kuat2... sayang wooooo.. .comelllll..... sekarang taktau la dia ada pergi buat lawatan sambil belajar tu lagi ke tak. harap2 tak le. dari sehari2 ke sehari nak tutup pagar tu guan net tak jugak. obek tu keje je. this weekend pulak kami 2-2 bantai demam selsema. ni saya ni ada lagi selsema achummm2 ni. argghhhh...


hehehhee... ni sapa tak kenal? memang la.. si nesso gumuk2 bucuk bacin saya la ni. tengaok kaki belakang dia tu. kan saya ada cerita hari tu kaki dii macam lain macam sikit. saya risau. tapi saya tengok dia jalan laju gak. entah la.. harap sihat sejahtera la hendaknya. dia ni perangai dia pulak kira baik tu baik la..tapi jangan orang kacao dia. pasti mengamok. wahh.. tak padan dengan gemok ada hati nak kejar2 marah orang. hari tu dia bergaduh dengan nejo..sebab nejo gigit2 dia. hehehhehe.. layan je la. saya tiap2 petang mesti nak tengok budak2 ni main2 kat belakang, sambil bersihkan uk2 diaorang la... apa lagi. tapi memang la.. penawar hati budak2 ni. runsing2 otak tu terlerai le kejap bila tengok gelagat diaorang.



opsss... 'ter'ada lagi 1 lak gamabr nesso. layan je la kan. dia ni payah betol if nak amik gambar. asyik la bergerak je. anak manja mama ni. walopon sanggop berkongsi susu dengan the 3 stooges tu tapi dia tetap anak kesayangan mama. mama pulak jenis protective. in fact, masa saya tengah dok tertonggeng2 nak amik gambar nesso mama datang dah..ala2 nak pelok nesso. takot beno dia ingat saya nak apa2kan nesso agaknya. hehehehhee... memang pon saya apa2 kan dia. saya pelok dia kuat2. geram! so, perkembangan nesso, dah lari kuat, dah jalan laju, tapi manja ya rabbi tuhan yang tahu. mmmm... berak kencing pon dah pandai kat tempat pasir tu. heheheheh... bebudak lain pon dah pandai. saya sungguh la berbangga sebab budak2 tu dah pandai pergi kat tempat pasir tu. tapi tak reti nak kambus. sabor je la. time ko keci2k takpe la.. uk-uk besar jadi kelinking je.. esok2 dah beso tak nak kambus pengsan le makcik. ni ada harapan nak ikut jejak nezha ni. sabar...sabar....



ni sapa? ni nego. yeahhh..gangster antara semua budak2. nakal dia ya allah. dia la yang mula2 mempelopori buat lawatan sambil belajar tu. dia yang 1st berani pergi seberang longkang kecik kat rumah tu pergi main kat rumput belakang. uwwaaaa... potensi untuk lari jauh bila besar nanti memang menyerlah. risau ni risau tau tak. adventure dia tu lain macam sikit. apa pon tak takot. dengan kucing besar pon dia berani ajak gaduh wooo...kucing besar baru nak tengok dia dekat2 dia dah buat bunyik hissing tangan dah cakar2. tak padan dengan kecik! sekali kena tampar dengan kucing besar tukang terpelanting ko. hishhhh... so, jawatan bouncer di rumah bakal diberikan kepada nego.



alololooo...sweettttt je kan muka dia. muka innocent. muka comel. muka tak bersalah, tapi korang jangan mudah terpedaya dengan muka dia tu. dia sebenarnya adalah garang! juga kaki pembuli orang lain. juga tamak. hehehehhee.... tengok muka macam budak baik je kan tapi jangan la ko nak dekat dengan dia.. sure mengaum punya lah. dengan kucing besar pon dia garang! hissing2 sampai kembang2 bulu badan kembang2 bulu ekor. sabor je la. ni lagi 1 tak padan dengan kecik. dia dengan nego tu memang seangkatan la. tap ni lagi garang. dia prinsip..aku tak kaco ko..ko jangan kaco aku. haaaa..gitu... badan paling kecik antara 3 stooges. tapi kalo menyusu... tak reti2 nak lepas. hehehhe..macam2 peel la budak2 ni. semua saya sayang walopon perangai sekor2 menduga betol. tu kecik lagi tu..tunggu besar sikit esok tau la dunia ni terbalik ke tidak. sabor je la.
~~~
so, itu le cerita pasal budak2 kecik yang sedang membesar di rumah saya. sangat comel, sangat cerdik. pandai2 semuanya. kalo saya petang2 tu tengaok dia main.. sekor2 nanti nak datang kat saya. tapi bila saya nak pegang je semua cabut lari. hehehhee...ala..macam le saya tak boleh nak kejar dia kan. dia nak main2 le tu..so layan je la. sekarang kalo saya balik lambat sure risau. dulu2 risaukan nezha sorang je kot2 gelap dok kat rumah sekarang dah bertambah2 risau sebab ada budak2 kecik ni. ye la.. dok kat luar tu macam2 boleh terjadi tapi saya mohon pada tuhan biarlah semuanya selamat je. tak upaya le nak tengaok semua depan mata 24jam. makin hari makin banyak akal budak2 tu. hehehhee.. saya suka. runsing2 boleh la lega kejap bila tengok keletah budak2 tu.
~~~
cerita saya dan obek? owhh..biasa je. weekend tadi kami berdua demam la campur selsema. best kan? hajat nak jalan2 tu takde la. tapi bantai gak keluar rumah sabtu malam tu. pegi pasar malam jalan tar. obek teringin nak makan laksa katanya. sambil jalan2 cuci mata. hehehhe.. layan je la.. saya tak berapa gemar laksa tapi takpe..ada banyak lagi makanan lain kat pasar tu kan. takde beli apa pon.. just jejalan je la. balik tu singgah kat uptown kat serdang tu, ala..yang kat area minlon tu. tak menarik la. tempat tu besar tapi takde parking. jenuh pusing2. dan barang2 yang dijual kebanyakkannya baju je la. mmmm... so, ahad 2-2 tumbang. tido sebab selsema. hambekkk. nak sangat berjalan kan... merasa la.
~~~
semalam tak update. tak sempat la. malam semalam pergi beli sundries rumah. dah habis kering kontang. kena gak nak ada barang untuk waktu2 sesak tu kan. kalod ah ada barangnya senang. nak masak ke taknak masak ke tak pe..janji ada. ala..bukan beli banyak pon... setakat yang perlu je. jimat katanya.
~~~
nezha? hehehhe..baikkkkk sangat dia tu (boleh percaya ke?) sekarang kalo saya bukak pintu depan saya ikat dia kat collar panjang tu. so dia boleh le jalan2 jauh sikit tapi masih terikat le kan. tak berani nak bagi lepas gitu je. huiii..dia tu punya akal lain macam. kang tau2 dah sampai ke mana2 ntah. takmau amik risiko macam tu. dulu semalam.. macam biasa.. saya nak masak sikit la then ikat dia kat pintu depan tu. dia pon takde hal. main2 dia sendiri je la. dah malam tu nak masok saya suruh obek masokkan. saya kat dapor. dia kan tak berapa nak ngam dengan obek tu. since obek yang nak masokkan dia, dia ala2 protest gitu. takmau gerak. so obek sudah kuar suara..haippppp.... hehehhee... saya cepat2 pergi menyelamatkan nezha. chewahhh.... ala..memang saya nak ke depan dah masa tu. so, masokkan dia. macam biasa la. rupanya.. dia simpan dendam kat obek korang jangan tak tau. the next day saya bangun tu macam bau semacam. sah! ni mesti mamat tu kencing kat memana ni. saya cari cari cari cari punya cari...korang tau dia pi kencing kat seluar kerja obek. hahhahahahhaha.... seluar tu macam tersidai atas bangku so dia panjat agaknya bangku tu sudah kasi kencing kat seluar tu. saya memagn bantai gelak la. saya tau dia balas dendam kat obek sebab obek haippp kan dia malam tadi tu. hehehe..lantak la.. obek..sila basuh sendiri seluar anda yang wangi2 tu ye. saya cakap kat obek.. obek mata terkebil2 cakap adoii... habis la macam ni tak boleh marah2 nezha. saya kata tau takpe. rasakan la. hehehhe.. tapi saya kan baik..saya la yang basuhkan seluar obek tu. hishhh.. nezha.. nezha.. lain kalli takmau buat macam tu lagi ye.. kot ye pon nak marah ke apa ke.. pi la tunjuk perasaan kat luar. hehehhehe.. tak...saya tak marah kat nezha. saya mana pernah marah dia. dia je yang selalu buli saya. sabar je la.





last but not least..gambar budak protest tu le. hehehehhe.. sayang sangat kat dia ni. ok la.. nanti sambong lagi. panjang dah menulis hari ni rasanya. so..selamat bekerja!!!!!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...



Friday, April 1, 2011

terkejur-terkejut lagi....




hello...
hari ni pagi2 keluar rumah dah terkejut dog cat hippopotamus zirafah crocodile dundee dinasour..mana taknya...jiran sebelah udah tukar pakai bmw x series..taktau le kan x1 ke x3 ke x5 ke..dulu pakai pesona kalo tak silap tapi yang pastinya makcik macam nak pengsan pepagi tadi terus terkelip2. hehehhehe.... aduhaiiii... bestnyaaaaaa.... mmm..takpe la.. tak kira le kot kereta kompeni ke, kereta sendiri ke..yang penting, kau ado? ehhehehe... rezeki masing2 tu namanya. takpe la ye obek.. walopon kita pakai kereta kecik kontot oby tetap i lap u veli mach obek banyak2... mmuuahhhh!!! nampaknya obek kene keje lagi kuat tau..lepas ni kita beli buldozer... kompom gegarrr punyalah! hahahha.. naik pergi keje pon boleh, buat sewa pon boleh, tak gitu. hehehhee....
~~
okey... enough cerita pasal perkara yang mengejutkan dipagi hari. hari ni saya breakfast karipop. jangan terkejut..karipop saya buat sendiri tau. apa ingat saya tak reti ke? hehehhee... ada belen sardin rabu malam tu saya simpan la. sayang nak buang. then improvise kasi tambah ubi kentang lagi potong kecik2 dan buat kulit karipop. dapat la 16 biji. so, pagi tadi goreng 5 bijik buat breakfast. ada belen simpan dalam freezer kot petang or malam kang lapar boleh makan tu dulu. berjimat cermat katanya. hehehhee... bila makan pagi tadi tanya kat obek.. sedap tak? obek kata sedap..beli kat mana? uwwaaaaaa... penat makcik buat dia kata makcik beli karipop tu!!! tensen guwe. ni yang buat majuk takmao masak 17 hari berturut2 nih. mencik laaaa.... geram tau pepagi nak buli2 saya. dah le pepagi mata juling tengok kereta sebelah, ni pasal karipop pulak. dia kata sorry la.. sebab dia nampak saya simpan karipop tu dalam bekas tapawe dalam freezer..tu dia ingat beli ready made tu. hehehhee.. apa la obek ni... oby buat tau malam tadi masa obek keje. takpe..sebagai denda obek kena belanja oby pizza. chehh..tetiba je kan. kalo nak pow tu cakap je la..nak buat denda2 pulak...
~~
malam tadi dinner masak nasi. sebab ada masa. sian kat obek kena kerja teruk so kasi makan kat rumah dulu kenyang2 baru pegi keje ye. menu simple sudah. ikan siakap masak lemak cili api, goreng sayur brocoli dengan cendawan dengan goreng ikan bilis rangup2. jadi la... minum air oren. asyik makan kedai je pon tak best la. tapi saya makan sikit je gulai tu sebab pedas. obek suka pedas, saya tak suka pedas so how to masak? hehehhee.. senang je.. suruh dia gaulkan yang pedas tu kat nasi dia then bagi saya isi ikan yang dah tak pedas. selamat saya. hahhahahaa... itu rutin obek ye kalo makan pedas dengan saya.
~~
nezha? hishhh..budak tu baik2 sihat je. malam tadi bawak dia keluar. tak le keluar mana. duduk kat laman depan tu je. ehh..pepandai pulak nak masok longkang. banyak cantik. kejap lagi ko menyusup2 dalam longkang tu pas tu ko lari berambos kemana2 hala kan? sayaaaaaaa jugak yang nak kena cari menyorok dalam longkang bagai. sorry la... saya dah kena dah dengan modus operandi awak tu.. cara paling selamat, ikat pakai collar panjang tu le. hehehee... takpe la.. bagi dia peluang jalan2 pijak tanah makan rumput semua tu. pokok ru depan tu pon dia kasi hentam gigit. lantak la. jangan menangis membising udah. dah kejap tu masok rumah le. cuaca pon panas betol sekarang ni. berbahang2.
~~
apa lagi nak cerita ni. owhh..ada snap pic budak2 busuk 4 ekor kecik2 tu. tapi tak de lak cable nak transfer tu nanti saya cari bebila. dah besar dah bijak2 dah semua tu. kalo pepagi tu.. memula diammm je dok sangkar. bila nampak je saya tercongok kat pintu nak cuci sangkar.. semua pakat menjerit macamkan banduan. haiyooo...kecoh!tapi saya suka je. hehehhehe....
~~
lagi.... apa lagi nak cerita? 1 april? april fool? sorry..saya tak melibatkan diri dengan benda2 macam tu. buang masa je. sesapa berani kenakan saya memang kena la jawabnya. dari dulu saya tak suka benda2 macam ni..tetambah benda2 yang macam nak mengenakan orang ni. benci betol. lagipon takde paedahnya... kadang2 gurauan yang melampau boleh membawa kepada mudarat. tak percaya..try la... menyesal nanti.
~~
malam tadi mak midah call. saja la kan nak bagi hangat hati. cakap dia masak bubur kacang durian yummy2. geram betol. tau la dah lama tak balik kampung johor. eeeeeee... nak jugak bubur kacang durian. takpe2.. mak midah kata nanti bila balik sana dia masakkan. durian pon banyak lagi katanya. yeahuuu.. obek.. bila kita nak balik kampung ni? hehehhee.. agak terejal ye bila dah ada kampung sekarang.
~~
ok la... tu je la kot nak cerita. nanti sambong lagi. hehehhee... entry takde paedah.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..