mari mencari....

Google
 

Monday, April 11, 2011

cerita pasal weekend yang takde gambar...

hello..hehehee..sorry ye entry kali ni takde gambar sapa2 pon. gambar budak2 kecik pon takde, gambar budak itam bucuk bacin tu pon takde. hari ni entry tulis-tulisan aje. jadi la kan. anyway...nak cerita apa ni ye.
~~
pasal merajuk tu? alahai..takpe la..dah ok dah pon. mana boleh merajuk lama2 buat rugi masa je. baik la tengok tv cerita kartun ke apa ke kan. hehehe..so..ok..case close. so..nak cerita pasal weekend. hari sabtu..eh..sebelom tu cerita pasal hari jumaat malam sabtu tu. ada pergi rumah kawan obek ajak buat bbq katanya. wahh..bunyi macam le menarik kan. tapi nak pergi bawak apa? takkan lenggang kangkong kot? ehh..malulah. saya segan le kalo pergi rumah orang datang tak bawak apa2... mesti bawak la sikit buah tangan kan kacang2 ke buah ke apa2 la sebagai pemanis2 orang kata. memang la orang tu ajak datang makan tapi patot2 le kan. haa..jadinya saya pening le tak tau nak bawak apa. nak bawak buah obek kata takyah..sebab orang tu meniaga buah, sure tak diherannya buah yang kita bawak tu. hahahhahhaa.... nak bawak kuih..bila le pulak masanya nak membuat kuih. beli kek? alahai..bosannya kek, cupcake, kek, cupcake. menyampah. saya pon dok pikir2 je la sepanjang perjalanan pergi tu. kebetolan obek ada nak jumpa orang dulu kat ampang poin jadi saya pon amik kesempatan le pusing2 dalam tu. ada giant. bagus le. kot dapat idea ke apa ke. pusing2 pikir2 saya beli kacang2 je la buat kudap2. dengan party pack untuk bebudak. biasa kalo ramai2 macam ni bebudak je yang meriah lebih. beli yang macam topeng2 tu, benda yang tiup2 bunyi bising2 tu, beli belon2, beli coklat. dah le. nak beli jajan kang takot ada parents yang tak berkenan. sebab ada gak orang tak bagi ana dia makan jajan2 tu kan. kang reramai tu kang makan anak dia nak pulak dah pening pulak mak pak dia kang. so baik le takyah. hehehhee...so..dah beli2 obek pon dah siap jumpa orang maka kami pon bergerak le pergi. mmm..sampai sana orang tengah bakar2 le kan. macam2 le.. kambing ada, ayam ada, burger ada, macam2 le ada, durian pon ada. ahh...makan je la... benda2 tu bagi kat bebuda kecik tu ya tuhann..sukanya budak2 tu melompat2 pas tu memekak2 tiup benda tu bising riuh!!! baru le meriah. hehehhee... mujur takde yang menangis2 ke apa ke. cukup2 je untuk bebudak tu. masalahnya bapak budak pon berkenan main benda2 tu. layan je la. hahhaha....merasa le pertandingan tiup belon secara tak rasmi. dah masing2 bapak2 kena tiupkan belon untuk anak. hehhehehehee.... so, dalam pukul 12am tu kami pon gerak balik. tapi tak kenyang. hahhahaha.. sebab makan sikit2 le konon menyembang je lebih. takpe la.. esok boleh makan lagi.
~~
sabtu- takde buat apa la. duk rumah je. pergi lunch lepas tu obek pergi kerja petang tu. macam tu je la. malam pergi pasar malam. beli macam2. beli stok ikan ayam semua untuk laok kat rumah. untuk dinner malam tu dah tentu2 le beli makanan pasar malam. beli macam2 macamkan nak makan 20 orang. beli popia, apam balik, kuih. ahhh..tu obek punya fav semua tu. biar dia yang habiskan. saya memang tak larat le.
~~
ahad-pagi obek pergi kerja. hehehhee.. saya dok rumah le. dah malam baru obek balik. pukul 8pm. petang tu saya call ma. rindu dengan ma. so call la tanya dihat ke tak ke, ma cakap tak berapa sihat, darah tinggi le tu kan. biasaaaaaa.... so mula la cakap tekak tak sedap le itu ini. owhhh..saya cakap dengan obek nanti malam nak balik rumah ma, nak jumpa ma rindu. obek kata ok. so saya siap2 masakkan laok semua supaya boleh le dinner sama2 kat rumah ma. hehehhe.. saya masak gulai lemak cili api ayam pencen. haaa.. tak pernah umur saya masak ayam pencen tu tau. tu obek yang nak. saya puas pikir camne ke caranya nak bagi lembut daging ayam tu liat lorrr..sudahnya saya rebus dulu lama2 bagi lembut. ok la jugak... tapi nama je gulai lemak cili api..tapi tak pedas pon. hahahhahaha... nasib le kan. kena la ikut tekak tukang masak. lepas tu masak tumis lobak putih, goreng ikan. untuk ma, saya masakkan bubur nasi, dengan laok ikan singgang. kot2 la nanti terbuka lak selera dia nak makan kan. sian ma. hehehhehehe... so call ma pesan masak nasi je la. pukul 930pm macam tu sampai le kat rumah la. apa lagi..makan la.. ehh..orang tak sihat tu tetiba makan nasi bertambah lah. hehehhehee.. semua pakat gelakkan ma. owhhh.. sakit rindu rupanya. rindu kat anak kesayangan dia ni. chehhh..perasan betol. ye la..saya dah 2 minggu tak balik. hehhehehe... so, tido rumah ma le malam tadi. pagi tadi awal2 pagi bangun gerak balik ke sini semula.
~~
so, apa lagi nak cerita? pasal nezha? ahhh..budak tu dah pandai dah. sejak pakaikan rantai panjang tu kat pintu.. bukan main menggelejat lagi dia. ada sekali tu terlepas jugak. sabor je la. mujur dapat kejar. ehhhh..geramlah. pasal budak2 kecik tu sihat2 je nampaknya. ni pasal si kucing samseng tu. tu lagi super duper geram. dah le datang makan kat rumah kita kan.. kita lak nak dimarah2nya..saya ni nak tuang makanan dalam bekas nak bagi ke dia.. boleh dia pegi cakar tangan saya!!!! dalam pulak tu terbenam kukunya. hantu betol. rasa nak terajang je mujur ada pikir lagi. adoiii... hujung2 saya yang masok rumah melalak sensorang, apa nak buat..sapu je la ubat gamat. uwwaaaaa......
~~
lagi...apa lagi nak cerita ni? tu je la kot. nanti ada masa sambong lagi. bye!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

4 comments:

meowwmania said...

amboi byk pulak menu makanan kat entri nih tetibe rasa lapor huhuu...

sesemut said...

wah , lama x dengar berita.
petua ayam nak bagi lembut masa masak, ada 2: masa rebus tu masukkan sekali sudu dlm periuk rebus tu.
lagi satu rebus dgn betik muda, tapi awas, ayam cepat hancur.

MOKCIK AZWA said...

petua saya kasi lembut ayam pencen..sama ler ngan Leeya..rebussss sampaiiii lembut hehehehe.

samala kita, kalau pi rumah orng segan klu tak bawa apa2..tapi org lelaki ni memang biasa sempoi gitu jer. kita pompuan memang ada segan2 la disitu hehehe.. tapi mujur juga dapat idea beli belon tu kan...

saya said...

meoww/hani/mokcik--nanti datang makan kat rumah ye. hehehe...