mari mencari....

Google
 

Tuesday, April 5, 2011

menumpang kasih...



hehehhee.. ni namanya memang menumpang kasih la kan. kasi belasah je la sapa2 ada susu pon semua harung la janji kenyang. yang si mama tu pulak bagi pulak tu. tengok la tu semua dok pakat2 pelok2 tido dengan mama. necho, nego & nejo sekarang memang rapat dengan mama tu. sian kat nesso dah kena share susu dengan budak2 tu la pulak. hehehe..no more conquer sensorang gomol2 susu mama dia. kena share dah. hehehe.. habis la kurus le budak tu sebab stok dah limited. saya rasa sebab mama necho, nego & nejo tu dah kurus bebeno. takde susu kot. if ada pon kureng le gamaknya. alahaii..sian memang kurus kering badannya. saya ada gak bagi vitamin tapi belom lak lagi nampak naik badan. maybe lambat sikit kot. so.. sekarang semua kalo mood baik semua pon tido dengan mama. kiranya nesso tu baik la sebab tak gaduh2 dengan budak2 lain tu kan. baik je dia nak share. hehehehe... tapi korang tengok la perbandingan pembesaran badan budak2 tu. cuba tengok nesso yang besar tu kalo nak dibandingkan dengan yang lagi 3 ekor tu. kecik2 ok.... walhal umur selang sehari je tu. adoii..pening makcik tengok nesso tu apa ke gemok beno. tapi bagus la... lagi gemok lagi bagus. saya je yang kurus takpe. hehehhe.. kucing2 bior semua gemok2. sekarang budak2 tu dah besar2 sikit kan. ya tuhan.. perangai sekor2 ngalahkan jin aprid la pulak.




the three stooges. kadang2 baik..kadang2 gaduh sampai menjerit2. kadang2 berpelok2 je saya tengok, kadang2 menggigit2 selagi mau. sabor je la. alaa..nama pon budak2 kan harus le nak main2. manusia pon kadang2 kejap elok kejap tak elok.. tapi manusia ni pelik sikit sebab kalo tak elok tu lama.. nak elok tu payah. hahahhahaha.....sorry le kalo kualiti gambar kureng memuaskan. ate katanya guna hp zaman dinasour.. tu mujur ada camera.. kalo idak? haa..dah takde gambor kan. jadi le..syukur apa yang ada. kao rasa2 tak berapa nak nampak tu buat2 nampak je la.




yeahhhh... hero kita si necho. memang betol2 kecoh. biasa pepagi tu memang mulut dia la dulu yang mengeow selagi mau. bingit telinga ok. dah berdiri tegap. jalan dah laju. berlari pon dah laju. tertonggek2 je. so cute. rasa nak cubit. memang dah cubit pon. hehehhe.. tengok kaki comel cute. geram kan? hehehhe.. dia ni sekarang terejal tak payah cakap. dah pandai main sampai pagar rumah jiran sebelah. ya tuhan.. saya memang le tak tau kan. petang tu balik terus le pergi belakang nak tengok apa budak2 tu buat. saya pulak bijik mata ni terus je la pulak terpandang ke pagar jiran sebelah tengok si necho tengah panjat pagar dari sebelah sana nak masok balik ke rumah. berdegup jantung saya ni. ye la.. dah lama dah terpikir 1 hari nanti dia mesti pergi masok kat lubang pagar tu tapi tak le sangka secepat ini. uwwaaaa...saya risau. sebab belah sana tu macam tinggi sikit. kalo jatuh nanti kata la jatuh pagi sampai senja le jawabnya baru boleh naik. tu pon kalo saya perasan. dan kalo jiran tu ada kat rumah. kalo takde camne nak mengambiknya? uwwaaaa... dia ni memang tau. geramlah. masa dia dah nampak saya balik bukak pintu dapor tu kan dia pon cepat2 le masok lari ikut lubang pagar tu. terus buat muka selamba je macam takde apa2 berlaku terus dok main kat tempat dia. sabor je la. dia tak tau saya macam2 dah pikir dia selamba dog je. eeeeeeee....so, 1 pukulan di momtot telah diberikan. hehehhee... mana boleh pukul kuat2... sayang wooooo.. .comelllll..... sekarang taktau la dia ada pergi buat lawatan sambil belajar tu lagi ke tak. harap2 tak le. dari sehari2 ke sehari nak tutup pagar tu guan net tak jugak. obek tu keje je. this weekend pulak kami 2-2 bantai demam selsema. ni saya ni ada lagi selsema achummm2 ni. argghhhh...


hehehhee... ni sapa tak kenal? memang la.. si nesso gumuk2 bucuk bacin saya la ni. tengaok kaki belakang dia tu. kan saya ada cerita hari tu kaki dii macam lain macam sikit. saya risau. tapi saya tengok dia jalan laju gak. entah la.. harap sihat sejahtera la hendaknya. dia ni perangai dia pulak kira baik tu baik la..tapi jangan orang kacao dia. pasti mengamok. wahh.. tak padan dengan gemok ada hati nak kejar2 marah orang. hari tu dia bergaduh dengan nejo..sebab nejo gigit2 dia. hehehhehe.. layan je la. saya tiap2 petang mesti nak tengok budak2 ni main2 kat belakang, sambil bersihkan uk2 diaorang la... apa lagi. tapi memang la.. penawar hati budak2 ni. runsing2 otak tu terlerai le kejap bila tengok gelagat diaorang.



opsss... 'ter'ada lagi 1 lak gamabr nesso. layan je la kan. dia ni payah betol if nak amik gambar. asyik la bergerak je. anak manja mama ni. walopon sanggop berkongsi susu dengan the 3 stooges tu tapi dia tetap anak kesayangan mama. mama pulak jenis protective. in fact, masa saya tengah dok tertonggeng2 nak amik gambar nesso mama datang dah..ala2 nak pelok nesso. takot beno dia ingat saya nak apa2kan nesso agaknya. hehehehhee... memang pon saya apa2 kan dia. saya pelok dia kuat2. geram! so, perkembangan nesso, dah lari kuat, dah jalan laju, tapi manja ya rabbi tuhan yang tahu. mmmm... berak kencing pon dah pandai kat tempat pasir tu. heheheheh... bebudak lain pon dah pandai. saya sungguh la berbangga sebab budak2 tu dah pandai pergi kat tempat pasir tu. tapi tak reti nak kambus. sabor je la. time ko keci2k takpe la.. uk-uk besar jadi kelinking je.. esok2 dah beso tak nak kambus pengsan le makcik. ni ada harapan nak ikut jejak nezha ni. sabar...sabar....



ni sapa? ni nego. yeahhh..gangster antara semua budak2. nakal dia ya allah. dia la yang mula2 mempelopori buat lawatan sambil belajar tu. dia yang 1st berani pergi seberang longkang kecik kat rumah tu pergi main kat rumput belakang. uwwaaaa... potensi untuk lari jauh bila besar nanti memang menyerlah. risau ni risau tau tak. adventure dia tu lain macam sikit. apa pon tak takot. dengan kucing besar pon dia berani ajak gaduh wooo...kucing besar baru nak tengok dia dekat2 dia dah buat bunyik hissing tangan dah cakar2. tak padan dengan kecik! sekali kena tampar dengan kucing besar tukang terpelanting ko. hishhhh... so, jawatan bouncer di rumah bakal diberikan kepada nego.



alololooo...sweettttt je kan muka dia. muka innocent. muka comel. muka tak bersalah, tapi korang jangan mudah terpedaya dengan muka dia tu. dia sebenarnya adalah garang! juga kaki pembuli orang lain. juga tamak. hehehehhee.... tengok muka macam budak baik je kan tapi jangan la ko nak dekat dengan dia.. sure mengaum punya lah. dengan kucing besar pon dia garang! hissing2 sampai kembang2 bulu badan kembang2 bulu ekor. sabor je la. ni lagi 1 tak padan dengan kecik. dia dengan nego tu memang seangkatan la. tap ni lagi garang. dia prinsip..aku tak kaco ko..ko jangan kaco aku. haaaa..gitu... badan paling kecik antara 3 stooges. tapi kalo menyusu... tak reti2 nak lepas. hehehhe..macam2 peel la budak2 ni. semua saya sayang walopon perangai sekor2 menduga betol. tu kecik lagi tu..tunggu besar sikit esok tau la dunia ni terbalik ke tidak. sabor je la.
~~~
so, itu le cerita pasal budak2 kecik yang sedang membesar di rumah saya. sangat comel, sangat cerdik. pandai2 semuanya. kalo saya petang2 tu tengaok dia main.. sekor2 nanti nak datang kat saya. tapi bila saya nak pegang je semua cabut lari. hehehhee...ala..macam le saya tak boleh nak kejar dia kan. dia nak main2 le tu..so layan je la. sekarang kalo saya balik lambat sure risau. dulu2 risaukan nezha sorang je kot2 gelap dok kat rumah sekarang dah bertambah2 risau sebab ada budak2 kecik ni. ye la.. dok kat luar tu macam2 boleh terjadi tapi saya mohon pada tuhan biarlah semuanya selamat je. tak upaya le nak tengaok semua depan mata 24jam. makin hari makin banyak akal budak2 tu. hehehhee.. saya suka. runsing2 boleh la lega kejap bila tengok keletah budak2 tu.
~~~
cerita saya dan obek? owhh..biasa je. weekend tadi kami berdua demam la campur selsema. best kan? hajat nak jalan2 tu takde la. tapi bantai gak keluar rumah sabtu malam tu. pegi pasar malam jalan tar. obek teringin nak makan laksa katanya. sambil jalan2 cuci mata. hehehhe.. layan je la.. saya tak berapa gemar laksa tapi takpe..ada banyak lagi makanan lain kat pasar tu kan. takde beli apa pon.. just jejalan je la. balik tu singgah kat uptown kat serdang tu, ala..yang kat area minlon tu. tak menarik la. tempat tu besar tapi takde parking. jenuh pusing2. dan barang2 yang dijual kebanyakkannya baju je la. mmmm... so, ahad 2-2 tumbang. tido sebab selsema. hambekkk. nak sangat berjalan kan... merasa la.
~~~
semalam tak update. tak sempat la. malam semalam pergi beli sundries rumah. dah habis kering kontang. kena gak nak ada barang untuk waktu2 sesak tu kan. kalod ah ada barangnya senang. nak masak ke taknak masak ke tak pe..janji ada. ala..bukan beli banyak pon... setakat yang perlu je. jimat katanya.
~~~
nezha? hehehhe..baikkkkk sangat dia tu (boleh percaya ke?) sekarang kalo saya bukak pintu depan saya ikat dia kat collar panjang tu. so dia boleh le jalan2 jauh sikit tapi masih terikat le kan. tak berani nak bagi lepas gitu je. huiii..dia tu punya akal lain macam. kang tau2 dah sampai ke mana2 ntah. takmau amik risiko macam tu. dulu semalam.. macam biasa.. saya nak masak sikit la then ikat dia kat pintu depan tu. dia pon takde hal. main2 dia sendiri je la. dah malam tu nak masok saya suruh obek masokkan. saya kat dapor. dia kan tak berapa nak ngam dengan obek tu. since obek yang nak masokkan dia, dia ala2 protest gitu. takmau gerak. so obek sudah kuar suara..haippppp.... hehehhee... saya cepat2 pergi menyelamatkan nezha. chewahhh.... ala..memang saya nak ke depan dah masa tu. so, masokkan dia. macam biasa la. rupanya.. dia simpan dendam kat obek korang jangan tak tau. the next day saya bangun tu macam bau semacam. sah! ni mesti mamat tu kencing kat memana ni. saya cari cari cari cari punya cari...korang tau dia pi kencing kat seluar kerja obek. hahhahahahhaha.... seluar tu macam tersidai atas bangku so dia panjat agaknya bangku tu sudah kasi kencing kat seluar tu. saya memagn bantai gelak la. saya tau dia balas dendam kat obek sebab obek haippp kan dia malam tadi tu. hehehe..lantak la.. obek..sila basuh sendiri seluar anda yang wangi2 tu ye. saya cakap kat obek.. obek mata terkebil2 cakap adoii... habis la macam ni tak boleh marah2 nezha. saya kata tau takpe. rasakan la. hehehhe.. tapi saya kan baik..saya la yang basuhkan seluar obek tu. hishhh.. nezha.. nezha.. lain kalli takmau buat macam tu lagi ye.. kot ye pon nak marah ke apa ke.. pi la tunjuk perasaan kat luar. hehehhehe.. tak...saya tak marah kat nezha. saya mana pernah marah dia. dia je yang selalu buli saya. sabar je la.





last but not least..gambar budak protest tu le. hehehehhe.. sayang sangat kat dia ni. ok la.. nanti sambong lagi. panjang dah menulis hari ni rasanya. so..selamat bekerja!!!!!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...



6 comments:

Rosmawati Yusof said...

Berapa umur budak2 tecit ni ?, kembang2 mukernya..

antalya said...

yg tompok2 kelabu putih muka manja tu nejo ye?? alahaiii geram nya kt dia.comei sgt.muka CUN. kirim cium puas2 kt dia ye huhuuu

sesemut said...

comelnyerrrrrrrrrrrrr..
pst pst... dah bg ubat cacin blom? keladang tu takmo beso sebbab cacing. mcm jadi kat stooges i..
nasib sempat.

Juz Call Me Sharz said...

tomey2!!! =D

meowwmania said...

waaa suka suka! suka tgk bebudak kecit tuh macam-macam kerenahnya ekk hehe..geram jer tgk!

amboii nezha main kasar nampak hahahah :D

saya said...

thanks semuaa....sayang all of you..