mari mencari....

Google
 

Wednesday, April 20, 2011

nezha mulut bising...



hello....
tu namanya main nyorok2 bawah skirt. apakah??? hishh..tak senonoh budak tu memang. mana sempat je dia nak melepak situ je la dia landing. sabor je la.
~~
so... hari ni nak cerita apa ye? owh.. obek dah balik malam tadi. pukul 12am++ sampai. hehhehe.. yahooo..bagusnya. tapi dia kata kerja tak berapa nak siap lagi sebab area tu kena tutup sebab ada accident le pulak. entah katanya ada orang mati jatuh building so safety officer tu kena tutup area tu untuk siasatan le gitu kaedahnya. ooooo.. so, semua orang lain pon kena pending gak le keje. makanya nanti kena le pergi lain untuk menyiapkan kerja dia tu. haihhhh.... next week katanya. tapi kepada keluarga mangsa, takziah diucapkan. tengok tu betapa orang bersusah payah mencari rezeki sampai terkorban nyawa.. punya la nak mencari rezeki. ada orang takyah susah2 keje tapi dapat duit banyak, hidop senang. jadi kita kena insafkan diri kita ni. biar hidop sederhana tapi gembira dah diberkati. taknak la hidop kaya raya tapi datang dari hasil yang bukan2, datang dari duit 'bawah meja'... huhuhuhu....insaf ye..insaf..tak sedar banyak, sedar sikit2 jadi la dulu sebagai permulaan. tengok ada banyak lagi orang yang hidop lagi susah dari kita tapi tetap bahagia anak beranak 1 keluarga. ada orang kaya tapi hidop porak peranda 1 keluarga. anak tak hormat mak bapak, adik beradik bergaduh sebab duit.. macam2 kejadian depan mata sekarang ni... mmm.. entah la.. dunia.. dunia.
~~
haa..kan dah melalut. dok dari nak cerita obek balik malam tadi udah pergi ke ceramah le pulakkan. biasa le tu. tu baru cara2 menulis, kalo bercakap tu yang jenis tak boleh berhenti tu. hahahhahaa.... so, hari ni kita buat sarapan pau. uihhh.. janan terkejut.. pau frozen je la kasi kukus udah. ala..bukan susah. sementara nak mandi2 tu letak je pengukus atas dapor then kita siap mandi, pau pon dah siap kukus. bukannya nak kena mengadap dia ke apa ke. apa ingat saya ni pandai beno ke nak buat kuih pau gebu2 tu? harus kang ada yang menjadi lempeng. huhuh.. belom ada skil dan keberanian untuk mencuba buat pau. kalo menjadi tu harus ni pengsan 1/2 jam gamaknya. pengsan terkejut le katakan. anyway... pagi ni breakfast pau tu... tapi saya tak breakfast la. entah. tak selera le pulak. just buatkan untuk obek. rindu obek. eh..tetiba.
~~
pagi ni nezha ada sikit hangin wal hasap. entah le apa kena. pepagi dah menjerit2 mengaum2. sabor ye sabor. pas tu asyik la nak membebel. camne ye nak cakap. haaa.. mulut bising la senang cerita pagi ni. knowing him bukna jenis nak bising2 ni kan. suspen le jugak. cek gak kat rumah ada apa2 ke bendanya yang dia tak berkenan ke apa ke. mmm..harap semua ok dia dok kat rumah tu. jangan ko terbalik kan rumah tu udah nezha.. saya mengamok nanti..tak caya buat la.
~~
hari ni petang kang katanya ayah obek nak datang kl. waduh waduh waduh... bikin kaget guwe. apa nak buat ni? rumah pon tak sempat nak berkemas. adoiiii... nak nangis lah. ala.. relax la. buat2 macam biasa je udah. hahahhaha... nak datang kl ada urusan sikit la katanya then nanti nak ke perak terus. oooooo..itu macam. takpe2.. nanti petang saya beli laok tapau siap2 ye. kakakkaka..
~~
apa lagi ni nak cerita? tu je la kot. sorry la kena baca cerita yang tak best. cerita best tu ada tapi tu cerita pasal orang so baik jangan cerita. tak baikkkkkkkkk... sentiasalah berpikiran pozitip supaya hidop lebih ceria.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..



4 comments:

meowwmania said...

hhahaha...ada yang nezha tak puas hati tuh, cuba renung-renung kan :D

Hazelsyd said...

pau kaya satuuuu....

antalya said...

everytime org nk dtg umah sure akan menggelabah beruk. coz umah semak/sepah/selerak wakaka

saya said...

meoww/hazel/antalya--layannnnnn je la ye...