mari mencari....

Google
 

Thursday, May 5, 2011

asyik2 kucing je..sesekali kena tukar gak...


hello murid-murid... salam sejahtera..apa khabar murid2 semua... kerja rumah semua dah siap?? haaa...hari ni kita belajar tentang binatang2 pulak ye. hari2 kita belajar tentang kucing jadi hari ni kita belajar tentang binatang lain. sapa tau ini gambar apa angkat tangan.. ye..pandai. semua tau ye ini ialah itik.... hehehhehe... amacam? boleh jadi chekgoo tak kalo macam ni caranya. cikgu tadika kompom dapat punyalah..cikgu sekolah menengah kalu.. ada sikit susah sebab budak2 sekarang kebanyakkannya lebih pandai dari cikgu. sabor je la.




heiii... ini le gambar itik yangs aya amik masa pergi makan2 kat rumah kawan obek hari tu. ala..yang saya cerita semalam tu kan. masa on the way balik kl tu kan kawan dia call ajak makan tu, ni le dianya. bukan le makan itik tu.. itik tu tengah jalan2 berdating masa tu. hujan lebat. dia tak dulik. dia kuar jugak dating2. huiii... apa la itik ni nanti demam tau la dia. ahhh.. apa ada hal. manusia yang ada otak pon ada gak yang sanggop meredah lautan api lagi pulak tu demi kekasih hati. hujung2 dah ada budak kecik dalam perot baru ko melolong melopong. sekian le jawabnya. eh..sorry..lari tajuk pulak. ok..apa sebab saya beriya2 nak amik gambar itik ni. itik ni kalo korang nak tau.. bukan main suka dia main air hujan yang mengalir tu. nampak gembira je. sudu2 air kejap tu pretttt... adoihai...sabor je la ye. nampak gembira je itik ni. tapi masalah dia kita tak tau kan. kesian dia. makan entah apa2. memang le tuan dia bagi makan tapi masa dia jalan2 tu saya tengok dia bantai je makan semua. cebisan plastik jajan pon dia telan. hehehehe.. ni itik zaman moden. masa huja lebat tu saya amik gambar dari dalam rumah je la. ye la.. lagipon masa tu orang lelaki sebok la bercerita. saya tak masok campor le kan. tu yang beriya2 amik gambar itik ni. sebab..saya rasa..saya sendiri pon dah berkurun tak pernah tengok itik real2 ni. betollll.....




bila hujan dah reda, baru saya kuar rumah le. apa lagi..main kejar2 dengan itik tu. ah... lantak la. memula saya takot juga. amik batu kecik2 baling kat dia. wahh.. dia tengok saya dengan renungan tajam korang. menakotkan je. bila dia pandang saya, saya cabot lari dalam rumah le kan. banyak kali saya kacau dia. saya pikir takde orang nampak, rupanya obek dan mak dia pulak nampak saya main2 kan itik tu. uwwaaaaa... obek kata baling2 le itik tu..kena kejar kang baru tau. obek habis je cakap kebetulan itik tu kejar saya sambil kembang2 kepak. uwwaaaaa...mencicit2 lari dalam rumah. benci lahh...saya kena gelak time tu. malu betol. lepas tu tak de dah kuar2 rumah. tunggu je kan meja tunggu orang tu siap hidang makanan. kat sana orang tu siap buat ayam bakar. tu yang lama tunggu tu. dok menunggu ayam siap bakar bagai. dengan laok apa lagi ye.. gulai ikan keli rasanya. wahhhh.. sejuk2 hujan tu kan dapat makan ayam bakar pepanas memang le best sangat. hahahahhahahhaa... walopon saya kurang suka makan ayam tapi special occasion macam tu harus le makan. sedap le pulak.
~~
okla... tu je la cerita pasal itik. hahahhahaa... ye la kan. hari2 cerita pasal kucing je sekali sekala tukar le pulak. anyway, takde apa le yang nak diceritakan hari ni. semalam tak masak. malas. heheheh.. kebetulan obek pulak balik cepat so ke pasar malam le kami. mmmm...saya tak pernah pergi pasar malam tu, biasa obek je yang pergi. tapi semalam saya pergi. biasa2 je la. saya beli nasi kerabu. sebab hari tu obek beli kat situ macam sedap pulak. tapi semalam ala2 kureng gitu. ahhh... macam2 lah. obek beli koteow goreng, pas tu beli apam balik dengan popia. air tak beli sebab kat rumah ada air. biasa tu gatal jugak nak beli air soya ke apa ke kan. kata berjimat cermat. hahahhaha....
~~
malam2 tengah tengok tv sekali tingtongggg.. ha sudahhhhh.. apa le pulak halnya. dengar orang bagi salam. owhhh.. makcik suspen you all.. ingatkan apa le tadi. kelam kabut semua cari baju proper. ate kata dok rumah harus le yang tak sesuai dilihat oleh orang luar rumah tak gitu. suruh obek pegi tengok. sekali makcik tu nak jumpa orang rumah katanya. haaa sudah.. apa hal le pulak. nak suruh masok persatuan kah? nak jual ubatkah? nak minta tolongkah? macam2 pikir. sekali rupanya...... makcik tu nak jemput kenduri kawen anak dia laa.. adoi hai.. bikin suspen je makcik ni. ooo..makcik rumah hujung lorong saya ni jugak, nak buat kenduri kawen anak dia bulan 6 nanti. tu yang dia edar2 kad tu. saya tanya masak sendiri rewang2 ke katering? mana le tau kan. kalo masak sendiri rewang2 harus tunjuk muka potong bawang pakkal sebijik. kalo katering makcik datang makan je la. hahhahahha.. makcik tu kata katering. oooo..ok2.. bagus. insyaallah.. kalo takde apa aral melintang kami datang. then makcik tu tannya jiran2 sebelah saya tu mana yang saya tau tu saya sebut le mana yang saya tak tau tu sekian le. ni le nama berjiran. lebihkenal dinding rumah dari kenal tuan rumah. habis...dah masing2 kuar rumah gelap, balik rumah gelap. camne nak kenal. weekend memasing pon ada hal sendiri kan. kot2 la ada terserempak time tu je la pon nak angkat2 tangan say hai2 bye2. hehehhehe...
~~



tu la korang... asyik dok cerita itik kan dah ada kucing hitam yang marah. nampak tu mata berchahaya2 bersinar2 memancarkan api kemarahannya. muwahahhahahaha... alahai nezha..dia ni tahap cemburunya melampaui betol. kadang saya naik geram. kalo saya pegang budak2 kecik tu main2 kejap kat luar rumah, dia kat dalam tu menjerit2 membising. sabor je la.
~~
ok la.. tu je la kot nak cerita hari ni. nanti sambong lagi. doakan kebaikan untuk semua orang.... hari ni obek ada tugas penting. semoga semuanya lancar dan berjaya. susah rupanya kerja dia tu. owhh... saya doa banyak2 semoga semuanya baik2 belaka. ilebiu obek..
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

5 comments:

meowwmania said...

eh! nezha mcm dah kurus jer

nezha kenapa sayang, siapa buli kamu? ce citer ce citer..

~daRLee ZuRiS~ said...

ingatkan bela itik pula
hehehee..

ohh..jira2 kitorang lak semua baya2 mak2.kami jelah couple muda kat area situ.just kenal yg dekat2 umah je.
yang lain jarang nampak muka.

Hazelsyd said...

itik pon itik laa...asal jangan itik gantung sudahh hahaha

alaa cayang cayang bucuk si nezha tu..cian dia tau...

Irfa said...

WAH.PANJANG CITER NYA.

SAYA DGN ITIK OK LAGI LAH.JANGAN ANGSA..HUHU,SGT TAKUT KALAU KENA KEJAR ANGSA.TAK CUKUP TANAH NAK LARI.

TP ITU KISAH MASA KECIK.DAH TUA-TUA NI MANA NAK JUMPA ANGSA LAGI.KUAR PAGI BALIK MALAM :-)

saya said...

meow--nezha kurus? wahh.. nezha diet kot? hahaha..

zuris--tu la.. kadang tak kenal sangat pon.

hazel--itik gantung pon sodappp...

irfa--angasa?? saya lagi takot angsaa.. kena kejarr