mari mencari....

Google
 

Tuesday, May 24, 2011

balik kampung, cuti2 dating....


helloooooooooooooo...
aduhai..lama betol tak menulis ye. sabar je la. macam2 benda yang ada jadinya masa untuk menulis tu berkurangan le pulak. tapi takpe... blog kawan2 tetap saya kunjungi dan baca2. hehehhe... so..mari bercerita.
~~
nak cerita apa ni ha? aduhhh... tu la lama sangat tak menulis dah jadi kelupaan pulak apa2 kejadian. tapi takpe. takde la pulak kejadian2 yang luar biasa berlaku. semuanya biasa2 saje. cerita pasal weekend lepas.. mmmm.. biasa je la. sabtu lain agenda takde la.. pegi makan tembusu dengan obek. lepas tu pusing2 kl kejap. tak beli apa pon, just pusing2 je. jadi la. malam dinner burger denga roti cis nan. sedapppp.. makan sampai habis. hahahahaha... obek lak makan garlic nan. saya tak pernah rasa garlic nan tu rupanya banyaknya bawang putih dia letak. wahhh.. harus berjaga2 kalo nak jumpa orang lepas tu. mestilah gosok gigi dan makan clorets supaya orang dihadapan anda tidak pengsan. hahahhahaa... macam2 jenis makanan kat malaysia nikan. syukur masih ada kesempatan untuk makan macam2 walaupon tidak bermewah2.
~~
owhh... kejadian menyayat hati yang menimpa rumah anak2 yatim at-taqwa tu sungguh menyedihkan. tak tau nak cakap apa cuma berdoalah semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. kebanyakkannya masih kanak2 lagi. masih putih lagi. ya allah... dugaan betol.
~~
cerita pasal lain. ahad weekend semalam tu pergi balik kampung johor. balik hari je balik kejap sebab ada hal. mmmm.. best jugak. sempat belajar buat kuih tiram dengan bahulu. apa? tak percaya? percayalahhhhhhh... buat bahulu tu bahannya senang tapi nak membuatnya tu hazab rupanya. kena sikit2. aduhhh...saya cakap ni kalo orang order 100 bijik mau 1 hari 1 malam baru mendapat. hahhaha... rupanya tepung untuk bancuhan bahulu tu kita tak letak terus dalam bancuhan tak letak terus dalam bancuhan telur tu. rupanya masa nak masak baru cedok sikit2 tepung gaul dengan telor tu. oooo.. gitu kaedahnya. sebab katanya kalo gaul semua awal2 nanti kalo kita lambat bakar nanti tepung tu mendap, so kuih kita keras, melainkan kalo oven kita tu besar boleh bakar semua sekali gus. oooooo.. mana le makcik tau. selama ni makcik makan je tau. cicah kopior sirap aduhhh...sedap betol. dah merasa buat baru la nak melalak2 sakit pinggang sakit tangan sakit kaki semua sakit. buat kuih tiram tu pon senang jugak. tapi nak menggeleknya 1-1 jadi kecik2 tu amboi.. hilang sabar dowhh.. makanya saya yakin la saya ni takde bakat nak buat kuih2 tu. hahahhahaa.. beli je la dan makan. nak lagi best bodek je la mil tu supaya bagi 1 tong kuih2 tu kat saya. mil saya buat kuih tu sebab untuk sampel raya. nak bagi2 orang rasa katanya. wahhhh.. rajinnya... tak dapat saya bayangkan kalo orang order berkilo2 kuih tu mau pengsan. saya le yang pengsan. susah la buat kuih2 tradisional ni rupanya. takpe.. esok rumah saya raya buat goreng kopok je. bagus gak kan. hahahhahaa...
~~
nezha? huishhh.. budak tu memang. pon pasal bahulu tu jugak. saya hidang untuk makan2 dengan obek sambil tengok tv. lepas tu saya ke dapor jap entah le buat apa. obek pon entah ke mana. sekali saya datang ke depan tengok2 dia udah makan bahulu saya tu. sait hati betol. saya letak 4 bijik, 3 bijik dia dah gigit2. pandai... gigit kat atas je tak makan sampai habis. udah le tobek2 bahulu saya tu. sabor je la. apa lagi.. membebel bagai tak mau le saya semalam. dia buat apa? dia buat menehen je. eeeeee... rasa nak cubit2 pulak budak ni kang kesian pulak. ngadu kat obek, obek kata takmau masok campor. sendiri sayang sendiri tanggong. uwwaaaaa.....
~~
oooo..korang nak tau 1 rahsia? semalam kitaorang laki bini cuti2 sendirian berhad. hahahahhahaa.... malas betol nak bergerak semalam macam lemah je. saya pulak dengan sakit kepalanya berdenyut2. sudahnya cuti le kami berdua. mengadap tv. kejap tu obek ajak kuar pi lunch. dengar perkataan keluar je saya pon melompat2 je bersiap. obek kata.. eh tapi kata sakit kepala ni laju je bersiap? saya kata, dah sihat dahhhh... hahhahaha... so, semalam kami 2 orang dating2 la. pegi mines, lunch then tengok wayang. cerita pairets of keribien. huhuhuh... best jugak cerita tu. lepas tengok wayang, beli barang sikit. on the way back singgah pasar malam belli makanan untuk dinner. tapi tak selera pulak so saya beli kuih2 je la. obek beli nasi lemak. mmmm... hari ni pepagi lagi obek dah keluar kerja. so, hari ni semua orang kerja seperti sediakala ye. cuti2 dating sekali sekala boleh la... hari2 tak boleh la.. kan ada tanggungjawab yang lain pulak. haaa...gitu ceritanya. rupanya pegi jalan2 hari isnin pon ramai jugak orang kat shoping kompleks ye. apa diaorang pon cuti2 dating jugak ke? hantam la... tapi kan.. semalam tu kan.. masa saya pergi tu kan time lunch hour. so dah sampai sana dalam 2pm++...tapi kan.. saya tengokkan... ramaiiiii je tau orang2 yang pakai tag kerja ada je melepak kat sana. kenapa ha?? owhhh.. berbaik sangkalah kita ye kawan2. mungkin mereka tu ada kerja luar agaknya.. mungkin mereka hari ni memang dapat kelepasan agaknya.. mungkin mereka semalam kerja sampai tak lunch so hari ni mereka cover balik agaknya.. tak gitu.. tag apa mereka pakai??? hehehhee... lu pikirlah sendiri. oooo..patotlah kalo call selalu jawapannya orang tu takde.. melepak kat sopim komplek rupanya. satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
~~~
ok lah. banyak pulak membebel hari ni. nak pegi jalan2 pusing baca blog orang pulak. hehehhee.. selamat bekerja. kerja mesti happy2 jangan masam2 nanti jadi takde mood kerja. agak2 kalo korang marah2 benci2 nak kerja berenti je. jangan nak membebel tak tentu hala.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

6 comments:

meowwmania said...

nezha pandai makan bahulu?? hhahah..sabo jelah

syafie said...

Panjangnya Ceta ,ok dah follow.

http://orderbookonline.blogspot.com/2011/05/buku-bimbingan-rohani-3.html

Ummi said...

teringat masa kecik-kecik dulu kena pukul telur nak buat bahulu, dari pagi sampai petang, manual :)

saya said...

meoww--nezha semua benda pon dia bedal, takde pantang2 takde diet2 la dia tu.

syafie--ok2..i polow

ummi--tau takpe.. yg ni pakai mixer pon bertahun menunggu.

KELI OH KELI said...

cumelnya kucinggggggg...baka british short hair kah?

antalya said...

my doter suka sgt mkn bauhulu.tp yg tak tahannya dia wat sepah merata.penat nk sapu umah byk2 kali disebabkan dia