mari mencari....

Google
 

Thursday, May 26, 2011

benci la budak2 jahat...



hello... harap semua sihat. saya macam biasa je. nezha pon macam biasa. obek pon macam biasa. hahahhahaha... apa yang luar biasa? belom ada lagi apa2 yang luar biasa. apa punya ayat daaa...
~~
anyway..saje nak cerita. semalam pergi rumah ibu. sebab tengahari semalam ibu call kata budak adik masok wad, accident katanya. apa lagi.. melompat le saya. ingatkan accident kereta motor ke..rupanya bukan. eeeeeee... geram betol la. ceritanya gini... dia tengah nak amik wuduk kat sekolah.. belakang dia ada la kawan2 dia dok bergurau senda bermain2 semua tu main tolak2 udah le tertolak ke dia. so apa lagi... tertarung le kat kepala paip besi tu jawabnya. patah tangan. pembuluh darah pecah. darah kuar tak berenti2. saya sakit hati betol. ni dah 2nd time dia kena. last time kepala kena kompressor ekon. pon kawan gak main tolak2. berjahit dahi 6 jarum. kali ni patah pulak. saya cakap kat ibu buat report polis. budak2 nakal jahat macam tu kena ajar sikit. knowing ibu tu.. lembut je. lagi menambahkan geram saya. so, petang semalam saya ke rumah ibu le coz nak menemankan budak aish tu pulak sebab takde orang nak jaga dia malam2. ibu kene stay kat hospital sebab budak adik nak kena operet malam tadi. sabor je la. si aish pulak dok menangis guling2 nak ikut ibu. saya kata tak boleh. ibu kena jaga abang (budak adik). aish dok rumah esok nak exam. kebetolan dia ada exam hari ni. exam pendidikan seni katanya nak kena buat topeng. apa2 la labu. so, saya melayan dia la potong2 kertas, siapkan baju sekolah dia, bagi dia makan, potong kuku semua. mmmmm....lama2 dia tidor sorang2. fuhhh.. lega. malam pukul 1am ibu sms kata adik baru masok operation teater. by 4am ibu sms lagi kata dah kuar bilik operet but stil tak sedar lagi. mmm.. cikgu pon patot amik la tindakan sikit. ni entah la. senyap je. kata bongok kang marah pulak. mak pak budak jahat tu pon patot amik tindakan sikit kat anak awak tu. dah besar dah tingkatan 2 bukan zaman nak main tolak2 lagi la. kalo budak darjah 2 tu patot le jugak nak main je kejenya. budak adik tu dah le atlit. aktif sukan semua. ni dah patah tangan lemah semua nak sukan apa ke bendanya lagi. saya nak tengok pihak sekolah bagi tak insuran kat dia. yang memekak tiap awal tahun suruh bayar yuran tu kan. eee..mentang2 le kita ni orang biasa, orang kampung.. buat tak tau je ye. nanti... saya pon tengah tunggu full story lagi ni. nak tengok apa ceritanya lagi.
~~
obek pulakk.. semalam pergi johor. malam tadi pukul 2am baru balik. obek jemput saya kat rumah ibu since si kakak dah balik kerja so ada la orang nak jaga budak aish tu. mmmmm.... balik2 kemas rumah pulak. nezha buat perangai. dia tau kena tinggal sorang. entah le dia buat apa habis bulu bersepah2 kat dalam rumah. jadi 1 keje pepagi buta tu nak menyapu. arghhh..tensenlah!!!!! suara dia je dah blh dengar dari pagar lagi. merasa le dia dok rumah sorang2 kan.hahahhahaa.. padan muka. hari ni obek pi pahang lagi. huiiii.. pusing 1 malaysia orang tua tu. hahahhaha.. kalah pm dowhh.. takpe la.. apa2 pon saya doakan kerja dia selesai semuanya. amin...
~~
hari ni mengantok le pulak. tak breakfast, tak lunch. malas. takde mood. walhal perot lapar krung krang krung krang berbunyik. entah la..takde mood. macam2 pikir le sekarang ni. nak buat keje pon takde mood. bukak ym... mmmm. lagi membosankan. malas nak melayan. so, update blog je la. sekadarnya.
~~
so apa lagi nak cerita? takde idea. sekian.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

4 comments:

antalya said...

yeke tertolak.ntah2 kes buli kot.cuba siasat betul2 ya.pasni masok suratkabar masok tv

meowwmania said...

ish melampau lah...buat report polis je tak leh dibiarkan, ajar sikit bebudak jahat tuh

sy pulak yg geram baca grrrr...

sesemut said...

buat mcm i buat, i gi sekolah tu, i jumpa budak tu... i just kata, so u la yg tolak anak aku yer?.. then buat muka psycho.. terus takut budak tu sampai skrg tak kacau dah.... x yah nak report sekolah ker apa ker... pengabih boreh , apah pon diorg x buat. then i ajar nephew i mcm mana nak bertumbuk.. gila ganaih makcik dia...

saya said...

antalya--idak le sampai nk masok tv paper bagai..cuma kena la amik perhatian sikit pihak2 yg terlibat tu...

meoow--haa..tau takpe

hani--ye ke? kang dia cas kita ugut dia pulak kang dah lain lak ceritanya.. hahahhahaha....