mari mencari....

Google
 

Tuesday, May 10, 2011

cerita weekend yang penat..

hello..
uuiii...letih..letih..letih.. tengok tu keletihan saya telah diaprisiasikan oleh nezha dengan gaya tidor secara tak sedar diri atas meja sambil tangan terjuntai lemah longlai umpamakan baru lepas menebang pokok getah 57 batang. takde maknanya. tu letih baru lepas melompat menjerit ye saya percaya. nezha buat keje rumah? aci potong kuku la kalo dia tolong. tolong menyebok ye boleh. kita buat kerja kat rumah dia menyebok2 nak bergolek2. sabor je la.
~~
anyway.. lama pulak tak menulis. biasa la kan. tulis hari2 kang takde idea pulak. so nak cerita pasal weekend. apa nak cerita ye. entah la. biasa je la. weekend saya bileh tahan buzy jugak lah. sabtu tu pegi lunch ayam pop lagi. amboii.. pop-pop-pop katanya. sabor je la. obek tu suka makan ada tembusu jual kat situ. macam gulai lemak. entah apa tembusu tu saya tak tau la ye. jangan tanya saya. orang kedai kata namanya tembusu, saya pon cakap tembusu le. dia macam hotdog bendtuk dia tapi bengkok2. apa punya explanation laaa.. apa2 la. janji paham sudah. lepas lunch lepak kat rumah kejap petang tu balik rumah ma. sampai rumah ma baru masak. hehehhehe.. masak apa ye. lupa le pulak. owhhh... masak gulai tempoyak ikan parang. adoi..saya tak suka la sebab banyak tulang. tapi ma nak, makanya masak jugak la. saya makan kuah je la. dapat makan isi ikan sikit je tu pon sebab ma tolong kopekkan sikit. lagi masak tumis sawi dengan udang. haa..saya makan ni je la. lagi telor dadar. minum air sirap. kenyang untuk makan tu. owhh..dapat perkhabaran bekas jiran saya dulu duduk belakang rumah ma leas tu dah pindah jaouh mana ntah then hari jumaat tu dapat khabar dia meninggal. innalillah... moga tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya. makcik tu.. ehh. bukan makcik la..kira muda lagi. saya panggil dia akak. akak tu pandai masak tau. macam2 dia masak sedap. siap jual2 lagi. buat tapai pon pandai. saya pernah le tempah tapai kat dia masa rumah saya buat makan2 lama dulu. sedap. dia meninggal sebab sakit apa la ye. dia dulu eksiden. lepas eksiden tu la sakit tak elok2 terus membawa ke akhir hayatnya. al-fatihah.
~~
ahad pulak... pagi buat breakfast kuih cucur udang. hehehhe..sedappppp..makan banyak. lepas tu ma dengan obek pergi tengok rumah sewa ma tu ada apa ntah lampunya rosak. mintak tolong obek repairkan. sementara depa pegi tu saya buat kuih sampan. haaaa... sedappp.. lembut lembek2 sedapppp..chwahhhhh... berkurun nak menyiapkan sampannya. makannya sekejap je sekali telan dah habis. sabor je la. amik je daun pisangtepi rumah. haii..bestnya la duduk kampung. nak apa je amik tepi jalan. duduk bandar ni.. daun rumput banyak la. lalang pon banyak. belom jumpa lagi resepi kuih buat guna daun rumput. sabor je la. huhuhuuuu.. then masak asam pedas ikan parang lagi. pengsan! tapi tak lunch pon sebab kenyang lagi. obek dan ma bali, semua dah siap masak. then siap2 sebab nak pegi rumah mama nak tengok opah. bawak kan bekal kuih tu sikit bagi diaorang merasa. opah suka la kuih lembek2 tu. hehehehe.. suka menyakat opah. sian opah tak larat dah. mmm... lepas borak2 petang pukul 4pm tu balik rumah ma balik. kemas2 lebihkurang, saya pon balik rumah sendiri pulak. begitu le ceritanya. malam dinner panaskan laok bekal tadi dan masak nasi je. gorengkan sikit ikan pekasam. perghhhhh... apa kelas piza burger semua tu. kalo dah dapat ikan pekasam makan sampai pening. hishhh.. hilang diet guwe ikan pekasam punya pasal.
~~
so isnin macam biasa la.. takde yang luar biasa. nezha pon macam biasa. nakal tapi manja tapi baik tapi pandai tapi degil. hehehehehhehe... obek pulak seperti biasa bz mengalahkan agong le kan. sabor je la ye.
~~
hari ni pon macam biasa. tapi hausnya sekarang ni ya tuhan. cuaca panas yang teramat sangat-sangat-sangat-sangat. perit pedih panasnya. kesian orang2 yang kena kerja kat luar tu kan. kita dok dalam banggunan ni pon kepanasan lagikan mereka yang kat luar tu. aduhaiiii.....
~~
apa lagi nak cerita ni? entah la..takde idea la. okeh la..nanti sambong lagi. selamat bertugasssss~~~`
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you..
~~
p/s : saya nampak ada follower baru. terima kasih sudi jadi kawan saya. saya sayang anda semua.

4 comments:

Ummi said...

takziah dan Al fatihah yang telah meninggal itu.

akak tak pernah makan tapai, sedap ke?

kuih sampan tu macamana? cuba upload gambar sikit :)

Hazelsyd said...

alahaii si nezha..terlentuk dan terkulai layu dia tu..tp comeyyy sgttt biarpon mata terpejam

saya said...

ummi--ala..kuih sampan bentuk 4 segi tu.. ada nama lain tapi say atak pastilah. nanti ye ada gambornya saya postkan.

hazel--dia tgh berlakon tu..

Misz Pinkie Winkie said...

alolo buchuk nezha..
bukan main penat lagie dia..penat tido la tue.