mari mencari....

Google
 

Wednesday, May 18, 2011

lump sum cerita waktu cuti...



hello..
apa cerita ni dah lama tak menulis. alalallaa.. biasa la.. busy je memanjang. anyway.. mari berborak la ya.
~~
nak cerita pasal cuti weekend lepas. mmm.. takde apa yang menarik berlaku. sabtu tu biasa la. pegi lunch dengan obek dia nak makan yang tembusu tu. hishhh.. tak jemu2 la dia tu every week pon nak makan benda tu. entah le camne gaya masak benda tu kalo saya tau saya masak sendiri je. masalahnyaaaaaaaa..benda tu pon saya tak tau apa ke bendanya. hahahhahhaa... ahh..makan kat kedai je dah senang. saya pulak makan ikan keli goreng masa tu. sedap gak la. rangup2 dia goreng. hehehehe.... petang takde buat apa sebab obek keluar jumpa orang. so saya dok rumah dengan nezha la apa lagi melayan garu perot mamat tu. sabor je la ye banyak2.
~~
ahad.. pon tak pergi memana. obek kerja. makan nasi lemak pagi tu so lunch kenyang lagi. layan melodi kat tv lama dah tak tengok. entah le cerita hapa2 je tv tu. petang pon tak kuar. kira ahad saya dok rumah seharian. hahahhaa... bagus kan.
~~
isnin..rutin biasa la tak perlu cerita. 9-6 benda yang biasa2 dihadapi hari2.
~~
selasa... ni cuti lagi nih. bagus..bagus. balik rumah ma sebab ma nak buat kenduri doa selamat ma nak pergi umrah hujung bulan ni. mmmm.. mujur menu simple je sebab saya letih tak larat. hahhhaa.. ye la.. saya sorang je yang ada pon kat rumah tu. sabor je la. ni dah ada obek mujur juga boleh dibuat kawan tapi takkan dia nak dok kat dapor kan. dia dok luar le kemas2 luar. lega sikit. menu simple je la. sebab buat untuk petang lepas asar, maka menu nasi lemak, laok sambal tumis ikan bilis, ayam goreng, ulam timun, kuih koripop. saya adalah rajin dan berani sebab telah menerai buat kuih apam. yahuuu.. kuih adalah menjadi dan comel2 belaka. tapi sorry gambar takde ye sebab tak cukup tangan lah nak buat kerja sorang2 kat rumah. tau2 je la kalo masak untuk kenduri walopon untuk makan 40 orang. bukan tak larat, tapi penat. hahhahahaha.... dalam erti kata lain..malas le tu senang cerita. untuk lunch tu ma masak gulai lemak ketam untuk kami makan anak beranak je la. idak le untuk kenduri tu. jiran pulak bagi kuih puding jagung untuk kenduri tu. syukur bertambah menu untuk orang2 yang nak makan nanti.
~~
tapi saya rasa nanti kalo buat kuih apam tu nanti saya tunjuk ye. cita2 nak buat kuih lapis terbeku begitu sahaja. hahhahaha... nanti2 la. kalo rajin bila ada masa. lepas siap kenduri, dah kemas semua, lepas isyak kami pon balik le ke rumah sebab nezha tinggal sorang2. padan le muka sebab saya lupa nak bukak lampu. menjerit selagi takmau le dia saya dari luar rumah da boleh dengar. maka bersedialah dengan aksi protest dan tindakan yang diluar jangkaan. tapi syukur.. dia tak protest berak kencing. cuma dia garu2 terlebih kot bulu gugur pulak merata. sabor je la kena menyapu kutip2 bulu tengah2 malam tu.
~~
baru je nak duduk lepas siap semua obek pulakkkk.. hishhh.. ayat dia.. boleh tolong gorengkan telor tak? hah?? saya kata nak buat apa? hehehehe.. lagi mau tanya nak buat apa katanya. apa punya bini la. obek kata dia lapar. adoiiii.... penat2 tapi obek nak makan sian lak kat dia kan. maka ke dapor le lagi masak goreng telor. sambal tumis tadi ada le tapau tapi nasik elek. sebab ingat dah taknak makan lagi. udah dari goreng telor, terlajak pulak masak nasi lemak pulak. dah tu ada bawak hati pedal ayam goreng tu dah terjebak pulak buatkan sambal cili api kering pulak. ketung ketang dapor saya malam tadi pukul 11pm tu. hahahhahahhaa..... takpe la.. obek nak makan saya pon tumpang sekaki la. maka makan le kami pukul 12am tu. sambil tengok tv. huhuhuhuhu...nezha? dia biasa la. tukang karut tukang kepoh. menyebok nak ikut makan jugak. dia duduk bawah meja je. baik budak tu tak kacau kita makan. sayang dia. sayang obek. hehehhee..
~~
apa lagi nak cerita ni. petang semalam hujan kan? kat area rumah ma le. risau je sebab masa tu majlis nak berlansung. tapi syukur semua ok. nanti ma pergi saya kena balik rumah ma jugak tengok-tengokkan rumah. takpe2... senang punya keje tu. tak lama lagi dah nak bulan puasa pulak. korang dah ganti puasa ke belom? saya dah. tapi takpe la nanti kalo dah nak dekat2 ramadhan saya nak puasa gak la. dari takde buat apa. tak puasa pon bukannya makan sangat, cumanya nak minum air je tu yang benonya. semalam tu buat air nenas. aduii..sedapnya. dah le cuaca panas sangat masa t/hari tu kan. minum lak air nenas sejuk2 tu wahhh..syahdu je rasa masuk tekak. ma yang buat air tu. sebab kat kebun nenas dah masak. hehehhee... chewahh.. bunyik kebun macam le beso walhal ada le beso sekangkang nezha. hahahhahaha.. jadi la.. dapat gak hasil bercucuk tanam tu. saya minat gak bab2 tanam2 ni tak pernah yang hidop. mati aje. tak sesuai agaknya.
~~
hari ni obek keje ke j.baik tu lagi. mmm.. balik katanya tapi lambat la malam2. silap2 pepagi buta. alaa..biasa la tu. obe kalo keje malam balik pukul 2-3am. dah terbiasa dah. kira kalo obek balik pukul 12am tu rasa macam kenapa obek balik cepat ni. ahahahhahaa... ok. harap keje obek semua success!!!
~~
lagi..nak cerita apa nii??? ok la..tu je la kot. penat dah. nak ronda2 baca blog orang lak. mesti banyak cerita menarik. bye!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

5 comments:

antalya said...

nezha penakut

~daRLee ZuRiS~ said...

bagus bini obek nie
minta telur goreng, dapat set lengkap nasi lemak.heheee..

meowwmania said...

kesian nezha takut gelap ropenye...gelap tu sama je ngan kaler bulu kamu nezha oiii :D

KELI OH KELI said...

JoM siNggAh BlOG IkAn kELi..maCaM2 cErItA iKAn kELI aDa dI sini.....")AnYwAY sAlAM uKhWaH...

saya said...

mama mya--nezha mmg penakot gelap.

zuris--hahhaha..bodek baikkk punya..

meoww--tu la pasal. puas sapu fair & lovely tak putih2 mamat tu.

keli--baikk..sekarang juga saya melawat.