mari mencari....

Google
 

Monday, May 30, 2011

resepi : apam gula hangus...ada berani?



hello... haa..suspen ke tak suspen tajuk entry kali ni. tu pasal le panas kemarau tak hujan2 sebab ada orang buat kuih katanya. hahahhaha..layannnn.. anyway..saje je la kan nak try2 mencuba-cubi kot2 menjadi syukur alhamdulillah, kot tak menjadi takpe la.. kata pon nak try cuba. kalo tak cuba sampai bila pon tak kan tau camne nak buatnya. lagipon bahan senang. yang ada je kat rumah. kalo bahan2 pelik2 tu sekian wassallam le jawabnya. huhuhuh...
~~
apapon..nak cerita pasal wiken dulu lah. pasal buat kuih tu kendian2 le ye. mesti la nak cerita pasal budak busuk tu dulu. dia baik je, cuma nakal sikit. pantang kita masok bilik air dia dulu mencicit nak masok. tapi bile kena air sikit dia dulu mencicit lari. hishhh..habis apa ke tujuannya nak masok bilik air tu? kompius makcik lah. dia akan tunggu kita sampai siap mandi ke apa ke dalam bilik air tu. agak2 kalo lama sangat dia pon buat peel le. mencakar2 pintu menjerit2 bagai tak mau, macam le kena dera ke hapa ke. sabor je la banyak2. penghibur hati dia tu la dianya. sayang nezha. ehhh.. busuk lah dia tu.
~~
wiken, sabtu pagi tu macam biasa la. obek mesti nak pi makan gulai tembusu dia tu layan je la. lepas zohor pi rumah ma sebab nak bawak ma pegi rumah mama nak jumpa opah. owhh.. layan jugak la. dah petang pukul 6pm tubaru balik rumah ma semula. malam tu dinner sedap wooo... ma masak gulai lemak ikan campor jering tua. wahhhh..sedappppp.... ehh.. korang jangan tak tau la..jering tua tu kalo dah direbus dimasak takde bau dah. boleh je makan. lepas tu masak sambal tumis udang dengan buah kucai. alalalal..dia macam bawang putih tu sebiji2 sedap jugak. memang feveret saya semua laok malam tu. dan ikan talapia goreng rangup2. pon sedap jugakkk!!! habis le. dah semua sedap makanya makan tak toleh kiri kanan le. adoii...tu yang malas balik rumah ma tu. ada je makanan best. hahahahhaha.... malam, lepas isyak balik rumah sendiri le pulak. sebab esok tu ahad obek nak pegi melaka. keje lagi...
~~
ahad-- haii..sendirian lagi le jawabnya. obek pegi melaka. saya dok dengan nezha je la. nak buat apa pon malas. layan tv sudah. malam tengok mentor. tapi tak tau lak sapa yang menang. hahahahha...sebab dok la tukar2 channel. sampai hari nisaya taktau sapa yang menang. huhuhu..kesian sungguh saya ni kan. ketinggalan zaman betol. anyway... semalam buak busuk tu suka hati 200% sebab saya dok menggaru perot dia tanpa henti dari siang sampai ke malam. sabor je la.
~~
wokehh... now kembali ke tajuk asal entry. muwhahahhaa.. chewahhh.. takpe.. lain kali kalo saya ada buat2 kuih dan sempat tangkap gambar nanti saya buat lagi entry masak2 ye. hahahhahaa... so, resepi kali ni ialah apam gula hangus. dapat resepi kat myresepi je la. mana lagi. terima kasih kepada tukang bagi resepi, walo siapa pon awak. izinkan saya memanjangkan resepi awak ye. tapi takpe..saya letak juga senarai resepi kat sini... supaya senang kan kot2 kawan2 ada nak try. sebab saya buat kuih ni ialah.... 1-sebab semua bahan senang. yang ada je kat rumah. kalo dia nak bahan pelik2 kena redah 1 kl mencarinya memang sekian. sebab yang ke2-sebab dia kukus. saya takde oven la. oven hari tu udah bagi kat mil so saya takde oven dah. ada pengukus je. sebab yang ke3-senang. hahahhaha.. kaco2 bancuh udah siap. kalo resepi yang nak kena perap2, nak kena tunggu2 tu saya tak berani buat lorr.. hancur kang. makanya, sebagai percubaan, kiranya resepi ni successlah. ma pon kata sedap, tapi..... ye..ada tapinya.. hahahhaha.. gula yang hanguskan tu dah terhangus hangut le pulak makanya udah ada rasa pahit sikit. tak le pahit sangat.. tapi terasa le. takpe2.. kata 1st timer, mesti ada sikit sloppy. next time lebih berhati2 masa menghanguskan gula tu. habis, resepi kata hanguskan, saya pon hanguskan le. idak le pulak makcik tau tahap mana hangusnya tu. hehehehe.. itu pon sebenarnya 2 kali saya buat gul ahangus tu. yang 1st tu memang masyallah hanya tuhan yang tau kehangusannya. hitam legam lorr.. macam saya le tu. yang tu saya buang le. so, buat lagi sekali kali ni lebih berhati2.. so dapat la.. pon ada sikit hangus tapi masih boleh digunapakai. huhuhu.. kecoh betol. buat gula hangus je pon macam nak terangkat bumbung rumah, orang lain buat gula hangus pejam mata je. adoihaiii....
~~
so, ini resepinya...
-
*APAM GULA HANGUS*
-
bahan-bahannyaaaaaaaaaaa...
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 +1/2 cawan tepung gandum
-
cara-caranyaaaaa...
1-gula dihanguskan. dah hangus, masukkan air. buat slow2 sebab bahaya lorr..
2- ayak tepung + soda bikarbonat. bagi dia sebati
3-blend telur, minyak, susu pekat & marjerin. saya takde blender. kan udah terbakar hari tu so saya hentampakai mixer. boleh jugak. takde hal. kalo mixer pon takde, blender pon takde, kasi pukul pakai tangan sudah. tapi lenguh le agaknya.
4-bila dah sebati gitu, campurkan tepung. kacau sebati, dah siap woo..
5- tuang dalam bekas kecik2 comel. supaya senang makan. kalo dalam talam besar pon boleh juga.
6-kukus sampai masak. kalo bekas kecik2 tu kukus dalam 20 minit. kalo dalam talam besar tu agaknya 45 minit kot.
7-sudah siap...makan lorrrr!!!!!! sedapppp...




hehehhee..ni gambar cacamarba namanya. tu kononnya tengah nak hanguskan gula la. saya guna gula perang. kononnya nak bagi dia lagi coklat kalernya. agaknya la. gambar second dah siap bancuh semua tu. dia memang macam cair sikit. kalo nak tambah tepung tambah dalam 1 sudu besar je. kalo tak nanti dia jadi berat tak sedap. gambar 3rd, saya dah tuang dalam bekas kecik2 tu kan. cantik kannn... gambar 4th, ni yang dah siap lorr.. 1 bancuhan tu kalo guna bekas kecik2 tu boleh dapat dalam 20++ banyak jugak le. saya buat ni sabtu pagi tu. so, petang pi tengok opah saya bawak kuih tu. sedap. fluffy. tak keras. lembut. sampai esok ahad tu pon masih elok, tak basi. bagus betol. so korang2, sila mencuba ye. agenda nak buat kuih lapis tak jugak terlaksana udah jadi kuih lain pulak. ehh.. nezha pon makan tau tak kuih tu. sikit la.. dia tak suka kot sebab ada rasa pahit2 tu. so.. lessons learn. next time kena jaga2 lebih berhati2 masa hanguskan gula. hehehhehehe... mujur jadi kalo tak jadi kuih apam gula rentung jadinya. muwhahahahhahahaha....
~~
wokeh. nanti lepas2 ni kalo saya buat kuih saya nak letak lagi ye resepi kat dalam ni. kot2 la ada sapa yang teringin. saya suka buat2 kuih ni tapi masalahnya, takde orang nak makan. saya berdua je dengan obek tak boleh nak habiskan. tu pon saya paksa gak obek makan kuih tu. hahahhaha... agaknya kalo buat separuh adunan pon boleh kot, semua bahagi 2. agaknya la. saya tak try lagi.
~~
so, itulah ceritanya.. cerita wiken dan cerita buat kuih. sabor je la. orang lain buat kek 16 tingkat siap fondant2 bentuk2 zirafah dinasor relax je ini baru buat kuih apam dah kecoh2. ala.. relax la... kan baru nak belajar.
~~
wokeh..nak pi jenjalan baca blog orang pulak. kepada yang teringin makan kuih tu sila buat. kalo malas, pegi je pasar malam. 3 ketol rm1. sekian.
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

6 comments:

antalya said...

amboii ngada la nezha ye dpt manja ngan tuan dia sepuasnya semalam. ada dia kacau leeya wat kuih tak??

meowwmania said...

ala menci lah kalo baca blog dia nih asik citer pasal makan jer...kite pose taw kan da lapar ha cane tu cane??


eh si nezha ni sepesen lah dgn si Momon suka ikut masuk bilik air tp penakot air ntah apa tujuannya makcik pon ikut sama konpius :D

sesemut said...

laparnyaaaa ( tisu tisu....)

MOKCIK AZWA said...

fuyoo..resepi apam gula hangus kukus... mokcik suker mokcik suker... tak per len kali Leeya buat banyak2, pehtu hantar kat kitaorang hahhaha...

suka juga makan jering rebus. belajar makan masa di kampung cik abe hehehe..

saya said...

mama mya--nezha tak kaco..dia budak baik. hahahha...

meoww--tu la pasal.. makan, makan, makan..

hani--lapar & tisu? apa kaitan? hahahha....

mokcik--saya makan je semua takde pantang2

sesemut said...

lap air liur slurping