mari mencari....

Google
 

Wednesday, May 4, 2011

weekend yang panjang, perjalanan yang jauh, kepenatan yang tak terhingga..



assaalamualaikum...
asuhai..lama betol tak menulis. tak menulisa dan tak membaca blog. hehehhee.. apa boleh buat, keadaan tak berapa nak mengizinkan. bz pon ye, tak sempat pon ye, macam2 hal pon ye. ni dah cuti 3 hari tu lagi la bertambah2 bz. macam2 tempat kena pergi.
~~
so kawan2 semua apa khabar? sihat? sihat je la hendaknya ye. saya pon sihat juga. obek pon sihat, nezha pon sihat, budakkecik pon sihat cuma necho macam tak berapa nak sihat. entah le kenapa monggok je rupanya. risau jugak tapi harap2 bukan yang serius la.
~~
rasanya seminggu lebih dah ye saya tak menulis. aduhh..nak cerita pon dah terlupa la kejadian2 yang seminggu tu, cuma yang kejadian masa cuti baru2 ni je ingat. so, sempena cuti hari pekerja hari tu, saya pergi kenduri kat jengka. yeee...jengka pahang tu. wahwahwahhh..sebelom pergi dah terbayang dah kejauhannya ni. saya ni bukan jenis suka jalan jejauh. cepat penat. lemas. khamis petang tu pil datang kl la..stay dekat rumah saya sebab nanti nak bertolak sama. wahhh..tungtangtungtang le saya masak untuk dinner malam tu. habis..pil nak datang takkan tak masak kot. bikin spoil nanti. hahahahhahaa... masak yang senang2 sudah. janji ada makanan. so malam tu saya masak sambal tumis sotong, goreng kacang buncis letak suon, masak lemak ikan. tu je la. dengan buah oren, air teh o dengan air suam. settle. mil saya nak sponsor bunga telor untuk pengantin. sebab pengantin tu kiranya sepupu obek la. bapak pengantin dengan mil saya tu adik beradik. so, sepupu le tu kan? kalo salah sorry le. kurang pasti tentang salasilah ni. hahahahhaha... dia dah belikan bunga telor cuma saya kat sini tolong rebuskan telor je la. huisss... mil datang punya pasal, nak rebus telor pon dah jadi tak reti. pengsan! sabor je la. hujung2 cakap kat dia mak masak le sendiri...saya tak reti takot kang pecah telor. hahahhahaa.... nasib le kan.
~~
so, esoknya hari jumaat lepas breakfast kitaorang pon bertolak le ke jengka tu. jengka 24 nama tempat tu. entah le. saya tak pernah sampai. so, perjalanan adalah meriah. apa taknya. bersembang dari kl sampai ke jengka. sabor je la. ooo..pertama kali lalu kat lebuhraya pantai timur. menarik juga. so, tak le jauh sangat, dalam 2-3 jam dah sampai. cuma yang terasa jauh tu ialah dari jalan besar nak masok ke gugusan jengka tu je la. takpe la... pengalaman menarik. sampai sana dah tengahari, terus pegi rumah pengantin. masa ni tengah rewang2 le. kami tak makan sebab dah berhenti makan kat pekan. cumanya nak baring meluruskan pinggang je la. ada disediakan rumah persinggahan. wahhhhhhhhhh.. besarnya rumahhhhhh... apa korang ingat rumah orang felda tu kecik2 kayu ke? nehi kkabi nehi..besar2 luas2 melaut2 tau tak! aduhaiiii.. bestnya la kalo dapat rumah macam ni. boleh dikatakan majoriti semua rumah besar2 le. kuss semangat. so, sampai rumah persinggahan tu, tak le jauh, selang 2 buah rumah je dari rumah pengantin tu, kami pon mandi2 le merehatkan diri.
~~
lepas isyak..kami pon bersiap sebab pengantin nak nikah dah ni. sekali hari hujan da..bukan kecik2 hujan, bapak hujan. amboii.. plan asal nak nikah kat masjid, tapi sebab hujan lebat sangat, tukar jadi nikah kat rumah. owh..tema adalah hitam merah. cantik. pelamin cantik, hantaran pon cantik, siap ada teddy2 bear lagi. so cute! so, meredah hujan le kami malam tu. takpe..demi pengantin, redah jugak le. tetengah tok kadi dok baca2 berkhutbah tu, ad ale pulak kala jengking masok. hantu betol. patot le orang dok kecoh2 je ingatkan apa. haihh.. haa..jangan le pulak buat spekulasi yang bukan2. orang melayu ni pantang ada benda lain sikit, mula la nak cakap yang bukan2. orang 'hantar' itu ini le, begitu begini le. ya allah..cuba le bukak otak tu sikit. biasa la kan. musim2 hujan ni, dikeliling pulak pokok kelapa sawit, macam2 le benda yang keluar. dia pon nak tengok pengantin agaknya. sabor je la. so, orang dah buang kala jengking tu maka keadaan seperti asal le balik. so, pengantin lafaz sekali aje. chewahhhh... lepas tu..apa lagi..serbu meja makan le. dah kata hujan, malam pulak tu, lapor le jadinya. laok adalah best. malam tu makan nasi putih, gulai lemak nagka, goreng ikan & ikan masin, sambal belacan, rendang daging, apa lagi ye?? lupa dah. tapi.. ya tuhan, pedas yang bukan main2. makcik terus ternganga kat situ, tup2 terus sakit perot. mujur je muka hitam kalo tak dah nampak dah muka pucat. terus nagdu kat obek, tak tahan sakit perot sebab pedas sangat. obek teman balik ke rumah persinggahan tu saya pon bersih2 badan terus baring. sapu ubat semua. aduhai..dalam hati jangan le sakit sampai esok. nak tengok pengantin. eehhehehehe....
~~
esoknya...alhamdulillah... dah elok sakit perot. breakfast orang tu buat nasi lemak. boleh tahan la sedap. tak berani amik sambal tumis ikan bilis tu. saya makan nasi kosong je dengan ulam timun dan makna telor rebus. huiii..kena hati2 wooo.. tak mau sakit2 ni. relax jap, dok mengusik pengantin lelaki, buli2 dia apa yang patot. hahahhahaha.... tengahhari tu siap2 untuk bersanding. cuaca panas. syukur. bersanding awal..pukul 12++ dah bersanding. bagus juga, cepat sikit nak balik tu kan. masa berarak tu... saya jalan dengan obek..eh..terasa macam bersanding lagi sekali pulak. dengan kompang2 semua tu kan. awww... gatal betol. hahahhahahaha.. ate katanya mengimbas memori. hahahhaa.. sabor je la. sanding2, tangkap2 gambar, then apa lagi makan la. wahhhh.. kali ni menu lagi best wooo..banyaknya laok diaaaaaa..pengsan! dia tak buat nasi minyak, tapi nasi putih biasa, tapi laok dia..marvelos!! makcik tambah nasi makcik tak dulikkkk... sedapp.. laok gulai tempoyak ikan patin (habis, kata pi pahang, sure depa buat laok trademark dia ye tak? bagus.. kalo tak nanti kot teringin makan kat kedai mengerikan tak pasal2 kena bayar seribu makan gulai tempoyak ikanpatin), lepas tu laok rendang daging, ayam masak merah, gulai lemak putih umbut kelapa, acar timun, sambal ikan masin, pucuk ubi masak budu (yang ni saya tak makan, bukan tak nak.. tak sempat, dok belasah gulai tempoyak ye, obek kata not bad), lagi apa ye? tu je kot.. ada bubur kacang. tengah makan tu makcik rewang tu hantarkan ayam golek pengantin ke meja saya. heheh..terima kasih makcik, kalo tak tak merasa le kami. sedap gak ayam tu. meja pengantin biasa le.. lagi macam2 laok ada. saya tak dok kat situ, kasi le orang2 tua dok situ. lepas makan, diaorang bagi tapau2 untuk balik, kami pon balik.
~~
owh..kebetulan time tu william pon kawen ye. saya tak tengok lansong, entah le camne rupanya, cantik ke, best ke tak diketahui. kami balik kl dulu. ye la.. kena tengok budak2 tu dulu bagi makan kemas apa yang patot. masa saya takde dah upah budak kerja obek untuk bagi makan dan bersihkan uk-uk budak2 tu. sampai kl singgah dulu pulak rumah kawan obek.. ada buat makan2. adoii... hujan lebat masa ni. pukul 4pm masa tu rasanya. tak singgah member dah asyik call2 je bila nak sampai bila nak sampai, nak singgah saya dah penat. takpe la..singgah je la obek kata, so singgah la. sampai rumah kemas2 apa yang patot mandi2 semua, lepas isyak bertolak ke muar pulak. huiii.. atas jalan aje hari sabtu tu. sabor je la. sampai muar pukul 11pm macam tu. apa lagi..tido laaaaaaaa...macam nak patah2 badan ni rasanya. penat!
~~
pagi ahad tu pulak pergi rewang rumah makcik obek..sebelah rumah mil je la. dia buat kenduri cukur rambut cucu terbarunya. hehehhehehe... adoi.. so, pegi la rewang2 potong2 semua tu. saya suka je potong2 tu..meriah. so, menu kat rumah tu ialah nasi putih, kari ikan, ayam masak merah, rendang daging, gulai lemak labu. kuih2 banyak la. balik rewang tolong mil pulak buat kuih sebab nak hantar ke rumah orang tu. buat donat dan kuih kelapa. ooo..baru le tau macam tu rupanya buat kuih kelapa kesukaan saya tu. senang je. tapi oven adalah meragam. hehehehhe..oven tu oven saya, saya bagi kat mil sebab tinggal sini pon tak digunakan. so, bagi je la kat dia. oven tu pulak buat hal.. api bawah takmau panas. sabor je la. udah le nak kena bakar balik kat dapor untuk keringkan bawahnya. mak midah kata...oven ni kan.. tuannya datang terus dia buat perangai, selama hari ni elok je masak kek, masak kuih. ni tuannya ada terus merajuk takmau masak pulak. hehehehheheh.. alololo...sayangggg dia. oven jangan majuk2 ye..saya sayang semua. dah last2 nak habistu baru dia elok. maybe betol oven tu ada sikit hangin agaknya. hehehhehee....majlis bermula lepas zohor pukul 2 tu saya tak pergi. sebab dah tertidor! hahahhahaa..nasib le. sedor2 dah pukul 4pm. bangun terus mandi2 kemas2 baju nak balik kl dah. pukul 5pm bertolak ke kl. jalan slow2 sebab kereta banyak kat aea PD tu. semua dok pakat pergi pesta air agaknya mandi laut. jem kat situ. singgah makan nasi lemak dulu baru balik rumah. balik rumah.. sambong tido.
~~
hari isnin, baru betol2 demam. bangun pagi bersihkan budak2 tu saya baring balik. ingatkan nak baring kejap je, rupanya terus tido. sedar2 obek kejut tanya nak makan ke tak. owhh.. tak sihat rupanya saya. tapi paksa diri bangun juga siapkan makanan. lepas makan, tido sampai petang. hehehhehe.. petang bangun dah sihat dah. dah boleh lompat2 dah. syukurrr....
~~
so, tu la cerita weekend saya. panjang pulak menulis hari ni. biasa la..kata gian dah lama tak menulis. rasa macam nak tulis2 lagi tapi rasanya cukup setakat ni dulu. nanti sambong lagi. nak pi jalan2 baca blog orang pulak.
~~
i love you obek..
i lobe you nezha..
i love all of you...

6 comments:

~daRLee ZuRiS~ said...

jangan tak tau..orang felda kaya2 ok.
felda dulu tak sama ngan felda sekarang.
harap2 demam berisi ;)

Ummi said...

nasib baik tak masukkan gambar makanan, skrg ni akak pantang tengok gambar makanan pasti akak nak gak makanan tu

kuih kelapa tu rasanya akak tahu, tapi tak pernah rasa, sedap tak? :)

meowwmania said...

fuhh berpinar bijik mata sy menbaca punyalah byk perkara mara huhuu...

dah ok ke demam tu? ce try cek kat tuan doktor kot2 berisi ke ;)

eh aritu tnya camana nak bg budak degil makan pil kan, ni link nya..

http://meowwmania.blogspot.com/2011/04/tips-memberi-si-comel-ubat-pil.html

MOKCIK AZWA said...

Jauh perjalanan tu..luas pemandangan kata orang. Orang Felda kayo rayo..orang motong getah pun kayo ler ni harga getah mahal hehehe...kelapa sawit pun mahal gak agaknya hehehe

sesemut said...

demam berisi...? muahahha...
takut tak leya?.. jahat menakutkan org

saya said...

zuris/ummi/meow/mokcik/hani---eeee..korang ni jahat tau.. takde isi2 de..bakkata siti norhaliza..ye mengandungi lemakkkkk.. hahhahaha...