mari mencari....

Google
 

Wednesday, June 1, 2011

hantar ma dan ibu...


hehehhee.. ni namanya baru belajar nak edit2 gambor. owhh...sedih. orang dah sampai bulan saya baru nak belajar edit2 gambar. takpe2.. sabar.. slow2 la kan. bior lambat dari tak reti lansong. tu ayat nak nyedapkan hati sendiri. huhuhuhuhu...
~~
seperti biasa sapa lagi yang nak dijadikan bahan kalo bukan budak busuk tu. eeeee.. memang busuk lah dia ni. tapi yang busuk tu la yang nak dipelok cium hari2 kalo tak... huii.. tak lena tido woooo...
~~
so, mau cerita apa hari ni? semalam cuti2 malaysia. banyak la cuti2 malaysia. hantar ma pegi umrah le semalam. peginya malam tapi malas le kan. so, siang tu saya buat lagi kuih apam tu. untuk bekalan makan2 masa kat epot tu le kan. dah kata nanti lama nak menunggu, buat je la. lapar makan, tak lapar tak yah makan. hehehehhee... mentang2 baru tau buat kuih, memanjang nak buat kuih tu je. mengada betol. so, siang tu saya buat kuih tu la. saja suka suki. flight malam pukul 1030pm tapi kena ada kat epot tu dalam pukul 7pm sebab diaorang nak bagi apa ke benda ntah tag2 le apa benda. biasa la kan. kalo dah reramai tu memang kena bagi time yang awal kalo tak kang ada je yang suka datang lambat, sebab manusia jenis tak reti tengok jam ni ramai. hehehhehe... so, by 630pm kitaorang dah sampai sana. ma pergi dengan ibu. owhh..drama sungguh la budak aish kena tinggal. huhuhuhuhu... bila dah dapat tag2 semua tu orang tu cakap sekarang waktu relax sementara nak tunggu apa ke bendanya timbang2 beg?? check in beg?? entah le.. mana le makcik tau.. tapi gitu le katanya. benda tu pukul 8pm so sementara tu aktiviti suka hati katanya. so by maghrib, orang tu suruh sembahyang jamak katanya. oooo...gitu. then lepas ma & ibu sembahyang, kitaorang makan le. ibu bawak nasi lemak bungkus kecik2 macam jual kat kedai tu. hehehehhe.. berkelah je la kat klia tu makan. alaa.. ramai je yang buat macam tu sebab memang waktu makan. lain le kalo ko pegi pukul 1030am kan. takde maknanya le ko nak makan2. tak kisah le. so, makan2 kat situ. lepas siap makan dah pukul 815pm orang tu announce pegi kat kaunter cek2 tu le. so kumpul situ. mmm.. ramai orang tapi biasa la. yang nak pergi tu sorang, tukang hantarnya 15 orang standard. hehehhee.. termasok saya le tu kan. yang nak pergi tu 2 orang je, tapi tukang hantarnya 6 orang. saya dengan obek, pas tu anak2 ibu 4 orang. dah siap2 semua by 9pm depa dah nak masok kat mana apa nama tempat tu? alaa.. tempat yang orang nak berangkat pergi tunggu tu le. apa ke namanya. fail betol la. wahhh.. kat situ mula dah drama semua. sabor je la. ma tak de la drama sangat sebab dah biasa pergi. tapi ibu, kata 1st time pergi dan 1st time tinggalkan anak2. huhuhuh.. drama airmata le pulak. budak aish apa lagi.. melalak bagai tak mau le jawabnya. hehehhehee... tapi kitaorang dah get ready dengal pelbagai kaedah untuk memujuknya maka dia ok la. dah cakap elok2 semua so dia cool la. tai sampai ke sudah dia dok ngejar ibu bye2. sian dia. lama tu 2 minggu kena tinggal. yang paling tak tahan tu dia cakap apa korang tau.. kalo ibu takde sapa nak buatkan aish sarapan??? hahahhaha.. akak dia cakap takpe..nanti akak buatkan. aish nak sarapan apa? aish nak sarapan roti. kitaorang bantai gelak. ye la.. memula dia cakap sapa nak buatkan sarapan tu kitaorang suspen le jugak sebab dia tu menu pelik2 je. dah terbayang2 le dia nak yang pelik2 sekali dia mau roti lorrr... fuhhh. balik terus singgah petronas bei pelbagai jenis roti. makan la ko situ diam2. sabor je la. ala..nama pon budak2 kan.. tak pernah lagi kena tinggal dengan ibu dia lama2. dulu ada la masa ibu pegi kursus tapi kejap je dalam 2 hari macam tu. ni lama. saya pon suspen jugak. so, tanggungjawab saya nakkena tengok2 selalu budak2 tu. dengan budak adik yang tangah berjahit2 tu, kena jaga makan minum. mujur dah besar dah boleh pikir apa yang boleh dimakan apa yang tak boleh dimakan. huiiii... harap2 semua ok la ye. semoga ma & ibu dapat umrah yang best2.
~~
lepas tu kitaorang pon balik rumah ma. kemas apa yang patot. dan yang penting tapau makanan yang banyak ma masak. amboiiii... takot beno anak dia tak makan. hehehhe.. memang bagus pon ma masak. senang sikit saya. panaskan je nanti. ma masak asam pedas ikan patin, sambal tumis udang, sambal kering ikan masin ( laok fav saya nih) dan pajeri nenas. bungkus2 semua bahagi2kan semua then settle. ingat malam tadi nak tido rumah ma tapi tak jadi le pulak. tengok malam ni obek kata tido sana. hehehehhee...
~~
cerita pasal nezha.. dia biasa je. kena tinggal malam tadi lama. padan muka dia. tapi dah siap2 pasang lampu semua tu kan. so, tak le dia meroyan sangat. layan je la. takat bulu2 sepah tu apa ada hal. sapu je la. ada kawan saya pernah cakap kat saya, rumah orang yang bela kucing ni kotor, busuk, kalo masak mesti nanti ada bulu kucing. saya diam je la dengar. kalo menjawab kang lain jadinya. helloooooooooooooo.. meh sini makcik nak cakap. rumah makcik ni makcik rasa dah cukup bersih dah. hari2 sapu, hari2 vakum, hari2 mop, hari2 lap, porch depan belakang hari2 berbasuh siap sental pakai sabun pakai penyapu semua. longkang hari2 sapu, sebab nak bersih punya pasal. makcik rasa rumah ko pon sapu seminggu sekali je kot kan. basuh porch? entah2 tak pernah pun kan? rumah ko cuci longkang? lagi le sekian jawabnya kan? hahhahahhahaha... hello.. orang yang bela kucing ni le orang yang pembersih tau tak. sebab semua nak kena bersih. buatnya tetamu datang menerjah, semua kena bersih liplap2. lagipon kucing saya baik, bukannya berak merata ke, kencing merata ke. semua ikut peraturan. lagipon semua kat luar rumah kecuali nezha je dok dalam rumah. silap2 anak ko pon tak reti displin macam tu kan? haa.. tu yang malas nak cakap tu kang jadi isu lak kat sini. jadinya... terpulang pada pandangan masing2 dan yang penting terpulang pada kerajinan masing2. kalo rumah takde manusia or takde kucing pon tapi pemalas musibat pon tak guna jugakkkkkkkkkkkkkkkkk....
~~
tetiba je termarah lak kan. tapi memang betol. orang2 jenis nak merendah2kan orang ni ada je kat mana2. dia je yang betol, dia je yang elok. agak2 ada orang lagi elok pada dia, dia pusing fakta pulak. what the f*ck!!!!
~~
dah2.. istighfar banyak2. biarkan dia ngok jangan kita pon ngok macam dia jugak. ok.. lagi nak cerita apa? takde cerita la sebab mood dah menurun. hahahhaha.. emosional sungguh la kan tak pasal2. anyway... saya tengah lapar nih.
~~
obek pulak macam biasa la. bz dengan kerja dia. mmm... all the best to obek. good luck!!
~~
lagi? lagi dah takde idea. nak baca blog orang pulak. bye!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

9 comments:

Hazelsyd said...
This comment has been removed by the author.
Hazelsyd said...

leeya,

hehehehe tetiba ter naik shehh laks dia marah eks hahaha..roper2nyer tgh lapo patut laa...hehehe

Hazelsyd said...

leeya, bila nak buat citer entry pasal kuih limas pulak? buatla buatlaaa..sedap tau kuih tu..

Hazelsyd said...

leeya,u dah 5 bulan kawin kan..ehem ehem..hehehe soklan standard org melayu..dah berisi ke belum...hehehe

Hazelsyd said...

leeya, u ni ada sakit gastrik tak?

Hazelsyd said...

leeya, saya boring..so saya flood u nyer comment box ni takper yeaaa

sesemut said...

Hazelsyd.. sabar jer la u flood comment box leeya..hahahhahha

meowwmania said...

betul tu! setuju sesangat..kite yg bela kucing ni la yg terpaksa jaga kebersihan lebih drpd biasa

siapa yg suka duduk kat rmh yg berbau dan kotor kan...kerana kucing ni kita jadi rajin jadi pembersih kann..

saya said...

hazel---tu dia.. soalan pelbagai tu. hahahahhahaa....

hani--takpe la..bagi cnahce kat dia nak flood2 semua ni. hehehe

meow--sokong2!!!! betol kan apa yg saya cakap tu.