mari mencari....

Google
 

Monday, June 6, 2011

penat je weekend ni..



hello... fuhh.. wiken ni tadi betol2 penat la. menjelajah je kulu kilir dah rasa macam drebar teksi le pulak. hahhahaha.... letih. macam2 ada... malam tido sakit2 badan. owhh...camne tu rupanya kalo orang kene keje luar ye macam orang2 sales, repair2 tu. kesian. penatnya. memang le pusing2 dalam kl je tapi penatnya tu. turun naik kereta semua ngadap jem lagi. kita yang ngadap pagi petang je pon dah membising. orang2 yang macam tu lagi le gamaknya. huhuhuh...
~~
so, nak cerita apa ni? jumaat malam tu balik rumah ma. saja la balik2 tengok rumah ma. sapau2 lebih kurang, bukak2 lampu semua. sempat juga basuh baju yang berlonggok2 tu. almaklum.. rumah saya takde mesin basuh. sesekali balik rumah ma kita hentam le guna mesin basuh dia. hahahhaha.... tapi tak tido sana la. sebab obek malam tu ada hal pulak. so obek kata nanti ahad datanglagi tido sini. ok aje.. takde hal...
~~
sabtu, budak adik pegi bukak balut tangan yang berjahit hari tu. saya tak pergi, akak dia yang bawak. mmmm..dia kata ok dah. nampak elok je. kalo elok bagus la. asalkan semuanya elok2 je dah la. jangan pening2 kepala lagi. sabtu petang ingat nak pergi pasar malam tadi hujan le pulak. obek pon balik lambat. so dah malam pukul 930pm tu baru keluar pegi dinner. pi makan sate. huhuhuh...lamanya tak makan sate saya makan banyak2. geram. tak duliklah. pas tu minum abc jugak. tapi abc dia penuh sangat sampai tumpah2 woo.. sabor je la.
~~
ahad, takde buat apa. malas. malas. malas. obek pi hantar kereta servis. bagus le tu kan. balik pon dah petang. pegi jalan2 kat jalan tar kejap. manusia punya la ramia. dah macam nak raya pulak. stok2 baju kurung semua udah sampai. huhuhuhuuu... tudung2 sampai berkodi2. huiyoo... betol2 nak raya dah ni. harga tak tau le pulak. tak tanya. sebab saya jenjalan je pegi kat minarwan tu beli buku. lepas beli2 tu balk la. panas. tu la..cuaca sekarang tak menentu kan. tapi syukur la sebab takde yang serius punya cuaca.
~~
nezha? budak tu memang tau. hari sabtu sudah kena pukul dengan saya. geram betol. saya ni jarang sangat nak naik tangan kat dia tapi sabtu lepas tu entah le camne boleh terlepas lak tangan ni. saya baru lepas basuh toilet.. so basah2 lagi. saya bukak je pintu toilet tu dia terus meluru masuk terus guling2 dalam tu. apakah? haa..apa lagi. naik hantu le saya. pelepekkk kat bontot. puas.... meloncat le dia. terus lari keluar. merajuk wooo.. say apulak dah lepas tu macam baru tersedar. ya allah.. apa la pukul budak tu bukan dia paham apa pon. terus menyesal le ni. so, cari2k dia rupanya dia menyorok tepi katil. diammmmmmm je membatukan diri. saya panggil2 pon dia buat dek je. saya tarik2 usik2 dia, dia diam je mengeraskan badan. dia pon terkejut dog kot sebab tak pernah2 kena kan sekali hari ni kena, tensen le member. hahahhaha... so, dalam dia merajuk tu lelama terus tertido. lama dia tido. petang baru bangun. dia bangun tu saya pujuk2 la. pelok2 garu2 sapu semua lama baru nak elok. huishhh..kuat jugak budak ni merajuk, saya naik takot dan risau pulak. dah malam tu baru ok. ngadu kat obek, obek kata tu laa..manjakan sangat dia tu le pasal. lorrr..makcik jugak yang kena. sabor je la. tapi malam tu dah ok la..hehehhe.. budak kuat merajuk sekarang ni. so cute...
~~
obek? seperti biasa bz je 25jam sehari 8 hari seminggu 32 hari sebulan. sabar ye sabar. nak kena carik duit untuk raya katanya. alahaii.. kecian le pulak dengar. ye la.. raya ni macam2 nak guna duit. dengan rodtek pulak pon time2 nak raya tu le dia pon nak expired. eeeeeee....sabar2. kereta tu nak diguna. camne pon rodtek mesti mau dihidupkan ye tak. penting tu.
~~
apa lagi nak cerita ni. takde idea lah. sekadar nak update cerita pasal weekend. ibu ada sms dri madinah. hehehhee.. ngada je. ma dengan ibu ok2 je kat sana. doa banyak2 ye untuk semua orang. aminn...
~~
kat area rumah saya ada kenduri kawen wiken tadi. hari sabtu majlisnya. mmmm.. biasa la. cumanya berkaraoke terlalu kuat dan lama. lama maksud saya ni sampai ke malam2 lebih pukul 12am. patot2 le kot ye pon nak meraikan pengantin cukup2 le tu. jiran2 nak tido. tukang nyanyi pon suara boleh pecah gunung punya suara. sabor je la. bukan tak boleh bersuka ria. boleh sesangat. cumanya prihatin sikit dengan jiran2. mana yang ada anak kecik2 tu camne. tambah2 pulak area ni kawasan perumahan. kalo kat kampung rumah sebatu 1 tu ada hadap jugak kalo ko nak memekak sampai pukul 3-4 pagi pon lantak le kan. mmmm.. macam2 peel manusia ni. ingatkan dah habis macam tu la.. sekali esoknya ahad pon dok sambong nyanyi lagi. biar betik.... hantu karaoke yang menyerap semalam belom habis keluar lagi gamaknya. sabor je la.
~~
ok la.. nak pi baca2 blog orang. take care.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

6 comments:

meowwmania said...

alorrr...ciannya nezha kena babab yer, pandai merajok lak tuh hehe..biasa la tu kan kata org syg anak tangan tangan kan nak mengajor katanya...yg patut patut jelah

p/s: nezha kalau mama kamu lebih2 ckp kat aunty yer ;)

sesemut said...

kena babab?... sungguhlaaa nezha ni... eh mak nezha ni...
sungguhla x patut..

~daRLee ZuRiS~ said...

semua orang pakat dah start shopping raya kan.sebab time2 nie harga ok lagi.start puasa nanti, melambunglah harga.
sabar ek...obek target nak belikan oby gelang emas penuh tangan tuk raya nie kot ;P

Uncle Lee said...

Hi, my bahasa sebelum Merdeka, but I enjoyed read your this posting, with the short cut words. Had to scratch my headto figure out, but managed to understand, ha ha.
Have a nice weekend and keep a song in your heart.
Lee.

Hazelsyd said...

*icon intai ikut tingkap yg tak tutup rapat*

hellooooooo......
leeyaaaaa........
nezhaaaaa........

you guys alright there?? echooooo.....

ije said...

haha. tomei je nezha majuk duk kat katil.. =)