mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 27, 2011

laporan aktiviti sepanjang ketiadaan peng-update-an blog..



yuhuuuu....
assalamualaikum semua... tu dia.. kan dah kata, lama baru nak sambung menulis lagi. hehehehhe.. tu baru le cakap serupa bikin ye tak. dah kata lama baru akan update, so lama le jawabnya baru nak di update kan. sabor je la. so, bila dah lama tak update, macam2 cerita le ada. makanya hari ni nak le menceritakan kejadi2 aktiviti2 yang telah berlansung tu. tapi ada jugak yang tak dimasukkan dalam ni. ni mana yang sempat amik gambar je la. dah kata saya tak reti or..segan le nak snap2 pic terutama kalo ada orang reramai tu. aduhhh. belom ada keberanian lagi. dalam hati meloncat2 nak amik gambar. tapi hujung2 nan ado. sekian le jawabnya. nak harap obek, lagi sekian. hahahhaha..
~~
so, seperti biasa, cerita bermula dengan cerita nezha. mamat tu elok2 je ok. nakal, comel, degil, baik sikit, pendek kata macam2 peel la dia tu. kekadang naik geram pon ada. kekadang sian pulak tengok dia tu. hehehhe.. nampak je kita siap2 dia dulu lari kejor pintu. elehhh.. ingat kita nak bawak dia keluar le tu agaknya kan. hehehhe..kesian dia. saya ni macam biasa la. kalo nak keluar tu tak boleh kalo nampak dia kat depan muka pintu. mesti macam alahaii..sedihnya. so, mesti kena bawak dia pi dapor dulu tunuk tempat makan ke, tunjuk apa2 le yang bagi dia leka, bila dia dah leka baru saya cepat2 lari kuar ikut pintu depan. hehehhehe... anyway.. dia sihat walafiat. sesapa yang rindu kat dia tu boleh le tengok gambor dia ye. dah kata blog ni memang penuh dengan muka dia je. tensi makcik.
~~
baikkkk... kita bermula dengan aktiviti yang pertama. hari tu kan putrajaya ada buat pesta flora tu. so say apergi la. actually ma le yang beriya2 ajak. standard la dia tu apa lagi.. nak ngejor orkid2 tu le. memang naik gila dibuatnya. banyakkkkkkkkk sangat sampai saya pon naik juling. pandai je ma tu memula kata ma nak pi tengok je.. takde beli2 la. kalo beli pon 1-2 je. sekali tu diaaaaa... macam nak runtuh but kereta makcik dia bedal beli orkid. hambekkkk.... nak sangat kan. memula sampai tu pon dia tak nampak lagi. sekali sampai je kat pintu gerbang tu udah orkind bersusun2 gitu. ayoyoyoyoooo... jangan kata dia, saya pon naik terbeliak mata. banyak betol. pandai orang tu susun2 kan. saya suka yang dia buat ala2 contoh kat tepi2 tu, so masa tu dok berangan le nanti rumah nak buat macam ni le macam gitu le. takde maknanya.. tangan saya ni bukan boleh tanam benda2.. semua mati. tanam pucuk ubi je yang hidop. hahhahaha... so, bermula la episod berjalan2 dalam tu. aduhaii.. letihnya melayan. nasib baik ada bawak kawan ma sorang, ada makcik tu nak gak ikut. so, bagi diaorang pergi jalan2 berdua. memula sampai je kat kedai orkid yang pertama, saya dah terkujat2.... ye la..semua cantik. ma pon naik pening. say aseperti biasa bagi api lagi bagi panas. ma yang ni lawo ma, ma yang ni cantik ma.. cantiknyaa.. lawo ma..beli ni, beli tu. hahhahahahhaa..... lama le dia survey2 tu. saya dah penat melayan saya kata ma dah siap beli kang call kita, kang kita datang amik bunga. saya dengan obek dah penat nak duduk. adoii.. orang pon boleh tahan ramai. saya pergi tu masa hari sabtu yang 2nd last day tu. tapi ada gak yang bawak baby2 kecik macam baru lahir je rupanya. kesian baby nangis2 panas. kita yang tua ni pon kepenatan, lagikan baby yang kecik tu. harus demam gamaknya lepas balik tu. anywayyyyyyy... lama jugak ma kat dalam tu pusing2. saya dengan obek pon ada gak pusing2 tapi takde la beli apa. entah..say asuka bunga tapi kurang minat pulak. kalo pokok buah2an tu saya minat le kan tapi kat mana le pulak nak ditaman. hehehehhee.. nanti la..kalo ada rumah tanah sendiri kita beli ye semua pokok2 tu. insyaallah..doa2kan. bagi senang nezha lari2 kat laman. so, lepas mengangkot bunga2 yang berlambak tu, singgah kat kedai jual buah2an kat tepi tu. saya beli cempedak. mahal jugak. tapi isi sedap manis kuning. balik dari sana, semua pengsan. hehehhehe.... ni pic pergi sana.



pic atas tu ada gambar obek. hehhehe.. saja la try2 snap pic dia. yang gambar 2 bunga bawah tu yang saya kata bunga kat tepi2 jalan masok tu. cantikkkkkkkkkkk...... terus berangan rumah ada laman macam ni. tak dapek nak nolong.....
~~~
last week balik kampung johor. biasa la... dah nak puasa ni kena la balik kampung sana pulak. kata anak kesayangan nak pi jumpa mak dia. elehhhhhh.. mengada je. balik kampung hari jumaat malam sabtu. lepas obek balik kerja. memula takde plan pon. tapi entah camne malam tu obek balik keje pukul 10pm tu dia kata jom balik kampung, kemas baju sekarang. wahhhhhh.. makcik pon melompat2 le mengemas. short notice adalah amat menyeksakan. ye la.. nak kemas sbeg, nak kemas rumah, nak siap2kan nezha sebab kena tinggal. setakat 2 hari nezha tinggal rumah sorang takpe. takde hal. janji siapkan makanan, bukak lampu. hehehhe.. tapi saya seperti biasa mesti la melalak punya kan. apa daaaaaa.... so, dah siap2 kemas tu dalam pukul 1130pm kami pon bertolak. jalan slow2 je la. seronok juga ye jalan memalam tapi gelap la takde nampak apa pon. berenti rehat jap kat rnr melaka beli kuih pau. saya tak makan, cuma makan rocky stick tu je. owhhh..saya memang suka benda tu. sekali hadap je habis dah. tapau kuih pau tu untuk orang kat kampung. ehehhehehe.. sampai kampung dalam pukul 1230am. ok la tu. sekali semua orang dah tido dahhhhhhh... malas le nak kejut2 so tido jugak le. esok pagi baru le berjumpa semua orang. makmidah ajak pegi kenduri malam tu kat melaka. rumah bisan dia. oooo... anak bisan dia ada buat kenduri cukur jambul baby kecik. ooo... boleh aje. dapat gak tengok2 tempat orang kenduri camne ye tak. hehehhee...
pagi tu, lepas breakfaskt kemas2 lebih kurang. obek pulak dah terjumpa mesin rumput. makanya dia pon nak le memesin rerumput tu. elehhh..macam teror je kan. hehehhee.. owh..pandai jugak rupanya dia guna mesin rumput tu. tapi entah apa dah jadi ada hantu mesin rumput dah merasuk dia. dia start mesin dari pukul 12pm sampai ke petang pukul 5pm. gila lah. berenti kejap je untuk minum. saya dah terjerit2 suruh berenti. dengan panas teriknya, dengan bahang panasnya, bukan apa, takot kang dia pening sakit kepala la sebab panas sangat, degil. dah kata degil, memang la kena kan. malam tu badan sakit2 lenguh2 semua nak angkat tangan pon tak boleh. haaaa... rasakan. degil sangat. kejap2 tu la dia insaf mengenangkan orang yang kerja mesin rumput tepi jalan tu. hehehehhehe... ada gak kesedaran ye. malam tu kena marah le dengan mak dia. padan muka. degil sangat. biarkan. saya biar je. malas nak tolong picit2. hahahahhaha....



ye...inilah gambar orang sedang memesin rerumput di rumah di kampung. lihat perutku... buncitkannnn.. hwuhahahahhahahhaa....... belasah je la. kemain lagi dengan spek dia, dengan kain tola gud moning dia, dengan topi entah cilok kat mana, kata uniform mesin rumput. so, sekitar sekeliling rumah semua dah bersih cantik. mmm..agak2 sempat ke nak tunggu raya baru rumput tu naik semula? entah le... harap2 rumput boleh tunggu sampai raya. hehehhee....
~~~
so, tiba masa pergi kenduri kat melaka tu. tak le jauh sangat dalam lebih kurang sejam gak la dah sampai. ok la tu. kenduri tu belah malam lepas maghrib. ngam2 kitaorang sampai orang baru nak baca yasin. so, lepas baca, ada makan2. menunya..... amatlah meriah gila. macam2 adaaaa... ada kambing bbq.. dah kata aqiqah sekali kan. so menu ialah kambing bbq, sup daging, sate, nasi putih laok kerabu entah apa, sebab saya tak makan nasi masa tu so tak berapa nak perasan apa laoknya, ni yang mana saya ingat je la. ada laok ayam masak merah, kari ikan, ikan masin, sambal belacan, ulam2, dan apa ntah lagi. lagi ada kuih2 koripop, kuih lapis, kuih talam, apa ke benda lagi ntah. meriah menunya. amboi2.... makanan pon boleh tahan sedap. lepas makan2 tu sambung ada berzanji pulak sebab baby nak naik buai. baby girl pakai baju kaler maroon. cutenya.. ada reben2 bagai. tapi tengah2 orang dok buai2 dia tu boleh dia bantai menangis kuat. hahahhahaha... terkejut agaknya. dah le yang berzanji tu pakcik2 kan, mau le dia etrkejut tetiba garau je suaranya. hahahhahahha... tapi kami tak tunggu sampai habis kenduri tu sebab balik tu nak singgah lak kat rumah pakcik obek. dia tak sihat so dah sekali lalu tu sekaligus le pergi melawatkan. saya ok je. so, masa balik dapat goody bag. isinya bunga telur, air kotak, kuih bahulu dengan jeli.



ni le gambar pelamin baby baik buai tu. chewahhhhh.. meriah ye orang sekarang nai buai pon ada pelamin2 bagai. cantik. ada bear2. tapi yang kureng sikit kat belah bawah tu dia buat macam ada la laluan tapi dia pi susun dah macam drawfs pulak kat tepi2 tu udah le macam krismas pulak. huhuhuhu...rasanya agak kurang sesuai dalam agenda yang macam ni. tapi entah la.. dah memang macam tu kot decorationnya. tapi sampai ke sudah lupa nak tanya sapa nama baby tu. huhuhuhuhuuuu.. apapon harap baby akan membesar jadi orang yang berguna pada ibubapa agama dan negara....
~~~
balik dari sana, terus pergi ke rumah pakcik obek. saja la melawat dia. obek masa kecik2 pernah duduk kat rumah pakcik tu. so, kira dia agak rapat gak la dengan pakcik tu. sampai2 je bagi le orang lelaki tu berborak. saya dok kat ruang tengah kat tv. haa..baru betol. takkan nak tercongok depan orang lelaki semua tu nak berborak. tak kuasa le. layan tv lagi bagus. masa tu tengah cerita lara croft. tapiiiiiiiiiiiiiii.. tengah syiok2 layan tv sekali ada sesuatu menghampiri... semakin hampir.. semakin hampir.. dan akhirnya.. meowwwwww.. huiiiiii...comelnya anak kucing ni. apa lagi, memang kena gomol le jawabnya. so cute. makcik tu kata mak kucing tu beranak dia sekor je. ooo.. patot le manja bukan main. hehehhehee... dok membelai2 kucing tu sampaikan dia tertido dalam sila saya. amboi2... sedap nampak... betol2 punya lena tido. siap berdengkor bagai. ayoyoyoy.. budak kecik tu memang la. udah le saya nak bergerak pon tak boleh. habis... dia tengah tido kang bangun lak dia kang. sabor je la. diaorang semua dah tau la saya kalo dengan kucing memang gila la jawabnya. hehehhehehe... so, tiba masa untuk balik. owh..sedih. rasa nak je bawak dia balik sini tapi tak boleh la kan.. masing2 ada tempat masing2. lagipon kat rumah saya ni dah ramai beno kucingnya tak larat dah nak jaga. hehehhehee... so, kejut dia bangun, terus dia lompat cari mak dia. ngada betol. anyway.. sayang kucing tu. lagi sekali jumpa mesti dah jadi anak teruna hensem tu. hehehhehee....




ni le gambar baby kucing tu. so cute. tapi dalam gambar ni tak terlihat pulak ke-cute-an dia. hehehhehe... comel, bersih. tu time dia tengah dok main2 gigit2 tangan saya tu sebelom dia tido. tu namanya dalam gendong saya tengah duduk bersila. sabor je la. ni kalo nezha nampak ni harus berkungfu ninja ni. hehehehhehee....
~~~
ok la.. makanya itu je la aktiviti yang sempat disampaikan. dah kata update seminggu sekali harus la panjang kan. dah2.. lepas ni boleh tarik nafas panjang2 ye. hehehhehe.. kepada semua yang baru mem-follow blog ni terima kasih saya ucapkan. dan seperti biasa, nak raya ni saya jual kuih raya ye.. 2 jenis je. tart nenas dan samperit. kalo nak sila roger2.
~~
sebelom berpisah, diakhiri dengan gambar budak busuk ni.. hehehhe... tu muka konsentrate semacam je tu. eeee.... ada rasa nak cubit2 pipi dia tak? sapa nak, angkat tangan sekarangggg!!!!



ok... nanti sambong lagi ye. if ada masa nak pi merayau baca blog kekawan pulak. miss all of you. selamat menyambut ramadhan yang mulia. ampun dan maaf dipinta supaya puasa kita tahun ini lebih berkat dari tahun yang sebelumnya. aminnn.....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Tuesday, July 19, 2011

yuhuuuu...wat pe tu????



hello...
haaa... apa macam? macam ni baru le betol2 puasa namanya. puasa dari segala segi nih. sampai meleleh2 ayaq mata teman nak menahan2 last2 tak tertahan jugak le. hadoihhhh.... apa boleh buat. tapi kira ok jugak la kan lama menyepi. nak gak tengok kot2 ada ke orang yang ingat kat kita yang cun lagi comel ni. muwhahahahhaha..... hadoih...so dah lama tak menulis dah tak reti pulak nak tulis apa. asyik tengok nombor, nombor, nombor sampai naik pening kepala. macam2 hal daaaa...
~~
so, nak cerita apa ye? nezha? huishhh.. mamat tu jangan lah tuan2 dan puan2 risaukan. dialah the most top priority. tu pon 1 hal. dok melayan dia je sampai naik pening. perangai pon boleh tahan. hari tu saya dok bz entah le apa ke depan ke belakang, tau2 terpandang le ada benda atas microwave... ingatkan apa? rupanya nezha udah landing baikkkk punya siap tido2 bagai kat atas tu. sabor je la. memang kena jerit le jawabnya. dah satu keje nak mengelap benda tu pulak. degilnya bagai bertambah2. bab menggaru sofa dah tak payah cerita la. hari2 nak garu. tapi dia pandai, masa obek ada dia tak garu sofa, dia gary kat tempat garu dia tu.. tapi bula time obek takde.. tu dia.. selagi mau menggaru. saya biasa la. biarkan je. lantak le situ. malas nak bising2. bising pon tak guna dia bukan takot dengan saya. ggrrrr...
~~
obek? biasa jugak la. buzy je. saya yang jadi tukang tengok ni pon boleh naik letih dibuatnya. hehehehhee... takpe la. mudah2an semuanya berjalan lancar ye tak. i lebiu obekkkkkk.... (p/s : tomei ada buat offer tu.. taknak ke try2 test tengok). muwahahahhahaaaa....
~~
tup2 kejap je lagi dah nak bulan ramadhan kan. seronoknya. tahun ni entah le camne gayanya ye. echewahhhh... puasa berdua la katakan. raya berdua. belom apa2 dah berebut cop nak balik raya kampung sapa. hahahhahaha... macam budak2. hadoihhh.. sudah semsetinyalah kampung saya dulu. erkkk.. kampung ke? alaaa.. belasah je la. mesti la kena beraya dengan ma dulu. sian ma sorang2. kalo saya takde lagi la silap2 tak beraya orang tua tu. terima kasih obek sebab understanding. hehhehehe.. ilebiu double-double.
~~
persediaan raya? takde apa. seperti biasa memang last2 minit. entah le.. tak berapa minat le pulak. ala..bukan ada apa pon. baju2 je. owh.. tapi tahun ni nak beli pinggan2 lebih sikit la mana tau kot2 ada orang datang beraya rumah ni. hazab kang bagi pinggan kertas or polisterin. ayoyoyoyoooo.... takpe la.. susah2 sangat pow je pinggan cawan dari rumah ma tu. settle masalah. muwahahhaa....
~~
apa lagi nak cerita ni? allalallaa.. takde apa la. saya? saya sihat je. takde pening2 pusing2 de. korang ni suka-suki je buat spekulasi tau. doa2kan je la ye. aminnnnnnnnn....
~~
apa lagi ni? udah la. nanti next week pulak baru sambung menulis. hehehhehe.. gila seminggu sekali baru nak update. relax la.. byeeeee!!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Thursday, July 7, 2011

hello...sorry...

hello..

lama betol tak menulis. macam2 adaa.. hahahhaa.. takpe lah.s emua tu pon hal duniawi. ada kedapatan, ada kehilangan, ada macam2 lah. pendek kata tak sempat le nak menulis kat dalam ni. takpe la. bukan kat sini je pon yang saya tak menjengah, memangtakmasok tenet lansung. menjalankan experimen namanya ni. nak tengok selama mana bertahan kalo tak main tenet. buka cuma untuk urusan email kerja sahaja. tangan gigil2 tak tahan nak bukak main tenet tapi paksa diri untuk bertahan. so.. hasilnya?? berapa minggu ye tak update? hahahaha... maka, misi berjaya.
~~
ok.nanti sambung lagi. rindu anda semua. love all of you..
~~
jangan risau.. nezha sihat walafiat. yang tak sihat tu saya je. huhuhuh...catch you later peeps!!