mari mencari....

Google
 

Friday, August 5, 2011

minggu pertama berpuasa 1432h/2011m...



hello... alolololo..tengok muka dia sedih je monyok sebab kena bangun sahur kan. takde maknanya ye. nezha bulan puasa kita bangun sahur, dia pon bangun sahur. kita berbuka, dia pon berbuka. dan waktu2 diantara bersahur dan berbuka tu dah tentulah dia ada makan gak sebab bila petang saya tengok bekas makanan dia udah tinggal sikit. puasa ke tidak? kita terjahhhh....
~~
hehehhehe... ye kawan2.. macammana berpuasa pada tahun ni? harap semuanya sihat sejahtera hendaknya. harap semua orang gembira berpuasa tahun ni. saya tahun ni berpuasa berdua. chewahhhh... ecehcehcehcehhhh.... gatal le pulak kan. idak le.. tahun dulu2 pon biada je buka puasa dengan obek, kadang sahur gak dengan obek tapi tahun ni rasa lain sikit lah. echewahhh... gatal lagi. entah... rasa lain le. biasa le tu kan. tahun tahun pertama puasa bergelas suami isteri gitu. seperti biasa, saya mesti bangun sahur punya. kejut obek bangun sahur ya tuhan... lagi 1/2 jam nak makan mesti dah nak kena menyanyi kat telinga dia kalo tak.. sekian le jawabnya. hehehhe.. biasa la tu dia penat keje balik keje kadang pukul 2am. pukul 5am dah nak kena bangun sahur lagi tu yang ngantuk terlebih tu. nezha bagus.. tak yah kejut dia dah bangun sendiri. dia rasa je saya bangun dia pon ikut mencicit jugak teman saya masak kat dapur.
~~
so.. waktu sahur saya mesti masak nasi baru laok baru. sian lak kat obek kalo makan laok yang sama dengan buka. takpe la biar variety sikit supaya ada selera makan sahur tu kan tak le bosan je. tambah dia keje penat siang biar ada tenaga sikit gitu. haaa.. me nak tulis jadual makanan sepanjang 5 hari dah puasa ni...
~~
1st day (01/08/2011)-isnin:
sahur--makan cornflakes je. obek kata nak makan ringan. saya kata nak makan nasi ke dia kata taknak. dah tanya banyak kali tak nak jawabnya. ok la..fine. hujung2 tengahhari call ngadu kenapa oby tak masak nasi sahur tadi obek penat. huihh..ini sudah mendatangkan kemarahan ni. sabor je la. hehehhe.. 1st puasa obek tak keruan.. macam cacing kepanasan. kejap2 sms, kejap2 call.. tanya apa? tanya nak buka apa petang ni. ahahahhaha.. macam budak2 la dia tu. layan je la.
~
berbuka--nak sangat pegi pasar ramadhan kan? haaa..bantai. memula pegi pasar malam sebab nak beli laok mentah sikit. tapi kat area pasar malam tu takde la pulak orang jual makanan. maybe sebab dah pindah ke pasar ramadhan. so, gerak ke pasr ramadhan. hari dah lewat. last2 laok semua dah habis. harga makanan especially laok? masyaallah.. mahalnya. nak kat atobat tu idak le tapi serik le nak beli lagi. mahal sangat. saya beli laok kari kambing harga rm10. ikan kembung kecik sekor rm4. terkedu terkejung tapi nak buat camne..bayar jugak la. serik rasanya. saya cakap kat obek mulai hari ni berbuka saya tetap akan masak. obek cuma perlu beli kuih2 je la kalo teringin. tak berbaloi rasanya walopon makan berdua. takpe la saya penat sikit tapi berbaloi dan puas hati makan. nak buat camne kan.. aduhhh..spoil betol puasa 1st day tu.
~~
2nd day (02/08/2011)-selasa:
sahur--haa.. since semalam dia bebel letih la penat la lenguh la kejung kejang la kan.. makanya malam ni saya masak sahur. semangat ni bangun masak sahur. hehehhee.. ni je la sesatunya gambar sepanjang puasa seminggu yang dapat saya amik. huhuhu.. yang lelain tu bukan tak ingat. masa tengah masak ingat dah nak amik gambar sekali lupa le pulak terus makan. dah siap basuh pinggan baru teringat. memang sekian le jawabnya. so, 2nd day sahur saya masak asam pedas ikan, kerang masak sos tiram & telur dadar & ulam timun. air teh o suam la kan. mmm... habis makan makan. memang masak ngam2 sikit je sebab taknak simpan2 dalam peti ais dah. tak syiok la. so, siang tu baru la obek takde la ngadu letih la penat la kejang kejung la. hehehhe.. tapiiii.. agenda ke pasr ramadhan tetap le ada. hishhh.. not good..not good.. suka beno dia ke pasar ramadhan. saya kata pegi la mana nak pegi pon. cuma saya pesan jangan beli bebanyak. membazir je kalo tak habis. sayang duit, sayang makanan.



berbuka--mmmm..apa ye..ingat2 lupa lah. owhh..saya masak gulai lemak cili api telur dengan goreng ikan. hehehehe.. jadi la kan. kenyang jugak. janji ada kuah dan ada yang pedas. aduhh.. leceh la kena makan pedas. tapi takpe.. sebab tu ada buat ikan goreng tawar untuk saya. hehehhe... obek pegi pasar ramadhan beli kuih2 la. kuih yang dia suka tu kuih lopes dengan kuih tepung gomak. hari2 pon mesti nak kuih tu. huhuhuhuuu.. saya tak kisah. dapat air mata dah puas hati. kononnya.. walhal saya yang kasi perabih. hehehhee...
~~~
3rd day (03/08/2011)-rabu :
sahur--bangun masak sahur jugak. kali ni masap sup telor+suon dengan sambal ikan. haa.. masak yang senang2 je dah. lagipon bukan nak makan beriya tapi nak gak makan kan. hehehe.. air seperti biasa mesti teh o. kali ni make sure obek sahur banyak2 sebab dia nak berangkat ke jb ada keje. huhuhu..sedihnya... petang ni kena buka puasa sorang2. nangis woooo... so, lepas subuh tu obek bergerak ke jb. uwaaaaaaaaaa......
~
berbuka--since obek takde.. nak masak apa pon malas. sedih, sedih. nangis je melalak. hehehehe.. takpe la.. nezha ada buat teman bergaduh. dia apa ada hal.. dia tak pedulik semua tu janji biskut dia ada. sabor je la. tapi berbuka tu saya masak gak sardin. jadi la. makan sekadarnya je. goreng popia segera ada beli hari tu, jadi la. petang tu obek call tanya berbuka apa semua2 tu. so, apa lagi la..mengadu la menangis melalak2 dalam phone. hehehehhe... ntah hapa2 je. so, nak makan pon tak selera. takpe la. harap keje obek siap cepat boleh so boleh le sahur sama esok.
~~
4th day (04/08/2011)-khamis :
sahur--haaa..kali ni obek dah balik. hehehe.. obek bawak kereta laju2 dia cakap. sampai rumah pukul 3am. hehehhe..sian obek. keja teruk. i love you obekkkkk.. so, takpe..kasi dia rehat dulu. macam biasa pukul 430am saya bangun masak sahur. saya panaskan sardin tu, dengan masak telur dadar, ulam kacang panjang. kali ni buat air milo sebab takot obek tak larat makan nasi boleh kenyang sikit minum milo. sian obek. so, makan la kami berdua sahur tu.. opss..silap.. bertiga..dengan nezha sekali menyebok mesti nak duduk sebelah saya. hishhh....tak kasi chance orang nak dating2 la mamat tu.
~
berbuka--obek keje luar. dia kata dia balik lambat tapi saya still masak jugak la kan. since dia kata dia buka kat luar je dulu malam baru balik so saya tak le masak beriya. cuma masak taucu ikan. tapi bahan2 untuk goreng sayur dah siap2 potong simpan dalam peti ais just in case dia balik malam kang nak makan saya senang je masak sebab semua dah sedia. obek sampai rumah pukul 10pm. sian obek buka ntah hapa2 je. buka dalam kereta. hehehehhe... dah pukul 8pm lebih baru dapat jumpa kedai yang lapang sikit baru dia makan proper dengan kawan2 dia la. dia kata dia makan tomyam dengan kawan2 dia. hehhee..
~~
5th day (05/08/2011)-jumaat:
bersahur : pagi ni pon sahur simple je. panaskan laok masak tauchu tu sebab tak berusik pon. masa buka tu saya just makan timun2 & kacang panjang dia je. dengan buat telor scramble je la. tanya obek nak makan laok lain tak dia kata takyah. hehehe.. fuhh..selamat. hahahhaa... minum air teh o. owh..dengan soya bean kotak. belasah je la. janji kenyang.
~
berbuka : hani le tu kan. hari ni masak sambal tumis udang dengan gulai lemak putih suon+fucuk+tahu+cendawan. sodappp.hahhaha.. sendiri masak sendiri puji le. habis sapa lagi nak puji. obek pegi pasar ramadhan beli kuih lopes, popia & kole kacang. dengan air mata kucing. hehehhee.. sian kucing kena nangis banyak sebab saya nak minum air mata dia. hahahhaha.. untuk nezha.. bagi dia rasa kuih kole kacang tu. fuhh.. macam nak pulak makan. baik simpan dan bagi sikit je kat dia kalo tak kang saya punya portion habis dia kebas. bukan boleh percaya budak tu. hehehhe...
~~
so..itu le ceritanya selama dah 5 hari berpuasa. insyaallah.. nanti update lagi dan amik gambar kalo tak lupa. hehhehe.. tahun dulu2 balik keje je dah siap ada je makanan tergantung kat pagar obek belikan, tinggal ngap je telan. tahun ni..udah jadi hari2 masak le pulakkkk.. tu la kan.. masa berubah, keadaan pon berubah. tapi relax la.. ni baru 5 hari puasa, ada lagi 25hari nak menjelma nih. entah apa la pulak yang terjadi. hehehe.. harap2 terus rajin memasak. simple2 sudah. nak masak yang vogue2 macam kat dalam tv tu tak reti le. tak pandai. kadang saya bosan gak pusing2 asyik itu je menunya. nanti la nak cuba2 masak yang pelik2 tu. bukan apa, takot tak menjadi kang nangis wooo. hahahha... korang lak camne cerita puasa? takpe..kejap lagi saya pusing2 blog korang nak baca cerita.
~~
ok la.. sebelom mengakhiri tulisan hari ni, mari berdoa semoga kita semua sihat sejahtera sepanjang ramadhan ni ye. selamat berpuasa semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~
~~



diakhiri dengan gambar budak comot tido. masa sempat je dia tu. hehhehe..geram2. hari2 picit dia pon tak puas2 gak lagi. pendengki bukan main, asal nampak je kucing luar tu dia punya bising, macam nak pecah rumah walhal kucing tu kat luar jauh nun bukan depan batang hidong dia. saje je dia ni tau. dengki. anyway.. pada sesapa yang nak menyampaikan salam pelok cium untuk dia tu dipersilakan. saya akan pelok cium dia bagi pihak anda semua. ada ke? hahahhaha....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

3 comments:

meowwmania said...

untunglah obek dpt isteri rajin masak, mesti makin sihat obek tu kan ngeee....

alohhh nezha awat la muka monyok je camtu hahahaha...tp geramlah kasi cubit skit pipi dia tu yerk :D

Hazelsyd said...

slamat berpuasa leeya..panjangnyer citerr..kena datang bnyk2 kali sambung baca hehehe

betul, masak jer lah apa2 pon janji menyelerakan dan kenyanggg kan kan

Misz Pinkie Winkie said...

nyum.nyumm..sedapnya.
samalah kita.....
tapie rasa puas kan bila suami makan lauk yg kita masak ;)