mari mencari....

Google
 

Monday, September 26, 2011

budak-budak belakang kesayangan saya..

helloooo....
haaa..mari-mari-mari.. fuhh..penat woo mau load ini gambar. banyak lak tu kang. jangan habis space untuk gambar dalam blog ni udah. harus makcik nangis. tak le kot..sebab selalu say aletak gambar sikit2 je kan baru hari ni nak letak banyak sikit.
~~
gini le al-kisahnya.. hari tu saya ada le baca kawan2 yang nak kan gegambar budak2 belakang ni. so, setelah berhempas pulas menonggeng siap sampai terjatuh lobngkang bagai, makanya hasil kerja beberapa hari telah siap. sebab apa beberapa hari? sebab kalo sehari je try nak amik gambar takdapat complete. sebab kejap yang sekor ada, yang sekor lagi takde. makanya kena le menunggu budak2 tu semua muncul baru boleh amik gambar.
~~
wokeh.. budak2 nisemua dok kat belakang rumah saya. ada sangkar tapi diaorang memang lepas bebas nak pegi mana pon. budak2 ni pandai. kalo main pon tak le jauh2 sangat nanti masok balik lompat pagar. cuma kalo yang rajin jauh sikit tu budak neji tu. itu budak aaa.. banyak pandai pegi jalan2 jejauh wo.. saya risau. bukan apa, sini kereta banyak, anjing banyak, manusia pon banyak! kang bukan pasal dia tak reti balik sendiri, takot2 le kan. saya ni kan suka je nak suspicious yang bukan2. saya selalu je nak susah2 hati pasal budak2 ni kalo petang2 waktu bagi makan ada yang tak muncul. sangkar cuma untuk tido malam saje. mesti ada displinkan dia. biasa pukul 7pm lewat2nya mesti dah masok sangkar. tido dalam sangkar. esok pepagi lepas suboh say abukak sangkar, haa..pegi le ko mana nak pergi pon janji balik rumah. cuma yang bebetol totally off sangkar ialah neji, abang & nikky. diaorang ni pandai jaga diri. tak tido sangkar pon dia tido atas sangkar. kasi panjat sangkar tu. belasah le. janji balik rumah. tu je saya mintak. so..mari kita tengok gambar budak2 belakang saya.. walopon diaorang ni duduk belakang, ketahuilah..saya sayang semuanya.
~~


ni masa time baik hati. boleh le berdekat2 kalo time hati panas, sekor pon takmau dekat2 semua nak bercekau. setakat ni takde yang bercekau terok2. cekau2 manja namanya tu. tu kat gamabr ialah neji, nikky & nesso.



yeee...makan time. nak tengok berkumpul ni je la pon masanya. selain dari tu semau berterabor buat hal masing2. semua dok sebok melantak, nego sorang pandang camera. apakah???



ni nama nexin a.k.a abang. ingat lagi tak previous entry dolu2 yang pasal budak abang ni operate mata dia sebab bergaduh dengan neji? ada.. cari gali balik entry dulu2. sampai sekarang sebelah bijik mata putih je. doktor kata setakat u je boleh diubati. takpe la.. nampak agaknya cuma tak terang kot. perangai abang, dia ni jenis cool. dia ni kalo orang tak kacau dia, dia takde hal duduk lepak sendiri je. kadang2 ada gak gaduh dengan samseng or dengan neji tapi jarang sangat. biasanya dia memencil je. tak kuasa dah dia nak melayan kucing2 lain yang muda2 tuh. hahahahhaha....



ni lagi muka dia. comot tetap comot. mana tak comot, entah cerok mana dia pergi. kalo dengan saya dia manja. panjat2 saya, meleser2 kat saya. kadang saya layan jugak la. sayang abang!




ni namanya nemey a.k.a mama. hehehhe.. kalo saya panggil mamaaaaaaaaaaaaa.... cepat2 dia datang. paham kita cakap apa. very the garang dengan jantan. hehehhehe... kalo ada jantan yang nak dekat mula la nak marah2. marah2 kucing namanya tu. muwahhahahhaa... kecik je budaknya tak le besar. dia ni mama kepada nesso. ingat tak?




ni lagi muka mama. tengok la loceng collar dah tercabut entah le mana. sebenarnya semua budak2 tu ada pakai collar tapi tak panjang nyawa collar tu. habis tercabut terlerai. ganas sangat la. entah sebab gaduh le , main ganas sangat ke apa ke. ke sebab saya beli yang jenis murah punya? hahahhahaha... agaknya la. saya beli yang jenis macam clip tu bukan yang macam jenis ada pin macam tali pinggang tu kan. jenis klip plastik tu memang senang je nak cabut. takpe la..nanti ada duhet lebih kita beli lagi ye. sayang mama.




ini??? ayoyoyoyooooo..... ini namanya nego a.k.a si gendut. sebab gendut beno. ingat tak dai ni le anak kucign yang lahir ada 4 ekor tu adik beradiknya. nefo, necho, nejo & budak ni nego. tapi yang lagi 3 tu m.i.a. sedih la.. bukan dengan saya rezekinya. cuma ada nego je. tu la..dah banyak2 ni dah terlupa nak snap gambar mak kepada nego iaitu nemo. aduhhhh..pening2 mana nak carik budak tu. tengok je la pic lama tu ye. nego punya perangai, very the gelejat tau tak. ganas. dia tak kira siapa, semua dia belasah ajak lawan. dengan abang yang besar tu pon dia berani nak lawan. dia ni badan memang besar. mok2 sikit la dia ni. tu pasal panggil gendut. hehehhehe... very notty pon ye. dia ni yang paling liat masok sangkar kalo time petang. mau saya berkejar keliling rumah baru boleh dapat tangkap dia. memang dasar tau budak ni.



ni pon entah apa nasib bertuah dapat shoot muka dia, kalo tak tu asyik le melompat sana sini. jang jadi mangsa ialah pokok pisang belakang rumah saya. tu je la pon pokok yang ada. itu le yang jadi mangsa budak2 ni kot la nak bercekau ke, nak mencakar ke, nak memanjat ke. hehehhee.... nego pon suka buli budak lain. paling dia suka buli ialah nesso. tak pasal2 je kang dia pi ketok kepala orang tu. dahhh... bergaduh. sabor je la. tiap hari pon bontot dia memang kena pok2 dengan saya. geram!




tengok tu. lari sampai menyorok bawah sangkar. eeeee...tensen makcik. siap jelir2 lidah lagi tu. hehehhehe.... sayang nego.




hehehhee... yang ni nama nelly. memula dulu ingatkan dia ni betina sekali jantan daaa.. habis takkan nak tukar namakan? belasah jugak la nama nelly. tapi kita refer to nelly the rappers tu kan. ok la tu. perangai dia pon memang ala2 rappers pon. melompat sana, menerkam sini, terkujat sana, meleser sini. kadang2 macam tengah shuffle pon ada budak ni punya perangai. tak reti duduk diam. dia ni selalu masok dalam rumah. tapi dah masok rumah kang habis semua dia panjat, sofa, kabinet tv, kabinet dapor. nezha pon tak pernah nak panjat2 tempat macam tu. dia ni adventure terlebih sikit. tak reti takot lansung. dia ni kalo masok dalam rumah for sure mesti gaduh dengan nezha. hehehehhe.. nezha biasa la dia mana berkenan dengan orang bising2 ni. nelly ni dia kena duduk dalm sangkar. saya tak lepaskan dia. dia cuma lepas kalo saya ada kat belakang tu. sebab dia ni lain sikit perangai dia, menggelejat terlebih, plus.. saya takot orang kidnap dia. sebab pernah hampir terjadi. fuhhhhh.. mintak dijauhkan. so, samada dia lepas dalam pengawasan saya, atau dia dilepaskan dalam rumah. itu jam ko nak bergaduh berperang dengan nezha pon lantak le. janji ko selamat ada depan mata saya.




ni pon bukan main payah nak amik shoot muka dia. tak reti duduk diam. dengan obek je dia ada sikit takut. sikitttttt je bukan banyak. ada le beso hujung kuku agaknya. nelly kalo masok dalam rumah obek mesti pening kepala sebab habis nanti kertas barang kerja obek dia nak kerjakan. hahahhaha.. biasa saya akan pastikan nelly & nezha tak berada di satu tempat yang sama. kalo sekor dalma bilik, sekor kat dapor. gitu. baru rasa aman dunia kalo tak ya tuhannnn.. berperang!


lagi satu shoot dari tepi pulak. hidong ada tompok hitam. satu perangai nelly ni dia ni suka mogok. ye... mogok lapar. tak makan2. kalo kena marah, sanggop tak makan. say atau sebab tengok bekas makan dia tak berusik. owhhh.. very the pendendam mamat ni tau tak. tapi saya sayang dia walopon dia suka menggelejat. hehehhe..sayang nelly.





ok.. ni pulak nesso. ingat lagi nesso? anak kepada mama, yang dulu lahir dia sekor je tu. ni le dia dah besar. dia ni sebaya dengan nego tu. cuma tua sehari je. tapi sekarang saiz madan ada sikit kecik dari nego. selalu mejadi mangsa buli dengan nego. tapi dont worry, dia pandai melawan balik. boleh tahan garang gak budak ni. paling manja dengan mama dia. ye la..anak tunggal le katakan. masih menyusu lagi. apakah??? dah besar2 ni masih lagi nak berkepit dengan mama dia. dia tak tau silap2 tak lama lagi dia dapat adik baru. hahahhahahaha.... tengok la tu muka dia tertonggek2 siap jelir2 lidah. sapa tak geram?





nesso pon jenis relax takde hal punya. lincah main2. apa pon dia suka. manja pon ye. tapi dia ni ada sikit penakot. asyik la mengekor mama dia je. tak boleh jauh sikit. harus berkejar balik nak berkepit. belasah la. mama pon asyik la manjakan dia sangat. pandai masok sangkar sendiri kalo petang2 tu. hehehehhe.. semua bijak2 budak2 ni. tu yang buat saya geram tu tau tak. sayang nesso.





yang ni? yang ni nama neji. dia ni pengawal rumah saya. kerja dia mengawasi rumah dari dimasuki oleh kucing2 lain. selalu bergaduh dengan samseng sebab samseng kan selalu nak cilok masok rumah makan.hehhehe.. hari2 mesti dengar dia gaduh dengan samseng. meowwwonggggg.. meonggggg.. ngauuuuu.. ngauuuuuu..hishh.. disebabkan dia ni selalu bergaduh tu le kadang aja jiran yang tak suka sebab bising. alaaaa... berapa lama beno le kucingbergaduh. 5 minit pon tak sampai. tu pon nak jadi hal. so, sekarang kalo dia bergaduh saya akan lari ke luar le cuba jauhkan dia dengan samseng tu. pada saya takde hal kalo setakat kucing bergaduh. bukan masalah pon tapi ye la.. bukan semua orang suka kucing kan. takpe la..saya mengalah la halau dia jejauh kalo dia gaduh tu. tapi tu pon kalo dia gaduh dekat dengan rumah, kalo gaduh jejauh sekian le saya nak pegi leraikan. hahahhaha...





neji selalu tido atas bumbung rumah. wahhhh gitu. ala2 tido kat menara kawalan le tu kan boleh nampak semua view. sabor je la. dia memang totally off sangkar. dia ni berdikari sikit. kalo time makan pon dia bagi budak2 lain dulu makan baru dia makan. memang boleh diharap dia ni untuk menjaga rumah. manja sangat dengan saya. pantang kalo saya ada kat luar, harus nak memanjat saya suruh dukong. hehhehe.. dia ni la yang saya jumpa bawah pokok masa hujan. mengiaw2 sepanjang malam hujung2 pukul 4am saya keluar rumah mencari bunyik mengiaw tu rupanya atas bukit depan rumah. dia nampak saya je terus berlari pelok saya. wahhhh.. drama sungguh. masa tu dai kecik lagi. baby. sekarangggggg... dah jadi bapak orang. tapi manja tetap manja. sayang neji.





ni namanya netto. baru lepas beranak. dapat anak sekor, pon putih macam dia jugak, entah sapa le bapaknya tak dapat dikenalpasti. sebab pernah jugak nampak dai dating dengan neji, dengan abang pon pernah. haiyookkkk.... very protective dengan anaknya. jangan le kita nak dekat, harus dimarahnya. hehehhe.. kadang tu saya nak amik bekas uk-uk pon dia bising2, dia ingat saya nak amik anak dia kot. hellooo.. takdenya orang nak amik anak awak. anak awak tu mulutnya bising betol. sekor je pon tapi bunyik ngalahkan 4 ekor. sabor je la. hehehhee.. so, setakat tu je la yang dapat amik gambar baby dia. dia tak benarkan. ni photo please katanya. hehehhe...





tak puas hati amik gak lagi 1 shoot. dia memang tak berlekang dengan anak dia. dia cuma akan bangun untuk uk-uk, makan dan minum. selain dari tu asyik la berkepit je dengan anak dia. tu pasal anak dia pon terlebih mengada, tak boleh kalo mak dia bangun kejap mula la nak berkicau mulutnya. huhuhuhuhuuuu..... neto ni je yang lain sikit sebab mata dia biru. budak lain semua mata kucing. hehehhee... baru2 lepas beranak ni je comot, kalo tak tu macam beauty queen. asyik le nak melawa dia ni. pon manja jugak. suka makan kalo disuapkan. kadang2 saya layan juga kalo ada masa. kadang2 tak layan. hehhehehee... makan sendiri le woi. dia ni yang paling senang kalo nak dibagi makan ubat. bagi gitu je dia dengan sendiri nganga mulut makan. kalo budak lain, astagfirullah... boleh pengsan dulu kita dibuatnya baru dapat bagi makan ubat. apaon, saya sayang netto.





yuhuuuuu.. ni sapa ni ramai2 ni? hehhehehe... ni anak2 nikky. 4 ekor. tu tengah tido semuanya. semua baik2 perangai (setakat ni le, ke depan2 tak tau le). sikit tak berbunyi memekak. diam je. tapi saya risau kot2 budak2 ni bisu ke so hari tu saya cubit sekor2. meowww!!! owhh..ada suara rupanya. hehehhe.. ye la kan. harus le nak check dah tu baik bebeno tak de nak mengeow mintak susu kat mak dia. mak dia nikky a.k.a cik kiah. sangat menjaga anak2nya dengan rapi sekali. dia ni lagi over protective, tak bagi lansung anak2 dia keluar dari besen tu. kalo kucing lain nak datang dekat nak tengok pon dia tak bagi. hehehehe... saya takpe..dia bagi.





ni muka cik kiah kita. sebab apa panggil cik kiah? sebab very the kiah dia ni. tukang mengadu pon dia, tukang menyebok pon dia, tukang merempit pon dia. segala2nya dia le. kiranya dia ni reporter untuk rumah ni. dia ni kalo ada kucing kat luar pagar ke, ada apa2 benda ke nanti dia mengeow bising2 tau mengadu kat kita. sampai le kita keluar pi ikut dia tengok apa ke bendanya baru dia diam. kalo tak selagi tu la dia menyanyi kat pintu tu. sangat suka meleser kat kaki kadang sampai susah nak berjalan. pasal dia le saya jatuh longkang. saya nak jalan dia pon nak menyelit celah kaki haa.. ke longkang jawabnya. sabar je la.




ni tengah relax le ni. sejak lepas beranak ni keje dia makan, bagi susu kat anak. hehehehhe... dia ni dulu minah rempit tau tak. entah2 kucing2 mana pon dia berani ikut. tapi tak le sampai tak balik rumah. dia berjalan ke mana pon nanti petang dia balik. hari2 setiap pagi memang dia dulu yang menyapa saya. mesti dia yang pertama mengeow. dia ni jenis tido tak lena. ada je bunyi sikit dia dah terjaga. macam saya le tu. hehehehhe.. jaga anak2 baik2 nikky. semua babies saya belom bagi nama. tak kehabisan hurup.hhehehhehe.. sayang nikky.






well... well... ni le si samseng yang selalu saya cerita tu. tengok le muka dia.. macam nak makan orang. dia ni memang kucing terbiar. hidop berkelana. mana2 pon rumah dia. berjalan selagi mau. saya pernah jumpa dia kat blok hujung sana. punya jauh dia berjalan. kiranya habis dah 1 taman dia jelajah. dia selalu datang rumah saya sebab nak makan. haa..tu pasal le bergaduh dengan neji. si neji tak bagi dia masok, dia beriya2 nak masok. dia kalo dapat mangkok makan tu memang dia bedal sampai habis sebijik pon tak tinggal. hehehhehe... jarang sangat dia dapat masok kecuali time dia datang tu neji takde kat rumah. kalo ada, jangan harap le. so, sebab tu kadang saya tuangkan sikit makanan kat luar pagar so that dia pon boleh makan kalo dia ada singgah sini. sangat garang dia ni. dia pernah cakar saya kuku terbenam dalam. sakit wooo.. nangis saya. bisa. ye la..dia bukan jenis kucing dimanja2, dia bila kita dekat dengan dia, dia ingat kita nak pukul dia agaknya. saya tak pernah marah dia kalo dia datang cuma saya pastikan dia tak bergaduh dengan neji. ala.. berapa banyak sangat le pon kalo dia makan (walhal memang banyak pon!!!). hehhehehhee.....



memang rezeki sangat nak dapat shoot dia ni. biasa ni kita nak dekat je dia dah lari. dia pernah nak cas2 mama & nemo. ewahhhh...ada hati ye. tapi mama & nemo tak layan. hahahhahahah... nasib ko le samseng. walopon dia ni hidop berkelana, tapi badan sihat. bulat je ha... samseng pon samseng la..saya sayang samseng!





mmm...ni gambar kalo time makan. bekas ada 3 saya letak. berkerumun le budak2 ni makan. jangan risau, kat dalam sangkar masing2 pon ada bekas makan jugak. 3 bekas ni untuk sesapa yang nak makan le kan. kat sangkar memasing tu memasing punya. huiii.. budak2 saya ni ada sikit kedekot ye. orang lain jangan cuba2 nak try test masok sangkar orang lain. boleh bikin gaduh woooo... aduhh.. pening kepala melayan budak2 ni.



ni time main2. entah le main apa budak2 ni. melesek2 je saya tengok. layan je la.



ni kalo time nelly masok rumah. bukan boleh berdekat dengan nezha. harus bercekau sampai tercabot2 bulu. menambahkan keje saya je nak mengelap menyapu bulu. tensen makcik!!!!!


saya selalu pesan, kalo tak suka tu jangan le duduk dekat2. jauh2 duduk. rumah ni punya luas sorang boleh dok depan sorang boleh dok dapor. ini takkkk.. dah tak tau suka tu nak jugak mengekor. ni masa ni nezha tengah menyakat nelly. nezha datang dekat nelly marah2 kuar bunyik bising. hehehhehe... biasa gaduh tak lama. takat meow2 je la. nak kata bergumpal2 tu jarang sangat la. biasa lepas menyakat, nezha akan buat hal sendiri je la, tido ke duduk le memana. nelly pon buat hal sendiri, which is... menggelejat. huhuhuhuhu...




yang ni??? yang ni kalo sapa tak kenal memang saje la jawabnya. harus makcik tutup blog lepas ni. hehehehhee... ni le raja dalam rumah ni. sabor je la. so, nezha syukur le awak dok dalam rumah orang lain dok luar rumah. budak2 luar tu kadang saya bagi gak masok, saje bukakkan pintu tapi diaorang tak berminat nak masok. jenguk2 pas tu keluar. mmmm... malas agaknya dia. nezha kalo keluar pulak bukan nak jalan2. nak duduk je atas tanah tu. mmm.. lagi sekor punya perangai.
~~
sini takde pokok sangat. kawasan pon tak luar. belakang rumah saya tu ada le sebasar kangkang kera. jadi la. ada gak rumput dan sebatang pokok pisang untuk buat budak2 tu main. lepas tu dah jalan raya. saya tak kisah budak2 ni keluar tapi janji mesti balik rumah. selalu setiap pagi saya mesti berpesan macam tu. nak main ke, nak jalan ke boleh tapi jangan jauh2 dan bila petang mesti balik rumah. setakat ni ada gak yang semalaman tak balik tapi esok pagi2 dah ada. pegi clubbing agaknya tu pasal tak sempat nak balik petang tu. sabor je la. saya kalo salah sorang takde tak balik waktu petang mula la jiwa tak tenteram. kejap2 kang pegi tengok belakang dah balik ke belom, kejap2 jenguk belakang. selalu pesan kat neji suruh carikan budak2 mana yang tak balik tu. risau lah.
~~
jadi...itu le budak2 saya. pasal budak2 ni semua la saya kalo nak berjalan jauh lelama tu jadi sedikit hal la. simen belakang tu hari2 mesti dibasuh, uk-uk mesti dibuang, makanan mesti dibagi. kalo setakat 2 hari takpe la..boleh lagi, kalo lebih dari 2 hari saya dah mula menggelabah. asyik pikir nak balik cepat je.hehehhehe.. so, sekarang memang dah upah seorang pekerja obek tu kalo kitaorang pegi balik kampung yang lama2 memang mintak dia tolong jagakan budak2 ni. mmmmm... kadang orang tak faham cakap saya ni membazir2 je bela kucing banyak2 ni. nak kena bagi makan 1 hal, nak kena kemas 1 hal. tapi entah le... saya tak pikir lak semua tu. sebab saya sayang semuanya. walopon sekor2 muka comot celoreng2, tapi sihat2 sudah la. mereka le tempat saya nak bermanja2 bercakap2 berkawan2 bermain2. kalo takde budak2 ni sunyi hidop saya. terima kasih pada obek yang memahami saya dan sanggop berbelanja untuk kucing2 tu. hehehhehe... cuma obek kalo bab buang uk-uk memang dia takmau buat. chehh!!!!!
~~
ok lah.. panjang sangat le pulak entry kali ni.. harap enjoy!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, September 22, 2011

cerita ringkas...


hello...
mmm..seperti biasa dah start balik le kan takde idea nak menulis. hehehehe... biasa la tu. banyak benda lain yang nak dipikir tu le pasal. anyway... permintaan anda2 semua untuk tengok gambar bebudak belakang akan dilaksanakan. diaorang tu malu2 kucing lepulak. macam tau2 je saya kuarkan camera dia pon melompat2 lari. geram lah. sabar ye sabar. saya pon takde koleksi gambar diaorang tu. nanti saya buat ye.
~~
so, apa nak cerita hari ni? nezha biasa je sihat walafiat. manja terlebih. pantang nampak kita relax mula la dia mengeow2 menjerit then terus baring tergolek suruh garu perot. sorry ye. saya nak relax2 tengaok tv. perot sendiri garu sendiri le. obek selalu jadi mangsa sekarang. dia nampak je obek baring kat sofa nanti dia datang gesel2 tangan obek. hehehhehehe... merasa le amik alih jawatan menggaru perot tu. takpe... layan je la.
~~
petang semalam dengar budak nangis2. haa...sudah. sapa le pulak yang nangis ni. kejiranan sini kurang ada budak2. kebetulan waktu tu obek pon balik keje so saya kuar bukak pagar. owhh... rupanya anak jiran sebelah nangis. saya tanya kenapa? mak dia cakap dok bergaduh berebut anak kucing dengan anak jiran lagi satu. lorr.. budak2 ni. anak kucing tu anak kucing terbiar. mak kucing tu beranak then pindah randah anaknya ikut sukati dia je. hari tu dia ada datang rumah saya. tapi letak anak dia kat depan. bawah kereta. mulutnya pulak ya tuhan.. bisinggg meow2 tak berenti. hehehehe... nak alihkan ke belakang kang mak dia tak tau lak kan, so biarkan je la. hari tu ada 3 ekor, tapi semalam akak sebelah cakap ada 2 je. mmm... nasib le tu kan. dah cakap kat luar tu banyak anjing2 jalan2 tu. so, mak dia pon pujuk2 le anak dia jangan nangis. akak tu cakap nak main kucing pi rumah aunti (saya le tu), rumah auntie banyak kucing. saya kata ha.. mari la tengok kucing kat belakang. taknakkkk..katanya budak tu. mak dia kata jom2 kita pi tengok, ada kelabu ada hitam.. jom.. budak tu jerit nangis... taknakkkk... nak amik terussss!!!!!! hah? saya kata kalo amik terus aunti yang nangis nanti lagi terok. hahahhahaha.... budak2 kan. sukanya sekejap tu je. lepas tu kang dia pon lupa. pas tu saya pon masok rumah. mak dia pujuk2 dia lagi entah le cakap apa2 ntah. hehehehhehe.. budak tu kecik lagi tadika rsanya. alalalla.. kalo nak datang main kucing saya takde hal. lagipon kucing tu ada je lepak2 kat belakang tu bukannya dalam rumah pon. hehehhe..so cute budak2 gaduh.
~~
pagi tadi saya hangin betol. tengah kemas2 bilik saya carik selimut takde. bengang tau tak. takkan le hilang macam tu je. saya ni dah le cepat je nak naik darah makanya mengempas2 le saya masa tu sambil mulut bebel2.
~
he : apsal ni? ngamok2 ni?
she : ye la..carik selimut ni ntah mana halanya. takkan le hilang pulak tetiba je.
he : carik selimut? mmmm...
she : ye laaaaaaaaaaaaa...carik selimutttttttt..hilanggggggggggg..
he : ......
she : (bebel-bebel-bebel-bebel)
he : tu apa? bukan selimut ke tu yang sangkot kat bahu tu?
she : hah?? erkkk... hehehhehe..sorry...
~
hantu betol. rupanya selama saya membebel tu selimut tu ada je tersangkot kat bahu saya. dah siap lipat pon. lorr.. tak perasan lansung. ada terasa benda kat bah tak entah le tak tertoleh le pulak. hahahhahaha... sorry le ye. makcik tak perasan.
~~
malam tadi saya try test cuba buat kuih getas. tau ke kuih getas tu camne? ala..yg macam kuih gelang tu...tapi ni dia tepung pulut ada campur kelapa parut sikit. then goreng. masa nak buat gula salut dia tu jenuh le menalipon sana sini tanya camne ke gayanya. saya tak pernah buat gula tu. so, call ibu. ibu cakap masak air gula, sukatan 1:3, means, if gula 1 cawan, airnya 3 cawan. oooooo...gitu ke. pas tu dia kata tunggu sampai mendidih, sampai ada buih2 besar. hahh..sudahh..camne lak tu kan ada buih2 bagai. parti buih kah??? pas tu dia cakap kena hati2 jangan lak kang sampai jadi gula hangus lak. adoihaiiii...susahnya. banyaklak cengkadaknya. tak boleh ke mesin je gula tu buat macam gula salut donat tu? ibu kata, pemalas punya budak. buat sampai jadik!!! erkkk.. baiklah..saya cubaaaaa. so, mari kita cuba2.. ooo.. api slow je ye. tunggu punya tunggu punya tunggu..dah jadi buih2 dah. owhh.. rupanya dia jadi macam buih2 kecik halus tulu banyak macam buih sabun tu. pas tu dah lama sikit baru dia jadi buih besar. so, kasi tuang itu kuiih yang dah digoreng tadi. then kacau sampai le jadi gula putih macam kuih gelang tu. hasilnya??? yahuuuuuuuuuuuuu..menjadi. best2. tapi kena praktis lagi supaya menjadi lebih cantik. yang semalam punya gulanya macam ada yang bertepek gitu. tak cantik sangat. tapi boleh la untuk cubaan pertama kali. so, malam tadi makan kuih tu dengan obek. ala.. buat 10 bijik je. tu pon tak habis. buat ngabiskan gas je. beli je senang singgit dapat 3 bijik. hahahhahahaha... takpe la.. kata nak cuba. tak cuba kang tak tau. gitu le ceritanya. gamabr takde sebab semua dah selamat.
~~
apa lagi nak cerita ni? ni kang mau lak bulan depan baru sambung menulis lagi nih. huhuhuh.. agaknya cukup takat ni dulu la ya. nanti sambung lagi. byee!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you...

Wednesday, September 14, 2011

experience, experiment..




hello...
apa nak cerita hari ni? tu la pasal malas selalu nak update blog sebab takde idea nak tulis apa. entah la ye. kenapa tak reti menulis. saya tengok separuh orang semua yang terjadi pon masukkan dalam blog. mmm.. tapi kalo saya malas le pulak semua benda pon nak cerita. ahhh..sukati masing2 la. kalo jenis rajin, silakan la tulis segala, kalo jenis malas macam saya, takyah tulis. senang cerita. takde sapa paksa, ye tak?
~~
tapi dah terlanjur menulis ni makanya kita tulis la apa jua ye. semalam kami suami isteri tuang keje. hahhahaha... balik cepat. entah le, takde mood. macam la budak kecik baru nak belajar puasa walhal dah tua bangka, masih nak moody2 lagi. haihhh.. bila la nak berubah perangai jadi elok sikit. so, obek pon kebetulan balik cepat. biasa dia balik lambat. oooo... agaknya dia dapat bau isteri dia dah balik awal dia pon balik jugak kot? hahahhahaa... sayang nezha..eh..tetiba je kan. lari topik nih. anyway... balik2 rumah je so macam malas. malas nak kemas, malas nak masak, malas nak tengok tv, malas nak buat apa2 pon. just nak duduk diam je. boleh gitu. sementara tengah termenung2 tu obek pon balik. ngadu la apa lagi. obek kata wokeh.. takyah masak untuk berbuka, kita makan luar. yahoooo..terus muka ceria ber-bling2 berchahaya berkilau2. hehehhee... elehh..dasar pemalas memang macam tu. tapi memang dari pagi semalam malas dan takde mood. budak2 belakang pon biasa saya kemas & cuci lantai sekali semalam saya just kemas je tak cuci pon lantai. tengok macam bersih je so malas nak cuci. huhuhu...
~~
so, since nak kena keluar dan balik lambat sebab nak berbuka luar, harus le makcik mengemas budak2 tu dengan pantas. mmm..mujur budak2 tu semalam semua baik perangai. takde yang nak buat peel bukan2. elok2 je siap makan sendiri bawak diri masok sangkar. very good... ni yang buat makin sayang ni. hehehehe.. dah pandai ye ikut jadual. biasa nak kene dukong sekor2 masokkan dalam sangkar. tapiiiiiiiiiiii.. semalam je la kan baik peel tu. hari ni entah le. budak2 tu pon ada mood jugak. owhh.. budak abang tu telinganya luka. mmm..bergaduh le tu. tu mesti bergaduh dengan si samseng tu. hishhhh.... mesti si samseng dah mem-provok dia lelebih tu le pasal dia bertindak ganas. huhuhu...biasa budak abang tu bo layan je hal orang. dai buat hal sendiri je. janji perot kenyang, tido terbongkang, takde orang kacau he's just a happy big fat black cat. ni bab ada orang kacau ni yang dia hangin 1 badan ni. anyway.. dah sapu minyak gamat dah. hope dai tak le garu2 telinga dia tu kan. fuhhh...macam2 peel la budak2 nih. pening kepala!
~~
so, sebelom pegi berjalan2 cari makan pegi singgah pasaraya gergasi dulu. beli barang rumah le segala sabun, ubat gigi, berus gigi dah nak habis. seperti biasa, bila membeli harus ikut senarai yang telah ditulis sahaja. jika terambil barang yang tiada dalam senarai, satu laporan berjela2 harus dibentangkan dan diterjemahkan kepada menteri kewangan. muwehehehehhe.... kata kena berhemah. dannnn... peringatan untuk kali yang entah berapa ratus, kalo pi beli barang kat gergasi tu... harus double check harga. mesti scan dulu harga sebelom pi bayar. sebabbb..dia selalu je tipu harga. tulis kat rak lain, kang sampai depan nak bayar harga jadi lain. semalam saya beli toilet tissu tu. kat rak tulis 14.99. bila scan yang cek sendiri tu harga tak keluar. saya cakap ni kang mesti isu ni kat depan. cari orang yang jaga bahagian tissu tu, bagitau kat dia saya scan tak kuar harga. dia pon beriya le cakap ni memang 14.99. okeh la..sampai depan kang kuar harga lain ko siap. so, bial scan nak bayar memang le kuar harga lain. udah jadi 15.99. jauh lari tu..singgit woo.. takde maknanya saya nak derma kat gergasi tu sampai singgit. tak kuasa. kot nak menderma banyak lagi tempat lain boleh derma. saya cakap kat budak kaunter tu kat rak harga lain, bukan harga ni. suruh dia pi cek. seperti biasa kalo mengecek harga tu harus berkurun. sabor je la. at the end memang harga sepatotnya 14.99... haa... baru le makcik tak memekak. ni kita yang perasan. kalo orang beli banyak2 barang sampai 3-400 tu mana nak ingat semua. kalo 100 orang dia pow singgit dah berapa dia untung? hishhhh... bencilah keadaan macam ni. korang pon, jangan le baik hati beno nak pejam mata bagi duit gitu je. walopon singgit, walopon seposen. cuba kalo kita tak cukup duit singgit or seposen, ada dia nak bagi pree pejam mata barang tu kat kita? takde kan. jadi, pikir banyak2 kali. kalo pon rasa duit tu dah belambak2 sangat, bagi kat tempat yang sepatotnya. ok..keputusan dan pilihan di tangan kita. chewahhh.. macam iklan tv le pulak.
~~
anyway, enough membebel pasal harga salah. mmmm... lepas beli2 tu kami pon kuar le cari tempat makan. saya tingin nak makan seafood. obek nak bawak pi ulu langat. saya pulak macam ala..tak syiok je. nak pergi ke bagan lalang. so, ke bagan lalang le kami. dah terbayang2 dah makanan best2 tu. sampai sana obek kata jom la cuba kedai lain pulak. kot2 lagi best ke apa ke. saya ala2 malas le kan kang tak best kang udah spoil my food je. tapi sekali pikir ye jugak, kalo tak cuba mana nak tau kan. so, ke kedai lain le kami. selalu pi kedai hujung sekali, ni kedai yang sebelom kedai hujung. order2 pilih2 ikan sotong segala tunggu. kejap je dia dah siap masak sebab takde orang lagi time tu. saya pulak nak tunggu waktu berbuka. so, amik2 gambar tepi laot tu sikit. mmm..semalam laut tengah pasang. uwahhhh.. menakotkan je la tengok ombak tu. ngeri. ahhh... dasar penakot air. dah tau penakot tu jangan le tengok laot tu kan. ni tak.. kepala tu automatik je nak tengok laot jugak. huhuhuhu...dah lama tak pegi sana. so, verdict makanan kat kedai tu... tak best, tak sedap. yang sedap cuma sotong goreng tepung je rangup2. yang lain... mmm..kira saya masak lagi sedap le. ketam black pepper takde rasa black pepper pon, rasa kicap je lebih. masa baru letak pinggan pon dah terbau kicap je yang lebih. tengok rupa pon memang jauh le dari bayangan saya. hahhahaha... then order ikan kukus asam boi katanya. mmm.. kenot go le. then ada pepahat masak pedas. mmm..kenot go jugek. takpe... pengalaman katakan.lain kali dah tau jangan pegi sana lagi. bertolak balik dalam pukul 815pm macam tu. mmm..kira awal jugak la. balik kemas barang semua, tido awal. entah...rasa macam takde mood je.
~~
pepagi buta kepala dah kena garu dengan nezha. huishhh.. dia kejut bangun tido le tu kan. malam tadi dia tak tido lagi saya dah tido dulu. entah apa dia buat dengan obek kat depan tv. tengah malam pukul 3am saya terjaga sebab dia dok garu2 saya suruh garu perot dia. ahhhhh..orang ngantok ni malas le nak garu perot awak nezha. garu sendiri le. saya bangun, minum air kosong, then sambong tido. tak sahur pon. takpe la... bukan ada buat keje berat pon, cuma duduk je kan. so, harap2 hari ni 3 hari la saya puasa. bagus2. motivasi diri sendiri.
~~
obek? mmm..dia biasa la. keje, keje, keje. bagus jugak. kalo dia ada kat rumah saya jadi tak reti nak buat keje rumah. pegang penyapu salah, pegang kain lap salah, entah le. yang pasti kalo obek ada kat rumah saya jadi malas mau buat keje. hahhahaha.. kalo dia takde tu laju je kan zup zap zup zap siapppp!!!! (ala2 iklan kehepsi gitu...siappp!!!). hahahhaa... apapon, love obek banyak2.
~~
nezha? dia pulak sejak saya balik raya tinggalkan dia tu, dia dah jadi macam fobia je saya tengok. mesti nak mengekor je mana saya pegi. saya ke bilik, dia ikut, saya ke dapor, dia ikut, hatta saya ke toilet pon dia ikut! biasa memang dia ikut gak tapi kebelakangan ni terlebih2 lak dia ikut. sabor je la. drama acah2 bawak dia pi makan kat dapor sebelom saya lari keluar dah tak menjadi sekarang. dia dah tau dah saya mengakal dia. huishhh....teror dah budak ni. apa2 la labu... sayang dia.
~~
ok..hari ni nak makan apa? owhhh.. not good, not good. masih awal lagi dah pikir tentang makanan. tak baik tau. apa yang ada je la. kalo rajin kang masak, tak rajin kang tapau je sudeh. tengok obek keje ke tak malam ni. agaknya keje kot, sebab semalam dah tak keje malam. apa2 la....
~~
ok la.. tu je nak tulis hari ni. dalam takde2 idea tu kan sebeban jugak menulis. nanti sambong lagi. byeeeeeeeeeeeeeee...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Monday, September 12, 2011

kisah kenduri di hari raya....



hello...
anda mengantuk ke? budak itam tu mengantuk, tengok mata stim semacam je. ala.. belasah je la. dia tu kan memang asyik nak tido je. kalo tak makan, tido. kalo tak tido, makan. tu je la pusing2 pon.
~~
anyway, dah hari isnin. hari kegemaran semua. betol tak? kali ni nak cerita pasal kisah cuti raya dulu. alalalala... dah berkurun baru nak cerita hari ni. biarlah. sukati la kan. hahhaha... tak, bukan apa, time cuti raya hari tu rumah kat kg. johor ada buat kenduri kawen. adik obek yang kawen. tu le saje je nak kasi cerita.
~~
kenduri kawen time raya? super double memenatkan. saya balik raya ke-2. kenduri kawen tu hari sabtu, raya ke-5 ye? ye la kot kalo tak silap. so, dari raya ke-2 tu bznya menyiapkan persiapan sampai le ke hari majlis adoidoidoidoiii..sakit pinggang eden membuat kojo. mana dengan orang datang beraya lagi. tak cukup kaki tangan semua nih. sampai saya nak pergi jalan beraya pon tak sempat. cuma sempat pergi 2 rumah je yang dekat2 situ. huhuhu... kenduri tu biasa la konsepnya rewang2 kan, tapi memandangkan time cuti raya maka kitaorang expect tak ramai yang boleh datang tolong sebab ye la..memasing masih nak beraya dengan anak beranak sanak saudara semua tu kan, sebab tu kitaorang pulun buat mana yang boleh buat sendiri. huiiii..serik.. lain kali takmau le kenduri time raya. tapi memang betol pon, by the time orang rewang datang, most of the keje2 semua dah siap, cuma nak buat untuk yang hari majlis je macam goreng ayam, potong nenas untuk buat acar tu kan. yang kerja lenlain semua dah siap.
~~
kali ni kawen adik pompuan obek. mmm..majlis sederhana je la tapi meriah. buat kat kampung kan mesti meriah. saya suka je sebab ramai je budak2 lari2 memekak tu. baru la nampak ceria. hehehhee... tema purple. jadi semua family member pakai baju purple. obek je tak purple, dia pakai putih belang2 biru ala2 nak purple. ishhh.. dia tu memang suka lari tema. sabor je la. bukan takde baju purple, dia memang tau. takpe.. belang2 biru tu pon ala2 nak nampak macam purple gak. belasah je la. so, menu kenduri biasa la.. nasi beriani, daging meriani, ayam masak merah, jelatah timun nenas tu, papedom, air oren. tu je kot. owhh.... ada bubur pulut hitam. haa.. tu je la. simple je. jemputan pon tak berapa ramai yang dijemput, cuma saudara dekat2 dan jiran dekat2 je. sedara je pon dah dekat 200 orang, huhuhuhuuu... family besar obek ni. kalo belah saya kecik je. takpe... cerita pasal kepenatan hari kenduri takyah cerita la. sendiri mau tau la kan. dah kata semua buat sendiri. makcik tak cukup kaki tangan nak mengejar semua benda. nak pi amik kek pengantin la.. nak kena jaga meja makan pengantin la.. nak kena tapaukan untuk orang la..huiii...berlengas. mujur makcik pakai baju liplap2 menarik maka ada le mood nak buat keje. kalo pakai baju t-shirt je kompom orang ingat bibik yang buat keje.
~~
cerita lepas kenduri?? uwaaaa.. tu lagi satu hal penat. standard le.. lepas kenduri semua nak kena kemas. kena kemas cepat2 sebab esoknya sunday tu semua anak beranak dah nak balik ke tempat asal masing2, cuti dah habis kan. tu yang pulun jugak kemas bagi siap tu. belasah la....





comel ke budak yang pakai topi terbalik tu? hehehhee.. comel, comel, comel. lihat perutnya... buncitkan? hahahhahahaa..... tu obek tengah masak air untuk buat air minuman kenduri tu. banyak kali masak air dalam 5 round agaknya piok besar tu. ye la... takkan bagi orang minum air paip? agak2 le kan. mesti bagi air masak lorr... ke ada je orang yang bagi air paip kat orang masa kenduri? gagal dikenalpasti. masa ni hari jumaat petangkalo tak silap. sebab malam tu pon orang dah start datang rewang2 kan. so kena bagi makan minum semua. kuih2 banyak orang bagi. mmm..terima kasih pada yang menyumbang. sedap2 kuih semua. esok diaorang kenduri kita balas balik la kan. hehehehe... obek punya berlengas.. tuhan je yang tau. rasa nak rendam je dia dengan baju2 yang dia pakai sekali dengan klorok. geram lah. rasa nak sental2 dia dengan berus dawai tu sekali. huishhh...zalimnya nak sental dengan berus dawai. hahahahha....
~~
malam lepas kemas mana yang mampu kederat dan mandi rehat kejap, adik2 obek ajak kuar ngeteh. fuhhh.. akhirnya. dapat makan dan minum yang bukan bertemakan hari raya dan kenduri. jujurnya, makcik dah tak larat nak tengok laok ayam daging lemang ketupat biskut raya ni. makcik nak nasi putih laok ikan sardin tinnnnnnnnnnn. hahahahhaa... tapi dah budak2 tu ajak kuar, belasah je la kan. ikut je la. dok rumah pon buat apa. penat memang penat tapi kalo dah dapat keluar tu bagusnya. so, kitaorang semua keluar. mil+pil tinggal kat rumah. buat apa? kira duhet sumbangan woooo... amboi, amboi, amboi..... dapat berapa? tetttttt.....
~~
so, kitaorang kuar minum, masa tu dah malam. almost 12am dah masa tu. kedai pon banyak dah dah tutup. perniagaan laris musim2 perayaan ni kan. so kena lajak jauh lagi ke depan. baru le jumpa kedai. mmmm.. belasah je la. saya makan nasi goreng kampung dengan air kopi o ais. fuhh..nyaman. tapi yang tak nyamannya orang tu masak pedas. uwaaaaa... pas bagi kat obek je la nasi goreng tu. lepak2 kejap, borak2 kejap, lepas tu balik. kat tepi kedai tu nampak mak kucing tengah bagi anak2nya minum cucu berkhasiat. hehehehe.. amik gambarnya. so cute.






tu la mak kucing tu. mak dia oren, tapi anak dia semua hitam kelabu except 1 je oren jugak. apakah??? ni mesti ikut gen bapak kucing ni. bapak kucing kat mana? tak dapat dikenalpasti. sekian. huhuhuhuhuuu... mmm..kucing2 terbiar ni kadang sihat walafiat je walopon makan entah hapa2, kucing kita yang dipupuk dibelai bagai nak rak ni kadang banyak lak penyakitnya. terlebih manja agaknya. bila nampak je kucing tu terus teringat kat budak2 kat rumah, especially nezha. wahhhh.. apa lagi, dah sekian lama cuba melupakan dia, tup2 malam ni nampak lak, harus le makcik melalak kan dalam kereta. hehehhehehe.... dah beberapa hari asyik buzy je tu ingat gak tapi takde masa nak melalak lama, ada gak nangis tapi sikit2 je. kali ni dah tak dapat diselamatkan lagi, burst out habis. hehehhehee... balik rumah mata bengkak. semua tanya apsal, saya tak jawab pon, lari masok bilik sambong nangis. yee... nangis ada banyak episod, boleh sambong2 sebab banyak iklan. hehehehhee... nangis sampai tertidor. meoww....
~~
esoknya ahad, pepagi suboh pie dah bangun. sebab nak balik cepat. kemas beg siap2 dah ni. apa segala barang laok yang nak ditapau pon saya dah amik dah. ingat by 9am nak bertolak dah, sekali tu drag lagi sampai pukul 12pm baru bergerak. uwaaaa.... dah tu obek nak kene tolong turunkan balai tu pulak. hishhh..macam2 lah. mil pulak sebok nak masakkan laok untuk bagi tapau. saya kata takyah, dia nak juga masakkan siap belikan ikan lagi. dia tau kan saya tak berapa gemar ayam, saya suka ikan. hahhahaa.. mmm.. dapat semput2 sedu tu saya tunggu jugak le sesambil kemas lagi apa yang patot. so, siap le laok untuk tapau balik, mil buatkan ikan sweet sour, gorengkan ayam baru untuk ayam masak merah tu, sebab kuahnya ada lagi. nasi pon siap juga. lepas tu baru le boleh berangkat balik. hehehe..
~~
dalam kereta baru je masok kereta saya dah kepoh2 carik kunci rumah. obek kata lambat lagi woi nak sampai rumah, ni simpang depan kampun gpon tak lepas lagi. hehehehhee... gua tak dulik bro..gua tetap bersiap sedia dengan kunci di tangan. rindu nezhaaaaaaaaaaaaaaaaaa... perjalanan balik ok je. takde la jem sangat seperti yang dibayangkan. owhh.. kitaorang ikut plus highway sekerat je then masok ikut highway lekas masa kat senawang. ye ke senawang nama tempat tu? ke kat mana ha? entah la... lupa dah. ooo..ikut situ tak jem. bagus2. lain kali boleh ikut situ lagi. sampai je rumah, baru nak buka kunci pagar dah dengan dah suara budak tu menjerit2 dari dalam rumah. hehehhehe.. buka je pintu, tu dia.. lepk cium bagai nak rak. obek kata, mmm... baru le nak nampak muka gelak kalo tak tu monyok je. hehehhee... perli le tu. i lap u obek.
~~
so, gitu le cerita kenduri masa time hari raya. lepas ni dah habis dah cerita pasal raya. kembali ke asal balik cerita pasal harian saje. hehehhehee...semalam ahad saya balik rumah ma. biasa la kan weekend2 memang balik sana. mujur saya balik, sebab saya sampai je tengok pakngah dari ipoh datang 2 kereta. huiiii... melompat2 le makcik siapkan lunch untuk tetamu tu. pakngah datang sebab nak jumpa opah le. so, semalam saya masak sambal tumis udang, gulai lemak putih kobis, goreng ikan masin, sambal belacan, ikan cencaru bakar tipu2. sebab apa namanya bakar tipu2, sebab bukan bakar kat bara api or oven, tapi bakar atas kuali gitu. belasah la. tapi tu bukan saya yang masak, menantu pakngah tu yang masak. hehehhee.... lagi ada rebus pucuk ubi. ada buah tembikai dan air oren. oren lagi.. ye la.. tu je yang ada, ribena takde. hahahhaha...
~~
mama kata nak datang joint tapi lambat le pulak. by 2pm pakngah dah bertolak balik coz dia nak pi tempat lain pulak. petang pukul 4pm baru mama sampai. mama bawak roti jala. fuhhh... my fav tu. saya suka makan roti jala. dengan kuah kari la takmau dengan kuah durian ke apa ke. tapi kari mama semalam pedas.. huishh.. pada saya pedas le, pada orang lain ok je. baru nak menyuap roti jala, terpandang kelibat jiran lama kat luar rumah, saya pi tengok kat pintu rupanya betol la. huiiii.. kecoh rumah macam nak berperang. dia dulu duduk menyewa sebelah rumah ma, tapi dah pindah entah mana. cari2 tak jumpa. dia tu selalu tolong ma buat keje2 la. kitaorang kalo nak mintak tolong apa2 kemas2 rumah ke mintak tolong dengan dia la. masa kenduri saya kawen dulu dia laki bini tolong banyak siang malam pagi petang. ni dah jumpa balik bagusnya. dah pesan awal2 esok raya haji datang sini tolong. hehehhehe.. anak dia dulu kecik now dah besar jadi notty! hehehhehe.. meriah rumah ma semalam ramai orang datang beraya. fuhh.. mujur saya ada kalo tak letih le ma nak buat semua keje. hehehhee...
~~
dah petang pukul 630pm macam tu saya pon balik rumah sendiri. sebelom balik, singgah rumah ibu pulak. sekali harung je la sebab dah on the way jugak. lain kali tak yah pegi lagi. hehehhee.. makan kuih raya lebih kurang, lepas maghrib kami pon balik rumah. disebabkan tak jangka nak balik lewat sangat, maka masa keluar rumah pagi tadi tu tak le pasang lampu. jadi.... budak hitam udah kena tinggal bergelap dalam rumah sensorang. apa lagi.. harus protest ni. apa tak nya. saya masuk je ada bau harum menyucuk2 hidung. carik2 punca, wahwahwahwahhh.. dia pi kencing kat kerusi malas tu. sakit hati betol. dia ni memang la sekarang manja melampau. kalo kena tinggal lama memang dia akan buat perangai. saya check tempat pasir dia bersih je. tengok la tu. memang dia mendengki saya tau. dah le saya kena cuci kerusi tu memalam buta. stresss makcik tau tak. ni kes kucing dera manusia nak mengadu kat sapa ha??? masa saya cuci kerusi tu pandai lak nak datang menjenguk saya buat apa. pigidah....kalo tolong beruskan takpe..ni takat tolong meoww2 tepi pintu tau takde maknanya. uwaaaaa....
~~
malam tengok tv je la. tak larat nak kuar pi mana2 pon. letih. dah malam pukul 11pm saya dah nak tido obek lak cakap lapar. haduhhhh... buat muka seposen dia tu le. mmm..apa yang senang? masak nasi goreng je la. nasi ada tadi tapau dari rumah ma, tapi laok takde. mmm...ada ayam kfc dulu semalam tu saya simpan, potongkan kecik2 buat rencah. tumbuk cili api campor belacan bior obek terbersin2 then buat nasi goreng. belasah la..janji kenyang. saya pon tumpang sekali makan. sebab kononnya nak puasa hari ni. ye.. saya start puasa hari ni. puasa awal2 supaya tak terlupa nanti.
~~
so, gitu le ceritanya. habis dah cerita pasal cuti raya dan cerita weekend tadi. fuhhh... penat tangan type2 nih. hehehehe... nezha? ceria as always sebab dah puas hari mendera dan membuli saya. pada sapa2 yang nak cubit2 popok2 dia, boleh je sep2 pas ke saya, saya boleh tolong cubit dan popokkan budak itam ituuuuuuuuuuuuuu...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Thursday, September 8, 2011

hari mantai...bukan hari membantai....



yuhuuu...ada sesapa yang rindu nak tengok muka budak hitam busuk ni? haa..tengok, tengok jangan tak tengok. tataplah sepuas hati muka budak hitam busuk masam ni. tu namanya muka sedang bertafakur menunggu malam lailatul qadar tapi hujung2 dia yang tido dulu. tak sesuai tau budak ni. anyway, raya ni nezha pon dapat duhet raya jugak ye. jangan memain. dapat le 5 hengget, hahhahaha.. jadi la kan dari takde lansung. buleh le buat beli snacks2 dia tu. sabor je la. sayang nezha banyak2.
~~
wokeh.. so naw nak cerita pasal hari mantai tu le. ehhh.. hari mantai.. bukan hari membantai tau. hari mantai tu kiranya hari yang sebelom raya tu le. kira puasa last tu. hari orang masak2 tu, hari orang masak lemang masak rendang masak ketupat sesambil mengumpul bahan untuk mengumpat esoknya. al-maklum.. sebulan cuti mengumpat katakan, harus berlumpa2 info nak keluar dari mulut nih. hahahhaha.. takde la.. biasa famili saya panggil hari mantai le. dulu2, chewahhh.. ni cerita dulu2 le.. masa zaman arwah atok saya amsih hidop, kalo tiba hari mantai ni dia le yang paling bz sebab dia ni tukang sembelih lembu kambing ayam segala.. haa.. makanya permintaan untuk suruh dia tolong sembelihkan tu banyak le. tak menang tangan orang tua tu, kiranya memang kitaorang takyah beli laok le, sebab orang2 tu akan bagi sikit2 daging2 semua tu kan. meriah wooo.. tapi tu dulu la... arah atok pon dah meninggal dah lebih 20 tahun dulu. atok saya rambut semua putih tapi still hensem woooo.. jenis yang makin tua makin hensem gitu. hehhehehe... rindu atok. al-fatihah.
~~
sekarang orang dah sempoi je kan. pegi je pasar, apa yang takde, semua ada jual. mak ayah je yang takde. silap2 lagi 3-4 tahun mak ayah pon orang ada dah jual kat pasar. mana le tau kan. huishh... so, hari mantai tu memang bz le rumah. ala... walopon saya seketul je manusia kat rumah tu tapi bznya tu tahap nirwana tau tak. dah tu semua saya yang nak kena buat sendiri. huishhh.. biasa la, kemas rumah, masak2 semua. masak kena banyak lak tu sebab biasa malam raya memang ada orang datang takbir kat rumah ma tu. every year memang macam tu. meriah. tapi penatnya tuhan je yang tau. so, pepagi suboh pie dah pi pasar. lepas je suboh kitaorang dah terpacak kat pasar tu. beli beli beli dan beli lagi sampai padat kereta. sampai rumah terus nih bertungkus lumus menyiapkan juadah semua tu. obek? owhhh... tahun ni kan dia st time raya kat rumah saya, dah kata menanhantu kesayangan harus le dia lelebih tahun ni. cheh.. dia tahun ni buat lemang? apa dia? lemang? yeeeee...lemanggggg... dia buat lemang tahun ni. teror tak? hahahha.... teror, sapa kata tak teror walopon.. ada yang hangit rentung. hahahhaha.. takpe la.. kata 1st time masak lemang. before this cuma tolong tengok2 je kan tapi this year dia kamikaze lah kiranya berani buat sendiri. huishhh... banyak dia buat. dalam 40 batang. banyak tak?? sapa nak makan tu? takpe.jagan risau... hidang untuk orang takbir malam raya tu, bagi kat budak yang tolong dia tu, bawak balik kampung johor lagi, bagi2 kat sesapa je la. kira percentage kejayaan tu ada la dalam 80%. lagi 20% tu tolak sebab ada yang rentung. tu la.. asyik berangannnnn je masa jaga api tetpi api marak hambekkk.. hitam legam. hehhehee.. legam pon legam la..sayang obek. chewahhhh.. bukan senang nak buat lemang tu rupanya. adoii.. penat. lain tahun beli je la. tapi seronok plak kan. entah le. obek kata nanti raya haji nak buat lemang lagi sebab dia tak puas hati sebab ada yang rentung tu. belasah la. saya sokong je. jangan suruh saya perah santan udah. beli je santan dah siap tu ye. tapi yang kali ni memang pure perah santan tau tak. adoiii... patah tangan. ok, patah tu tipu la. tapi lenguh oooo... berapa puluh bijik mesin kelapa hari tu. uwaaaa.. ok. tu saya tak masok campor. tu menantu dengan mertua punya keje. keje saya hari tu masakkan laok raya. hehehhehehe....
~~
rupanya ada teknik ye nak buat lemang ni. mana le makcik tau. ingatkan macam masak pulut biasa tu je. ulalalala... macam2 hal la. nak masokkan daun pisang dalam batang buluh pon ada style gitu. hehehehhehe.... selain lemang ada juga buat kelamai. korang tau ke? ala..ada orang panggil lemang tepung. dia tepung bancuh dengan gula merah. sedap. nyumm..nyummm... pas tu bakar macam lemang tu. sedap sedap sedap. ha...so total buluh yang dibakar hari tu dalam 40 lah termasuk kelamai tu sekali. belasah... mujur kelamai tu menjadi, takde yang rentung. hehehhehe... ma saya? wahwahwahhhh.. kembang kempis le hidong dia sebab menanhantu dia rajin masak lemang masak kelamai. echewahhhhhh.....
~~
dalam pukul 11am tu budak yang tolong obek tu datang tolong. mmm..budak tu yang selalu saya suruh jaga kucing2 saya kalo time saya takde rumah lama. biasanya kalo saya takde rumah lebih dari 2 hari memang saya panggil budak tu datang bagi makan buang uk-uk semua. bagi la duit rokok sikit. jangan berkira dengan orang. kalo takde budak tu lagi saya susah, sapa nak jaga kucing2 tu? haa.. jawab jangan tak jawab. so, sementara saya pungpang2 sorang2 masak laok raya, obek & budak tu dok bz buat para bakar lemang , isi pulut, segalanya la. saya kekadang je joint venture tukang sebok dan tukang amik gambar dan video. owhh.. seronokkkkk... baru le meriah. biasa kalo nak ray atu saya berdua je dengan ma. tahun ni ada tambah lagi sorang. meriahnya lain macam. seronok. tak le sunyi sangat.




yeahhhh.... tu dia pakar lemang sedang memasukkan daun pidang dalam buluh lemang. beberapa percubaan pertama adalah gagal. hhehehhe.. kata 1st time nak buat harus ada sedikit kegagalan kan. ditambah dengan saya yang menyebok kepochi bertambah tak boleh masok daun tu dalam buluh lemang. sabor je la. hehhehehe... ma kata tu tengok tu gaya macam pro beno duduk bersila segak depan pintu tapi masokkan daun berejam. hahahhahaha.... relax la ma. menanhantu ma tu baru belajar. setelah siap semua time masukkan pulut pulak. sekali pulut tak cukup dowhhh.. hambekkkk.. camne nih? buluh banyak lagi kosong. rugi je kalo tak penuhkan. pegi kedai lagi le jawabnya. rendam kejap je then masak terus. ala.. pulut zaman sekarang ni rendam 1/2 jam je dah lembut dah. bukan macam dulu2 kena rendam semalaman baru boleh lembut. batch pertama pulut pon rendam lepas sahur tu. ok je saya tengok. yang rendam kendian tu pon ok je saya tengok, lembut je kembang, tak de la pulak keras kejung ke apa ke kan. apa2 la..janji siap. so, total pulut guna hari tu ialah 15kg. hehehhee.. dah macam nak meniaga dowhhh...setelah siap semua bermulalah sessi untuk membakar. bakar jangan tak bakar.




yeahhh.. tu dia lemang rentung. jangan risau. walopon buluh tu legam tapi isinya masih putih. cuma ada la dalam 3-4 batang yang betol2 berkerak keras tebal sebab kerentungan itu. takpe.. kitakan masih belajar. lagi sekali buat nanti sure confirm cantik la. yang jual2 tepi jalan tu korang nampak cantik je tu jangan tertipu pulak. kebanyakkannya depa tu rebus lemang tu. tau rebus? rebus dalam tong sampai masak, then sangaikan kat api tepi jalan tu. tu pasal korang tengok buluh dia 1 kaler je kuning. rasa pon lain. haa.. jaga2, jangan kena propah nanti. takpe2..tu cerita lain. yang baju kuning tu la budak yang selallu tolong tu. yang baju putih suar katok tu mandor cum big bos cum master chef rentung cum ketua kampung. muwahahhahaaa.... relax la obek. jangan sedih. tapi memang surprisingly tak banyak yang hangit. maybe sebab buluh tu tebal kot. masa saya keluar tengok buluh rentung tu saya dah nak nangis dah. mengenangkan kepenatan membuatnya hujung2 lemang rentung tak boleh makan. uwwaaaa..sedih wo. tapi petang tu bila masak je terus belah 1. mmm.. memang hangit. hangit sebelah. takpe2... kasi belah yang lain. haaa..cantik. lembut. tak berapa hangit. so, memang rezeki orang bertakbir malam tu makan lemang yang obek masak dan rendang yang saya masak. wahhhh... yang penting kerjaaaaasamaaaa. hehehehhe... lain kali kita masak lemang lagi ye obek. i lap youuuuu....
~~
lepas maghrib, berkumandang la takbir dari surau. isyak baru obek pergi surau. saya kat rumah dah siap2kan untuk orang datang. pinggan cawan sudu semua saya dah basuh dan keluarkan dari hari ahad tu lagi. dah cantik2 dah. dah kata buat keje sorang, harus buat sikit2 dari awal. mana yang boleh dibuat awal tu buat la kan. nak harap sapa lagi. nak harap nezha? takde maknanya. ada kang tunggang langgang jadinya. anyway.. dah malam pukul 11pm lebih baru giliran rumah saya. ngantok woo tunggu. dah le penat. aduhhhh... saya sampai dah tersengguk2 dah ni. sabar2.. kata raya mesti mau sabar. lepas orang dah datang balik semua, sessi mengemas pulakkkkkkkkkkkkkk.. uwwaaaa... basuh pinggan cawan semua. ramai jugak yang datang ada la dalam 30 orang. semua dapat duhet raya. tu ma yang bagi. saya tak bagi apa. hehehhee... lepas tu obek ikut lagi orang tu pegi takbir kat rumah lain pulak. dalam pukul 2am lebih macam tu baru balik rumah. malam tu semua terbongkang. hajat hati nak kuar pi jalan2 ke jalan tar malam tu pon tak kesampaian sebab semua orang dah kepenatan. uhuhuhuhuhuuuu...
~~
gitu le cerita hari mantai saya. meriah tapi penatnya nauzubillah. tuhan je yang tau. cerita pasal pagi raya tunggu dalam next entry pulak ye. iaitu yang akan disiarkan entah le pada bila. hahahhaha.. tunggu kalo ada masa terluang nanti kita load cerita pasal raya ye.
~~




ni gambar kanak2 tua main mercun dan bunga api. saya berdua je yang main dengan obek. ye la kan. sapa lagi yang ada. belasah la. kitaorang main mercun yang bunyik2 tu. wahhh.. siap boleh lawan2 lak dengan budak mana ntah hujung padang sana. belasah la. seronok. hehehhehee... nanti nak main lagi lah. tapi opss.. peringatan, main mercun adalah merbahaya. kena letak jauh2 ye. kena hati2. saya jadi cheer leader je la obek yang tukang bakar. hehehehhe...
~~
kemeriahan raya tahun ni berbeza dengan tahun2 lepas. mmm.. tahun depan? jangan pikir dulu, jauh lagi. malam raya tu walopon penat sempat nangis seround dua sebab teringatkan nezha. walhal petang tu dah sempat lari kejap balik rumah mengemaskan dia. mujur rumah saya dengan rumah tu boleh le kata dekat. tak le dekat sangat tapi nezha punya pasal, saya sanggop redah highway. hehehehhee.. sayang nezha, sayang kucing2 semua, sayang ma, sayang obek.
~~
raya korang camne?
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you...

Wednesday, September 7, 2011

dah raya laaaa.....

assalamualaikum....
waduh waduh waduh... lama betol tak menulis adalah dekat sebulan rasanya. ni cerita puasa pon tak habis tulis lagi walhal dah raya dah ni. adoihai..sorry la ampun dan maaf diminta sebab telah mengabaikan blog ini. abai blog takpe jangan abaikan kucing2 gemok anda sehingga menjadi kurus kerana ditinggalkan. huhuhuhuuu...isu sungguh lah kat kedai pet tu kan. menakotkan sungguh. hajat hati pemilik nak le haiwan kesayangan ditinggalkan dengan sempurna tanpa perlu memeningkan kepala tapi kedai tu pulak buat peel. apa la susah sangat bagi makan kat kucing2 tu kan. awak kan dah terima bayaran, jaga je la. kucing tu bukannya nak makan je 24 jam. sehari bagi 2kali makan pon dah cukup pagi dengan petang dan buang taik bucuk masyam tu je. tu pon susah ke? kalo susah jangan bukak kedai hotel pet, bukak hotel manusia, nanti dia boleh cari makan dan basuh berak sendiri. mujurlah budak2 kat rumah ni tak le terabai sangat masa saya cuti raya lama hari tu. dah upah budak kerja obek yang selalu jagakan kucing tu. syukur. saya balik ahad lepas tengok kucing pon ok..tak le kemarok kebuloran. tempat uk-uk pon ok la.. tak le bersepah2. adat le kalo kotor sikit. saya balik je terus lepaskan semua kucing2 tu biar pijak tanah main rumput. melompat2 semuanya. lega hati saya. fuhhh...sayang semua. mengikut pengalaman saya kalo tinggalkan pet kat kedai haiwan memang le dia kurung dalam cage kan. sapa le pulak nak bagi main lepas gitu. kat rumah pon letak kat cage jugak. tapi...entah la.. rasa sedih tu lain macam kalo ditinggalkan kat kedai pet dengan tinggalkan kat rumah sendiri. mmm.. as for nezha cuti raya ni.. dia dok dalam rumah sensorang. muwahahhahaha.. bermaharajalela la dia sorang dalam rumah tu. dah siapkan tempat makan minum 2 bekas besar, tempat uk-uk pon 2 bekas jugak. al-maklum..mama tu lain macam sikit. kalo dah ada 'hadiah' dalam bekas tu dia takmau uk-uk dalam bekas tu jugak.. nanti dia cari tempat lain. makanya, sebelom dia melepas kat atas sofa saya baiklah siapkan bekas uk-uk lebih. selamat. saya balik tu tengok rumah masih ok. takde kesan2 memberontak melampau. hehehehhe... sayang nezhaaaaaaaaaa.. pelok2 kuat2 cium sampai putus nafas. geram....
~~
owh... anyway.. ni kan nak cerita pasal menu puasa. haiya..tak habis2 la. tapi dah janji nak jugak letak gambar walopon gambar nanhado je rupanya. belasah la. janji ada. cerita part raya kita sambong di lain entry. insyaallah. nak upload gambar tu satu penyiksaan betol la. lama bebenor. saya pon sampai dah naik lupa dah menu2 raya tu tapi dah siap tulis kat gamabr kan so tengok je la. ada yang ada gambar, ada yang takde. cepat2.. nak cerita pasal raya pulak dah ni... hehehhee...




takde caption2 dah ye. tengok je la gambar tu.

tengok lagi...

dan lagi tengok...
lagi2 tengok lagi...
lagi tengok jangan tak tengok..



haa..ni takde gambar sahur. gambar buka je. sian.


lagi gambar makanan...


haa..habis dah gambar makanan masa bulan puasa.... sekian laporan. hahahahhahah.... eh.. tetiba rindu pulak nak dapat makan kuih2 macam tu kan. kenapa kalo bulan tak puasa takde lak orang nak jual kuih banyak2 masa petang2 tu ha? tingin la.... takde permintaan ke agaknya? ahhh... bosannya. saya suka bulan puasa. pengalaman tahun ni pertama kali berpuasa sebagai isteri, ehemm... ahaks.. kelakar le pulak. takde la.. pengalamannya biasa je. masa bujang dulu pon saya memang bangun sahur. tapi takde la masak2 beriya. cuma sekarang sahur mesti masak laok baru, nasi baru. dulu belasah je la nak makan apa pon time sahur janji sahur. sekarang kena lebihkan vitamin rajin tu sikit. bukan apa, kesian kat obek kalo tak masak sahor yang menarik sikit, dia keje terok. so, kasi dia makan yang berkhasiat dan kenyang2 sikit la. melainkan kalo dia request nak benda ringan2 macam koteow goreng ke apa ke baru le buatkan. kalo tak memang saya bagi dia makan nasi. biar kenyang sikit. bagi ada tenaga. then paksa dia minum air putih sampai muka dia macam dugung. hehehhe... degil betol klao suruh minum air putih. asyik nak air manis je. mana boleh macam tu. kesihatan kena jaga. betol tak? betol betol betol. rindunya ramadhan lagi. takpe..tahun depan ada lagi.
~~
sepanjang bulan puasa, saya suka tengok upin ipin pukul 7pm. hehehehhe.. tak boleh misslah! rugi rasanya kalo tak dapat tengok. apada.. upin ipin pon nak tengok ke? mestilah.. so cute! rasa nak picit2 je pipi dia, hehhehe... biasa saya akan masak laok untuk berbuka. kuih je beli. laok simple2 je dah, dalam 2 jenis. salah satunya mesti berkuah sebab obek suka makan makan ada kuah2 ni. selalu orang tanya sempat ke nak masak dah lewat petang. jawapannya... sempattttttt..... masak untuk berdua bukan banyak sangat. tips untuk sempat masak untuk berbuka walopon balik lambat ialah.... siapkan bahan2 nak masak untuk buka tu awal2. ikan ke ayam tu dah siap letakkan kat peti ais belah bawah. jangan le biarkan dalam freezer tu jenuh le nak tunggu dia thaw. apa bahan2 semua siap2kan potong2. bawang ke, sayur ke, apa ke bendanya siap2kan, letak dapat tapawe siap2. so, by the time nakmasak 630pm tu semua dah ready cuma nak tumiskan je laok2 tu. kan senang. takde la mengambil masa lama sangat nak potong2 ke apa ke sebab semua dah siap sedia. bila nak sediakan semua tu? haaa... masa lepas sahur tu sesambil basuh pinggan tu siapkan je la. mesti dah ada perancangan nak makan apa kan. macam tu le saya buat setiap hari. setakat ni cara tu masih sempat untuk saya nak masak2. biasanya by 710pm lebih sikit dah siap semua dah. kalo rasa agak2 tak kenyang makan berbuka tu (nampak beno tipunya kalo tak kenyang), malam lepas terawih boleh je kuar beli makanan simple2. burger ke, roti canai ke. biasanya jarang dah kitaorang kuar beli makanan. habiskan je kuih yang beli untuk berbuka tu. tu pon biasanya memang tak habis. mmmm.... takpe..nanti kena pantau lagi supaya kurangkan membeli kuih. ~~~
bab nezha? mmmm..dia biasa la. time saya buka dia pon buka duduk sebelah. jangan la nak kacau2 kerusi plastik dia tu memekak je dia kang. time saya sahur pon dia bangun jugak. budak tu memang tau. untuk sahur pon saya buat macam tu. saya siapkan bahan2 nak masak tu sebelom tido tu kan. sesambil tengok tv time iklan tu lari pi dapor. dont worry. iklan tv kan lama. sempat nak buat basuh ikan or sayur seround. bila cerita dah start lari balik pi depan tengok tv. hahahhahaha.... ha..untuk sahur pon saya siapkan awal2. so, by the time bangun pukul 430am tu semua dah siap cuma nak tumiskan masakkan je lagi. senang kan. pukul 5am dah siap. boleh makan. saya selalu sahur makan pukul 5am. sebab ada banyak masa untuk makan secara perlahan2 dan tak tergocoh2. tak suka la makan kelam kabut. kalo ada masa lagi boleh nak nak mengutil coklat ke, gegula ke apa ke bendanya. kalo dah terlewat2 tu kang takde masa lak nak makan2 jajan. hehhehehe... so, macam tu le rutin saya tetiap hari masa bulan puasa. penat memang penat. mana nak kemas budak2 meow belakang tu lagi. letih. tapi seronok. ada gak sekali dua terbabas bangun lambat sahur, so, makan apa yang sempat je la.
~~
macam tu le cerita bulan ramadhan saya untuk tahun ni. harap untuk tahun depan lebih improve lagi. cerita pasal raya? nanti ye.. nak load gambar dulu. apapon, saya dan obek dan nezha dan semua kucing2 luar megucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. maaf zahir batin!!!!