mari mencari....

Google
 

Monday, September 26, 2011

budak-budak belakang kesayangan saya..

helloooo....
haaa..mari-mari-mari.. fuhh..penat woo mau load ini gambar. banyak lak tu kang. jangan habis space untuk gambar dalam blog ni udah. harus makcik nangis. tak le kot..sebab selalu say aletak gambar sikit2 je kan baru hari ni nak letak banyak sikit.
~~
gini le al-kisahnya.. hari tu saya ada le baca kawan2 yang nak kan gegambar budak2 belakang ni. so, setelah berhempas pulas menonggeng siap sampai terjatuh lobngkang bagai, makanya hasil kerja beberapa hari telah siap. sebab apa beberapa hari? sebab kalo sehari je try nak amik gambar takdapat complete. sebab kejap yang sekor ada, yang sekor lagi takde. makanya kena le menunggu budak2 tu semua muncul baru boleh amik gambar.
~~
wokeh.. budak2 nisemua dok kat belakang rumah saya. ada sangkar tapi diaorang memang lepas bebas nak pegi mana pon. budak2 ni pandai. kalo main pon tak le jauh2 sangat nanti masok balik lompat pagar. cuma kalo yang rajin jauh sikit tu budak neji tu. itu budak aaa.. banyak pandai pegi jalan2 jejauh wo.. saya risau. bukan apa, sini kereta banyak, anjing banyak, manusia pon banyak! kang bukan pasal dia tak reti balik sendiri, takot2 le kan. saya ni kan suka je nak suspicious yang bukan2. saya selalu je nak susah2 hati pasal budak2 ni kalo petang2 waktu bagi makan ada yang tak muncul. sangkar cuma untuk tido malam saje. mesti ada displinkan dia. biasa pukul 7pm lewat2nya mesti dah masok sangkar. tido dalam sangkar. esok pepagi lepas suboh say abukak sangkar, haa..pegi le ko mana nak pergi pon janji balik rumah. cuma yang bebetol totally off sangkar ialah neji, abang & nikky. diaorang ni pandai jaga diri. tak tido sangkar pon dia tido atas sangkar. kasi panjat sangkar tu. belasah le. janji balik rumah. tu je saya mintak. so..mari kita tengok gambar budak2 belakang saya.. walopon diaorang ni duduk belakang, ketahuilah..saya sayang semuanya.
~~


ni masa time baik hati. boleh le berdekat2 kalo time hati panas, sekor pon takmau dekat2 semua nak bercekau. setakat ni takde yang bercekau terok2. cekau2 manja namanya tu. tu kat gamabr ialah neji, nikky & nesso.



yeee...makan time. nak tengok berkumpul ni je la pon masanya. selain dari tu semau berterabor buat hal masing2. semua dok sebok melantak, nego sorang pandang camera. apakah???



ni nama nexin a.k.a abang. ingat lagi tak previous entry dolu2 yang pasal budak abang ni operate mata dia sebab bergaduh dengan neji? ada.. cari gali balik entry dulu2. sampai sekarang sebelah bijik mata putih je. doktor kata setakat u je boleh diubati. takpe la.. nampak agaknya cuma tak terang kot. perangai abang, dia ni jenis cool. dia ni kalo orang tak kacau dia, dia takde hal duduk lepak sendiri je. kadang2 ada gak gaduh dengan samseng or dengan neji tapi jarang sangat. biasanya dia memencil je. tak kuasa dah dia nak melayan kucing2 lain yang muda2 tuh. hahahahhaha....



ni lagi muka dia. comot tetap comot. mana tak comot, entah cerok mana dia pergi. kalo dengan saya dia manja. panjat2 saya, meleser2 kat saya. kadang saya layan jugak la. sayang abang!




ni namanya nemey a.k.a mama. hehehhe.. kalo saya panggil mamaaaaaaaaaaaaa.... cepat2 dia datang. paham kita cakap apa. very the garang dengan jantan. hehehhehe... kalo ada jantan yang nak dekat mula la nak marah2. marah2 kucing namanya tu. muwahhahahhaa... kecik je budaknya tak le besar. dia ni mama kepada nesso. ingat tak?




ni lagi muka mama. tengok la loceng collar dah tercabut entah le mana. sebenarnya semua budak2 tu ada pakai collar tapi tak panjang nyawa collar tu. habis tercabut terlerai. ganas sangat la. entah sebab gaduh le , main ganas sangat ke apa ke. ke sebab saya beli yang jenis murah punya? hahahhahaha... agaknya la. saya beli yang jenis macam clip tu bukan yang macam jenis ada pin macam tali pinggang tu kan. jenis klip plastik tu memang senang je nak cabut. takpe la..nanti ada duhet lebih kita beli lagi ye. sayang mama.




ini??? ayoyoyoyooooo..... ini namanya nego a.k.a si gendut. sebab gendut beno. ingat tak dai ni le anak kucign yang lahir ada 4 ekor tu adik beradiknya. nefo, necho, nejo & budak ni nego. tapi yang lagi 3 tu m.i.a. sedih la.. bukan dengan saya rezekinya. cuma ada nego je. tu la..dah banyak2 ni dah terlupa nak snap gambar mak kepada nego iaitu nemo. aduhhhh..pening2 mana nak carik budak tu. tengok je la pic lama tu ye. nego punya perangai, very the gelejat tau tak. ganas. dia tak kira siapa, semua dia belasah ajak lawan. dengan abang yang besar tu pon dia berani nak lawan. dia ni badan memang besar. mok2 sikit la dia ni. tu pasal panggil gendut. hehehhehe... very notty pon ye. dia ni yang paling liat masok sangkar kalo time petang. mau saya berkejar keliling rumah baru boleh dapat tangkap dia. memang dasar tau budak ni.



ni pon entah apa nasib bertuah dapat shoot muka dia, kalo tak tu asyik le melompat sana sini. jang jadi mangsa ialah pokok pisang belakang rumah saya. tu je la pon pokok yang ada. itu le yang jadi mangsa budak2 ni kot la nak bercekau ke, nak mencakar ke, nak memanjat ke. hehehhee.... nego pon suka buli budak lain. paling dia suka buli ialah nesso. tak pasal2 je kang dia pi ketok kepala orang tu. dahhh... bergaduh. sabor je la. tiap hari pon bontot dia memang kena pok2 dengan saya. geram!




tengok tu. lari sampai menyorok bawah sangkar. eeeee...tensen makcik. siap jelir2 lidah lagi tu. hehehhehe.... sayang nego.




hehehhee... yang ni nama nelly. memula dulu ingatkan dia ni betina sekali jantan daaa.. habis takkan nak tukar namakan? belasah jugak la nama nelly. tapi kita refer to nelly the rappers tu kan. ok la tu. perangai dia pon memang ala2 rappers pon. melompat sana, menerkam sini, terkujat sana, meleser sini. kadang2 macam tengah shuffle pon ada budak ni punya perangai. tak reti duduk diam. dia ni selalu masok dalam rumah. tapi dah masok rumah kang habis semua dia panjat, sofa, kabinet tv, kabinet dapor. nezha pon tak pernah nak panjat2 tempat macam tu. dia ni adventure terlebih sikit. tak reti takot lansung. dia ni kalo masok dalam rumah for sure mesti gaduh dengan nezha. hehehehhe.. nezha biasa la dia mana berkenan dengan orang bising2 ni. nelly ni dia kena duduk dalm sangkar. saya tak lepaskan dia. dia cuma lepas kalo saya ada kat belakang tu. sebab dia ni lain sikit perangai dia, menggelejat terlebih, plus.. saya takot orang kidnap dia. sebab pernah hampir terjadi. fuhhhhh.. mintak dijauhkan. so, samada dia lepas dalam pengawasan saya, atau dia dilepaskan dalam rumah. itu jam ko nak bergaduh berperang dengan nezha pon lantak le. janji ko selamat ada depan mata saya.




ni pon bukan main payah nak amik shoot muka dia. tak reti duduk diam. dengan obek je dia ada sikit takut. sikitttttt je bukan banyak. ada le beso hujung kuku agaknya. nelly kalo masok dalam rumah obek mesti pening kepala sebab habis nanti kertas barang kerja obek dia nak kerjakan. hahahhaha.. biasa saya akan pastikan nelly & nezha tak berada di satu tempat yang sama. kalo sekor dalma bilik, sekor kat dapor. gitu. baru rasa aman dunia kalo tak ya tuhannnn.. berperang!


lagi satu shoot dari tepi pulak. hidong ada tompok hitam. satu perangai nelly ni dia ni suka mogok. ye... mogok lapar. tak makan2. kalo kena marah, sanggop tak makan. say atau sebab tengok bekas makan dia tak berusik. owhhh.. very the pendendam mamat ni tau tak. tapi saya sayang dia walopon dia suka menggelejat. hehehhe..sayang nelly.





ok.. ni pulak nesso. ingat lagi nesso? anak kepada mama, yang dulu lahir dia sekor je tu. ni le dia dah besar. dia ni sebaya dengan nego tu. cuma tua sehari je. tapi sekarang saiz madan ada sikit kecik dari nego. selalu mejadi mangsa buli dengan nego. tapi dont worry, dia pandai melawan balik. boleh tahan garang gak budak ni. paling manja dengan mama dia. ye la..anak tunggal le katakan. masih menyusu lagi. apakah??? dah besar2 ni masih lagi nak berkepit dengan mama dia. dia tak tau silap2 tak lama lagi dia dapat adik baru. hahahhahahaha.... tengok la tu muka dia tertonggek2 siap jelir2 lidah. sapa tak geram?





nesso pon jenis relax takde hal punya. lincah main2. apa pon dia suka. manja pon ye. tapi dia ni ada sikit penakot. asyik la mengekor mama dia je. tak boleh jauh sikit. harus berkejar balik nak berkepit. belasah la. mama pon asyik la manjakan dia sangat. pandai masok sangkar sendiri kalo petang2 tu. hehehehhe.. semua bijak2 budak2 ni. tu yang buat saya geram tu tau tak. sayang nesso.





yang ni? yang ni nama neji. dia ni pengawal rumah saya. kerja dia mengawasi rumah dari dimasuki oleh kucing2 lain. selalu bergaduh dengan samseng sebab samseng kan selalu nak cilok masok rumah makan.hehhehe.. hari2 mesti dengar dia gaduh dengan samseng. meowwwonggggg.. meonggggg.. ngauuuuu.. ngauuuuuu..hishh.. disebabkan dia ni selalu bergaduh tu le kadang aja jiran yang tak suka sebab bising. alaaaa... berapa lama beno le kucingbergaduh. 5 minit pon tak sampai. tu pon nak jadi hal. so, sekarang kalo dia bergaduh saya akan lari ke luar le cuba jauhkan dia dengan samseng tu. pada saya takde hal kalo setakat kucing bergaduh. bukan masalah pon tapi ye la.. bukan semua orang suka kucing kan. takpe la..saya mengalah la halau dia jejauh kalo dia gaduh tu. tapi tu pon kalo dia gaduh dekat dengan rumah, kalo gaduh jejauh sekian le saya nak pegi leraikan. hahahhaha...





neji selalu tido atas bumbung rumah. wahhhh gitu. ala2 tido kat menara kawalan le tu kan boleh nampak semua view. sabor je la. dia memang totally off sangkar. dia ni berdikari sikit. kalo time makan pon dia bagi budak2 lain dulu makan baru dia makan. memang boleh diharap dia ni untuk menjaga rumah. manja sangat dengan saya. pantang kalo saya ada kat luar, harus nak memanjat saya suruh dukong. hehhehe.. dia ni la yang saya jumpa bawah pokok masa hujan. mengiaw2 sepanjang malam hujung2 pukul 4am saya keluar rumah mencari bunyik mengiaw tu rupanya atas bukit depan rumah. dia nampak saya je terus berlari pelok saya. wahhhh.. drama sungguh. masa tu dai kecik lagi. baby. sekarangggggg... dah jadi bapak orang. tapi manja tetap manja. sayang neji.





ni namanya netto. baru lepas beranak. dapat anak sekor, pon putih macam dia jugak, entah sapa le bapaknya tak dapat dikenalpasti. sebab pernah jugak nampak dai dating dengan neji, dengan abang pon pernah. haiyookkkk.... very protective dengan anaknya. jangan le kita nak dekat, harus dimarahnya. hehehhe.. kadang tu saya nak amik bekas uk-uk pon dia bising2, dia ingat saya nak amik anak dia kot. hellooo.. takdenya orang nak amik anak awak. anak awak tu mulutnya bising betol. sekor je pon tapi bunyik ngalahkan 4 ekor. sabor je la. hehehhee.. so, setakat tu je la yang dapat amik gambar baby dia. dia tak benarkan. ni photo please katanya. hehehhe...





tak puas hati amik gak lagi 1 shoot. dia memang tak berlekang dengan anak dia. dia cuma akan bangun untuk uk-uk, makan dan minum. selain dari tu asyik la berkepit je dengan anak dia. tu pasal anak dia pon terlebih mengada, tak boleh kalo mak dia bangun kejap mula la nak berkicau mulutnya. huhuhuhuhuuuu..... neto ni je yang lain sikit sebab mata dia biru. budak lain semua mata kucing. hehehhee... baru2 lepas beranak ni je comot, kalo tak tu macam beauty queen. asyik le nak melawa dia ni. pon manja jugak. suka makan kalo disuapkan. kadang2 saya layan juga kalo ada masa. kadang2 tak layan. hehhehehee... makan sendiri le woi. dia ni yang paling senang kalo nak dibagi makan ubat. bagi gitu je dia dengan sendiri nganga mulut makan. kalo budak lain, astagfirullah... boleh pengsan dulu kita dibuatnya baru dapat bagi makan ubat. apaon, saya sayang netto.





yuhuuuuu.. ni sapa ni ramai2 ni? hehhehehe... ni anak2 nikky. 4 ekor. tu tengah tido semuanya. semua baik2 perangai (setakat ni le, ke depan2 tak tau le). sikit tak berbunyi memekak. diam je. tapi saya risau kot2 budak2 ni bisu ke so hari tu saya cubit sekor2. meowww!!! owhh..ada suara rupanya. hehehhe.. ye la kan. harus le nak check dah tu baik bebeno tak de nak mengeow mintak susu kat mak dia. mak dia nikky a.k.a cik kiah. sangat menjaga anak2nya dengan rapi sekali. dia ni lagi over protective, tak bagi lansung anak2 dia keluar dari besen tu. kalo kucing lain nak datang dekat nak tengok pon dia tak bagi. hehehehe... saya takpe..dia bagi.





ni muka cik kiah kita. sebab apa panggil cik kiah? sebab very the kiah dia ni. tukang mengadu pon dia, tukang menyebok pon dia, tukang merempit pon dia. segala2nya dia le. kiranya dia ni reporter untuk rumah ni. dia ni kalo ada kucing kat luar pagar ke, ada apa2 benda ke nanti dia mengeow bising2 tau mengadu kat kita. sampai le kita keluar pi ikut dia tengok apa ke bendanya baru dia diam. kalo tak selagi tu la dia menyanyi kat pintu tu. sangat suka meleser kat kaki kadang sampai susah nak berjalan. pasal dia le saya jatuh longkang. saya nak jalan dia pon nak menyelit celah kaki haa.. ke longkang jawabnya. sabar je la.




ni tengah relax le ni. sejak lepas beranak ni keje dia makan, bagi susu kat anak. hehehehhe... dia ni dulu minah rempit tau tak. entah2 kucing2 mana pon dia berani ikut. tapi tak le sampai tak balik rumah. dia berjalan ke mana pon nanti petang dia balik. hari2 setiap pagi memang dia dulu yang menyapa saya. mesti dia yang pertama mengeow. dia ni jenis tido tak lena. ada je bunyi sikit dia dah terjaga. macam saya le tu. hehehehhe.. jaga anak2 baik2 nikky. semua babies saya belom bagi nama. tak kehabisan hurup.hhehehhehe.. sayang nikky.






well... well... ni le si samseng yang selalu saya cerita tu. tengok le muka dia.. macam nak makan orang. dia ni memang kucing terbiar. hidop berkelana. mana2 pon rumah dia. berjalan selagi mau. saya pernah jumpa dia kat blok hujung sana. punya jauh dia berjalan. kiranya habis dah 1 taman dia jelajah. dia selalu datang rumah saya sebab nak makan. haa..tu pasal le bergaduh dengan neji. si neji tak bagi dia masok, dia beriya2 nak masok. dia kalo dapat mangkok makan tu memang dia bedal sampai habis sebijik pon tak tinggal. hehehhehe... jarang sangat dia dapat masok kecuali time dia datang tu neji takde kat rumah. kalo ada, jangan harap le. so, sebab tu kadang saya tuangkan sikit makanan kat luar pagar so that dia pon boleh makan kalo dia ada singgah sini. sangat garang dia ni. dia pernah cakar saya kuku terbenam dalam. sakit wooo.. nangis saya. bisa. ye la..dia bukan jenis kucing dimanja2, dia bila kita dekat dengan dia, dia ingat kita nak pukul dia agaknya. saya tak pernah marah dia kalo dia datang cuma saya pastikan dia tak bergaduh dengan neji. ala.. berapa banyak sangat le pon kalo dia makan (walhal memang banyak pon!!!). hehhehehhee.....



memang rezeki sangat nak dapat shoot dia ni. biasa ni kita nak dekat je dia dah lari. dia pernah nak cas2 mama & nemo. ewahhhh...ada hati ye. tapi mama & nemo tak layan. hahahhahahah... nasib ko le samseng. walopon dia ni hidop berkelana, tapi badan sihat. bulat je ha... samseng pon samseng la..saya sayang samseng!





mmm...ni gambar kalo time makan. bekas ada 3 saya letak. berkerumun le budak2 ni makan. jangan risau, kat dalam sangkar masing2 pon ada bekas makan jugak. 3 bekas ni untuk sesapa yang nak makan le kan. kat sangkar memasing tu memasing punya. huiii.. budak2 saya ni ada sikit kedekot ye. orang lain jangan cuba2 nak try test masok sangkar orang lain. boleh bikin gaduh woooo... aduhh.. pening kepala melayan budak2 ni.



ni time main2. entah le main apa budak2 ni. melesek2 je saya tengok. layan je la.



ni kalo time nelly masok rumah. bukan boleh berdekat dengan nezha. harus bercekau sampai tercabot2 bulu. menambahkan keje saya je nak mengelap menyapu bulu. tensen makcik!!!!!


saya selalu pesan, kalo tak suka tu jangan le duduk dekat2. jauh2 duduk. rumah ni punya luas sorang boleh dok depan sorang boleh dok dapor. ini takkkk.. dah tak tau suka tu nak jugak mengekor. ni masa ni nezha tengah menyakat nelly. nezha datang dekat nelly marah2 kuar bunyik bising. hehehhehe... biasa gaduh tak lama. takat meow2 je la. nak kata bergumpal2 tu jarang sangat la. biasa lepas menyakat, nezha akan buat hal sendiri je la, tido ke duduk le memana. nelly pon buat hal sendiri, which is... menggelejat. huhuhuhuhu...




yang ni??? yang ni kalo sapa tak kenal memang saje la jawabnya. harus makcik tutup blog lepas ni. hehehehhee... ni le raja dalam rumah ni. sabor je la. so, nezha syukur le awak dok dalam rumah orang lain dok luar rumah. budak2 luar tu kadang saya bagi gak masok, saje bukakkan pintu tapi diaorang tak berminat nak masok. jenguk2 pas tu keluar. mmmm... malas agaknya dia. nezha kalo keluar pulak bukan nak jalan2. nak duduk je atas tanah tu. mmm.. lagi sekor punya perangai.
~~
sini takde pokok sangat. kawasan pon tak luar. belakang rumah saya tu ada le sebasar kangkang kera. jadi la. ada gak rumput dan sebatang pokok pisang untuk buat budak2 tu main. lepas tu dah jalan raya. saya tak kisah budak2 ni keluar tapi janji mesti balik rumah. selalu setiap pagi saya mesti berpesan macam tu. nak main ke, nak jalan ke boleh tapi jangan jauh2 dan bila petang mesti balik rumah. setakat ni ada gak yang semalaman tak balik tapi esok pagi2 dah ada. pegi clubbing agaknya tu pasal tak sempat nak balik petang tu. sabor je la. saya kalo salah sorang takde tak balik waktu petang mula la jiwa tak tenteram. kejap2 kang pegi tengok belakang dah balik ke belom, kejap2 jenguk belakang. selalu pesan kat neji suruh carikan budak2 mana yang tak balik tu. risau lah.
~~
jadi...itu le budak2 saya. pasal budak2 ni semua la saya kalo nak berjalan jauh lelama tu jadi sedikit hal la. simen belakang tu hari2 mesti dibasuh, uk-uk mesti dibuang, makanan mesti dibagi. kalo setakat 2 hari takpe la..boleh lagi, kalo lebih dari 2 hari saya dah mula menggelabah. asyik pikir nak balik cepat je.hehehhehe.. so, sekarang memang dah upah seorang pekerja obek tu kalo kitaorang pegi balik kampung yang lama2 memang mintak dia tolong jagakan budak2 ni. mmmmm... kadang orang tak faham cakap saya ni membazir2 je bela kucing banyak2 ni. nak kena bagi makan 1 hal, nak kena kemas 1 hal. tapi entah le... saya tak pikir lak semua tu. sebab saya sayang semuanya. walopon sekor2 muka comot celoreng2, tapi sihat2 sudah la. mereka le tempat saya nak bermanja2 bercakap2 berkawan2 bermain2. kalo takde budak2 ni sunyi hidop saya. terima kasih pada obek yang memahami saya dan sanggop berbelanja untuk kucing2 tu. hehehhehe... cuma obek kalo bab buang uk-uk memang dia takmau buat. chehh!!!!!
~~
ok lah.. panjang sangat le pulak entry kali ni.. harap enjoy!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..

6 comments:

sesemut said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhh
dah besar2... dah anak teruna , anak dara.......
bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrr

Misz Pinkie Winkie said...

gerammmmmmm si genduttt.
comel semuanya budak2 belakang lorong tue.
alhamdulillah...semua cukuppp mana tak gemok yer kan.. nak lawan ngan mucuk nezha tue.hehe

kim salamm kat bebudak tue.
jangan kesah org nak cakap apa..yag penting asben kita paham kita n anak2 bulus semua.
alhamdulillah ;))

meowwmania said...

waaa banyak rupanya kucin2 dia...gebus gebus dan gemok gemok belaka, mana taknya makan cukup dpt kasih syg lagi hehe..

dorang sume tu dah sunat ke atau mmg tanak sunatkan, sihat sihat belaka semua tu kalau membiak anyoyoyo tak dpt bayangkan :D

meowwmania said...

eh lupa pulak..

aritu ada tnya kan nape kasi wetfood cmpur blackwood, kita bagi camtu sbb kucin tu kecit lg blackwood tu kan keras jd bagi dia lembab skit hehe..

tp bebdk jebon yg besor tu pon slalu gak bagi dorang camtu seminggu dlm 3 4 kali lar...bg tukar selera skit asik makan mende yg sama je kan ;)

zh-ena said...

wahhh banyak gila kucing leeya nie

MamaBetty said...

haiii..mamabetty singgah2 tgk kucings..hikhik...tomei2 n sihat2 sumenya...si mama tu lawo sungguh..anggun you!!