mari mencari....

Google
 

Wednesday, September 7, 2011

dah raya laaaa.....

assalamualaikum....
waduh waduh waduh... lama betol tak menulis adalah dekat sebulan rasanya. ni cerita puasa pon tak habis tulis lagi walhal dah raya dah ni. adoihai..sorry la ampun dan maaf diminta sebab telah mengabaikan blog ini. abai blog takpe jangan abaikan kucing2 gemok anda sehingga menjadi kurus kerana ditinggalkan. huhuhuhuuu...isu sungguh lah kat kedai pet tu kan. menakotkan sungguh. hajat hati pemilik nak le haiwan kesayangan ditinggalkan dengan sempurna tanpa perlu memeningkan kepala tapi kedai tu pulak buat peel. apa la susah sangat bagi makan kat kucing2 tu kan. awak kan dah terima bayaran, jaga je la. kucing tu bukannya nak makan je 24 jam. sehari bagi 2kali makan pon dah cukup pagi dengan petang dan buang taik bucuk masyam tu je. tu pon susah ke? kalo susah jangan bukak kedai hotel pet, bukak hotel manusia, nanti dia boleh cari makan dan basuh berak sendiri. mujurlah budak2 kat rumah ni tak le terabai sangat masa saya cuti raya lama hari tu. dah upah budak kerja obek yang selalu jagakan kucing tu. syukur. saya balik ahad lepas tengok kucing pon ok..tak le kemarok kebuloran. tempat uk-uk pon ok la.. tak le bersepah2. adat le kalo kotor sikit. saya balik je terus lepaskan semua kucing2 tu biar pijak tanah main rumput. melompat2 semuanya. lega hati saya. fuhhh...sayang semua. mengikut pengalaman saya kalo tinggalkan pet kat kedai haiwan memang le dia kurung dalam cage kan. sapa le pulak nak bagi main lepas gitu. kat rumah pon letak kat cage jugak. tapi...entah la.. rasa sedih tu lain macam kalo ditinggalkan kat kedai pet dengan tinggalkan kat rumah sendiri. mmm.. as for nezha cuti raya ni.. dia dok dalam rumah sensorang. muwahahhahaha.. bermaharajalela la dia sorang dalam rumah tu. dah siapkan tempat makan minum 2 bekas besar, tempat uk-uk pon 2 bekas jugak. al-maklum..mama tu lain macam sikit. kalo dah ada 'hadiah' dalam bekas tu dia takmau uk-uk dalam bekas tu jugak.. nanti dia cari tempat lain. makanya, sebelom dia melepas kat atas sofa saya baiklah siapkan bekas uk-uk lebih. selamat. saya balik tu tengok rumah masih ok. takde kesan2 memberontak melampau. hehehehhe... sayang nezhaaaaaaaaaa.. pelok2 kuat2 cium sampai putus nafas. geram....
~~
owh... anyway.. ni kan nak cerita pasal menu puasa. haiya..tak habis2 la. tapi dah janji nak jugak letak gambar walopon gambar nanhado je rupanya. belasah la. janji ada. cerita part raya kita sambong di lain entry. insyaallah. nak upload gambar tu satu penyiksaan betol la. lama bebenor. saya pon sampai dah naik lupa dah menu2 raya tu tapi dah siap tulis kat gamabr kan so tengok je la. ada yang ada gambar, ada yang takde. cepat2.. nak cerita pasal raya pulak dah ni... hehehhee...




takde caption2 dah ye. tengok je la gambar tu.

tengok lagi...

dan lagi tengok...
lagi2 tengok lagi...
lagi tengok jangan tak tengok..



haa..ni takde gambar sahur. gambar buka je. sian.


lagi gambar makanan...


haa..habis dah gambar makanan masa bulan puasa.... sekian laporan. hahahahhahah.... eh.. tetiba rindu pulak nak dapat makan kuih2 macam tu kan. kenapa kalo bulan tak puasa takde lak orang nak jual kuih banyak2 masa petang2 tu ha? tingin la.... takde permintaan ke agaknya? ahhh... bosannya. saya suka bulan puasa. pengalaman tahun ni pertama kali berpuasa sebagai isteri, ehemm... ahaks.. kelakar le pulak. takde la.. pengalamannya biasa je. masa bujang dulu pon saya memang bangun sahur. tapi takde la masak2 beriya. cuma sekarang sahur mesti masak laok baru, nasi baru. dulu belasah je la nak makan apa pon time sahur janji sahur. sekarang kena lebihkan vitamin rajin tu sikit. bukan apa, kesian kat obek kalo tak masak sahor yang menarik sikit, dia keje terok. so, kasi dia makan yang berkhasiat dan kenyang2 sikit la. melainkan kalo dia request nak benda ringan2 macam koteow goreng ke apa ke baru le buatkan. kalo tak memang saya bagi dia makan nasi. biar kenyang sikit. bagi ada tenaga. then paksa dia minum air putih sampai muka dia macam dugung. hehehhe... degil betol klao suruh minum air putih. asyik nak air manis je. mana boleh macam tu. kesihatan kena jaga. betol tak? betol betol betol. rindunya ramadhan lagi. takpe..tahun depan ada lagi.
~~
sepanjang bulan puasa, saya suka tengok upin ipin pukul 7pm. hehehehhe.. tak boleh misslah! rugi rasanya kalo tak dapat tengok. apada.. upin ipin pon nak tengok ke? mestilah.. so cute! rasa nak picit2 je pipi dia, hehhehe... biasa saya akan masak laok untuk berbuka. kuih je beli. laok simple2 je dah, dalam 2 jenis. salah satunya mesti berkuah sebab obek suka makan makan ada kuah2 ni. selalu orang tanya sempat ke nak masak dah lewat petang. jawapannya... sempattttttt..... masak untuk berdua bukan banyak sangat. tips untuk sempat masak untuk berbuka walopon balik lambat ialah.... siapkan bahan2 nak masak untuk buka tu awal2. ikan ke ayam tu dah siap letakkan kat peti ais belah bawah. jangan le biarkan dalam freezer tu jenuh le nak tunggu dia thaw. apa bahan2 semua siap2kan potong2. bawang ke, sayur ke, apa ke bendanya siap2kan, letak dapat tapawe siap2. so, by the time nakmasak 630pm tu semua dah ready cuma nak tumiskan je laok2 tu. kan senang. takde la mengambil masa lama sangat nak potong2 ke apa ke sebab semua dah siap sedia. bila nak sediakan semua tu? haaa... masa lepas sahur tu sesambil basuh pinggan tu siapkan je la. mesti dah ada perancangan nak makan apa kan. macam tu le saya buat setiap hari. setakat ni cara tu masih sempat untuk saya nak masak2. biasanya by 710pm lebih sikit dah siap semua dah. kalo rasa agak2 tak kenyang makan berbuka tu (nampak beno tipunya kalo tak kenyang), malam lepas terawih boleh je kuar beli makanan simple2. burger ke, roti canai ke. biasanya jarang dah kitaorang kuar beli makanan. habiskan je kuih yang beli untuk berbuka tu. tu pon biasanya memang tak habis. mmmm.... takpe..nanti kena pantau lagi supaya kurangkan membeli kuih. ~~~
bab nezha? mmmm..dia biasa la. time saya buka dia pon buka duduk sebelah. jangan la nak kacau2 kerusi plastik dia tu memekak je dia kang. time saya sahur pon dia bangun jugak. budak tu memang tau. untuk sahur pon saya buat macam tu. saya siapkan bahan2 nak masak tu sebelom tido tu kan. sesambil tengok tv time iklan tu lari pi dapor. dont worry. iklan tv kan lama. sempat nak buat basuh ikan or sayur seround. bila cerita dah start lari balik pi depan tengok tv. hahahhahaha.... ha..untuk sahur pon saya siapkan awal2. so, by the time bangun pukul 430am tu semua dah siap cuma nak tumiskan masakkan je lagi. senang kan. pukul 5am dah siap. boleh makan. saya selalu sahur makan pukul 5am. sebab ada banyak masa untuk makan secara perlahan2 dan tak tergocoh2. tak suka la makan kelam kabut. kalo ada masa lagi boleh nak nak mengutil coklat ke, gegula ke apa ke bendanya. kalo dah terlewat2 tu kang takde masa lak nak makan2 jajan. hehhehehe... so, macam tu le rutin saya tetiap hari masa bulan puasa. penat memang penat. mana nak kemas budak2 meow belakang tu lagi. letih. tapi seronok. ada gak sekali dua terbabas bangun lambat sahur, so, makan apa yang sempat je la.
~~
macam tu le cerita bulan ramadhan saya untuk tahun ni. harap untuk tahun depan lebih improve lagi. cerita pasal raya? nanti ye.. nak load gambar dulu. apapon, saya dan obek dan nezha dan semua kucing2 luar megucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. maaf zahir batin!!!!

2 comments:

MOKCIK AZWA said...

Waduh lengkap..menu sahur ngan berbuka tu.. tu makan berdua ker beramai2 tu..banyak nampak kuih muih, lauk pauk hehehe

Selamat hari raya maaf zahir dan batin ya..

Mujur kucing kami pun selamat..cik abe upah budak yg selalu potong rumput dekat rumah untuk tengok2 kan kucing2 tu..alhamdulillah..

Ummi said...

akak hantar beauty kat pet shop, mula2 dia cakap RM5, sekali masa ambil dia naik harga RM10, dah so hari tu tu, boleh beli susu nufah :)

selamat hari raya maaf zahir batin

raya pertama sebagai isteri ye :)