mari mencari....

Google
 

Wednesday, September 14, 2011

experience, experiment..




hello...
apa nak cerita hari ni? tu la pasal malas selalu nak update blog sebab takde idea nak tulis apa. entah la ye. kenapa tak reti menulis. saya tengok separuh orang semua yang terjadi pon masukkan dalam blog. mmm.. tapi kalo saya malas le pulak semua benda pon nak cerita. ahhh..sukati masing2 la. kalo jenis rajin, silakan la tulis segala, kalo jenis malas macam saya, takyah tulis. senang cerita. takde sapa paksa, ye tak?
~~
tapi dah terlanjur menulis ni makanya kita tulis la apa jua ye. semalam kami suami isteri tuang keje. hahhahaha... balik cepat. entah le, takde mood. macam la budak kecik baru nak belajar puasa walhal dah tua bangka, masih nak moody2 lagi. haihhh.. bila la nak berubah perangai jadi elok sikit. so, obek pon kebetulan balik cepat. biasa dia balik lambat. oooo... agaknya dia dapat bau isteri dia dah balik awal dia pon balik jugak kot? hahahhahaa... sayang nezha..eh..tetiba je kan. lari topik nih. anyway... balik2 rumah je so macam malas. malas nak kemas, malas nak masak, malas nak tengok tv, malas nak buat apa2 pon. just nak duduk diam je. boleh gitu. sementara tengah termenung2 tu obek pon balik. ngadu la apa lagi. obek kata wokeh.. takyah masak untuk berbuka, kita makan luar. yahoooo..terus muka ceria ber-bling2 berchahaya berkilau2. hehehhee... elehh..dasar pemalas memang macam tu. tapi memang dari pagi semalam malas dan takde mood. budak2 belakang pon biasa saya kemas & cuci lantai sekali semalam saya just kemas je tak cuci pon lantai. tengok macam bersih je so malas nak cuci. huhuhu...
~~
so, since nak kena keluar dan balik lambat sebab nak berbuka luar, harus le makcik mengemas budak2 tu dengan pantas. mmm..mujur budak2 tu semalam semua baik perangai. takde yang nak buat peel bukan2. elok2 je siap makan sendiri bawak diri masok sangkar. very good... ni yang buat makin sayang ni. hehehehe.. dah pandai ye ikut jadual. biasa nak kene dukong sekor2 masokkan dalam sangkar. tapiiiiiiiiiiii.. semalam je la kan baik peel tu. hari ni entah le. budak2 tu pon ada mood jugak. owhh.. budak abang tu telinganya luka. mmm..bergaduh le tu. tu mesti bergaduh dengan si samseng tu. hishhhh.... mesti si samseng dah mem-provok dia lelebih tu le pasal dia bertindak ganas. huhuhu...biasa budak abang tu bo layan je hal orang. dai buat hal sendiri je. janji perot kenyang, tido terbongkang, takde orang kacau he's just a happy big fat black cat. ni bab ada orang kacau ni yang dia hangin 1 badan ni. anyway.. dah sapu minyak gamat dah. hope dai tak le garu2 telinga dia tu kan. fuhhh...macam2 peel la budak2 nih. pening kepala!
~~
so, sebelom pegi berjalan2 cari makan pegi singgah pasaraya gergasi dulu. beli barang rumah le segala sabun, ubat gigi, berus gigi dah nak habis. seperti biasa, bila membeli harus ikut senarai yang telah ditulis sahaja. jika terambil barang yang tiada dalam senarai, satu laporan berjela2 harus dibentangkan dan diterjemahkan kepada menteri kewangan. muwehehehehhe.... kata kena berhemah. dannnn... peringatan untuk kali yang entah berapa ratus, kalo pi beli barang kat gergasi tu... harus double check harga. mesti scan dulu harga sebelom pi bayar. sebabbb..dia selalu je tipu harga. tulis kat rak lain, kang sampai depan nak bayar harga jadi lain. semalam saya beli toilet tissu tu. kat rak tulis 14.99. bila scan yang cek sendiri tu harga tak keluar. saya cakap ni kang mesti isu ni kat depan. cari orang yang jaga bahagian tissu tu, bagitau kat dia saya scan tak kuar harga. dia pon beriya le cakap ni memang 14.99. okeh la..sampai depan kang kuar harga lain ko siap. so, bial scan nak bayar memang le kuar harga lain. udah jadi 15.99. jauh lari tu..singgit woo.. takde maknanya saya nak derma kat gergasi tu sampai singgit. tak kuasa. kot nak menderma banyak lagi tempat lain boleh derma. saya cakap kat budak kaunter tu kat rak harga lain, bukan harga ni. suruh dia pi cek. seperti biasa kalo mengecek harga tu harus berkurun. sabor je la. at the end memang harga sepatotnya 14.99... haa... baru le makcik tak memekak. ni kita yang perasan. kalo orang beli banyak2 barang sampai 3-400 tu mana nak ingat semua. kalo 100 orang dia pow singgit dah berapa dia untung? hishhhh... bencilah keadaan macam ni. korang pon, jangan le baik hati beno nak pejam mata bagi duit gitu je. walopon singgit, walopon seposen. cuba kalo kita tak cukup duit singgit or seposen, ada dia nak bagi pree pejam mata barang tu kat kita? takde kan. jadi, pikir banyak2 kali. kalo pon rasa duit tu dah belambak2 sangat, bagi kat tempat yang sepatotnya. ok..keputusan dan pilihan di tangan kita. chewahhh.. macam iklan tv le pulak.
~~
anyway, enough membebel pasal harga salah. mmmm... lepas beli2 tu kami pon kuar le cari tempat makan. saya tingin nak makan seafood. obek nak bawak pi ulu langat. saya pulak macam ala..tak syiok je. nak pergi ke bagan lalang. so, ke bagan lalang le kami. dah terbayang2 dah makanan best2 tu. sampai sana obek kata jom la cuba kedai lain pulak. kot2 lagi best ke apa ke. saya ala2 malas le kan kang tak best kang udah spoil my food je. tapi sekali pikir ye jugak, kalo tak cuba mana nak tau kan. so, ke kedai lain le kami. selalu pi kedai hujung sekali, ni kedai yang sebelom kedai hujung. order2 pilih2 ikan sotong segala tunggu. kejap je dia dah siap masak sebab takde orang lagi time tu. saya pulak nak tunggu waktu berbuka. so, amik2 gambar tepi laot tu sikit. mmm..semalam laut tengah pasang. uwahhhh.. menakotkan je la tengok ombak tu. ngeri. ahhh... dasar penakot air. dah tau penakot tu jangan le tengok laot tu kan. ni tak.. kepala tu automatik je nak tengok laot jugak. huhuhuhu...dah lama tak pegi sana. so, verdict makanan kat kedai tu... tak best, tak sedap. yang sedap cuma sotong goreng tepung je rangup2. yang lain... mmm..kira saya masak lagi sedap le. ketam black pepper takde rasa black pepper pon, rasa kicap je lebih. masa baru letak pinggan pon dah terbau kicap je yang lebih. tengok rupa pon memang jauh le dari bayangan saya. hahhahaha... then order ikan kukus asam boi katanya. mmm.. kenot go le. then ada pepahat masak pedas. mmm..kenot go jugek. takpe... pengalaman katakan.lain kali dah tau jangan pegi sana lagi. bertolak balik dalam pukul 815pm macam tu. mmm..kira awal jugak la. balik kemas barang semua, tido awal. entah...rasa macam takde mood je.
~~
pepagi buta kepala dah kena garu dengan nezha. huishhh.. dia kejut bangun tido le tu kan. malam tadi dia tak tido lagi saya dah tido dulu. entah apa dia buat dengan obek kat depan tv. tengah malam pukul 3am saya terjaga sebab dia dok garu2 saya suruh garu perot dia. ahhhhh..orang ngantok ni malas le nak garu perot awak nezha. garu sendiri le. saya bangun, minum air kosong, then sambong tido. tak sahur pon. takpe la... bukan ada buat keje berat pon, cuma duduk je kan. so, harap2 hari ni 3 hari la saya puasa. bagus2. motivasi diri sendiri.
~~
obek? mmm..dia biasa la. keje, keje, keje. bagus jugak. kalo dia ada kat rumah saya jadi tak reti nak buat keje rumah. pegang penyapu salah, pegang kain lap salah, entah le. yang pasti kalo obek ada kat rumah saya jadi malas mau buat keje. hahhahaha.. kalo dia takde tu laju je kan zup zap zup zap siapppp!!!! (ala2 iklan kehepsi gitu...siappp!!!). hahahhaa... apapon, love obek banyak2.
~~
nezha? dia pulak sejak saya balik raya tinggalkan dia tu, dia dah jadi macam fobia je saya tengok. mesti nak mengekor je mana saya pegi. saya ke bilik, dia ikut, saya ke dapor, dia ikut, hatta saya ke toilet pon dia ikut! biasa memang dia ikut gak tapi kebelakangan ni terlebih2 lak dia ikut. sabor je la. drama acah2 bawak dia pi makan kat dapor sebelom saya lari keluar dah tak menjadi sekarang. dia dah tau dah saya mengakal dia. huishhh....teror dah budak ni. apa2 la labu... sayang dia.
~~
ok..hari ni nak makan apa? owhhh.. not good, not good. masih awal lagi dah pikir tentang makanan. tak baik tau. apa yang ada je la. kalo rajin kang masak, tak rajin kang tapau je sudeh. tengok obek keje ke tak malam ni. agaknya keje kot, sebab semalam dah tak keje malam. apa2 la....
~~
ok la.. tu je nak tulis hari ni. dalam takde2 idea tu kan sebeban jugak menulis. nanti sambong lagi. byeeeeeeeeeeeeeee...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

3 comments:

sesemut said...

mananyer pict bebudak stoges tu.. mesti dah besor gedabak dah diorg kan..hehhe

meowwmania said...

eh teringin lah nak tgk gmbr bebudak belakang tu mesti dah beso kan...

ce letak gmbr dorang, asik asik letak gmbr nezha busuk tu jer

hahahah...nezha amponkan aunty nezhaaa

Ummi said...

beauty akak kenapa ek, muntah dan tak nak makan, ada problem ke?