mari mencari....

Google
 

Monday, September 12, 2011

kisah kenduri di hari raya....



hello...
anda mengantuk ke? budak itam tu mengantuk, tengok mata stim semacam je. ala.. belasah je la. dia tu kan memang asyik nak tido je. kalo tak makan, tido. kalo tak tido, makan. tu je la pusing2 pon.
~~
anyway, dah hari isnin. hari kegemaran semua. betol tak? kali ni nak cerita pasal kisah cuti raya dulu. alalalala... dah berkurun baru nak cerita hari ni. biarlah. sukati la kan. hahhaha... tak, bukan apa, time cuti raya hari tu rumah kat kg. johor ada buat kenduri kawen. adik obek yang kawen. tu le saje je nak kasi cerita.
~~
kenduri kawen time raya? super double memenatkan. saya balik raya ke-2. kenduri kawen tu hari sabtu, raya ke-5 ye? ye la kot kalo tak silap. so, dari raya ke-2 tu bznya menyiapkan persiapan sampai le ke hari majlis adoidoidoidoiii..sakit pinggang eden membuat kojo. mana dengan orang datang beraya lagi. tak cukup kaki tangan semua nih. sampai saya nak pergi jalan beraya pon tak sempat. cuma sempat pergi 2 rumah je yang dekat2 situ. huhuhu... kenduri tu biasa la konsepnya rewang2 kan, tapi memandangkan time cuti raya maka kitaorang expect tak ramai yang boleh datang tolong sebab ye la..memasing masih nak beraya dengan anak beranak sanak saudara semua tu kan, sebab tu kitaorang pulun buat mana yang boleh buat sendiri. huiiii..serik.. lain kali takmau le kenduri time raya. tapi memang betol pon, by the time orang rewang datang, most of the keje2 semua dah siap, cuma nak buat untuk yang hari majlis je macam goreng ayam, potong nenas untuk buat acar tu kan. yang kerja lenlain semua dah siap.
~~
kali ni kawen adik pompuan obek. mmm..majlis sederhana je la tapi meriah. buat kat kampung kan mesti meriah. saya suka je sebab ramai je budak2 lari2 memekak tu. baru la nampak ceria. hehehhee... tema purple. jadi semua family member pakai baju purple. obek je tak purple, dia pakai putih belang2 biru ala2 nak purple. ishhh.. dia tu memang suka lari tema. sabor je la. bukan takde baju purple, dia memang tau. takpe.. belang2 biru tu pon ala2 nak nampak macam purple gak. belasah je la. so, menu kenduri biasa la.. nasi beriani, daging meriani, ayam masak merah, jelatah timun nenas tu, papedom, air oren. tu je kot. owhh.... ada bubur pulut hitam. haa.. tu je la. simple je. jemputan pon tak berapa ramai yang dijemput, cuma saudara dekat2 dan jiran dekat2 je. sedara je pon dah dekat 200 orang, huhuhuhuuu... family besar obek ni. kalo belah saya kecik je. takpe... cerita pasal kepenatan hari kenduri takyah cerita la. sendiri mau tau la kan. dah kata semua buat sendiri. makcik tak cukup kaki tangan nak mengejar semua benda. nak pi amik kek pengantin la.. nak kena jaga meja makan pengantin la.. nak kena tapaukan untuk orang la..huiii...berlengas. mujur makcik pakai baju liplap2 menarik maka ada le mood nak buat keje. kalo pakai baju t-shirt je kompom orang ingat bibik yang buat keje.
~~
cerita lepas kenduri?? uwaaaa.. tu lagi satu hal penat. standard le.. lepas kenduri semua nak kena kemas. kena kemas cepat2 sebab esoknya sunday tu semua anak beranak dah nak balik ke tempat asal masing2, cuti dah habis kan. tu yang pulun jugak kemas bagi siap tu. belasah la....





comel ke budak yang pakai topi terbalik tu? hehehhee.. comel, comel, comel. lihat perutnya... buncitkan? hahahhahahaa..... tu obek tengah masak air untuk buat air minuman kenduri tu. banyak kali masak air dalam 5 round agaknya piok besar tu. ye la... takkan bagi orang minum air paip? agak2 le kan. mesti bagi air masak lorr... ke ada je orang yang bagi air paip kat orang masa kenduri? gagal dikenalpasti. masa ni hari jumaat petangkalo tak silap. sebab malam tu pon orang dah start datang rewang2 kan. so kena bagi makan minum semua. kuih2 banyak orang bagi. mmm..terima kasih pada yang menyumbang. sedap2 kuih semua. esok diaorang kenduri kita balas balik la kan. hehehehe... obek punya berlengas.. tuhan je yang tau. rasa nak rendam je dia dengan baju2 yang dia pakai sekali dengan klorok. geram lah. rasa nak sental2 dia dengan berus dawai tu sekali. huishhh...zalimnya nak sental dengan berus dawai. hahahahha....
~~
malam lepas kemas mana yang mampu kederat dan mandi rehat kejap, adik2 obek ajak kuar ngeteh. fuhhh.. akhirnya. dapat makan dan minum yang bukan bertemakan hari raya dan kenduri. jujurnya, makcik dah tak larat nak tengok laok ayam daging lemang ketupat biskut raya ni. makcik nak nasi putih laok ikan sardin tinnnnnnnnnnn. hahahahhaa... tapi dah budak2 tu ajak kuar, belasah je la kan. ikut je la. dok rumah pon buat apa. penat memang penat tapi kalo dah dapat keluar tu bagusnya. so, kitaorang semua keluar. mil+pil tinggal kat rumah. buat apa? kira duhet sumbangan woooo... amboi, amboi, amboi..... dapat berapa? tetttttt.....
~~
so, kitaorang kuar minum, masa tu dah malam. almost 12am dah masa tu. kedai pon banyak dah dah tutup. perniagaan laris musim2 perayaan ni kan. so kena lajak jauh lagi ke depan. baru le jumpa kedai. mmmm.. belasah je la. saya makan nasi goreng kampung dengan air kopi o ais. fuhh..nyaman. tapi yang tak nyamannya orang tu masak pedas. uwaaaaa... pas bagi kat obek je la nasi goreng tu. lepak2 kejap, borak2 kejap, lepas tu balik. kat tepi kedai tu nampak mak kucing tengah bagi anak2nya minum cucu berkhasiat. hehehehe.. amik gambarnya. so cute.






tu la mak kucing tu. mak dia oren, tapi anak dia semua hitam kelabu except 1 je oren jugak. apakah??? ni mesti ikut gen bapak kucing ni. bapak kucing kat mana? tak dapat dikenalpasti. sekian. huhuhuhuhuuu... mmm..kucing2 terbiar ni kadang sihat walafiat je walopon makan entah hapa2, kucing kita yang dipupuk dibelai bagai nak rak ni kadang banyak lak penyakitnya. terlebih manja agaknya. bila nampak je kucing tu terus teringat kat budak2 kat rumah, especially nezha. wahhhh.. apa lagi, dah sekian lama cuba melupakan dia, tup2 malam ni nampak lak, harus le makcik melalak kan dalam kereta. hehehhehehe.... dah beberapa hari asyik buzy je tu ingat gak tapi takde masa nak melalak lama, ada gak nangis tapi sikit2 je. kali ni dah tak dapat diselamatkan lagi, burst out habis. hehehhehee... balik rumah mata bengkak. semua tanya apsal, saya tak jawab pon, lari masok bilik sambong nangis. yee... nangis ada banyak episod, boleh sambong2 sebab banyak iklan. hehehehhee... nangis sampai tertidor. meoww....
~~
esoknya ahad, pepagi suboh pie dah bangun. sebab nak balik cepat. kemas beg siap2 dah ni. apa segala barang laok yang nak ditapau pon saya dah amik dah. ingat by 9am nak bertolak dah, sekali tu drag lagi sampai pukul 12pm baru bergerak. uwaaaa.... dah tu obek nak kene tolong turunkan balai tu pulak. hishhh..macam2 lah. mil pulak sebok nak masakkan laok untuk bagi tapau. saya kata takyah, dia nak juga masakkan siap belikan ikan lagi. dia tau kan saya tak berapa gemar ayam, saya suka ikan. hahhahaa.. mmm.. dapat semput2 sedu tu saya tunggu jugak le sesambil kemas lagi apa yang patot. so, siap le laok untuk tapau balik, mil buatkan ikan sweet sour, gorengkan ayam baru untuk ayam masak merah tu, sebab kuahnya ada lagi. nasi pon siap juga. lepas tu baru le boleh berangkat balik. hehehe..
~~
dalam kereta baru je masok kereta saya dah kepoh2 carik kunci rumah. obek kata lambat lagi woi nak sampai rumah, ni simpang depan kampun gpon tak lepas lagi. hehehehhee... gua tak dulik bro..gua tetap bersiap sedia dengan kunci di tangan. rindu nezhaaaaaaaaaaaaaaaaaa... perjalanan balik ok je. takde la jem sangat seperti yang dibayangkan. owhh.. kitaorang ikut plus highway sekerat je then masok ikut highway lekas masa kat senawang. ye ke senawang nama tempat tu? ke kat mana ha? entah la... lupa dah. ooo..ikut situ tak jem. bagus2. lain kali boleh ikut situ lagi. sampai je rumah, baru nak buka kunci pagar dah dengan dah suara budak tu menjerit2 dari dalam rumah. hehehhehe.. buka je pintu, tu dia.. lepk cium bagai nak rak. obek kata, mmm... baru le nak nampak muka gelak kalo tak tu monyok je. hehehhee... perli le tu. i lap u obek.
~~
so, gitu le cerita kenduri masa time hari raya. lepas ni dah habis dah cerita pasal raya. kembali ke asal balik cerita pasal harian saje. hehehhehee...semalam ahad saya balik rumah ma. biasa la kan weekend2 memang balik sana. mujur saya balik, sebab saya sampai je tengok pakngah dari ipoh datang 2 kereta. huiiii... melompat2 le makcik siapkan lunch untuk tetamu tu. pakngah datang sebab nak jumpa opah le. so, semalam saya masak sambal tumis udang, gulai lemak putih kobis, goreng ikan masin, sambal belacan, ikan cencaru bakar tipu2. sebab apa namanya bakar tipu2, sebab bukan bakar kat bara api or oven, tapi bakar atas kuali gitu. belasah la. tapi tu bukan saya yang masak, menantu pakngah tu yang masak. hehehhee.... lagi ada rebus pucuk ubi. ada buah tembikai dan air oren. oren lagi.. ye la.. tu je yang ada, ribena takde. hahahhaha...
~~
mama kata nak datang joint tapi lambat le pulak. by 2pm pakngah dah bertolak balik coz dia nak pi tempat lain pulak. petang pukul 4pm baru mama sampai. mama bawak roti jala. fuhhh... my fav tu. saya suka makan roti jala. dengan kuah kari la takmau dengan kuah durian ke apa ke. tapi kari mama semalam pedas.. huishh.. pada saya pedas le, pada orang lain ok je. baru nak menyuap roti jala, terpandang kelibat jiran lama kat luar rumah, saya pi tengok kat pintu rupanya betol la. huiiii.. kecoh rumah macam nak berperang. dia dulu duduk menyewa sebelah rumah ma, tapi dah pindah entah mana. cari2 tak jumpa. dia tu selalu tolong ma buat keje2 la. kitaorang kalo nak mintak tolong apa2 kemas2 rumah ke mintak tolong dengan dia la. masa kenduri saya kawen dulu dia laki bini tolong banyak siang malam pagi petang. ni dah jumpa balik bagusnya. dah pesan awal2 esok raya haji datang sini tolong. hehehhehe.. anak dia dulu kecik now dah besar jadi notty! hehehhehe.. meriah rumah ma semalam ramai orang datang beraya. fuhh.. mujur saya ada kalo tak letih le ma nak buat semua keje. hehehhee...
~~
dah petang pukul 630pm macam tu saya pon balik rumah sendiri. sebelom balik, singgah rumah ibu pulak. sekali harung je la sebab dah on the way jugak. lain kali tak yah pegi lagi. hehehhee.. makan kuih raya lebih kurang, lepas maghrib kami pon balik rumah. disebabkan tak jangka nak balik lewat sangat, maka masa keluar rumah pagi tadi tu tak le pasang lampu. jadi.... budak hitam udah kena tinggal bergelap dalam rumah sensorang. apa lagi.. harus protest ni. apa tak nya. saya masuk je ada bau harum menyucuk2 hidung. carik2 punca, wahwahwahwahhh.. dia pi kencing kat kerusi malas tu. sakit hati betol. dia ni memang la sekarang manja melampau. kalo kena tinggal lama memang dia akan buat perangai. saya check tempat pasir dia bersih je. tengok la tu. memang dia mendengki saya tau. dah le saya kena cuci kerusi tu memalam buta. stresss makcik tau tak. ni kes kucing dera manusia nak mengadu kat sapa ha??? masa saya cuci kerusi tu pandai lak nak datang menjenguk saya buat apa. pigidah....kalo tolong beruskan takpe..ni takat tolong meoww2 tepi pintu tau takde maknanya. uwaaaaa....
~~
malam tengok tv je la. tak larat nak kuar pi mana2 pon. letih. dah malam pukul 11pm saya dah nak tido obek lak cakap lapar. haduhhhh... buat muka seposen dia tu le. mmm..apa yang senang? masak nasi goreng je la. nasi ada tadi tapau dari rumah ma, tapi laok takde. mmm...ada ayam kfc dulu semalam tu saya simpan, potongkan kecik2 buat rencah. tumbuk cili api campor belacan bior obek terbersin2 then buat nasi goreng. belasah la..janji kenyang. saya pon tumpang sekali makan. sebab kononnya nak puasa hari ni. ye.. saya start puasa hari ni. puasa awal2 supaya tak terlupa nanti.
~~
so, gitu le ceritanya. habis dah cerita pasal cuti raya dan cerita weekend tadi. fuhhh... penat tangan type2 nih. hehehehe... nezha? ceria as always sebab dah puas hari mendera dan membuli saya. pada sapa2 yang nak cubit2 popok2 dia, boleh je sep2 pas ke saya, saya boleh tolong cubit dan popokkan budak itam ituuuuuuuuuuuuuu...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

4 comments:

Janggel said...

wah kenduri di hari raya! memang penat tapi meriah kan!

sesemut said...

fuh.. berpinau baca ..
anyway.. akhirnya dpt gak tgk muka nezha dikala terang bersuluh..ala2 pakai whitening cream gitu...

meowwmania said...

haa betul betul setuju!

kdg stray cat ni lg kuat dr kucin yg kita bela kan...kuasa tuhan

eh! nak kirim tp tanak cubit nak soh gegetkan idong nezha hohoh...

saya said...

janggel--meriah penat namanya tu. ehhehhe...

hani--huii..dia pon nak gak try whitening product yg ada di pasaran.

meoww--gigit hidong? bolehhh. hehhe..