mari mencari....

Google
 

Monday, October 31, 2011

lets celebrate!!!...

hello....
seperti biasa memang berkurun baru le nak update blog ni kan. tapi takpe.. janji ada update ye tak. hehehhehehhe.. memang alasan yang paling kuat munasabah serawak sungguh la. anyway... how's your weekend? hope everythings ok je la hendaknya ye.
~~
haaaa... last week kan birthday saya. so, ada le buat makan2 sikit. hehehhee..sikit je la tak le beriya2 tapi meriah le. hari kejadian adalah pada hari deeeeepaaaaavaaaliiiii...sebab semua orang cuti on that day kan. bagus sungguh. deepavali pon deepavali la janji meriah sudah. so, pagi2 lagi makcik dah bangun nih bersemangat masak macam2 ni. habis katanya ada makan2 harus le masak2 kan. huhuhu.. walopon masakkannya sedih. tapi ibu kata sedap! hahahhaha.. owhh... ibu lagi hebat... siap buat nasik minyak, ayam masak merah, rendang daging, acar buah, jelatah timun & nenas, sayur goreng jawa tu..alaa.. yang ada suon tu kan.. then apa lagi ye.. lupa dah. itu je rasanya. saya pulak masak sambal tumis sotong, gulai lemak ikan patin, goreng kopok, goreng ikan masin, salad dannnn.. jengjengjengjengggg... saya adalah telah membuat satu surprise.. hatta ibu pon terkojuit tengok saya teror buat benda itu..apakah benda itu? tungguuuuu.... obek lagi la ala2 tak percaya. siap cek hp ni kot2 saya pi order kat orang. cheitttt.. sungguh tak memotibasi lansung da. hehehe..
~~
anyway.. majlis berlansung dengan meriah dan macam orang gila. cam whoring macam orang gila jugak. nezha? dia pon naik gila tengok orang ramai2 kat dalam rumah tu. melompat sana melompat sini, hujung2 dia dah penat dia bantai tido bawah kerusi. tapi nezha pon pada hari kejadian adalah makan banyakkkk..semua pon dia nak. owhhhh..pengsan!!






so.. this is the food spread. hehehhe.. meriah tak? yang dalam tupperware semua ibu yang bawak. kecuali kopo tu saya yang goreng. goreng 2 bekas tapi 1 awal2 lagi dah selamat dalam perot manusia. ye la.. maunya tak lapar. tunggu obek balik keje lama beno. katanya nak pegi kejap aje pukul 12.30pm sampai rumah, sekali pukul 130pm baru nak muncul. dah le hari hujan. dah le tak amik breakfast for the sake of nak makan banyak lunch time tu. maunya perot tak berkicau2. tu yang pakat makan kopok dulu. obek sampai je semua marah kat dia. hehehehhee... belasah dia ramai2. very good. lepas baca doa lebih kurang, apa lagiiiii.. serangggggggggg.. makan sampai nak meletop perot. semua laok pon nak makan mana le nak larat. tu belom masok dengan kek lagi, dengan ice cream lagi ya tuhannnn... pengsan. mana dengan bercekaunya lagi, mana dengan berebut2 makannya lagi. bestnya. meriah sungguh. ni baru berapa kerat je manusia, kalo orang yang ada ramai ahlil keluarga tu mesti lagi meriah agaknya kan. tu la..... marilah kita meramaikan ahlil keluarga walopon belom ada sebarang pertambahan ahlil keluarga setakat ini. ehh..tetiba.





haaaaa... ni le surprise yang saya kata tu. hehehhehe.. memang saya tak bagitau sesapa pon saya nak buat pulut kuning ni. siap dua tingkat lagi. kau ada? hahahhahahaha.. gigih ni siap pegi kedai bakeri punya nak mencari tiang tu. bila dah dapat cari udah tak reti pulak camne ke caranya nak mencacakkan atas pulut tu. belasah je la. janji tegak sudah. itu pon condong pulak jadinya. hahahhaha.. jadi la.. kata amatur, harus le senget2 baru terserlah ke-amatur-annya kan. rendam pulut dari malam semalam tu... then bangun pepagi kukus pulut. lepas tu letak dalam bekas, then letak serunding daging, then letak pulut lagi. then terbalikkan. baru le jadi bentuk macam tu. oooooo.. tak le susah sangat. sebelom ni punya le memerah otak memikirkan cara camne nak buat jadi bentuk2 macam tu. mmmm.. sekarang dah tau. kalo korang nak cuba masa letak pulut dalam bekas tu kasi le lapik dengan plastik so senang le pulut tu nak keluar dari bekas tu. haaa.. ok? dah tau dah? bagus, bagus, bagus.. lepas ni boleh try pulak ye. akan tetapi... gaya hiasan adalah sedih. hahahhaha.. lansung tak tau camne nak menghiasnya. saya tengok2 kat tenet ada letak telur burung puyuh. saya dah siap2 rebus dah tapi tak reti lak camne ke caranya nak bubuh kat situ. letak gitu je telur tu tergolek2 licin. hehehhehe.. nak dicocok kan.. takut hancur ke or if budak aish makan kang tak perasan ada lidi tu kang dah 1 hal. makanya, saya tak letak le terus burung puyuh tu. saya letak dalam mangkok je. sapa teringin makan telur puyuh amik je la sebijik2 tu telan. hahhaha.. tapi dah letak udang goreng jadi hiasan untuk pulut tu kira ok lah kan. dari takde togel je. tu pon udang tu asyik le tercondong je takmau tegak. sabor je la. respect la sapa2 yang buat hiasan pulut tu. saya tengok kat tenet punya meriah hiasan2 siap cili2 daun2 bagai. saya ni pakat letak udang sekor2 pon hazab je rupanya. tangan tak berseni namanya. ahhhhh..tapi takpe.. janji sedap!
~~
untuk pulut itu... ibu telah membuat pemeriksaan mendalam. siap soal siasat ni camne cara saya masak pulut tu. hehehhehe.. ala2 dia pon heran ni saya dah teror kukus pulut. hehhehe.. see the leg le ibu ooiii.... gua low profile je sekali gua masok dapor tu dia kebabom pulut kuning 2 tengkatttt. huhahahhahaa... ibu kata nak bagi markah. hahha.. gila semua orang dok tercongok kat table nak dengar ibu punya komen. ala2 masterchef gitu. ibu kata lembut dah cukup, tapi tak cukup masin. lemak dah ada. dan terlebih kuning! hahahha.. biasa la. saya ni kan gila warna. mana le tau dia nak jadi kuning sangat macam tu. ibu kata kucing ala2 je dah. kalo terlalu kuning nanti dah jadi nak macam kaler oren pulak. not good. hehehhe.. kira ok la tu kan. dapat markah
7/10. ok la tu kan. 1st time buat. lain kali nak buat lagi tak?? taknakkkkk...susahhhh.... hehehhee..







ni nezha dalam keadaam kekenyangan, keletihan, kemengantukkan, dan segala macam ke-ke-ke lagi la. dia ni bukan pedulik hapa. janji perot kenyang rumah nak tercabot pon dia buat dek je. sayang nezha. makan banyak kek dia on that day. owhhhh.. kek birthday ialah pavlova ye.. sangat sedappppppp!!!! atas ada hiasan2 stoberi, bluberi & kiwi. sangat sedap. saya makan banyak. opss..terbukak rahsia makan banyak. ada video saya suap nezha makan pavlova. next time tunjuk. sayang nezha. acara potong2 kek adalah macam orang gila jugak. menjerit2 nyanyi. huhuhuhu..mujur jiran sebelah takde kat rumah coz kuar berjalan public holiday. takpe la.. overal... everybody is happy on that day.




ni adalah pasangan sengal. makan suap2 kononnya, chehh.. malu makcik. tengok le rumah dah jadi tunggang langgang terbalik kerusi meja semua dah beralih2 tempat. habis nak carik spot amik gambar baikkk punya. tu yang kasi tolak2 kerusi meja ke tepi. lepas kejadian nak mengemas rumah mengelap rumah adalah satu seksaan yang mendalam. hahahhahahahha.. rasakan. nak sangat buat makan2 kat rumah kan.. amik la. rasakan la. tapi takpe la. bukan hari2 pon, setahun sekali pon belom tentu.
~~
jadi, itulah cerita kejadian di hari deepavali. tapi kan.. sekeping maruku pon saya tak merasa lagi untuk deepavali tahun ni. kenapakah? ada sesapa nak hulur maruku??? cerita pasal weekend nanti next entry pulak cerita. pon best jugak sebab ada pergi jalan2 cari makan. hehehhehe...
ok lah. nanti sambung lagi. kepada semua kawan2 yang dah wish untuk saya, terima kasih diucapkan. semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt. aminn...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Monday, October 24, 2011

happy bitrhday to me!!!...



pic source : google


hello...
syukur alhamdulillah...
tiba juga hari ni akhirnya ye. hehehhehe... tu la korang tak tau.. saya dah kasi hint2 banyak kali. so, saje la nak bagitau.. hari ni birthday saya, jadi mari nyanyi ramai2,
happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday to meeeee... happy birthday to me..
kesian kan kena wish birthday kepada diri sendiri.
dah malam2 lak tu baru nak wish. ketinggalan sungguh.
~~
celebration?
takdak celebrate apa pon.
dapat 2 slice oreo cheese cake & bluberry cheese cake.
tu pon dah kena bedal dengan budak busuk tu.
tensen makcik.
its my birthday okeh not his birthday tapi dia makan lagi banyak kek tu dari tuan punya birthday.
~~
hadiah?
takdak hadiah apa...
biasa2 je. hehehhee...
dapat hadiah doa dah cukup bagus. ye tak?
ada sebenarnya... tapi takyah cerita lah. nanti nezha jealous.
~~
apapun syukur alhamdulillah.
ye la bila birthday kenalah lebih bersyukur sebab dah dipanjangkan umur.
doa saya semoga semuanya baik2 belaka, gembira2 belaka, sihat2 belaka, maju jaya belaka, kaya2 belaka. hehehehhe....
~~
so, ada sesapa ke yang nak bagi hadiah? tetttt......
~~
again, happy birthday to me!!!!!!!!!

Friday, October 21, 2011

nezha buat perangai...



hello...
salam hari jumaat. pejam celik, pejam celik tau2 je dah hari jumaat ye. cepat betol masa berjalan. sedar tak sedar kejap2 dah siang, kejap2 dah petang, kejap2 dah malam. mmmm.... tu la dianya. semuanya berlumba2 sekarang ni. kalo terlambat alamat memang ketinggalan.
~~
so nak cerita apa hari ni? alalallaa.. kalo baca blog saya ni takde apa yang menarik. kenapa ye? hehehhe.. entah la. sebab saya tak reti nak tulis semua kejadian kot. ada blog orang yang saya baca setiap benda dia tulis, setiap perkara dia jadikan entry, which is menarik. tapi saya tak reti le pulak. lagipon ala2 macam terlupa je setiap event yang terjadi tu rasa macam tak perlu pulak nak ditulis. nak amik2 gamabr lagi le satu hal besor. hahahhahaha.... habis2 pusing2 gamabr nezha jugak le yang ada. aduhaiii.... nezha pon nezha la..
~~
sepanjang minggu ni macam biasa je la kan. ada suka ada duka ada seronok ada tak seronok. mmmm... 2 hari lepas pegi beli barang dapor dengan obek. kebetulan obek balik cepat. bagus betol. dah berhari2 nak beli barang tak jugak sempat2. saya malas nak pergi sendiri. entah kenapa ye. nak jugak berkepit berdua. hahahhahaha... takpe2... lagipon bukan selalu dapat keluar beli2 dengan obek tu. asyik la keje. so, berangkat le kami ke pasaraya nak membeli barang2 tu. senarai dah memang siap2 tulis. ehh.. pandai lak obek sekarang ni ye, bila saya amik barang nanti dia cakap.. .haa..tu ada tulis ke dalam senarai? macam takde je. hahhaha.. sorry la bro. guwa semua dah kasi senarai hatta beli jajan jenama apa pon guwa dah kasi tulis. miyahahhaa.. takde alasan nak suruh letak balik kat rak tu ye. bagus2. lenkali korang pon buat macam saya. kasi tulis semua barang siap2 jenama sekali kang takde la menteri kewangan mempersoalkan barang tu sebab dah kasi tulis siap2. masa dia baca senarai tu dai bukan tau or perasan pon apa bendanya. approved je. hahhahaha.. seperti biasa, kalo beli barang kat gergasi tu harus double check harga ye puan2 sekelian. fuhhhhh.. same old story. malas nak cakap. rasanya takde la banyak sangat barang yang diambil tapi harganya... aduhaiiii... saya pikir, nii baru makan berdua, camne orang yang ada anak2 kecik 2-3 orang tu mana dengan susu pampers makanan keperluan semua tu. ngerilah kalo dipikirkan. zaman sekarang ni, kalo duit sekeping 50 tu bawak pi pasar malam pon belom tentu cukup kalo beli ikan sayur semua tu. mmm...dunia zaman sekarang.
~~
minggu taktau lagi apa plan. malas pikir la. tengok je la camne jadual obek. kalo tak de hal boleh le ajak pi pusing2. kalo dia ada hal, jawabnya saya je la yang terpusing2 kat rumah tu berdua dengan nezha. hehehhehe...
~~
ingat tak kat budak abang tu? hari tu kan saya cerita dia tak balik. kemudian 3 hari dah balik. sejak dari balik dia nampaknya tak berapa aktif. senyap je tidor macam tak bermaya. makan pon kurang, nampak macam lemah je. saya tengok2 jugak dia tu demam ke, luka ke apa ke kot2 la sebab bergaduh ke apa ke. takde la pulak. tapi tak aktif seperti biasanya. maka, saya sudah susah hati. huhuhuhuh... as for budak2 lain, terutamanya si nego gendut, jangan cerita la. menggelejat tak kira masa. saya tengok time pagi pon melompat, time petang pon melompat. malam je time tido baru senyap. huhuhuhhuhu... sayang semua budak2 busuk tu.
~~
mari nak cerita pasal nezha. semalam saya basuh toilet. eeee.. bencilah. bukan benci basuh toilet, tapi sebab toilet tu lantainya bukan senget ke tempat lubang air, senget ke atas pulak. makanya kalo mencuci toilet kederat tu kena lebih sebab nak menarik air tu turun ke lubang. sapa le tukang buat rumah ni. tunggang langgang. orang kalo toilet tu lantainya biar senget ke lubang air supaya senang air mengalir keluar, ni tak. dah le bila kalo una air banyak nanti bertakong, dah jadi 1 keje nak menarik menyapu air tu turun. tu yang bikin tensen tu. ok2... dah le berhempas pulas mencuci toilet tu, saya biarkan pintu toilet terbuka. tak perasan le tu. saya pergi cucui toilet yang lain pulak. sekali tu dah siap lama saya tengok apa senyap je rumah ni. panggil2 nezha senyap jugak. haa.. sudah.. mana perginya. cari punya cari.. korang tau dia kat mana? dah ada tercongok dalam toilet tu. siap panjat toilet bowl minum air dalam tu. tak ke nak pengsa saya dibuatnya. pandai pulak tu bertenggek kat tepi toilet tu. tangan 1 dalam bowl, lagi 1 dok berpaut kat penyandar tu. menjerit selagi mau le saya jawabnya. haaaa.. kan... dah bergegar 1 blok ni dengan jeritan saya. semua nezh apunya pasal. geram betol tau tak. geram. buatnya la kot terjatuh dalam bowl tu apa nak dikata? sapa yang susah? sayaaaaaaa jugak yang susah. eeeeee... memang kena bebel sepanjang malam dia malam tu. geram. obek balik pukul 2am tu cepat2 ngadu kat obek. eehhhh... sekali nezha pon datang nak ngadu kat obek. berebut2 le kami memekak kat tinga obek. saya dengan pokpekpokpeknya.. nezha dengan mengeowngeownya.. hambekkkkk.... obek dah naik pening. ehhehehehehhe... lepas ni saya kena lebih berhati2 kena cepat2 tutup pintu toilet lepas guna. kucing korang pon macam tu ke? saya risau2 gak kot2 la dia kena cerry berry ke sebab minum air toilet tu tapi saya tengok ok je. sampai hari ni semua ok je. syukur. kal kena cerry berry lagi memang saya kasi botak budak budak tu tau. hahahhahaa....nezha... nezha.. tu la buah hati pengarang jantung intan payung saya.
~~
malam tadi pulak saya buat bubur gandum. lama betol tak makan bubur gandum tu. so masa beli2 barang tu ada ternampak biji gandum tu so kasi belli la sikit. rendam dari pagi2 tu malam tadi baru masak. wahhhhhhhhhhh..sedapnya. letak sikit buah kurma. wahhhh.. manis2 sedapp.. makan dengan banyak sekali. obek pon suka nampaknya makan bubur tu. tapi tu ada lagi sikit. takpe..kasi simpan dalam peti ais, malam kang boleh makan sejuk2 yummyyyyyy.....
~~
apa lagi nak cerita ni? mmmmm.. habis dah kot kejadian sepanjang 1 minggu. hehehhehe... takpe la..nanti sambung lagi. have a nice weekend yeeeee!!!!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you...

Monday, October 17, 2011

kisah kucing dan kuih lagi....




hello...
apa khabar semua? harap semua sihat walafiat aje hendaknya ye. hehehhehe... kesian kan tengok budak tu tengah tido. nampak kepala je. hantu kepala-kah??? lariii... takottt.. echecehhhh.. takde maknanya nak takot dengan nezha ni walopon ada jugak orang yang yang tengok dia ni takot nak dekat2 or sentuh dia. takot kena gigit katanya. sebab muka nezha tu masam je takde nak senyum mesraa. merasalah kan. apa kes nak takot dengan nezha. hehehhee... layan je la. tapi kan, kadang2 kalo tenagh malam terjaga kadang tu memang terkejut jugak, mana taknya, tetiba je toleh belakang nampak lembaga hitam tengah tercongok belakang saya. fuhhh... terkujat jugak. dia tu rajin datang menyelit. anyway... tu gambar dia tengah tido lena. apa nak buat. dapat ambik gambar muka kepala je. tu pon sekerat. jadi le kan. hehhehee...
~~
so, apa nak cerita hari ni? entah ye. tetiba je macam hilang idea nak tulis apa. tadi masa dok upload gambar tu dah terbayang2 dah nak tulis apa sekali blank daaaaa... takpe.. slow2. sesambil kita tengok cerita laksamana doremi menteri fasola ni.. kita layan tulis2. weeken hari tu balik rumah ma. rindu kat ma. hehehhehe... on the way back tu call ma tanya nak beli apa sebab nak singgah pasar malam. chewahhh..merajuk pulak dia. takmau apa2 katanya. nak makan megi je. iyolah tuuuuu.... ended beli kuih apam balik, keropok lekor, yong tau foo & burung puyuh goreng. semua makanan yang ma suka. malam nak dinner sekali orang yang merajuk tu dah nampak semua makanan fav dia, tak jadi merajuk dah. hahahhahaha... lawak sungguh. sempat lagi tu ma rebus nasi himpit & buat rendang ayam untuk breakfast esoknya. layan je la. bagus juga so esok boleh bangun lambat takyah bangun awal2 nak buat breakfast. hehehhe.. memang dasar pemalas.
~~
sunday, lepas breakfast tolong ma kemas2 laman kejap. ma nak buat tiang untuk gantung pokok orkid dia tu le. wahhhh. bukan main banyak sekarang bunga orkid dia. nanti ye bila2 teringat saya amik gambar orkid ma. so, obek tolong tebang pokok peti belalang tu untuk buatkan tiang. petai belalang tu tau tak? alaa.. yang macam petai tu tapi dia kecik2. sedap tau petai tu. walopon kecik tapi still ada rasa petai tu. hehhehehe.. kalo dah tekak kampung tu tekak kampung jugak la. takmuanya disumbat dengan keju, naknya petai belacan jugak. belasah la janji suka hati. obek tebang dah buatkan tempat gantung tu. chewahhhh... dapat markah banyak la tu dari ma. mencik ahhhh.... dah tu, itu je menanhantu yang ada. hahahhahaa.... saya pon tolong jugak ye.. penat tau. hehehhee.. lepas siap kemas semua, siap2 untuk balik rumah.
~~
laok untuk lunch dah siap masak awal2 pagi tu lagi. since takde masak untuk breakfast, pagi tu saya tengok ma dah sesiap rendam ikan. mmm.. dari takde buat apa, baik le masak je terus snak tunggu apa lagi. so masak gulai tempoyak ikan campur timun tua. wahhhh.. fav saya tu. kenyang betol makan. tu yang malas kalo balik rumah ma tu. mesti ada je nak kena makan. makan, makan, makan. uwwaaaaaa........
~~
obek? mmmm.. semakin buzy. harap semua yang dibuat berjaya. hari2 saya doa supaya semuanya dipermudahkan dah success. hehehhehehe... i love you obek. sedar tak sedar dah esok 18/10 genap 10 bulan kita dah kahwin ye. hehehhehe.. kadang2 rasa macam dah lama beno. kadang2 rasa macam baruuuu je lagi. suka duka tangis tawa kita hadapi bersama. i love you obekkkk.. eh.. tetiba ter-sentimental le pulak. hehehhehe.. ala... kasi chance le kan.
~~
nezha? apa lagi la yang nak diceritakan pasal budak tu. melainkan makan tido main menggaru dan menyuruh kita menggaru dia. hahahhaha.. wahhh..sekarang dah pandai nak mengadu2 kat obek pulak. tak bolehkena marah sikit nanti dia pegi kat obek mengeow2 memekak as if mengadu habis le tu. sabor je la. pegi la kat obek tu. jangan nak datang kat saya. esok nak makan ke nak garu ke nak menyelit ke jangan datang kat saya. makcik tensi tau. hahhahahaha... very the makin manja sekarang. sekarang ni, waktu tengah menulis ni nezha tengah tido. fuhh.. selamat. senang nak menaip. kalo tak, dia le raja menyebok nak duduk atas keyboard ni. sabar.. sabar. nezha, 3 butang keyboard ni yang tercabot tu masih belom berganti2 ye. arggghhhh...
~~
so, hari tu, entah le hari apa tak berapa nak perasan, saya ada buat kuih lagi. wahhhh.. rajin pulak kebelakangan ni ye nak buat2 kuih ni. jadi tak jadi belakang cerita, janji kas try test cuba buat dulu. kali ni saya buat kuih seri muka gula merah. wahhhh.. bukan main panjang lagi tajuk nama kuih tu. sabor je la. since obek suka makan kuih ni, makanya harus le kan berusaha mencuba. resepi tak susah, klik je internet muncul macam2 version. pilih je mana yang nak. yang penting, pilih yang paling senang dan bahan yang sediada. bahan pelik2 sila ketepi. sekian le jawabnya. so, cek2 semua bahan pon ada. wokeh.. mari kita buat kuih. sebelom ni saya pernah juga buat kuih seri muka tapi yang kaler hijau tu le kan. so tu pasal kali ni try yang gula merah pulak. hasilnya???? sangat sedappppppppppppppp.. lemak berkrim secukup manis dan lembut. kuih lapis hari tu lembek kan, kuih kali ni tak lembik, tapi lembut. owhhh.. dah pandai dah sukat2 air. hehehhehehee.... so, boleh le eksyen2 dengan obek lepas ni sebab dah reti buat dah. buat sikit je la. seperti biasa 1 tupperware leper tu je. banyak2 sapa nak makan. nezha makan gak, tapi yang kepala atas manis2 tu je la. kata orang tak boleh bagi kucing makan pulut ye. saya pon takmau le bagi dia takot la kang jadi apa2 lak kang. nezha tu semua pon bedal. manis2 sejuk2 sedap semua dia sapu bersih. geram lah. so, kuih adalah dimakan habis oleh obek. yahuuuuuuu.... so, ni le gambar kuih tu. sila, sila... sila tengok. hahhahahahha.....







ni le kuih yang saya buat. waloponnnn... ala2 je kan, janji menjadik sudeh. lain kali kalo cuba lagi harapnya lebih menjadi le. takpe.. prektis lagi. kalo rajin. nak dapat angin rajin tu yang hazab tu. kalo angin rajin mari, dinding pon saya nak kasi lap. kalo angin malas tiba, nak petik suis on kan kipas pon malas. arggghhhh... malas, malas, malas. ok, takyah cerita banyak2. semua orang tau saya malas. sekian.
~~
owhhh... hari tu saya ada terbeli buku mastika. kenapa? tak percaya? percayalahhhhhhhh... sebabnya.. ternampak kisah kucing hero yang kudung tu. mmmm.. masa saya baca selak2 tu saya kata macam pernah terbaca kat blog mamat ni. tapi ingat2 lupa la. sekali tu.. ye betol la tu. hehehhehe... baiknya dia ye, tolong2 kucing semua. kalo saya entah la. tapi saya harap saya tak berdepan dengan situasi mengadap kucing dicederakan depan mata. takotlah. takot dan runsing dan tak boleh terima keadaaan tu. setakat jumpa orang pukul2 tu ada le jugak, tapi kalo dah tahap potong2 ni mintak dijauhkan. silap2 saya yang pengsan kat situ pulak kang. hehehhehe.. apapon, tahniah kepada papa hero tu sebab jaga kucing2 tu semua. wahhh..ada anak kembar ye dia. double joy! so, buku tu saya masih baca. belom habis pon lagi. mana nak habis. sehari 1 muka je dibaca. yang dah habis baca ialah cerita si hero tu. yang lain2 baru selak2 je. nezha, tengok tu.. betapa bertuahnya kamu hidop dimanja dibelai dikasihi didodoi ditatang bagai minyak yang penuh. di luar tu banyak lagi yang menderita. huhuhuhu.. macam le nezha paham. sebab tu selalu saya pesan kat dia, jangan tamak2, jangan dengki2 dengan kucing lain. ni tak.. baru budak nelly tu masok rumah, dah dibantainya bercekau. sabor je la. apapon, saya sayang semua kucing dalam duniaaaaaa!!!!!!!
~~
so, apa lagi nak cerita ni? mmmmm... dah habis idea dah ni. takpe2.. esok2 sambong lagi. lepas ni agak2 nak try buat kuih apa pulak agaknya? tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Thursday, October 13, 2011

nezha dan kuih...




hello....
ada sesapa yang rindu kat nezha budak itam yang busuk dan comot tu? hehehhe... haa.. ni gambar dia. sila tatap dengan kadar maksimum untuk menghilangkan rasa rindu. jika tatapan anda berada pada tahap yang betul, maka bau busuk masamnya itu akan turut dirasai. muwahahhaha... harus semua lari nih kalo bau pon boleh kuar ikut pc. kalo bau sedap wangi takpe... ni bau budak busuk tu. aduhaiii... eh.. tapi tak mustahilkan mana le tau satu hari nanti ada orang yang boleh cipta bau keluar ikut pc. haa.. itu jam baru le boleh membantu peniaga2 yang jual makanan ke, jual minyak wangi ke, jual belacan ke atau apa2 barang yang boleh mengeluarkan bau. hehehehhe... semua tu tak mustahil agaknya kan. ye la..dunia sekarang ni macam2 ada dan macam2 yang boleh dicipta.
~~
apa punya melalut la... anyway. nak story budak tu makin sihat. makan pon kuat. isi pagi, petang tengok udah kosong licin licau mangkok dia. sabor je la ye. akal dia pulak makin bertambah2. makin nakal. lansung tak boleh jumpa si nelly harus bercekau. aduhhh... pening la kepala melayan budak2 ni. rotan sekor2 nanti baru baru dia tau. huwahhahahaa...
~~
obek? mmmm.. biasa la dia dengan kerja2 dia. kadang2 balik malam. kadang2 balik awal. awal version dia tu kira pukul 9pm la. tu dah kira awal habis dah tu. hehehhe... takpe la.. keja la obek.. selagi terdaya. saya doakan semua yang dikerjakan berjaya dengan terbilang gemilang dan 1 malaysia. tetiba je kan. anyway... obek pon sihat walafiat je. syukur. saya paling risau kalau dia demam or sakit ke apa ke. hishhh..entah la. saya ni dah le jenis ciwek kan. sikit2 melalak. sikit2 melalak. makanya if dia tak sihat saya yang terlebih melalak tu. dan itu seterusnya telah membuatkan obek lebih pening kepala. hahahhaa...
~~
semalam obek sms kata balik lambat. pukul 11pm katanya. saya pon dok relax2 je la tengok law & order. best la tak boleh miss cerita tu hari2. hahahhahaha... so, bila dia kata dia balik lambat saya pikir takyah le masak. malas. makan je la apa yang ada. tup-tup... pukul 8pm dah tercongok depan pagar. harus le makcik meroyan kan. kata balik lambat so saya tak masak le. sekali balik cepat pulak mana ada makanan. huwhahahhaha.. tu la sapa suruh bagi salah info. kan dah tak dapat makan. rupanya dia balik kejap je sebab lepas tu nak keluar lagi. biasa saya memang masak untuk dia senja tu so bila dia balik kejap2 macam tu makanan dah ada. semalam since dia kata tak balik saya tak le masak. aduhaiii.. terkilan sungguh rasanya bila tak dapat masak untuk obek. kesian dia. keje penat2 sekali balik rumah takde makanan. mmmm.. dia pon ingat nak terus balik lambat tapi dia kata ada masa lagi tu yang singgah balik rumah. mmmm... sekian le jawabnya. saya nak masak time tu kejap pon dah tak sempat. hehehhe.. nasib le kan. tapi kesian kat obek. hehehhehe.. lain kali cakap betol2.. jangan cakap terbalik2 haa kan dah tak dapat makan kat rumah. yang saya pulak biasanya elok je masak walopon obek balik lambat tapi semalam entah le rasa malas semacam. ala..dah nak dijadikan cerita ye tak. takpe la. malam ni saya masak ye obekkkkk.. masak baikkkkkk punya. goreng telor mata kebau tuang kicap. boleh?? hehhehehhehehe......
~~
so, pagi ni terpaksa le merajinkan diri kan. dah kata tak dinner sama malam tadi harus le kena breakfast bersama gitu. so, pagi tadi masak nasik goreng. guna je la apa bahan yang ada. mmm.. bertambah2 makan breakfast tadi. syukur dengan rezeki walopon tak mewah tapi cukup kenyang. i lap yu obekkkkkk....
~~
dulu semalam, hari apa ye.. selasa kot. saya ada buat kuih lapis. hehehhehehe.. tapi pepaham je la ye. saya ni amatur yang terlebh amatur harus le rupa kuih tu tak menarik. biasa la buat malam2 tak berapa nak terang. ok, itu alasan yang sangat bagus. salahkan lampu dapur yang tak terang. macam le ko pakai lampu minyak tanah kan walhal punya le terang benderang. biasa la... orang kalo tak reti menari memang salahkan lantai tak rata. tapi kali ni punya peribahasa, orang tak pandai buat kuih so salahkan lampu dapur la. muwahahhahahha... takpe la. namanya pon mencuba kan. saya rasa dah lama dah saya nak buat kuih lapis ni tapi tak terbuat-buat. hari tu entah le kenapa so angin nak buat tu datang. so tu yang buat tu. buat 3 kaler. kuning, hijau & putih. owhhh.. harap maklum kuih itu adalah terlebih kaler ye. kaler hijau sudah terlebih tuang makanya hijaunya tu teramat le hijau. jangan le suruh pakai daun pandan. rumput lalang ada le kat rumah ni, daun2 untuk masakkan ni takde ye. sekian untuk pengetahuan. tapi tak kisah le kannnnnn.. buat tetap buat. maka, ini le hasilnya...




muwahahhahaha... jangan korang serik pulak nak makan kuih lapis lepas ni. yang saya punya version je agak tak semenggah sikit, tapi yang ahlil pakar buat mesti cun le kan. tapi dulu kan dah janji kalo buat kuih tak kiralah menjadi ke tak menjadi ke, lawo ke tak lawo ke mesti letak dapat blog. sebagai peringatan dan pengalaman. memula bawah hijau, then kuning, then putih, then kuning balik, then last sekali hijau. hasilnya:- sedap okehhhh!!!!!! walopon ada sikit lembek tapi rasa lemak manis semua terasalah. memula tu je lembek sikit maybe sebab panas lagi kot. then dah masok dalam peti ais esok paginya buat breakfast adalah marvelous terbang diawangan. sedap sejuk2 masuk tekak. yahuuuu..... cuma rupa parasnya le ada sikit mengurangkan tahap keterujaan tu. hahahhaha.. takpe.. lain kali kita cuba try test lagi ye. entah le bila tahun tu. saya buat sikit je. kukus dapat bekas tupperware 4 segi biasa tu. jadi la kan. buat makan berdua. nezha nak jugak. bagi kat dia sikit tapi sikit je la. takot le nak bagi dia banyak2. dia perot baru nak sihat tu kang dibagi macam2 kang lain pulak ceritanya. kalo ikut hati dia, dia tu nak aje. bagi apa pon mulut menganga je. tambah kuih2 macam tu manis2 sejuk2 tu memang le dia suka beno. haippppp.. biasa budak ni.
~~
ok.. lagi apa nak cerita? budak2 luar? semua sihat. hari tu budak abang tak balik 3 hari. risau saya. saya pegi turut sampai ke jalan raya luar sana. tapi tak jumpa. sekali tup2 muncul je. sabor je la. dia tak tau kita ni punya risau ke dia, dia sesuka hati je nak hilang muncul macam tu. geramlah!!
~~
ok la.. nanti sambong lagi. nak pusing2 baca blog orang pulak. hehehehhe.. have a nice day!!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..



Tuesday, October 11, 2011

kesian budak ni kan...



hello...

apa khabar.. haa..kan dah start dah tak menulis lama2. tu la pasal. ntah hapa2 je ntah. anyway.. nak kasi tau satu cerita. dulu semalam, which is sunday, ada la satu budak itam tu udah kena cerry berry. owhhh.. sungguh memecahkan hati saya. dia kena start petang tu. memula dia uk-uk biasa je tapi macam lembek2 sikit. ingatkan biasa je la. lepas tu kejap2 dia ke belakang lagi. tak perasan jugak sekali tu bau harus menjelma le pulak. haa...sudahhh... sekali tengok2 dia sudah cerry berry cair lah. aduhhh.. ingatkan sikit2 je la sekali tu makin teruk makin teruk. dia pon dah macam lemah sangat nak bangun pon tak larat dudu je etrbaring kat tepi tu. aduhaii.. saya yang sememangnya ciwek harus le melalak2 kan tengok budak tu. huhuhuhu... kasi tlong dia lap2 bulu kat montot tu sebab dah sememeh. dia pon dah pasrah je la saya usik2 montot dia. kalo time sihat jangan harap le. baru nampak kita pegang tisudia tulu dah mencicit lari. so, disebabkan cerry berry yang agak terus maka saya terpaksa la kasi trim bulu kat montot tu lebih sikit coz dah melekat2 dah cerry berry tu kat bulu dia. hishhh.. sian dia. udah togel. hehehhee.. idak le togel, tapi dah jadi pendek sikit la. takpe la nezha.. bulu tu boleh tumbuh lagi, yang penting sihat dan bersih ye tak sayangku bucuk? huhuhuh.. pasrah je la. so, sepanjang malam kami berdua beranak ni berjaga le. obek? ahhh... dia mana layan sangat bab2 macam ni. huhuhu.. dia pon dah naik pening sebab saya dok meroyan melalak sebab acha dah lembek semacam. makanya sebelom dia pengsan baik le dia duduk dalam bilik study dia tu ye. huhuhu.. nanti obek, lain kali saya celetkan uk-uk cerry berry tu kat bilik keje dia bior dia rasa keharuman sejati yang asli tu. hahahhahaha... so, sepanjang malam tu tu melayan neha je la keje saya. temankan dia tido, tolong bawak dia pi tempat pasir tu. tolong lap kan montot dia tu. haii... macam2. tu baru kucing yang cerry berry, kalo anak sendiri entah le camne. eh.. bilanya nak ada? gagal dijawab. hahahhaha...
~~
so, hari senin saya istihar cuti sendirian berhad. hehehhee.. habis tu.. kata penat berjaga malam kan harus le nak kena rehat jugak. belasah la. so, pagi senin tu nampak nezha dah ok sikit. dah boleh makan sikit. by tengahari dah boleh lari2. haa..dah sihat le tu. hishhh.. bikin suspen je la budak ni. entah le kenapa dia kena cerry berry tu. seingat saya, saya takde pulak bagi dia makan benda2 yang bukan2 ke apa ke. sian dia. saya rasa dia pon macam saya le. selalu kena sakit perot macam tu. sian kat saya jugak. hehehhee... hari ni budak tu dah sihat sepenuhnya. dah boleh menggaru2 pintu semua tu dah sihat le tu. uk-uk pon dah bulat2 je. hehehhehe.. harus dipantau ok... kita manusia sakit takpe.. tau camne nak ubat makan pil chikittekaun ke, minum teh o pekat ke, ni kucing wooo..nak suruh cakap pon tak reti. kena lak tetengah malam habis camno. aduh...sabor je la. apapon, dia dah sihat sekarang. syukur alhamdulillah.
~~
so, nak cerita apa lagi. pasal weekend biasa je la takde yang menarik. cumanya saya ada pergi ke warehouse sale bigbadwolf tu.. ala..jual2 buku tu. banyak buku2 best2. murah2. uwaaa.. ikutkan hati nak beli setiap satu jenis tu tapi berangan je la. best la. novel banyak2.. murah2.. kebanyakkannya novel2 tu purat aharga rm8 je. huhuhuh.. bestnya la kalo ada duit banyak nak beli semua buku2 tu. buku2 ilmu pon ada. macam2 ada. buku resepi nigella & jamie pon adaaaaaaaaaaaa.. fuhh.. berangan je la kan tengok resepi2 dalam tu. kalo saya beli pon belom tentu digunapakai. balik2 cekodok ikan bilis dengan asam pedas jugak yang saya masak. nak masak pelik2 tak reti. muwahahhahaha.. nasib le obek ye. makan je la apa yang saya reti masak. kalo bab tengok channel afc tu bukan main, sampai buntang2 mata tapi tak pernah try pon. kenapa ye taknak mencuba resepi2 baru? satunya.. kadang2 bahan2 tu pelik2 je. keduanya, takut tak menjadi. ketiganya, entah le.. malas kot. hahahhahaha... korang camne? ada pernah tak try test cuba buat masakan baru ikut buku resepi tu or kat tv tu?
~~
ehh... dah oktober. kejap lagi birthday saya. sila beri hadiah ye. sekian terima kasih.
~~
apa lagi nak cerita. mmmm... obek? obek biasa la. busy je memanjang. hehehe.. biarkan dia semoga apa yang dikerjakan menjadi semuanya. i lap u lah!
~~
tu je la kot nak cerita hari ni. nanti minggu depan sambong lagi. wahhh.. gitu. minggu depan katanya. belasah la. jaga diri semua orang ye... sayang semua!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

Wednesday, October 5, 2011

mute...

totally takde mood

Monday, October 3, 2011

ehh..patah patah patah... woipppp!!!!

video


haaaaa...kan dahhh.... hujung2 dah keluar suara naga saya.. sabor je la.