mari mencari....

Google
 

Monday, October 17, 2011

kisah kucing dan kuih lagi....




hello...
apa khabar semua? harap semua sihat walafiat aje hendaknya ye. hehehhehe... kesian kan tengok budak tu tengah tido. nampak kepala je. hantu kepala-kah??? lariii... takottt.. echecehhhh.. takde maknanya nak takot dengan nezha ni walopon ada jugak orang yang yang tengok dia ni takot nak dekat2 or sentuh dia. takot kena gigit katanya. sebab muka nezha tu masam je takde nak senyum mesraa. merasalah kan. apa kes nak takot dengan nezha. hehehhee... layan je la. tapi kan, kadang2 kalo tenagh malam terjaga kadang tu memang terkejut jugak, mana taknya, tetiba je toleh belakang nampak lembaga hitam tengah tercongok belakang saya. fuhhh... terkujat jugak. dia tu rajin datang menyelit. anyway... tu gambar dia tengah tido lena. apa nak buat. dapat ambik gambar muka kepala je. tu pon sekerat. jadi le kan. hehhehee...
~~
so, apa nak cerita hari ni? entah ye. tetiba je macam hilang idea nak tulis apa. tadi masa dok upload gambar tu dah terbayang2 dah nak tulis apa sekali blank daaaaa... takpe.. slow2. sesambil kita tengok cerita laksamana doremi menteri fasola ni.. kita layan tulis2. weeken hari tu balik rumah ma. rindu kat ma. hehehhehe... on the way back tu call ma tanya nak beli apa sebab nak singgah pasar malam. chewahhh..merajuk pulak dia. takmau apa2 katanya. nak makan megi je. iyolah tuuuuu.... ended beli kuih apam balik, keropok lekor, yong tau foo & burung puyuh goreng. semua makanan yang ma suka. malam nak dinner sekali orang yang merajuk tu dah nampak semua makanan fav dia, tak jadi merajuk dah. hahahhahaha... lawak sungguh. sempat lagi tu ma rebus nasi himpit & buat rendang ayam untuk breakfast esoknya. layan je la. bagus juga so esok boleh bangun lambat takyah bangun awal2 nak buat breakfast. hehehhe.. memang dasar pemalas.
~~
sunday, lepas breakfast tolong ma kemas2 laman kejap. ma nak buat tiang untuk gantung pokok orkid dia tu le. wahhhh. bukan main banyak sekarang bunga orkid dia. nanti ye bila2 teringat saya amik gambar orkid ma. so, obek tolong tebang pokok peti belalang tu untuk buatkan tiang. petai belalang tu tau tak? alaa.. yang macam petai tu tapi dia kecik2. sedap tau petai tu. walopon kecik tapi still ada rasa petai tu. hehhehehe.. kalo dah tekak kampung tu tekak kampung jugak la. takmuanya disumbat dengan keju, naknya petai belacan jugak. belasah la janji suka hati. obek tebang dah buatkan tempat gantung tu. chewahhhh... dapat markah banyak la tu dari ma. mencik ahhhh.... dah tu, itu je menanhantu yang ada. hahahhahaa.... saya pon tolong jugak ye.. penat tau. hehehhee.. lepas siap kemas semua, siap2 untuk balik rumah.
~~
laok untuk lunch dah siap masak awal2 pagi tu lagi. since takde masak untuk breakfast, pagi tu saya tengok ma dah sesiap rendam ikan. mmm.. dari takde buat apa, baik le masak je terus snak tunggu apa lagi. so masak gulai tempoyak ikan campur timun tua. wahhhh.. fav saya tu. kenyang betol makan. tu yang malas kalo balik rumah ma tu. mesti ada je nak kena makan. makan, makan, makan. uwwaaaaaa........
~~
obek? mmmm.. semakin buzy. harap semua yang dibuat berjaya. hari2 saya doa supaya semuanya dipermudahkan dah success. hehehhehehe... i love you obek. sedar tak sedar dah esok 18/10 genap 10 bulan kita dah kahwin ye. hehehhehe.. kadang2 rasa macam dah lama beno. kadang2 rasa macam baruuuu je lagi. suka duka tangis tawa kita hadapi bersama. i love you obekkkk.. eh.. tetiba ter-sentimental le pulak. hehehhehe.. ala... kasi chance le kan.
~~
nezha? apa lagi la yang nak diceritakan pasal budak tu. melainkan makan tido main menggaru dan menyuruh kita menggaru dia. hahahhaha.. wahhh..sekarang dah pandai nak mengadu2 kat obek pulak. tak bolehkena marah sikit nanti dia pegi kat obek mengeow2 memekak as if mengadu habis le tu. sabor je la. pegi la kat obek tu. jangan nak datang kat saya. esok nak makan ke nak garu ke nak menyelit ke jangan datang kat saya. makcik tensi tau. hahhahahaha... very the makin manja sekarang. sekarang ni, waktu tengah menulis ni nezha tengah tido. fuhh.. selamat. senang nak menaip. kalo tak, dia le raja menyebok nak duduk atas keyboard ni. sabar.. sabar. nezha, 3 butang keyboard ni yang tercabot tu masih belom berganti2 ye. arggghhhh...
~~
so, hari tu, entah le hari apa tak berapa nak perasan, saya ada buat kuih lagi. wahhhh.. rajin pulak kebelakangan ni ye nak buat2 kuih ni. jadi tak jadi belakang cerita, janji kas try test cuba buat dulu. kali ni saya buat kuih seri muka gula merah. wahhhh.. bukan main panjang lagi tajuk nama kuih tu. sabor je la. since obek suka makan kuih ni, makanya harus le kan berusaha mencuba. resepi tak susah, klik je internet muncul macam2 version. pilih je mana yang nak. yang penting, pilih yang paling senang dan bahan yang sediada. bahan pelik2 sila ketepi. sekian le jawabnya. so, cek2 semua bahan pon ada. wokeh.. mari kita buat kuih. sebelom ni saya pernah juga buat kuih seri muka tapi yang kaler hijau tu le kan. so tu pasal kali ni try yang gula merah pulak. hasilnya???? sangat sedappppppppppppppp.. lemak berkrim secukup manis dan lembut. kuih lapis hari tu lembek kan, kuih kali ni tak lembik, tapi lembut. owhhh.. dah pandai dah sukat2 air. hehehhehehee.... so, boleh le eksyen2 dengan obek lepas ni sebab dah reti buat dah. buat sikit je la. seperti biasa 1 tupperware leper tu je. banyak2 sapa nak makan. nezha makan gak, tapi yang kepala atas manis2 tu je la. kata orang tak boleh bagi kucing makan pulut ye. saya pon takmau le bagi dia takot la kang jadi apa2 lak kang. nezha tu semua pon bedal. manis2 sejuk2 sedap semua dia sapu bersih. geram lah. so, kuih adalah dimakan habis oleh obek. yahuuuuuuu.... so, ni le gambar kuih tu. sila, sila... sila tengok. hahhahahahha.....







ni le kuih yang saya buat. waloponnnn... ala2 je kan, janji menjadik sudeh. lain kali kalo cuba lagi harapnya lebih menjadi le. takpe.. prektis lagi. kalo rajin. nak dapat angin rajin tu yang hazab tu. kalo angin rajin mari, dinding pon saya nak kasi lap. kalo angin malas tiba, nak petik suis on kan kipas pon malas. arggghhhh... malas, malas, malas. ok, takyah cerita banyak2. semua orang tau saya malas. sekian.
~~
owhhh... hari tu saya ada terbeli buku mastika. kenapa? tak percaya? percayalahhhhhhhh... sebabnya.. ternampak kisah kucing hero yang kudung tu. mmmm.. masa saya baca selak2 tu saya kata macam pernah terbaca kat blog mamat ni. tapi ingat2 lupa la. sekali tu.. ye betol la tu. hehehhehe... baiknya dia ye, tolong2 kucing semua. kalo saya entah la. tapi saya harap saya tak berdepan dengan situasi mengadap kucing dicederakan depan mata. takotlah. takot dan runsing dan tak boleh terima keadaaan tu. setakat jumpa orang pukul2 tu ada le jugak, tapi kalo dah tahap potong2 ni mintak dijauhkan. silap2 saya yang pengsan kat situ pulak kang. hehehhehe.. apapon, tahniah kepada papa hero tu sebab jaga kucing2 tu semua. wahhh..ada anak kembar ye dia. double joy! so, buku tu saya masih baca. belom habis pon lagi. mana nak habis. sehari 1 muka je dibaca. yang dah habis baca ialah cerita si hero tu. yang lain2 baru selak2 je. nezha, tengok tu.. betapa bertuahnya kamu hidop dimanja dibelai dikasihi didodoi ditatang bagai minyak yang penuh. di luar tu banyak lagi yang menderita. huhuhuhu.. macam le nezha paham. sebab tu selalu saya pesan kat dia, jangan tamak2, jangan dengki2 dengan kucing lain. ni tak.. baru budak nelly tu masok rumah, dah dibantainya bercekau. sabor je la. apapon, saya sayang semua kucing dalam duniaaaaaa!!!!!!!
~~
so, apa lagi nak cerita ni? mmmmm... dah habis idea dah ni. takpe2.. esok2 sambong lagi. lepas ni agak2 nak try buat kuih apa pulak agaknya? tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

4 comments:

meowwmania said...

wahh terer mmg terer!

kagum tol lah dgn kerajinan mama nezha yg gigih membuat kuih, untung obek hikhik..

MOKCIK AZWA said...

Haa..kan dah makin lawa kuih talam tu..hehehe..

sesemut said...

cik kak, nanti mai rumah hokeh... tapi bawak tepung talam ...muahahha

saya said...

meow--tu namanya cuba try test. hahhaha...

mokcik--tu la..nak kena prektis lebih.

hani--boleh..boleh.. takde halll....