mari mencari....

Google
 

Monday, October 31, 2011

lets celebrate!!!...

hello....
seperti biasa memang berkurun baru le nak update blog ni kan. tapi takpe.. janji ada update ye tak. hehehhehehhe.. memang alasan yang paling kuat munasabah serawak sungguh la. anyway... how's your weekend? hope everythings ok je la hendaknya ye.
~~
haaaa... last week kan birthday saya. so, ada le buat makan2 sikit. hehehhee..sikit je la tak le beriya2 tapi meriah le. hari kejadian adalah pada hari deeeeepaaaaavaaaliiiii...sebab semua orang cuti on that day kan. bagus sungguh. deepavali pon deepavali la janji meriah sudah. so, pagi2 lagi makcik dah bangun nih bersemangat masak macam2 ni. habis katanya ada makan2 harus le masak2 kan. huhuhu.. walopon masakkannya sedih. tapi ibu kata sedap! hahahhaha.. owhh... ibu lagi hebat... siap buat nasik minyak, ayam masak merah, rendang daging, acar buah, jelatah timun & nenas, sayur goreng jawa tu..alaa.. yang ada suon tu kan.. then apa lagi ye.. lupa dah. itu je rasanya. saya pulak masak sambal tumis sotong, gulai lemak ikan patin, goreng kopok, goreng ikan masin, salad dannnn.. jengjengjengjengggg... saya adalah telah membuat satu surprise.. hatta ibu pon terkojuit tengok saya teror buat benda itu..apakah benda itu? tungguuuuu.... obek lagi la ala2 tak percaya. siap cek hp ni kot2 saya pi order kat orang. cheitttt.. sungguh tak memotibasi lansung da. hehehe..
~~
anyway.. majlis berlansung dengan meriah dan macam orang gila. cam whoring macam orang gila jugak. nezha? dia pon naik gila tengok orang ramai2 kat dalam rumah tu. melompat sana melompat sini, hujung2 dia dah penat dia bantai tido bawah kerusi. tapi nezha pon pada hari kejadian adalah makan banyakkkk..semua pon dia nak. owhhhh..pengsan!!






so.. this is the food spread. hehehhe.. meriah tak? yang dalam tupperware semua ibu yang bawak. kecuali kopo tu saya yang goreng. goreng 2 bekas tapi 1 awal2 lagi dah selamat dalam perot manusia. ye la.. maunya tak lapar. tunggu obek balik keje lama beno. katanya nak pegi kejap aje pukul 12.30pm sampai rumah, sekali pukul 130pm baru nak muncul. dah le hari hujan. dah le tak amik breakfast for the sake of nak makan banyak lunch time tu. maunya perot tak berkicau2. tu yang pakat makan kopok dulu. obek sampai je semua marah kat dia. hehehehhee... belasah dia ramai2. very good. lepas baca doa lebih kurang, apa lagiiiii.. serangggggggggg.. makan sampai nak meletop perot. semua laok pon nak makan mana le nak larat. tu belom masok dengan kek lagi, dengan ice cream lagi ya tuhannnn... pengsan. mana dengan bercekaunya lagi, mana dengan berebut2 makannya lagi. bestnya. meriah sungguh. ni baru berapa kerat je manusia, kalo orang yang ada ramai ahlil keluarga tu mesti lagi meriah agaknya kan. tu la..... marilah kita meramaikan ahlil keluarga walopon belom ada sebarang pertambahan ahlil keluarga setakat ini. ehh..tetiba.





haaaaa... ni le surprise yang saya kata tu. hehehhehe.. memang saya tak bagitau sesapa pon saya nak buat pulut kuning ni. siap dua tingkat lagi. kau ada? hahahhahahaha.. gigih ni siap pegi kedai bakeri punya nak mencari tiang tu. bila dah dapat cari udah tak reti pulak camne ke caranya nak mencacakkan atas pulut tu. belasah je la. janji tegak sudah. itu pon condong pulak jadinya. hahahhaha.. jadi la.. kata amatur, harus le senget2 baru terserlah ke-amatur-annya kan. rendam pulut dari malam semalam tu... then bangun pepagi kukus pulut. lepas tu letak dalam bekas, then letak serunding daging, then letak pulut lagi. then terbalikkan. baru le jadi bentuk macam tu. oooooo.. tak le susah sangat. sebelom ni punya le memerah otak memikirkan cara camne nak buat jadi bentuk2 macam tu. mmmm.. sekarang dah tau. kalo korang nak cuba masa letak pulut dalam bekas tu kasi le lapik dengan plastik so senang le pulut tu nak keluar dari bekas tu. haaa.. ok? dah tau dah? bagus, bagus, bagus.. lepas ni boleh try pulak ye. akan tetapi... gaya hiasan adalah sedih. hahahhaha.. lansung tak tau camne nak menghiasnya. saya tengok2 kat tenet ada letak telur burung puyuh. saya dah siap2 rebus dah tapi tak reti lak camne ke caranya nak bubuh kat situ. letak gitu je telur tu tergolek2 licin. hehehhehe.. nak dicocok kan.. takut hancur ke or if budak aish makan kang tak perasan ada lidi tu kang dah 1 hal. makanya, saya tak letak le terus burung puyuh tu. saya letak dalam mangkok je. sapa teringin makan telur puyuh amik je la sebijik2 tu telan. hahhaha.. tapi dah letak udang goreng jadi hiasan untuk pulut tu kira ok lah kan. dari takde togel je. tu pon udang tu asyik le tercondong je takmau tegak. sabor je la. respect la sapa2 yang buat hiasan pulut tu. saya tengok kat tenet punya meriah hiasan2 siap cili2 daun2 bagai. saya ni pakat letak udang sekor2 pon hazab je rupanya. tangan tak berseni namanya. ahhhhh..tapi takpe.. janji sedap!
~~
untuk pulut itu... ibu telah membuat pemeriksaan mendalam. siap soal siasat ni camne cara saya masak pulut tu. hehehhehe.. ala2 dia pon heran ni saya dah teror kukus pulut. hehhehe.. see the leg le ibu ooiii.... gua low profile je sekali gua masok dapor tu dia kebabom pulut kuning 2 tengkatttt. huhahahhahaa... ibu kata nak bagi markah. hahha.. gila semua orang dok tercongok kat table nak dengar ibu punya komen. ala2 masterchef gitu. ibu kata lembut dah cukup, tapi tak cukup masin. lemak dah ada. dan terlebih kuning! hahahha.. biasa la. saya ni kan gila warna. mana le tau dia nak jadi kuning sangat macam tu. ibu kata kucing ala2 je dah. kalo terlalu kuning nanti dah jadi nak macam kaler oren pulak. not good. hehehhe.. kira ok la tu kan. dapat markah
7/10. ok la tu kan. 1st time buat. lain kali nak buat lagi tak?? taknakkkkk...susahhhh.... hehehhee..







ni nezha dalam keadaam kekenyangan, keletihan, kemengantukkan, dan segala macam ke-ke-ke lagi la. dia ni bukan pedulik hapa. janji perot kenyang rumah nak tercabot pon dia buat dek je. sayang nezha. makan banyak kek dia on that day. owhhhh.. kek birthday ialah pavlova ye.. sangat sedappppppp!!!! atas ada hiasan2 stoberi, bluberi & kiwi. sangat sedap. saya makan banyak. opss..terbukak rahsia makan banyak. ada video saya suap nezha makan pavlova. next time tunjuk. sayang nezha. acara potong2 kek adalah macam orang gila jugak. menjerit2 nyanyi. huhuhuhu..mujur jiran sebelah takde kat rumah coz kuar berjalan public holiday. takpe la.. overal... everybody is happy on that day.




ni adalah pasangan sengal. makan suap2 kononnya, chehh.. malu makcik. tengok le rumah dah jadi tunggang langgang terbalik kerusi meja semua dah beralih2 tempat. habis nak carik spot amik gambar baikkk punya. tu yang kasi tolak2 kerusi meja ke tepi. lepas kejadian nak mengemas rumah mengelap rumah adalah satu seksaan yang mendalam. hahahhahahahha.. rasakan. nak sangat buat makan2 kat rumah kan.. amik la. rasakan la. tapi takpe la. bukan hari2 pon, setahun sekali pon belom tentu.
~~
jadi, itulah cerita kejadian di hari deepavali. tapi kan.. sekeping maruku pon saya tak merasa lagi untuk deepavali tahun ni. kenapakah? ada sesapa nak hulur maruku??? cerita pasal weekend nanti next entry pulak cerita. pon best jugak sebab ada pergi jalan2 cari makan. hehehhehe...
ok lah. nanti sambung lagi. kepada semua kawan2 yang dah wish untuk saya, terima kasih diucapkan. semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt. aminn...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...

5 comments:

MOKCIK AZWA said...

oohh saya suka tengok gambar pasangan sengal itu hahaha...romantika di amor gitu hehehe.. happy besday Leeya...

nak sikit pulut kuning tu..aduhaii siap ada markah ekk...hahaha

Ummi said...

akak sampai skrg tak tau nak masak pulut kuning, so memang terror le 1st time masak dah jadi hehehe

banyak makanan, lapar lah pulak tengok :)

meowwmania said...

aloloo lomantiknya hikhik...

smoga pasangan romantik ni kekal bahagia hingga ke hujung nyawa :)

Misz Pinkie Winkie said...

alolo..main suap-suap gitew.
pastue mestie obek dukong masuk bilik kan..kan..kan.
auummmmm....hehe

semoga berbahagia selamanya.
amin ;))

saya said...

mokcik--nak pulut ye..nanti ye.
ummi--tu la kena try test cuba buat.
meoww--tq tq tq
pinkie--echehhh...aummm katanya.