mari mencari....

Google
 

Friday, October 21, 2011

nezha buat perangai...



hello...
salam hari jumaat. pejam celik, pejam celik tau2 je dah hari jumaat ye. cepat betol masa berjalan. sedar tak sedar kejap2 dah siang, kejap2 dah petang, kejap2 dah malam. mmmm.... tu la dianya. semuanya berlumba2 sekarang ni. kalo terlambat alamat memang ketinggalan.
~~
so nak cerita apa hari ni? alalallaa.. kalo baca blog saya ni takde apa yang menarik. kenapa ye? hehehhe.. entah la. sebab saya tak reti nak tulis semua kejadian kot. ada blog orang yang saya baca setiap benda dia tulis, setiap perkara dia jadikan entry, which is menarik. tapi saya tak reti le pulak. lagipon ala2 macam terlupa je setiap event yang terjadi tu rasa macam tak perlu pulak nak ditulis. nak amik2 gamabr lagi le satu hal besor. hahahhahaha.... habis2 pusing2 gamabr nezha jugak le yang ada. aduhaiii.... nezha pon nezha la..
~~
sepanjang minggu ni macam biasa je la kan. ada suka ada duka ada seronok ada tak seronok. mmmm... 2 hari lepas pegi beli barang dapor dengan obek. kebetulan obek balik cepat. bagus betol. dah berhari2 nak beli barang tak jugak sempat2. saya malas nak pergi sendiri. entah kenapa ye. nak jugak berkepit berdua. hahahhahaha... takpe2... lagipon bukan selalu dapat keluar beli2 dengan obek tu. asyik la keje. so, berangkat le kami ke pasaraya nak membeli barang2 tu. senarai dah memang siap2 tulis. ehh.. pandai lak obek sekarang ni ye, bila saya amik barang nanti dia cakap.. .haa..tu ada tulis ke dalam senarai? macam takde je. hahhaha.. sorry la bro. guwa semua dah kasi senarai hatta beli jajan jenama apa pon guwa dah kasi tulis. miyahahhaa.. takde alasan nak suruh letak balik kat rak tu ye. bagus2. lenkali korang pon buat macam saya. kasi tulis semua barang siap2 jenama sekali kang takde la menteri kewangan mempersoalkan barang tu sebab dah kasi tulis siap2. masa dia baca senarai tu dai bukan tau or perasan pon apa bendanya. approved je. hahhahaha.. seperti biasa, kalo beli barang kat gergasi tu harus double check harga ye puan2 sekelian. fuhhhhh.. same old story. malas nak cakap. rasanya takde la banyak sangat barang yang diambil tapi harganya... aduhaiiii... saya pikir, nii baru makan berdua, camne orang yang ada anak2 kecik 2-3 orang tu mana dengan susu pampers makanan keperluan semua tu. ngerilah kalo dipikirkan. zaman sekarang ni, kalo duit sekeping 50 tu bawak pi pasar malam pon belom tentu cukup kalo beli ikan sayur semua tu. mmm...dunia zaman sekarang.
~~
minggu taktau lagi apa plan. malas pikir la. tengok je la camne jadual obek. kalo tak de hal boleh le ajak pi pusing2. kalo dia ada hal, jawabnya saya je la yang terpusing2 kat rumah tu berdua dengan nezha. hehehhehe...
~~
ingat tak kat budak abang tu? hari tu kan saya cerita dia tak balik. kemudian 3 hari dah balik. sejak dari balik dia nampaknya tak berapa aktif. senyap je tidor macam tak bermaya. makan pon kurang, nampak macam lemah je. saya tengok2 jugak dia tu demam ke, luka ke apa ke kot2 la sebab bergaduh ke apa ke. takde la pulak. tapi tak aktif seperti biasanya. maka, saya sudah susah hati. huhuhuhuh... as for budak2 lain, terutamanya si nego gendut, jangan cerita la. menggelejat tak kira masa. saya tengok time pagi pon melompat, time petang pon melompat. malam je time tido baru senyap. huhuhuhhuhu... sayang semua budak2 busuk tu.
~~
mari nak cerita pasal nezha. semalam saya basuh toilet. eeee.. bencilah. bukan benci basuh toilet, tapi sebab toilet tu lantainya bukan senget ke tempat lubang air, senget ke atas pulak. makanya kalo mencuci toilet kederat tu kena lebih sebab nak menarik air tu turun ke lubang. sapa le tukang buat rumah ni. tunggang langgang. orang kalo toilet tu lantainya biar senget ke lubang air supaya senang air mengalir keluar, ni tak. dah le bila kalo una air banyak nanti bertakong, dah jadi 1 keje nak menarik menyapu air tu turun. tu yang bikin tensen tu. ok2... dah le berhempas pulas mencuci toilet tu, saya biarkan pintu toilet terbuka. tak perasan le tu. saya pergi cucui toilet yang lain pulak. sekali tu dah siap lama saya tengok apa senyap je rumah ni. panggil2 nezha senyap jugak. haa.. sudah.. mana perginya. cari punya cari.. korang tau dia kat mana? dah ada tercongok dalam toilet tu. siap panjat toilet bowl minum air dalam tu. tak ke nak pengsa saya dibuatnya. pandai pulak tu bertenggek kat tepi toilet tu. tangan 1 dalam bowl, lagi 1 dok berpaut kat penyandar tu. menjerit selagi mau le saya jawabnya. haaaa.. kan... dah bergegar 1 blok ni dengan jeritan saya. semua nezh apunya pasal. geram betol tau tak. geram. buatnya la kot terjatuh dalam bowl tu apa nak dikata? sapa yang susah? sayaaaaaaa jugak yang susah. eeeeee... memang kena bebel sepanjang malam dia malam tu. geram. obek balik pukul 2am tu cepat2 ngadu kat obek. eehhhh... sekali nezha pon datang nak ngadu kat obek. berebut2 le kami memekak kat tinga obek. saya dengan pokpekpokpeknya.. nezha dengan mengeowngeownya.. hambekkkkk.... obek dah naik pening. ehhehehehehhe... lepas ni saya kena lebih berhati2 kena cepat2 tutup pintu toilet lepas guna. kucing korang pon macam tu ke? saya risau2 gak kot2 la dia kena cerry berry ke sebab minum air toilet tu tapi saya tengok ok je. sampai hari ni semua ok je. syukur. kal kena cerry berry lagi memang saya kasi botak budak budak tu tau. hahahhahaa....nezha... nezha.. tu la buah hati pengarang jantung intan payung saya.
~~
malam tadi pulak saya buat bubur gandum. lama betol tak makan bubur gandum tu. so masa beli2 barang tu ada ternampak biji gandum tu so kasi belli la sikit. rendam dari pagi2 tu malam tadi baru masak. wahhhhhhhhhhh..sedapnya. letak sikit buah kurma. wahhhh.. manis2 sedapp.. makan dengan banyak sekali. obek pon suka nampaknya makan bubur tu. tapi tu ada lagi sikit. takpe..kasi simpan dalam peti ais, malam kang boleh makan sejuk2 yummyyyyyy.....
~~
apa lagi nak cerita ni? mmmmm.. habis dah kot kejadian sepanjang 1 minggu. hehehhehe... takpe la..nanti sambung lagi. have a nice weekend yeeeee!!!!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you...

3 comments:

meowwmania said...

sama la ngan anak-anak kite kat ghumah tu org susah payah sediakan air mineral tp dorang tu suka bebenor curik minum air dlm toilet tp bukan dlm toilet bowl lah yg dlm baldi hehe..

zh-ena said...

wah mmg panjang citer leeya..heheheheh klu leeya menjerit dgn kucing kesayangan, ena plak berperang dgn anak2 di dapur

saya said...

meoww--memang budak2 tu pantang nampak air kat mana2.. geram kan?

ena--tu la pasal. perangs ana-sini. hehhe...