mari mencari....

Google
 

Thursday, October 13, 2011

nezha dan kuih...




hello....
ada sesapa yang rindu kat nezha budak itam yang busuk dan comot tu? hehehhe... haa.. ni gambar dia. sila tatap dengan kadar maksimum untuk menghilangkan rasa rindu. jika tatapan anda berada pada tahap yang betul, maka bau busuk masamnya itu akan turut dirasai. muwahahhaha... harus semua lari nih kalo bau pon boleh kuar ikut pc. kalo bau sedap wangi takpe... ni bau budak busuk tu. aduhaiii... eh.. tapi tak mustahilkan mana le tau satu hari nanti ada orang yang boleh cipta bau keluar ikut pc. haa.. itu jam baru le boleh membantu peniaga2 yang jual makanan ke, jual minyak wangi ke, jual belacan ke atau apa2 barang yang boleh mengeluarkan bau. hehehehhe... semua tu tak mustahil agaknya kan. ye la..dunia sekarang ni macam2 ada dan macam2 yang boleh dicipta.
~~
apa punya melalut la... anyway. nak story budak tu makin sihat. makan pon kuat. isi pagi, petang tengok udah kosong licin licau mangkok dia. sabor je la ye. akal dia pulak makin bertambah2. makin nakal. lansung tak boleh jumpa si nelly harus bercekau. aduhhh... pening la kepala melayan budak2 ni. rotan sekor2 nanti baru baru dia tau. huwahhahahaa...
~~
obek? mmmm.. biasa la dia dengan kerja2 dia. kadang2 balik malam. kadang2 balik awal. awal version dia tu kira pukul 9pm la. tu dah kira awal habis dah tu. hehehhe... takpe la.. keja la obek.. selagi terdaya. saya doakan semua yang dikerjakan berjaya dengan terbilang gemilang dan 1 malaysia. tetiba je kan. anyway... obek pon sihat walafiat je. syukur. saya paling risau kalau dia demam or sakit ke apa ke. hishhh..entah la. saya ni dah le jenis ciwek kan. sikit2 melalak. sikit2 melalak. makanya if dia tak sihat saya yang terlebih melalak tu. dan itu seterusnya telah membuatkan obek lebih pening kepala. hahahhaa...
~~
semalam obek sms kata balik lambat. pukul 11pm katanya. saya pon dok relax2 je la tengok law & order. best la tak boleh miss cerita tu hari2. hahahhahaha... so, bila dia kata dia balik lambat saya pikir takyah le masak. malas. makan je la apa yang ada. tup-tup... pukul 8pm dah tercongok depan pagar. harus le makcik meroyan kan. kata balik lambat so saya tak masak le. sekali balik cepat pulak mana ada makanan. huwhahahhaha.. tu la sapa suruh bagi salah info. kan dah tak dapat makan. rupanya dia balik kejap je sebab lepas tu nak keluar lagi. biasa saya memang masak untuk dia senja tu so bila dia balik kejap2 macam tu makanan dah ada. semalam since dia kata tak balik saya tak le masak. aduhaiii.. terkilan sungguh rasanya bila tak dapat masak untuk obek. kesian dia. keje penat2 sekali balik rumah takde makanan. mmmm.. dia pon ingat nak terus balik lambat tapi dia kata ada masa lagi tu yang singgah balik rumah. mmmm... sekian le jawabnya. saya nak masak time tu kejap pon dah tak sempat. hehehhe.. nasib le kan. tapi kesian kat obek. hehehhehe.. lain kali cakap betol2.. jangan cakap terbalik2 haa kan dah tak dapat makan kat rumah. yang saya pulak biasanya elok je masak walopon obek balik lambat tapi semalam entah le rasa malas semacam. ala..dah nak dijadikan cerita ye tak. takpe la. malam ni saya masak ye obekkkkk.. masak baikkkkkk punya. goreng telor mata kebau tuang kicap. boleh?? hehhehehhehehe......
~~
so, pagi ni terpaksa le merajinkan diri kan. dah kata tak dinner sama malam tadi harus le kena breakfast bersama gitu. so, pagi tadi masak nasik goreng. guna je la apa bahan yang ada. mmm.. bertambah2 makan breakfast tadi. syukur dengan rezeki walopon tak mewah tapi cukup kenyang. i lap yu obekkkkkk....
~~
dulu semalam, hari apa ye.. selasa kot. saya ada buat kuih lapis. hehehhehehe.. tapi pepaham je la ye. saya ni amatur yang terlebh amatur harus le rupa kuih tu tak menarik. biasa la buat malam2 tak berapa nak terang. ok, itu alasan yang sangat bagus. salahkan lampu dapur yang tak terang. macam le ko pakai lampu minyak tanah kan walhal punya le terang benderang. biasa la... orang kalo tak reti menari memang salahkan lantai tak rata. tapi kali ni punya peribahasa, orang tak pandai buat kuih so salahkan lampu dapur la. muwahahhahahha... takpe la. namanya pon mencuba kan. saya rasa dah lama dah saya nak buat kuih lapis ni tapi tak terbuat-buat. hari tu entah le kenapa so angin nak buat tu datang. so tu yang buat tu. buat 3 kaler. kuning, hijau & putih. owhhh.. harap maklum kuih itu adalah terlebih kaler ye. kaler hijau sudah terlebih tuang makanya hijaunya tu teramat le hijau. jangan le suruh pakai daun pandan. rumput lalang ada le kat rumah ni, daun2 untuk masakkan ni takde ye. sekian untuk pengetahuan. tapi tak kisah le kannnnnn.. buat tetap buat. maka, ini le hasilnya...




muwahahhahaha... jangan korang serik pulak nak makan kuih lapis lepas ni. yang saya punya version je agak tak semenggah sikit, tapi yang ahlil pakar buat mesti cun le kan. tapi dulu kan dah janji kalo buat kuih tak kiralah menjadi ke tak menjadi ke, lawo ke tak lawo ke mesti letak dapat blog. sebagai peringatan dan pengalaman. memula bawah hijau, then kuning, then putih, then kuning balik, then last sekali hijau. hasilnya:- sedap okehhhh!!!!!! walopon ada sikit lembek tapi rasa lemak manis semua terasalah. memula tu je lembek sikit maybe sebab panas lagi kot. then dah masok dalam peti ais esok paginya buat breakfast adalah marvelous terbang diawangan. sedap sejuk2 masuk tekak. yahuuuu..... cuma rupa parasnya le ada sikit mengurangkan tahap keterujaan tu. hahahhaha.. takpe.. lain kali kita cuba try test lagi ye. entah le bila tahun tu. saya buat sikit je. kukus dapat bekas tupperware 4 segi biasa tu. jadi la kan. buat makan berdua. nezha nak jugak. bagi kat dia sikit tapi sikit je la. takot le nak bagi dia banyak2. dia perot baru nak sihat tu kang dibagi macam2 kang lain pulak ceritanya. kalo ikut hati dia, dia tu nak aje. bagi apa pon mulut menganga je. tambah kuih2 macam tu manis2 sejuk2 tu memang le dia suka beno. haippppp.. biasa budak ni.
~~
ok.. lagi apa nak cerita? budak2 luar? semua sihat. hari tu budak abang tak balik 3 hari. risau saya. saya pegi turut sampai ke jalan raya luar sana. tapi tak jumpa. sekali tup2 muncul je. sabor je la. dia tak tau kita ni punya risau ke dia, dia sesuka hati je nak hilang muncul macam tu. geramlah!!
~~
ok la.. nanti sambong lagi. nak pusing2 baca blog orang pulak. hehehehhe.. have a nice day!!!!
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you..



4 comments:

meowwmania said...

hehe..klakor lah

yeayy! budak abg dah balik :D

kirim pelok cium kat bebudak tu semua yer...wajib buat taw ahaks~

nUR_rOsALiNdA said...

Saya!!!~
Kita rindu kat Nezha ng akak!!~
HUGS :-)

MOKCIK AZWA said...

Biarpun kuih lapis kita buat tak berapa nak hensem, asalkan rasanya mabeles dah kira ok la tu..nanti masak lagi jgn lupa poskan ke sini ya hehhehe

saya said...

meoww--ha'ahh, budak abang dah balik. balik badan luka2 semua. sabar je la.

mala--tu laa... saya & nezha pon rindu kat awak jugak.

mokcik--ada berani ke nak merasa makan kuih saya? sakit perot nanti saya tak jamin. hahahhahaa...