mari mencari....

Google
 

Wednesday, November 30, 2011

cerita cuti 3 hari sempena maal hijrah..



argghhhh...boringnya.. huhuhu..
relax la..jangan boring2.. kalo rasa boring, sila tengok tv, main game, dengar radio, baca buku, kemas rumah atau lagi best sila basuh kereta. boleh gitu? hahahha.. takde maknanya. kalo dah boring tu nak buat apa pon tak menjadi. anywayyy.. sekarang buka n nak cerita pasal boring ke apa ke.. saje je nak memenuhkan entry untuk kali ini.
~~
so, camne cuti 3 hari korang semua? ada meriah? ke ada yang dah berhijrah? haaa.. jawab jangan tak jawab. saya punya cuti 3 hari adalah duduk kat rumah je. kesian kan. huhuhuh.. apa boleh buat. obek asyik keje je. tapi ahad petang tu balik rumah ma. yahooooo.. rindu kat ma. hehehhee.. ikutkan obek ada je keja tapi saya dah muncung2 16 depa haruslah kena hantar saya balik rumah ma kan. hehehhe... berkuasa juga muncung saya ni ye. ye la..orang rindu kat ma orang la.. hehheee... tq obek sebab melayan kerenah saya. tido rumah ma. hari isnin lepas lunch baru balik rumah sini, tu pulak sebab dah rindu kat acha pulak. adoiii.. teruk le macam ni asyik rindu2 kat semua orang ni. takpe..layan je. on the way back tu obek ala2 perli pulak saya dia kata.. haaa..dah berseri2 muka tu dah habis ke rindu kat ma? saya kata mesti lahhhhhh. hahhahahhaa...
~~
so, hari ni adalah seperti biasa. hari ni kawan obek kawen. opss..nikah. nikah buat kecil2 je di pejabat agama. nanti kendurinya this saturday. nikah dengan saudara baru. mmm.. ni baru satu penghijrahan yang besar dalam hidop, untuk kedua2 mereka. so, selamat pengantin baru untuk kawan obek nama kamal dan pasangannya. semoga berbahagia kekal hingga ke akhir hayat. aminnnnn..... obek pergi tadi masa nikah tu sebab obek adalah saksi nikah okeh. owhhh... saya cuma tengok gambar dan video yang obek amik tadi. hehehhehe.. cantik pengantinnya. putih bebeno. hadoii.. mujur gak saya takde tadi kan kalo tak tu harus totally contrast saya dengan dia, hitam putih terus jadinya. hehhehehe... apapon, selamat pengantin baru to them!!
~~
apa lagi nak cerita. acha? sekarang ni dia tengah terbongkang tido macamkan penat beno. gaya dia tu macam siang tadi pegi menoreh getah 6 ekar. walhal makan tido je keje dia tu. sabar je la. obek balik awal hari ni, pukul 830pm. now tengah buat keje kat bilik study ni le. termasok le saya terselit sekali. ahakzz.... ye la kan, harus duduk sama2 nih sebab jarang obek nak ada kat rumah. ahhh.. mengadalah kau.
~~
tetiba teringin makan kuih buah melaka. sedapkan? bila le nak dapat makan. nak buat leceh le pulak nak kena cari kelapa parut. nak beli... jarang dapat yang kena dengan tekak ni. takpe..nanti weekend buat. senang habis cerita.
~~
oklah..takde apa kejadian yang menarik yang nak dikongsi. nanti sambung lagi. adios!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, November 23, 2011

rindu sangat...

rindu sangat...
eh, korang pernah rasa tak benda2 macam tu. rasa macamkan rindu bebeno walhal hari2 jumpa dan baru je jumpa. hahahhaha.. tu namanya sengal wehh... takpe la. tapi memang kan kadang2 ada je rasa macam tu. hari ni saya rindu sangat kat obek. huhuh... macamkan lama tak jumpa walhal hari2 ada. hari2 pon obek selalu je takde kat rumah. kadang malam2 pukul 2-3 pagi baru balik. so rasa macam kejap je jumpa gitu. takpe la kan, demi mencari rezeki, redha je la. tapi tu la.. kadang2 rasa geram jugak. so, sapa lagi yang menjadi mangsa kegeraman kalo tak nezha. habis le budak tu saya kerjakan, korek tinga dia ke, buli2 dia ke, tapi selalunya dia yang buli saya. saya ni pencacai dia je. huh.. sungguh kejam.
~~
so, hari ni obek cakap dia balik lambat. biasa dia akan balik dulu makan salin baju semua then keluar lagi tapi hari ni dia terus shoot sampai malam. owhhh... keje, keje, keje. mananya duit yang 5 guni tu belom turun2 dari langit. sabar, sabar,sabar.. sabar itu separuh dari nama sabariah. sayang punya pasal, hari ni pepagi saya dah siap2 masak laok. ye la.. kang dia pegi keje lewat sikit boleh makan dulu kat rumah, so perot kenyang kang senang le dia keje. sebab biasanya obek pegi keje lewat dalam pukul 11am macam tu. mmm.. nak makan sama kena tunggu malam kang le.. entah pukul berapa obek nak balik. jadi hari ni saya masak gulai lemak cili api ayam, goreng ikan dan ada cicah cencalok. nasi sendiri senduk la.. jadi la kan, kenyang juga tu untuk dibuat makan. harap obek kenyang dan bekerja dengan rajin dan bersungguh2 ye.
~~
dan pada ketika ini... teringat2 je kat obek rasa rindu sangat. ehekssss.....
~~
akan tatapi.. nezha tetap interframe jugekkkk... mana boleh lupa kat budak tu. tambah2 musim hujan sekarang ni, nezha tu dah le penakot hujan, sama je macam saya. kalo hujan dia pon tak senang duduk, sama macam saya. so, rindu kat nezha jugak.
~~
p/s : marilah sama2 merindu2 orang sekeliling. peace!!!!!

Tuesday, November 22, 2011

budak sakit perot...


comel ke? comel ke tidak? comel2 pon.. ini budak adalah telah membuat onar dan telah mengharumkan satu rumah. alkisahnya.. dia kena sakit perot llorr... bukan berak cair.. tapi ada sikit lembek la. hahahhaha.. kan biasanya berak ketol2 mcm twisties je.. tapi ahad lepas tu dia sudah kasi lembek daaa.. bila lembek.. makanya habis le berselepong montotnya yang gebu2 itu. bila selepon.. makanya habis le satu rumah sudah terpalit sebab dia tak kasi bersih dia punya sendiri punya montot... sabor je la. patot la saya macam bau harummm je. memula tu tak perasa, cuma nampak dia muntah je. ingatkan biasa la.. lepas tu dia dah start ulang alik ke litter box.. haaa...sudah.. check2 tu le dianya. dah jadi satu hal pulak nak mengejar dia nak mengelap montotnya tu. aduhaiiii.. harum betol. macam nak pengsan terbelahak kat situ. eeee..geramlah. entah apa kena. setau saya, saya takde bagi dia makan apa2 yang pelik2.. takpe la.. kita manusia pon kadang selalu je kena sakit2 perot tu kan. layan je la.
~~
obek memang angkat tangan dua belah le surrender kalo bab2 mencuci montot nezha. huh.. lagi menambahkan geram. mintak tolong buangkan plastik yang ada hadiah lembek tu pon obek taknak..dia lari. uwaaaaaaa..mencik lahhhh. so, the whole day nezha tak sihat. tak makan, tak minum, which is memang ajaib la kan. nezha tak makan? biar betikkkk... tapi tu la.. tak sihat katanya so dia bantai tido je la. the next day, monday.. dah sihat dah.. dah boleh lari2 dah. dah boleh makan dah. fuhh.. lega... syukur..
~~
sekarang ni petang je hujan lebat2 betol kan. ngeri lah. saya ni dah le memang penakot hujan. aduhaiii.. tapi nak buat camne.. syukur je la kan, setakat hujan lebat tu redho je la. dari kena macam thailand tu sampai banjir2 lagi kita taknak ye tak? mintak dijauhkan dari kita.
~~
amacam bola? hehehhee.. saya tengok sorang2 masa tu.. menjerit2 sorang2. sabor je la. tapi memang mendebarkan sungguh bab penalti tu, ya tuhann.. memang betol2 rezeki namanya. apapon..tahniah buat pasukan malaysia menentang indonesi di sukan sea ke 26 yang lalu..
~~
apa lagi nak cerita? takde idea. sekian.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, November 17, 2011

lagu cenderawasih...

ok.. hari ni takde nak tulis apa-apa.. cuma nak bagi lirik lagu je. lagu ni saya suka sangat. lama dah lagu ni dari kumpulan kriss, tajuk lagu cenderawasih... so nice and sweet je dengar, plus ada banyak maksud tersirat. zaman muda dulu2 hebat le nak bersastera2 bagai dengan perkataan2 pelik2 ni.. sekarang dah tua2 ni, otak dah berkarat. huhuhu.. oklah.. untuk anda yang nak cuba dengar atau pada yangdah tau tapi nak dengar lag mengembalikan nostalgia.. sila le dengar kat utube. hehehhe.. search je la, nanti jumpa le. chill...
~~



Matamu
Mencerminkan resah
Kembara ke ancala yang bersalju
Peperangan kuasa dan jasa
Di dalam lamunan
Menggentas bakawali
Jauhanmu
Mencorakkan rindu
Berputik di ranting mayapada
Perjanjian naluri dan hikmah
Di dalam impian
Menggamit cinta sakti
Lagu cenderawasih
Sesungguh ku dambakan
Pasangan dua dunia
Benar hingga melampaui adat dan masa
Sesungguh ku dambakan
Pasangan dua dunia
Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata

Peperangan kuasa dan jasa
Di dalam lamunan
Menggentas bakawali
Perjanjian naluri dan hikmah
Di dalam impian
Menggamit cinta sakti
Lagu cenderawasih
Sesungguh ku dambakan
Pasangan dua dunia
Benar hingga melampaui adat dan masa
Sesungguhku dambakan
Pasangan dua dunia
Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata
Sesungguhku dambakan
Pasangan dua dunia
Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata
Matamu
Mencerminkan resah
Kembara ke ancala yang bersalju
Yang bersalju..

kumpulan kris-lagu cenderawasih

Monday, November 14, 2011

it's superman... eerrr...no..it's supercat!...




yeahhh.. up, up..and awayyyyy...whoshhhh... tapi supercat sudah penat makanya supercat tido je la sambil menggayakan aksi2 terbang sambil membayangkan misi menyelamatkan dunia dari kejahatan raksasa yang turun ke bumi dengan tujuan merampas stok royalcanin dan stok2 ice cream serta cis kek yang ada di muka bumi. akan tatapi...walaupon supercat hanya beraksi dalam mimpi, beliau tetap menunjukkan aksi dan telah berlawan dengan bersungguh2 sehingga kepenatan dan akibat daripada itu, apabila bangun saja dari tidur beliau telah dengan pantas menuju ke mangkok makannya lalu makan dengan rakusnya umpamakan tak makan sebulan. begitulah aksi supercat yang super pemalas dan menggeramkannnnnn.... sekian cerita dongeng untuk hari ini.
~~
fuhhh.... panjang pulak mukadimah hari ni. mana tak geram. tengok le gaya dia tidor tu kan. bila dikejut2 takmaunya dia bangun, paling kuat pon dia gerak2 telinga then sambong tido balik. tapi bila sedor je dari tido terus tuju tempat makan. camne tu? haihhhh.... sabar je la. tu kejadian di hari weekend yang baru berlalu tadi. cerita pasal weekend, weekend tadi saya tak ke mana2 pon. tak balik rumah ma pon. hehehehhee... obek pon macam tak sihat je kan. so duduk rumah le kami laki bini. makan pon kat rumah. dah ahad tu malam tu baru kuar cari makanan luar. mmm.. kononnya nak beli nasi lemak yang biasa tu. sekali nasi lemak tu pon dah naik harga daaa.. apakah? sungguh terkejut makcik. bukannya ada peningkatan dari segi isi atau rasa..sama je. paerlu ke naik harga? ohhh... santan naik harga agaknya. but yet.. rasa tak best dah. dan beli juga burger. biasa saya akan belidari 2 tempat ni. satu is tempat abang gemok. sedap dia masak burger. hehehhehehe.... lagi satu is kat tempat abang bedak tebal. apsal? memang tebal yoo bedak abang tu.. agaknya dia pakai krim muka then sapu bedak tu pasal le nampak tebal putih semacam. pon boleh tahan burger dia tapi tak boleh challange burger abang gemok. huhuhuhuuhuh... so, semalam dok rumah je la melayan bola. benci betol. tak suka la tengok bola tu. tapi ni kan semalam ada bola yang sukan sea tu. malaysia lawan sapa ha?? kemboja ye? entah le..lebih kurang macam tu la. obek le ni nak tengok bole.. nak tengok bola.. nak tengok bola.. eeeee... sabar je la.
~~
saturday tengok anugerah apa? aim ye? ooooo... ye lah. biasa2 je. tapi yang paling best ialah bila rahmat mega, zamani dan sapa lagi 2 orang tu nyanyi. uwahhhhhhhh.. best sangat suara sikit tak pecah berubah dan memang best!!!!!! bestnya..bestnya... bestnya... terus teringat2 zaman2 muda dulu kan gila2 dengan lagu2 macam tu. as if akan datang ni penyanyi2 rock kapak zaman tu buat konsert harus ni nak pergi juga. huhuhu.. anyway.. congrates to them sebab memang best. yang lenlain..mmmm.. boleh laaaa... pemyampai2??? ada yang menggelikan.. ada yang ok. biasa le tu kan. ada yang announce dah jadi tak surprise.. ntah hapa2 ntah. anyway.. kira ok je la rancangan tu.
~~
ada juga tersempat tengok masterchef. wahhh.. dengarnya ada macam2 kontroversi ye. lantak korang la... saya tak selalu pon tengok tapi pada malam tu macam tertekan lak channel tu kan. masa tu dia kena buat burger mewah. owhhhh.. menarik juga ye. macam2 idea diaorang buat ni dalam masa yang singkat. tapi tengok2 gitu je la tak pulak menghayati pengisian rancangan tu.
~~
so, boleh kata sepanjang weekend ni asyik le tengok tv dan menengok gossip. mmmmm.. dapat tengok melodi minggu ni. lama dah tak tengok. owhhh.. rupanya pengacara pompuan tu kawen ye. cantiknya dia.. so sweet. majlis pon ringkas tapi meriah dan menarik. best la. moga berbahagia hendaknya sampai bila2. doakan yang baik2 pada pasangan pengantin. mmmm.. kawan saya pon nak kawen nanti 1/12/11 ni. untukkali ke-2. takpe... moga kali ni lebih berkekalan hendaknya. majlis sanding akan buat di ipoh. sooo.. ke ipoh le kita nanti yeopppp.... ada ke sesapa kat ipoh nak jumpa2 kita? hehhehehe...
~~
apa lagi nak cerita ni? kucing2 belakang semua sihat. mana yang hilang terbang tu hilang terbang la..hujung2 dia muncul lagi. takpe. mana nak nak melekat je kat dapor tu, melekat la. pantang pintu terbukak dia pon buat koir harmoni kat belakang tu. belasah la. jangan nakal2 masok rumah orang sudah. owhhh.. bercakap pasal tu, ingat tak si eji yang suka gaduh dengan samseng tu. ya tuhannnn.. last friday night dia sudah gaduh besar woooo... itu pasu bunga jiran sebelah sudah pecahhhhh... eji tangannya jadi terseliuh udah je jalan jengket2.. si samseng pulak muka dah calar balar menambahkan parut dimuka. ya tuhannn.. malam2 pukul 2am dia bercekau. keluar le kami laki bini meleraikannya sebab sampai dah pecah2 pasu tu kan. so, kami ganti cecepat pasu tu. aduhhhhh.. tensen betol. si eji dengan samseng tu memang tak boleh dekat2 lansung la. now nampaknya tangan eji dah ok. dah boleh jalan seperti biasa walopon tak berapa tegap lagi. muka si samseng? aduhh..d ah macam muka pirate dah. cuma tak letak tutup mata hitam sebelah tu je kalo tak kompom dah boleh jadi pet captain sparrow. yang peliknya..kucing2 lain tu takde lak nak gaduh2 ni kan. kalo setakat marah2 sayang tu ada le.. tapi si eji dan samseng ni bebetul musuh betol. risau lah. geram pon ada.
~~
kejap lagi dah cuti sekolah. ke dah start cuti ni?? budak aish anak ibu nak kena sunat cuti sekolah kali ni. hehehhehe.. dah besar pon dia ye. pejam celik pejam celik saya masih anggap dia tu baby2 lagi. apa boleh buat... dengarnya ibu nka buat kenduri sikit.. hantar ke surau katanya. tengok la camne ada nak tolong sponsor apa2 ke.. ingat nak bagi buah2 je. kalo kesampaian.
~~
apa lagi nak tulis ni. lama dah tak tulis. masa duduk2 tu asyik la teringat2 nak tulis apa dalam blog. bila dah menulis apa pon tak teringat. mmmm... sekarang ni saya dok menggila2 main wordmole tu. ala.. yang cari perkataan dari huruf2 yang diberi tu. amboi2... tak kira siang malam, asyik le nak main benda tu je. siap lawan2 ni dengan obek. hehehhehe.. seperti biasa, kalo game yang macam tu saya le menang. obek tensen sebab kalah je dia pulak pi main game ps2 yang tumbuk2 tu. argghhhhh.. memekak je. hiyarghh.. hiyarghhh... dushh..dushhh.. entah hapa2 kartun tu jerit kena tumbuk. yang tu dia menang le. saya pulak tak reti main entah button mana nak tekan bagi kartun tu tendang2 or lompat2. arghh... tak suka la. nezha? dia cool je.. dia takkisah. kitaorang tunggang langgang menjerit2 bagai nak rak, dia relax je duduk atas meja. cukup time, makan. cukup time, tido. cukup time, memekak suruh garu perot. hehehhe.. sekarang obek yang selalu kena jadi mangsa dia. pantang nampak obek duduk, dia pon datang mengeow2 suruh garu. bagussssss.. sayangggg nezha banyak2 pelok kuat2. hehhee..
~~
lagi? mmmm... entah la.. cukup setakat ni dulu la agaknya tulis2 untuk kali ni. minggu depan sambung lagi.. wahhh.. gitu. seminggu sekali je tulis. hehehhehee... nanti if ada kesempatan tulis lagi la ye. apapon.. harap semua bergembira. pada sesapa yang batuk2 or terbersin2 tu cepat2 makan ubat ye.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Wednesday, November 9, 2011

cerita raya qurban...




hello....
apa khabar semua? harap semua sihat2 belaka ye jangan ada yang penng2 akibat banyak sangat makan sup tulang, sup gearbox, rendang daging semua tu..al-maklum.. musim2 hari raya korban ni banyak beno yang dapat daging free kan. huhuhuhuhu.. anyway, harap semua dah bersemangat bekerja semula ye. lepas ni dah takde dah cuti2 malaysia lagi... tunggu bukan 12 je untuk cuti hujung tahun.
~~
so, camne cerita raya hari tu? sure meriah le tu kan. saya biasa la. terlebih penat le pulak tahun ni. aduhaiiii.. sakit2 badan dibuatnya sampai nak demam. hari sabtu sebelom raya tu dah balik rumah ma. petang tu pegi beli barang2 untuk masak raya kejao. raya korban tahun ni saya takde masak ayam2 semua tu. masak satu je. tahun ni kasi try test buat laksa johorrrr.. kenapa? tak percaya? saya sendiri pon tak percaya ada keberanian untuk masak laksa johor tu. dah le untuk main dish di hari raya kan. kalo tak menjadi harus makcik pengsan, sebab dah le tak masak makanan lain. haru.. haruuu... ni semua ma le punya pasal ni. katanya teringin nak makan laksa johor tu sebab harit u dia ada pergi jamuan apa ke benda ntah orang tu ada masak benda tu. so dia sudah teringin mau makan lagi. hish..hishh. hishhhh.. mujur nak laksa je, buatnya teringi kambing golek haaaa sudah satu hal lae pulak saya nak kena menggolek2 kambing. ahakss....
~~
anyway.. since ma kata dia teringin tu maka kena la cari jalan supaya reti membuatnya... apa lagi.. tengok kat tenet le. setelah diamat-amati.. mmmm...rasa ada sikit berani nak buat. so, kita carik2 le seua bahan2 tu. aduhaiii. banyaknya nak kena guna bahan. hish..hishhh. hishh.... kalo setakat makan untuk 2 orang nak masak laksa johor tu memang tak berbaloi le jawabnya. melainkan kalo untuk makan reramai. so malam tu saya pon berhempas pulas memulas segala benda untuk merealisasikan impian kehendak tekak ma saya tu. hahahahhaha... rupanya senang aje... cuma bahannya je yang banyak.. berbagai2 jenis. dan saya tak suka le kena blender isi ikan kembong tu. bab nak blender isi tu ok..tapi bab nak mengasingkan tulangnya tu... aduhaii.. bercinta la. dah le kena buat sensorang. ma dengan obek takde rumah malam tu sebab diaorang pegi surau ada buat macam bakar2 lemang untuk taman tu kan, so macam ada rewang2 tu le. jadi saya sorang je la. arghhh.. anyway.. bab tu je yang susah.. bab lain tu senang je. blend2 semua benda.. curah je masok periok... tunggu mendidih.. dah siap! hahahhahaha... senang2.. lainkali boleh buat lagi. since itu pertama kali saya buat... dan saya pon baru sekali je pernah makan benda tu.. jadinya saya kurang pasti le camne rasanya kuah laksa tu. alahai... orang kampung teiba tingin makan spageti bagai gitu le jawabnya.. takpe la.. so, bila ma balik surau malam tu suka le dia semua dah terhidang..siap dengan segala condiment2 semua tu bagi dia makan. wahwahwahhhh... tapi malam tu condiments dia tak berapa lengkap le.. dah tu malam katanya kan.. apa yangada je la.. saya cuma potong tauhu goreng, kacang panjang, timun, daun pudina, daun kesom dan bawang je. huhuhu.. dengan sambal belacan dia tu le... takde kang tak jadi la laksa johor namanya. ma kata sedap.. obek pon kata sedap.. anak mama pon ada datang malam tu pon kata sedap! wahhhhhhh... sakit vontot makcik sebab kembang2 banyak kali sangat. ahahhahahhahahhha... akan tatapi..tiada le pulak gambarnya.. entah ye macam tak sempat lak nak amik gambar2 tu. lain kali kalo saya buat saya amik gambar ye. so.. percubaan memasak laksa johor adalah success! tepuk..tepuk.. tepuk..
~~
the next day..sunday tu is hari raya itself. mmm.. bangun pagi2 lagi panaskan kuah laksa tu dan buat hidangan.. sebab nanti pukul 8am dah nak pergi sembahyang raya. saya buat juga nasi lemak pagi tu. ala.. sambal tumis ikan bilis biasa je la. memula tu ingat taknak buat apa2..tapi teringat kat obek kesian dia takkan nak breakfast laksa tu lagi kan. so, gagahkan juga diri masak nasi lemak pepagi tu. dengan telur dadar. jadi la.. buat tambah2 makanan. sebelum ke surau.. breakfast dulu, then pi surau. begitu le cerita hari raya korban saya...
~~
dalam pukul 11am tu, obek dengan ma pi surau lagi sebab tolong2 orang korban. kali ni taman tu ada 6 ekor korban. banyak kan. meriah je. rajin obek tolong2 tu. hehehehe... masa nak pi surau pagi tu saya cakap kat dia camne if tetiba orang sorong microfon tu suruh takbir.. dia kata dia pass kat orang sebelah cepat2. hahahhaha... tau takot.. obek nak takbir kekuat tu? alahai.. mau ribut nanti. bercakap pon sekali sekala, lagikan nak bermacam2 tu. hehehhee.. kalo kat rumah ni.. suara saya je yang terdengar.. kalo tak suara saya, suara nezha.. nak dengar suara obek cakap kuat2 tu memang tak merasa le. pelikkan orang pendiam ni. lagi pelik bila orang pendiam dapat orang mulut beret macam saya ni. huhuhuhu... apapon.. i love you obekkkk...
~~
lepas zohor, dalam pukul 2pm macam tu saya pon kemas2 balik rumah... nak kena get ready balik kampung johor pulak. sebelum tu harus le mengemas dulu budak2 kat belakang tu kan. kasi bersih2 tempat uk-uk..tambah makanan siap2.. menyiapkan si nezha lagi.. aduhh..penatnyaaaa.. lepak kejap.. ingatkan cuma baring2 kejap je depan tv..sekali terus tertido..sedar2 dah pukul 630pm. hahahhahah.. harus le orang tua kat johor tu pening tunggu anak menantu tak sampai2. yang si obek bukan dia tido.. pi bantai tengok dvd rambo.. belasah la.. lepas tu siap2 le kami. lepas maghrib baru bergerak balik kampung. jalan slow2.. layan highway.. dekat pukul 11pm sampai.
~~
cerita raya kat kampung johor macam biasa la.. adik2 obek semua balik. yang ada baby tu pon balik. ewahhh.. meriah le rumah melayan budak kecik. bunyi ketawa, bunyi menangis, bunyi menjerit.. semua ada. hahahhaha... balik kl semua ialah hari isnin malam, lepas isyak baru bertolak. kononnya nak elakkan jem, sekali memang termasok juga dalam senarai jem tu. huhuhuh... sampai rumah pukul 11 dekat pukul 12. penatnya. penat2 pon mesti kena kemas budak2 tu dulu. badan sakit2 kepala sakit sebab pagi tu makan soto kat kedai berperisa ajinomoto melampau. tengah makan pon kepala dah berduyun2 pusing2.. benci betol. kalo masak tak letak ajinomoto tu tak boleh ke? mesti ke wajib jugak ke? pelik la... menyakitkan orang je. memang the whole monday tu jadi spoil sebab sakit kepala. nyampah.
~~
the next day.. selasa.. kena cuti pulak. apa taknya...sedar2 pukul 11am. nak keje apa.. satu hapa pon tak sedar dunia dengan sakit kepalanya. saya ingat saya je yang kena.. sekali obek pon sakit kepala jugak. hishhh. lain kali memang takmau dah makan kat kedai tu. bukan sedap ponnnnnnn....
~~
hari tu saya ada tulis teringin nak makan bubur somsomtu kan.. heheheh.. balik kampung hari tu minta mak obek buatkan. huhuhuhu... sedapnyaaa.. simpan dalam peti ais makan sejuk2 tu ya tuhannnn.. nyaman anak tekakkk... oooo.. rupanya buat benda tu senang je..tapi susah.. senang sebab bahannya senang, tepung beras dengan santan je.. yang susah tu ialahhh.. bab nak kena mengacau lama dalam periok tu. kena sentiasa kacau sampai likat berkilat. husiihhhh.. dah rasa macam mengacau dodol le pulak. saya kata tak boleh ke kacau guna hand mixer yang buat kek tu..senang sikit keje takyah guna tenaga... eehh..budaknya nak keje senang je, masak kena cara tradisional katanya. hahahhhahaa...
~~
lagi apa nak cerita? mmmmm.. nezha? dia biasa le..kena tinggal rumah kan.. buat perangai le jawabnya.. entah apa dia buat bersepah rumah. eeee..geram betol. kalo saya takde rumah dia memang le macam tu.. tapi kalo saya ada kat rumah macam saturday sunday tu takde lak dia nak buat perangai pelik2 ke apa ke. elok je main tido sendiri. mana tak geram. geram2 pon itu le buah hati intan payung pengarang jantung saya...
~~
lagi? mmmmm... tu je la kot. nanti kalo ada cerita dan ada masa kita sambong lagi. now nak jalan2 pusing2 baca blog kekawan lak. hehehhehe.. selamat semuanya!!!!
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, November 4, 2011

coconut shake pantai klebang..

haaaaa.... hari tu kan ada cerita saya ada pergi jenjalan tu. alahai..tak le jauh beno jenjalannya sampai ke paris ke europe ke italy ke.. kat melaka je la pon. huhuhuh..jadilah kan dari takde. itu pon secara kebetulan nak balik rumah mak johor, so kami jenjalan le dating2 dulu sebelom balik rumah sana. hehehhee.. saya tau pasal coconut shake ni rasanya masa tengok tv la. entah jalan2 carik makan ke entah yang warung kita tu tapi yang pastinya saya tau dari tv. jadi saya pon ajak le obek pegi carik. mana le tau kot2 ada rezeki dapat le minum coconut shake tu.. takde rezeki kita minum je air kelapa tepi jalan habis cerita. lagipon kan.... mokcik azwa tu selalu je nak promote dia minum coconut shake kat kafe dia tu sudah bikin saya hangat hati wooo.. jadi mesti mau rasa jugak. apa ke gila, punya le dekat dengan putrajaya pegi je la kan kafe mokcik tu lagi mau pegi jejauh sampai ke melaka tu. hahahhahahah... dasar alasan nak berjalan le tu.
~~
nak mencarik tempat tu susah juga memula. al-maklum.. kitaorang ni mana le ada gps ke gprs ke apa ke benda..semua main ikut signboard tepi jalan je. tapi yang pasti menuju ke pantai klebang le. obek kata dia pernah nampak gerai tu, tepi jalan katanya. maka kami pun pegi le carik.. sekali tu..hullamakkkkkkkkkkkk... tu dia.. punya le ramai manusia nak beli coconut shake tu sampai beratur2 melimpah2 tepi jalan ko.. terkejut cat makcik. saya nak amik gambar tapi maluuuuuuu..alahaiii.. bila la nak jadi tak malu dan berani amik2 gambar ni. rasa terkilan tak amik gambar. tu pon masa amik gamabr gelas pon malu2 gitu. alahaiii.. dah le meja sebelah bebudak remaja kan siap kamera besar canggih, yang kita ni camera henpon sempot. belasah la.janji ada gambar sudah. tapi tu la.. memang ramai betol orang. kerusi meja tak cukup jadi memang kena tunggu giliran tau nak minum kat situ.
~~
saya pergi tu hari sabtu 29/10/11.. tiba kat kedai tu dalam pukul 4pm lebih la rasanya. orang ramai beratur. tapi masa tu saya sampai je terus dapat meja tepi. apa lagi..kita order la coconut shake. then pegi amik kuih2 kat dalam sana. owhhh.. dia ada jual nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, semau dah siap bungkus2. so amik je la. dengan kuih2 banyak jugak. ada karipop, kuih gelang, kuih apa ntah lagi.. cekodok pon ada. haaa..amik saja. so, saya amik nasi lemak 2, bihun goreng 2 dan kuih2. fuhhh.. nasi lemak dia sedapppppp.. tapi pedaslah tak suka. hahahhahaha... so, sambal nasi lemak kasi letak kat nasik obek, saya makan yang ada calit2 sambal sikit tu le. pada saya sambal tu mmg pedas. pada korang tak tau le kan, saya ni kurang kuat sikit makan pedas. so.. mari kita tengok gambarrr....





haaaa... tu la.. yg bungkus ada daun pisang tu nasik lemak.. yg bungkus kertas coklat ialah bihun goreg, dan kuih2.. tu nampak tu gelas tu.. haa..tu le dia coconut shake tu. sedapppppppppp!!!!! rasa nyaman sangat tekak panas2 tu kan minum ais. rasa dia? rasa dia macam air kelapa muda, tapi entah le campor apa saya tak tau. then dia letak ice cream atas tu. alamakkkk...sedapnya. rasa nak lagi lah. taktau le coconut shake yg kat sini tu sama ke tak dengan yang kat pantai klebang ni. dia punya banner tulis coconut shake original, which saya rasa mmg betol original. yang lenlain tu tak pasti la pulak kan. tapi..memang sedap. 2 thumbs up!!!!
~~
so, sambil minum2 makan2 sambil tengok perangai orang. orang kedai sangat buzy mengambil order. memang nak kena sabar sikit tunggu lama sebab orang order banyak kan. sekali ada orang tu order tapau coconut shake 15 daaaaa.. ke total up orang order 15 macam tu le kalo tak silap pendengaran, kalo silap mana le makcik tau kan tapi yang pasti memang banyak order. berjanggut le menunggu.hahhahahha... maybe beli untuk sedara2 sekali kot dah on the way balik kampung tu.
~~
nak cerita lokasinya.. senang je.. carik le stesen petrol caltex... dia kat sebelah tu la. gerai tepi jalan bawah pokok kelapa sawit depan rumah banglo besar. senang je..insyaallah.. tak de sesat kalo korang cuba carik. dia ada banner warna biru kalo tak silap. alahai..kalo jumap caltex then nampak orang beratur sampai tepi jalan tu maknanya itu le dianya tempat tu. kereta parking tu dia sampai jauh merasa le eksesais sikit. tapi takpe.. demi memenuhi permintaan tekak dan mengenyangkan perot, apa la sangat berjalan sikit tu kan. hehhehehe.. so, kalo korang ada terpergi ke melaka, singgah pantai klebang minum2 dulu.




ha.. yang ni shot dekat sikit. ala..masa tulis2 ni terbayang2 pulak nak jugak lagi. pakcik jual pon peramah, baik la.. sebab apa kasi bagitau kat blog? sebab harga pon berpatutan, layanan pon ok, rasa pon sedap.. ha.. sebab tu nak share dengan kawan2 benda yang sedap harus di share bersama.. ye tak?
~~
the next day tu hari ahad 30/10/11, on the way back kl tu singgah lagi. tu dia.. menggelejat nak coconut shake lagi. belasah je la. kebetulan nk hantar adik obek balik ke asrama kat melaka tu kan... so mengambil kesempatan lagi la. hehehhehehe.. tq obek melayan kerenah saya. ala..bukan selalu pon kan sekali sekala. kedai tu kalo ikut tulisannya bukak tengahari sampai petang around 630pm. hari dia cuti ialah-bila perlu. hhahahhahaha.. gitu.. dia tulis. ala.. kalo korang pergi nanti kalo yang berani tu snap2 le gambar. jangan macam saya nak amik gambar pon penakot. chettt....
~~




ha.. ni lagi gambar. ni je la 3 keping gambar yang saya amik. huhuhuhuhu... jadi la dari takde kan. lainkali kalo saya pergi lagi kalo berani saya try amik ye. tapi kan.. lain kali tu nak le merasa mandi manda kat pantai klebang tu. huiiiiii... si penakot air ada hati nak mandi laot? biar betikkkkk..... ok2..takde la mandi, jalan2 tepi laut berani le saya. saya kalo disuruh mandi laut harus pengsan gamaknya. penakot. bukan takot apa..entah la.. mudah beno terbayang2 yang bukan2. terbayang ikan jaws le, terbayang buaya le.. huiii..luas je imaginasi saya kalo pergi tempat2 air banyak ni. fobia maybe. tu le pasal. bikin spoil je. takpe la.. kita jalan2 menikmati pemandangan keindahan alam pon bagus kan.
~~
asyik cerita minum coconut shake je.. lupa nak cerita pasal balik kampung. saje la balik kampung hari tu. walhal minggu ni nak balik lagi kan sebab raya haji. takpe la.. obek rindu kat mak dia tu pasal terjah balik. huhuhuhu.. ooo..saya ingat saya je yang reti rindu kat ma saya rupanya dia pon rindu jugek. hehehhehe... saje balik takde agenda. balik2, makan2. masak biasa la.. nak balik kl tu pepagi lagi dah masak laok bekal siap2. masak gulai tempoyak ikan, sambal tumis udang dan goreng2 nuget. hehehhee. kebetulan adik2 obek ada kecuali sorang je takde. so, semua orang balik bawak bekal. suka le orang tua tu kalo rumah penuh dengan anak2. malam tu kan ke bola final. huiiii.. macam nakpecah rumah tu semua tengok bola. ala.... saya bet mesti menang punya. saya punya pilihan t;ganu & n.9 masok final, dan n.9 menang 2-1. haa... teror tak makcik predict? obekkk..sila bayar kekalahan anda ye. hehehhehehe... seronok tengok bola ramai2 tu sampai bertekak2. adik obek belanja sate malam tu. ala lagii... layannnnn....
~~



ini budak adalah tinggal rumah masa kita bersukaria minum coconut shake & tengok bola. seperti biasa.. kalo kena tinggal dia pon mula la buat perangai kan. huhuhuhu.. layan je la. bukan lama pon, semalaman je. nk mengorek telinga dia satu hal betol la. bersilat kuntau kungfu taekwondo semua ada. geram sangatlah. kalo taknak korek tinga, pi la korek sendiri. kalo reti. dah le busuk. sapa yang paling busuk dalam rumah ni kalo bukan budak ni. hehehhehe. busuk busuk pon inilah pujaan hatiku.
~~
okla.. ahad ni hari raya haji atau ada orang panggil hari raya korban.. ada sesapa ke kawan2 yang buat korban tahun ni? saya takde..tapi mama tahun ni buat akikah lembu sekor. nanti le tahun depan kaloada rezeki kita buat korban ye. atau ada ke sesapa yang ahli keluarga pegi haji? harap semua gembira la di hari raya nanti. kat rumah ma biasa la... kena masak itu ini aduhhh.. letih. so.. kepada semua selamat hari raya aiidiladha.. kalo ada sesapa balik kampung jejauh tu hati2 ye.. wassalam....
~~
i love you obek...
i love you nezha..
i love all of you...