mari mencari....

Google
 

Monday, November 14, 2011

it's superman... eerrr...no..it's supercat!...




yeahhh.. up, up..and awayyyyy...whoshhhh... tapi supercat sudah penat makanya supercat tido je la sambil menggayakan aksi2 terbang sambil membayangkan misi menyelamatkan dunia dari kejahatan raksasa yang turun ke bumi dengan tujuan merampas stok royalcanin dan stok2 ice cream serta cis kek yang ada di muka bumi. akan tatapi...walaupon supercat hanya beraksi dalam mimpi, beliau tetap menunjukkan aksi dan telah berlawan dengan bersungguh2 sehingga kepenatan dan akibat daripada itu, apabila bangun saja dari tidur beliau telah dengan pantas menuju ke mangkok makannya lalu makan dengan rakusnya umpamakan tak makan sebulan. begitulah aksi supercat yang super pemalas dan menggeramkannnnnn.... sekian cerita dongeng untuk hari ini.
~~
fuhhh.... panjang pulak mukadimah hari ni. mana tak geram. tengok le gaya dia tidor tu kan. bila dikejut2 takmaunya dia bangun, paling kuat pon dia gerak2 telinga then sambong tido balik. tapi bila sedor je dari tido terus tuju tempat makan. camne tu? haihhhh.... sabar je la. tu kejadian di hari weekend yang baru berlalu tadi. cerita pasal weekend, weekend tadi saya tak ke mana2 pon. tak balik rumah ma pon. hehehehhee... obek pon macam tak sihat je kan. so duduk rumah le kami laki bini. makan pon kat rumah. dah ahad tu malam tu baru kuar cari makanan luar. mmm.. kononnya nak beli nasi lemak yang biasa tu. sekali nasi lemak tu pon dah naik harga daaa.. apakah? sungguh terkejut makcik. bukannya ada peningkatan dari segi isi atau rasa..sama je. paerlu ke naik harga? ohhh... santan naik harga agaknya. but yet.. rasa tak best dah. dan beli juga burger. biasa saya akan belidari 2 tempat ni. satu is tempat abang gemok. sedap dia masak burger. hehehhehehe.... lagi satu is kat tempat abang bedak tebal. apsal? memang tebal yoo bedak abang tu.. agaknya dia pakai krim muka then sapu bedak tu pasal le nampak tebal putih semacam. pon boleh tahan burger dia tapi tak boleh challange burger abang gemok. huhuhuhuuhuh... so, semalam dok rumah je la melayan bola. benci betol. tak suka la tengok bola tu. tapi ni kan semalam ada bola yang sukan sea tu. malaysia lawan sapa ha?? kemboja ye? entah le..lebih kurang macam tu la. obek le ni nak tengok bole.. nak tengok bola.. nak tengok bola.. eeeee... sabar je la.
~~
saturday tengok anugerah apa? aim ye? ooooo... ye lah. biasa2 je. tapi yang paling best ialah bila rahmat mega, zamani dan sapa lagi 2 orang tu nyanyi. uwahhhhhhhh.. best sangat suara sikit tak pecah berubah dan memang best!!!!!! bestnya..bestnya... bestnya... terus teringat2 zaman2 muda dulu kan gila2 dengan lagu2 macam tu. as if akan datang ni penyanyi2 rock kapak zaman tu buat konsert harus ni nak pergi juga. huhuhu.. anyway.. congrates to them sebab memang best. yang lenlain..mmmm.. boleh laaaa... pemyampai2??? ada yang menggelikan.. ada yang ok. biasa le tu kan. ada yang announce dah jadi tak surprise.. ntah hapa2 ntah. anyway.. kira ok je la rancangan tu.
~~
ada juga tersempat tengok masterchef. wahhh.. dengarnya ada macam2 kontroversi ye. lantak korang la... saya tak selalu pon tengok tapi pada malam tu macam tertekan lak channel tu kan. masa tu dia kena buat burger mewah. owhhhh.. menarik juga ye. macam2 idea diaorang buat ni dalam masa yang singkat. tapi tengok2 gitu je la tak pulak menghayati pengisian rancangan tu.
~~
so, boleh kata sepanjang weekend ni asyik le tengok tv dan menengok gossip. mmmmm.. dapat tengok melodi minggu ni. lama dah tak tengok. owhhh.. rupanya pengacara pompuan tu kawen ye. cantiknya dia.. so sweet. majlis pon ringkas tapi meriah dan menarik. best la. moga berbahagia hendaknya sampai bila2. doakan yang baik2 pada pasangan pengantin. mmmm.. kawan saya pon nak kawen nanti 1/12/11 ni. untukkali ke-2. takpe... moga kali ni lebih berkekalan hendaknya. majlis sanding akan buat di ipoh. sooo.. ke ipoh le kita nanti yeopppp.... ada ke sesapa kat ipoh nak jumpa2 kita? hehhehehe...
~~
apa lagi nak cerita ni? kucing2 belakang semua sihat. mana yang hilang terbang tu hilang terbang la..hujung2 dia muncul lagi. takpe. mana nak nak melekat je kat dapor tu, melekat la. pantang pintu terbukak dia pon buat koir harmoni kat belakang tu. belasah la. jangan nakal2 masok rumah orang sudah. owhhh.. bercakap pasal tu, ingat tak si eji yang suka gaduh dengan samseng tu. ya tuhannnn.. last friday night dia sudah gaduh besar woooo... itu pasu bunga jiran sebelah sudah pecahhhhh... eji tangannya jadi terseliuh udah je jalan jengket2.. si samseng pulak muka dah calar balar menambahkan parut dimuka. ya tuhannn.. malam2 pukul 2am dia bercekau. keluar le kami laki bini meleraikannya sebab sampai dah pecah2 pasu tu kan. so, kami ganti cecepat pasu tu. aduhhhhh.. tensen betol. si eji dengan samseng tu memang tak boleh dekat2 lansung la. now nampaknya tangan eji dah ok. dah boleh jalan seperti biasa walopon tak berapa tegap lagi. muka si samseng? aduhh..d ah macam muka pirate dah. cuma tak letak tutup mata hitam sebelah tu je kalo tak kompom dah boleh jadi pet captain sparrow. yang peliknya..kucing2 lain tu takde lak nak gaduh2 ni kan. kalo setakat marah2 sayang tu ada le.. tapi si eji dan samseng ni bebetul musuh betol. risau lah. geram pon ada.
~~
kejap lagi dah cuti sekolah. ke dah start cuti ni?? budak aish anak ibu nak kena sunat cuti sekolah kali ni. hehehhehe.. dah besar pon dia ye. pejam celik pejam celik saya masih anggap dia tu baby2 lagi. apa boleh buat... dengarnya ibu nka buat kenduri sikit.. hantar ke surau katanya. tengok la camne ada nak tolong sponsor apa2 ke.. ingat nak bagi buah2 je. kalo kesampaian.
~~
apa lagi nak tulis ni. lama dah tak tulis. masa duduk2 tu asyik la teringat2 nak tulis apa dalam blog. bila dah menulis apa pon tak teringat. mmmm... sekarang ni saya dok menggila2 main wordmole tu. ala.. yang cari perkataan dari huruf2 yang diberi tu. amboi2... tak kira siang malam, asyik le nak main benda tu je. siap lawan2 ni dengan obek. hehehhehe.. seperti biasa, kalo game yang macam tu saya le menang. obek tensen sebab kalah je dia pulak pi main game ps2 yang tumbuk2 tu. argghhhhh.. memekak je. hiyarghh.. hiyarghhh... dushh..dushhh.. entah hapa2 kartun tu jerit kena tumbuk. yang tu dia menang le. saya pulak tak reti main entah button mana nak tekan bagi kartun tu tendang2 or lompat2. arghh... tak suka la. nezha? dia cool je.. dia takkisah. kitaorang tunggang langgang menjerit2 bagai nak rak, dia relax je duduk atas meja. cukup time, makan. cukup time, tido. cukup time, memekak suruh garu perot. hehehhe.. sekarang obek yang selalu kena jadi mangsa dia. pantang nampak obek duduk, dia pon datang mengeow2 suruh garu. bagussssss.. sayangggg nezha banyak2 pelok kuat2. hehhee..
~~
lagi? mmmm... entah la.. cukup setakat ni dulu la agaknya tulis2 untuk kali ni. minggu depan sambung lagi.. wahhh.. gitu. seminggu sekali je tulis. hehehhehee... nanti if ada kesempatan tulis lagi la ye. apapon.. harap semua bergembira. pada sesapa yang batuk2 or terbersin2 tu cepat2 makan ubat ye.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

Masa baru kawen dulu pun gitu gak..suka benor main game puzzle words nie..lepas dah dapat baby, tak sempat dah buat benda2 tu semua hehehe..

take care ya

Hazelsyd said...

ok jom jumpa mengeteh

saya said...

mokcik--takpe..kasi chance honeymoon lagi. hahahha...

hazel--settttt...