mari mencari....

Google
 

Sunday, December 18, 2011

Alhamdulillah...our 1st wedding anniversary...

pic source:google image
~
~
~


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana telah menyempurnakan usia setahun perkahwinan kami.
*
terima kasih ya Allah atas semua yang telah kami lalui selama usia setahun perkahwinan ini
*
terima kasih ya Allah atas kehidupan ini.
*
terima kasih ya Allah kerana melimpahkan kepada kami dengan cinta.
*
terima kasih ya Allah kerana dekatkan hati kami dan kebahagiaan itu bakal menjadi abadi
terima kasih ya Allah
*
Ya Allah, panjangkanlah umur kami, tingkatkan kesihatan kami dan terangi hati kami agar kami akan lebih beribadah kepada-Mu
*
Ya Allah, dekatkanlah kami kepada menuju kebaikan dan jauhkanlah kami dari keburukan.
*
Ya Allah, luaskan rezeki kami dan kabulkanlah hajat kami
*
Ya Allah, titpkanlah kepada kami dengan keturunan yang lebih baik daripada kami serta soleh dan solehah dan sentiasa berada di jalanmu yang menjadi cahaya bagi kami di akhirat kelak
*
Ya Allah, cukupkanlah dan sempurnakanlah permohonan kami ini dengan redha, berkat, rahmat dan kurnia-Mu..
~~
untuk obek, terima kasih atas segalanya. semoga perjalanan ini akan lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t hingga akhir hayat kita. love you so much!!!




happy 1st wedding anniversary
18th december...

Wednesday, December 14, 2011

sebab apa?...





hello...
lama pulak rasanya tak menulis. ye la..macam2 kejadian yg telah berlaku. mmmm.. yg gembira pon ada, yang sedih pon ada, yang menyakitkan hati pon ada. macam2 la hal dunia ni. tap nak buat macammana kan... semua pon pancaroba dalam hidup. anyway.... kita rangkumkan sekali insiden2 yang telah berlaku sepanjang ketidaktulisan last week. huhuhuh....
~~
kisah kenduri..
last weekend pegi kenduri kat melaka. pegi jejauh ni bukan apa, dia ni jiran kat rumah ma saya tapi dai tak buat kat rumah sini sebab kecik katanya, so nak le buat kat kampung dia kat melaka.. alor gajah katanya. ma pon dah pesan beribu-ribu lemon kat saya supaya pegi jugak2 tak boleh tidak. huhuhuh... macam2 le ma tu. nak berjalan je dia. tapi saya suka je pergi rumah orang kawen ni, suka tengok2 dan dapat makan jugak. hahhaha.. cuma yang tak boleh nak janji tu sebab obek kerja tak tentu masa... tu je la. tapi dah pesan awal2 kat obek so pepandai le obek atur masa. maca hari pergi tu pon telefonnya asyik le berdering2 budak2 call. hahahahha... kesian dia. nak pi tengok pengantin pon tak senang. so, bertolak pagi dalam pukul 1030am macam tu. sampai pukul 12pm le kot. sampai2 je terus makan.mmmmm... menu kenduri biasa la kan, ayam masak merah, kari daging, macam ada acar yang masak tu, ada gulai lemak umbut kelapa, goreng ikan masin. tu je kot.. tak berapa nak ingat dah. air oren. so, lepas makan saya pi naik rumah pengantin nak tengok pelamin. tu gambar atas tu semua masa pegi kenduri la. nampak ada hantaran, amik gambar, amik gambar pelamin, amik gambar bunga telur, dan amik gambar pengantin masa tengah berarak nak masok kawasan rumah. tapi saya tengok dari jauh je la. hehehhehehe.. makcikkan penyegan orangnya. so, tema adalah kuning. cantik. goody bag pulak isinya apa ntah.. telor, pulut kuning dan gegula. tu je la. lepas dah tengok pengantin, kami pon balik. singgah kejap kat tepi2 jalan tu beli jajan2 apa ke benda ntah. hahahhaha.. tu je la kisahnya pegi rumah pengantin.
~~
kisah orang dengki...
al-kisah, ada orang kat area rumah saya ni sudah kasi report sama itu majlis perbandaran... pasal kucing la. alasannya bising, busuk, merayau2... saya punay le heran binti ajaib bin tercengang sebab pada saya punya le bersih area rumah saya tu. hari2 cuci bersih, hari2 pancut longkang, hari2 elok je. maybe pasal bebudak tu pi jenjalan kat rumah diaorang, so diaorang tak suka. tapi setau saya, bebudak saya tu akdenya pergi jenjalan jejauh..tapi entah le kan. kita tak nampak. bising? maybe sebab si eji selalu gaduh dengan si samseng tu tapiiii.. alahaii..stakat kucing bergaduh tu tak le sampai 5 minit pon.. tu pont ak boleh tahan ke dengar. esok tuhan bagi ko pekak telinga baru padan muka lansung tak dapat nak dengar apa2. di suruh kurung kucing2 tu dalam sangkar. tahan ke mengengok kucing dikurung dalam sangkar 24jam? kalau awak pon dikurung 24jam.. awak larat ke? tu baru 24jam..kalo selama-lamanya? alahaiii.. tak paham betul ada jugak jenis manusia yang macam ni. tapi sebab orang majlis tu dah inform.. dai kata dia menjalankan tugas je, bukan rumah ni je.. ada lagi rumah orang lain yang bela kucing pon dia pergi jugak. mmmm.. lantak ko labu... kucing punya pasal pon nak report. habis yang anjing2 merkeliaran menyalak2 tak kira siang malam mengejar orang tu ko taknak report pulak? nak je dicarutkan tapi saya bukan orang bongok macam dia. takpe la... so, saya try kurung bebudak tu 2 hari. sedihnya rasa hati. lagipon..budak2 tu memang dari asal2 dulu dari rumah lama memang jenis kucing jalanan.. cumanya dia selalu datang makan kat rumah saya jadi saya dah angggap semua tu kucing saya. jadi bila dah kawen dan pindah ni saya angkot sekali kucing2 tu sebab saya takot nanti dah takde orang nak bagi diaorang makan... sebab dah manja takot nanti dia tak reti nak cari makan sendiri. saya tanya obek masa bebudak tu kena kurung tu apa yang dibuatnya? obek kata semua buat muka dugong. pantang nampak kelibat obek kat pintu semua mengeow nak keluar. hehehhee... selepas tu saya tak tahan la.. saya kasi lepas jugak. saya suruh obek tengok2 apa yang kekucing tu buat masa dia dilepaskan. obek kata takde apa.. lepas makan pagi.. semua lepak2 kat simen belakang dan tido2. ada jugak yang keluar dari pagar tapi lepas tu masok dalam semula dan lepak lagi. so????? apa ke masalahnya. masalahnya disini ialahhhh.. bukan kucing.. tapiii manusia yang berhati binatang. tau tak. geram betol saya. saya ada le syak orang yang mereport tu tapi takmau le tuduh2 sebab takde bukti kan. tapi saya tau sebab dia pernah tegur saya dulu. alahaiii... rumah saya lagi bersih le dari rumah dia yang seminggu sekali pon belom tentu cecah penyapu. anak dia melalak2 siang malam tu tak nak dikira ke? menjerit2 semua tu. everytime if ada family member datang sure memekak bercakap bukan main kuat macam nak pecah dinding. dah le hari2 buang sisa nasik laok kat dalam longkang, lagi nak carik salah orang. tu lagi pengotor. orang buangs ampah dalam plastik sampah then buang kat dalam tong, dia buang dalam longkang. tu yang buat busuk. alahai.. kita ni berjiran, nak jumpa muka pon jarang2, masing2 sebok kerja so jaga je hal sendiri2 sudah la. mmmm.. entah la.. nama pon dunia. so saya tengah runsing sekarang ni. hari2 doa supaya bebudak tu tak buat nakal2. Mmmm… kecik punya pasal pon nak bising.sekadar luahan hati saya. huhuhuuuu...

~~

Kisah nezha…

Mamat ni? Biasa le dia kan… degil je. Kadang2 baik. Hari tu saya terlupa tutup pintu bilik air, bila say ateringat je terus pergi tengok. Sah!!!! Mamattu tengah menonggeng minum dari toilet bowl. Uwekkkkkk…. Terok betol citarasa. Macam la saya ni tak de bagi dia makan minum sampai nak minum dari toilet bowl tu. Tau lak takot tu bila saya sergah. Terus lari mencicit. Memang kena le jawabnya.. kena cubit, kena pokpok, kena marah semua tu. Degil benor. Kang sakit perot cery bery saya jugak yang susah. Ni malam tadi entah kenapa tetiba gedegangggggg!!!!!! Saya punya terkejut dog, hippopotamus, orang utan dan biawak.. terus ni melompat carik dia. Al-kisah taktau le member tido atas meja…agaknya tergolek ke bawah..jatuh atas kerusi then kerusi jatuh ke lantai… bedebob!!! Hehehhehe… menggigil2 saya pening sebab bangun terkejut tu pergi mendapatkan dia. Tenang2kan dia dulu then nezha dah tenangbaru pening kepala saya tiba. Ya tuhannn.. ye la.. bangun terkejut kan. Ingatkan orang masok rumah ke apa ke.. tetejut gegirl. Ahaksss…. Lepas tido kan dia semula, saya pon nak tido lagi. Huhuhuhu.. tapi dah suboh. Nezha.. nezha.. macam2 perangai dia ni. Geram! Apapon, I love you nezhaaaa…

~~

Kisah obek..

Obek biasa la. Dengan kerja dia. Tapi kerja2 dia ni biasa la kan…ada je orang yang nak mintak duit ‘belanja’. Hahahhaha.. kesiannnnn kat orang2 macam tu. Dah keje berpuloh2 tahun pon masih tak c ukup duit sampai nak mintak duit ‘tambahan’ le pulak ye. Makin kenyang le perot awak anak beranak nanti ye. Bagus2. Obek tak layan la.. tapi rival obek layan la. Habis..kata nak pojek..harus bagi orang2 tu kenyang ye tak? Sendiri jawab le esok. Dunia lepas.. akhirat tak lepas. Orang yang bagi tu lain agamanya dengan awak orang yang terima..dia takde cerita2 akhirat ni. Awak ada. Esok2 sendiri jawab la. Huhuhuhuuu… to obek.. all the best. Love you so much.

~~

Kisah durian..

Kawan obek bagi durian 3 bijik besar2. Aduhaiii.. mana nak diletakkan ni. Baunya memang le ‘harum’ seisi rumah. Huhuhu… so, kena habiskan cepat2. Buat kuah durian dan kukus pulut sebab obek nak makan. Buat lebih sikit then obek pergi keje malam dia bawak pi opis bagi kat kekawan dia makan. Settle 1 hal. Ada lagi tinggal sebijik, tunggu nezha je la yang bedal. Mamat tu suka durian okehhhhh….. kepada kawan obek yang bagi durian. Terima kasih bebanyak.. moga murah rezeki dan moga tahun depan pokok tu makin lebat berbuah. Aminnn….

~~

Kisah apa lagi? Dah, dah..takde kisah2 lagi dah. Habis dah kisah seminggu. Hahhahahhaha… nanti le sambong lagi. Sekarang nak jalan2 pusing2 baca blog kekawan. Byeeeeeeeeeeeee!!!!!

~~

I love you obek…

I love you nezha…

I love all of you…

Friday, December 9, 2011

benci...

benci ahhhh...
menyampah...
benci!!!!!!

Sunday, December 4, 2011

weekend banjir...



alolololooo..mok-moknya budak bucuk ni..dah le busuk, itam, degil, manja, makan tido je kojenya. nyumm..nyumm..nyummm... tu pasal le hari2 mesti nak cubit2 dia, nak pelok2 kuat2 sampai dia menjerit..hujung2 dia dera saya balik. buat perangai macam2 yang pelik2. menyepah rumah nombor 1. juara bertahan mamat ni. huhuhuhu... sepah2 pon, busuk2 pon, itam2 pon.. tetaplah kesayayangan saya ni. buah hati intan payung saya nih. muahhh...
~~
ok..sekarang nak cerita pasal kejadian di hari jumaat lepas. aduhaii.. kan ke kajang kena banjir kilat yang kuat sekali. last rasanya kena banjir macam tu lama dah dulu, masa tu kebetulan memang saya ada kat bangunan metro kajang tu, siap parking kat basement lagi. ingat lagi masa tu parking kat metro kajang then pi keluar makan pizza shakeys kat luar tu. taktau sekarang ada lagi ke tak pizza tu dah lama tak ke kajang. memang hujan lebat gila tapi mujur masa tu saya sempat keluar sebab orang dah heboh2 banjir2 air naik tu kan. memula tu ingat nak tunggu reda je tapi memikirkan parking kat basement, tak pasal2 kang hanyut lak kereta tu kan. masa tu saya berdua dengan almaunah. hahahhaha.. kenangan betol. redah jugak juhan lebat masa tu. ingat lagi jalan semau jem sebab semua nak keluar tapi jalan keluar dah dinaiki air. so ada 1 brader ni tolong bagitau jalan mana boleh lekuar. memang mengerikan. masa tu air dah naik sampai kat nak masok pintu kereta dah. tak kira.. redah jugak. syukur alhamdulillah.. dapat keluar dari kelam kelibut banjir tu. ya tuhan.. masa tu memang jantung berdebar2 otak berpikir yang bukan2 semua masa tu. syukur terselamat. tu la kenangan saya masa tu tahun berapa ntah.. lupa dah around 2003 ke 2004 kot. lebih kurang la. tak berapa nak ingat. but then, last friday kejadian yang sama berlaku, tapi masa tu saya takde le ke kajang tu kan. tapi bila tengok kat tv kejadian banjir tu memang betol2 terasa macam saya ada kat sana masa tu huhuhuhu.. okeh.. since kajang banjir, makanya area perumahan rumah ma akan turut banjir sebab air dari kajang tu akan turun ke kawasan tu. lebih kurang macam tu le perkiraannya sebab ikut laluan iar tu. dah berdebar2 je then by 830pm ma call.. cakap air dah naik. suruh balik cepat tolong angkat2 barang apa yang patot. huhuhuh.. masa tu rasa macam nak nangis dan terbang segera. mujur obek dah ada kat rumah masa tu, so balik ke kami. dah dekat sampai area memang nampak air sungai berhampiran dah naik. tengok pulak rumah orang yang di bahagian depan tu dah dimasuki air. aduhai.. dalam harto berdoa banyak2 supaya rumah ma tak dinaiki air. bukan apa, sebab style rumah ma tu dia korek ke bawah aras tanah gitu.. so, kebarangkalian air nak masuk tu amat le tinggi. sampai2 je ma tengah kemas2, dan ada sorang budak tengah tolong. mujur tak masok air lagi. tapi air kat longkang besar depan rumah memang tinggal lagi beberapa centimeter je nak penuh dah. debar2 tu jangan cerita la. dalam kelam kabut tu sampai tak tau mana satu barang nak kemas. tapi rumah ma bukan ad abanyak sangat barang pun kat rumah mawah tu. cuma yang berat tu macam peti ais dan meja makan tu je la. tv set pon takde kat bawah, semua kat atas. fuhhhhh... hujan pon tak berenti2..renyai sepanjang masa. so, kemas2 angkat2 barang sebagai persediaan.. hujan tetap bertahan. malam tu tido tak lena. obek dia pegi jugak ke sungai depan sana tengo2 air naik ke tidak. sesambil dia tengok rumah2 orang yang kena. hishhh... sempat lak dia buat lawatan kawasan. dah macam y.b je saya tengok.
~~
so, the next day... pagi2 dah bangun tengok longkang. hahahhahaa... tengok air dah surut sikit. by pukul 8am, air dah surut, dan dah laju mengalir. by 9am, air dah takde, laluan dah laju dan air dah jernih, means.. sir sungai pon dah surut. syukur ya allah alhamdulillah. terima kasih kerana menyelamatkan kami sekeluarga dari bencana. biarlah penat2 kemas barang, apalah sangat kalo nak dibandingkan dengan mereka2 yang rumah kena banjir tu lagi hazab nak kemas rumah. insaf rasanya. actually rumah ma dulu pernah kena. yang masa banjir kuat dulu la tahun 2003 kalo tak silap saya. memang habis terus, air sampai paras pinggang. kalo cerita kat orang, macam tak percaya coz kat jalan depan tu takde air. hahhahaha.. tapi tu la.. dah kata pembinaan taman perumahan tu maybe dia macamke bawah sikit kan, so tu yang kena. takpe la.. tu semua pengalaman hidop. apapon, syukur dah selamat semua. kepada mangsa2 banjir tu.. pada ketika ini, pertolongan amatlah diperlukan. bukan nak kata tolong wang ringgit.. tolong tenaga tu yang amat diperlukan sekali. ingat senang ke nak kemas rumah lepas banjir nak cuci selut2 lodak2 semua tu. pada korang yang tak pernah kena tu.. ucapkan syukur banyak2.. setakat hujan2 lebat tu redha je la dari kena banjir2 tu. betol saya cakap.
~~
so, hari sabtu pagi tu obek pergi tolong jiran depan rumah kemas rumah. sebab rumah dia masok air. rumah dia pon ala2 korek jugak gitu. ada le orang bagi pinjam water pump untuk sedut air keluar. lama juga. sian makcik tu. penat dah lembek saya tengok dok mengemas tak habis2. huhuhuhuhuuu... lepas siap semua, kitaorang pon balik rumah sini. ma kata takde coz takde apa dah nak dibuat. semua dah settle cumanya rumah bawah tu ala2 togel gitu... carpet dan tikar getah semua dah lipat. hehehhee.. tinggal simen kosong je. ma kata biarkan dulu, esok dah cuaca elok2 takde musim hujan baru pasang balik. sementara ni kalo orang datang ke apa ke bentang je tikar. hehehhehe... mujur juga kebetulan hari khamis tu mama dah amik opah bawak balik rumah dia, kalo opah still ada kat rumah ma adoii.. lagi 1 hal le pulak. mujur gak tu kan. hehehhee.. nanti nak pi tengok opah kat rumah mama le nak cerita kat dia. opah kalo kita cerita2 benda2 macam tu nanti dia sedih, dia kata apalah daya tak boleh nak menolong orang, diri sendiri nak bangun pon tak larat. huhuhuhu.. opah.. opah.. dah tua sangat dah dia tu.
~~
so... pukul 1pm sabtu tu dah sampai rumah. nak mengerjakan bebudak kat rumah ni pulak. adoiiiiii.. boleh bikin guwe pengsan macam ni. penat tak hingat. nezha pon buat hal. uk-uk terkeluar dari bekas. sabor je la. dia memang macam tu la kalo kena tinggal, ada je akal dia nak mengenakan saya. sabor je la. so, kemas2 segala semua dah nak kena bersiap2 pulak ke majlis jemputan kenduri kawan obek yang nikah hari tu. ada buat makan2 sikit la, meraikan pengantin dan sebagai pemberitahuan kepada jiran sekeliling mengatakan dah kawen, kot idak kang tetiba je bawak pompuan balik rumah kang orang ingat apa pulak. hehehhehe.. so, siap2 semua, pukul 230pm bertolak. jalan pulak jem semua hala. sabor je la. dekat nak pukul 4pm baru nak sampai rumah kenduri. mujur ada nasik lagi, perot dah le lapar gila. hahhahahahhaa.... pengantin cantik pakai baju warna hijau. takde la pakai2 macam baju pengantin sangat, sanding2 pon takde just makan2 je la salam2 dengan orang. konsepnya santai la relax2 chill out je gitu. cuma nak membezakan dia tu pengantin pompuan pakai le baju liplap2 gitu.. mujur saya tak pakai baju liplap jugak, kalo tak nanti orang tersalah pengantin pulak. ahakssss.... sampai2 je disambut oleh kawan obek tu.. kamal dan isterinya. hehehe. apa lagi.. makan time la... laok meriah sangatttttt. laok2 kampung sangat le sedapnyaaaaaaaaaaa.. ada ulam2 segala jenis ulam, sambal belacan yang super power sedap, kari ayam, sayur campor, gulai lemak jering..ni yang paling best, hahhaha.. lagi apa ye, sambal tumis sotong kembang, goreng ikan masin, pulut kuning, macam ada serunding, air sirap. pencuci mulut pulak buah oren kecik2. ehhh.. sedap pulak buah oren kecik2 tu ye. comel je. hehehhehe.. saya makan banyak buah oren tu sebab geram tengok dia comel2. wahhhh.. rasa nak je tambah nasik tapi segannyaaaaaa.. uwaaaaaa... lepas makan, lepak2 kejap borak dengan kawan. kamal tu kerja kat publishing, so ramai le kenalan, sekali ada 1 artis datang da. hahhaha... itu yang naka bagio damasutra tu. datang dengan wife and kids. ramah orangnya, baik borak2. tak pasal2 makcik dapat salam dengan dia. dah dia hulur tangan salam masa dia nak balik tu takkan kita tak salam balik ye tak? hahahhaha.. eh..tapi saya suka je dia, suara sedap, berlakon pon ok. kontroversi pon takde. bagus2.. macam ni le artis yang bagus. lepas tu, kitaorang pon balik. sampai rumah dah nak senja, penat sangat. dapat door gift yang cantik. kotak dia macam kotak tisu tu. besar pon sama. wahhhh. sekarang fesyen baru ye door gift. takyang bagi2 beg2 kertas lagi dah. menarik betol. cantik. dalamnya ada isi maruku, bahulu, gegula campor2 dan kuih bangkit. semua sedap. semua dah habis sama makan. dapat 2 box, tapi 1 dah bagi kat pak guard kat rumah saya tu, takpe la..sian dia tolong bukak gate apa salah bagi kat dia jajan tu kan. kat rumah pon bukan ada orang nak makan. ni le kat bawah ni gambar door gift yang saya dapat. pada sesapa yang nak kenduri lepas ni boleh try test bagi box ni. cantik.





~~
malam tengok tv cerita triple x tu. mmm.. ntah berapa kali dah tengok still nak tengok jugak. kononnya nak tengok roger moore jadi james bond lepas tu tapi sudahnya tengok bantal. hahahhaa... penat sangat. pukul 12am lebih tu obek kejut. lapar katanya. adoiii.. kaco je orang nak tido. tapi sian le pulak kan kat dia. bangun juga le siapkan. mujur masa balik tadi ada tapau laok dari rumah ma. gulai lemak burung puyuh dan dah siap2 bawak nasik. so, panaskan semua, makan le kami laki bini tetangah malam pukul 1230am tu. sabor je la.
~~
pagi ni kemas2 budak, pergi kedai beli makanan untuk bebudak tu dah habis. mmmm.. manusia belom makan lagi sebok nak kena beli makanan untuk kucing. huiiii.. habis nak buat camne.. dah gitu keadaannya. balik dari kedai tu saya pon masak untuk lunch. simple2 je dah. asam pedas ikan dan tumis kangkong. jadi le, janji kenyang. now, tengah tolong2 (kacau sebenarnya) obek buat keje. hehehhe.. dia buat keje saya main tenet le update blog. hahahhaha....
~~
so, gitu le ceritanya weekend saya yang mendebarkan dan memenatkan. harap weekend korang pon ceria2 hendaknya. nanti sambong lagi ye... nak tengok tv. hehehhehe...
~~
i love you obek..
i love you nezha...
i love all of you...


















Thursday, December 1, 2011

hitam purple...




hello...
kehehehhee..tetiba je kan. biasanya gambar budak hitam tu, tetiba hari ni gambar budak purple le pulak. saje je nak tukar2 kaler. tu bear tu saya dapat masa balik kampung muar dulu tu pergi beli2 kat pasaraya borong sakan namanya. beli sekian2 harga dapat le patung tu. bagi kat anak sedara obek le baby, bagi dia main. kecik je bear tu tapi cantik le kaler ceria kaler purple. eh... rupanay pasaraya borong sakan tu barang dia murah2 la ye. huhuhuhuhhu.. ketinggalan zaman betol saya ni. baju2 budak2 kecik tu murah2 belaka, seploh hengget pun ada. biar betik. masa tu saya saje je belikan baju untuk budak2 kecik tu kan. saje la, baju murah2 buat basahan. hahahahhaha... nak beli memahal tu belom lagi le nampaknya. jadi le ye... sampai sekarang bear tu ada je kat rumah mak johor. mmmm.. ok la tu...
~~
so, nak cerita apa hari ni? takde cerita la. malam tadi pergi rumah kawan obek sebab dia ada buat birthday party untuk anaknya. ooooo... saya pergi dah malam le kan bila le masa nak pergi sensiang hari tu. majlis start lepas asar katanya. ye la.. dah namanya birthday bebudak harus le ikut timing budak2 cergas kan. buat malam kang camne lak bebudak nak datang. hahahhaha... saya sampai sana dalam pukul 8pm macam tu. majlis pon habis, tapi sebab dah janji nak datang tu kena la datang tunjuk muka. mmm.. ada menu mihun/mee sup, mihun goreng, puding jagung, agar2 milo nampaknya, air asam boi. tu je la. maybe ada banyak lagi menu tapi sebab saya dah sampai lewat makanan dah habis le kan. hahahhaha.... takde belikan apa pon untuk budak2 tu, bagi angpow je la. budak tu budak pompuan, kembar. huhuhuhuhhuh... sure meriah majlis tu agaknya sebab nampak aa banner2 belon2 semua gantung. bestnya. so, sampai je duduk kejap dan makan. saya makan mihun sup pening. sebab apa namanya pening, sebab pak aji banyak sangat lor.. tengah makan pon dah pening dan tekak dah kembang tapi tahan je la. minum air banyak2. mujur dia ada bagi air teh o panas so minum teh o tu banyak2 untuk hilangkan rasa tak sedap tekak tu. borak2 pungpang2, pukul 10pm balik. ye la..tuan rumah pon dah penat nak kemas rumah segalanya kan. mana nak kemas rumah lagi, dah le kebetulan air takde!!!! haru betol la jawabnya orang baru lepas majlis takde air camne nak basuh pinggan cawan piok semua tu. adoiiiii.... on the way balik ngadu kat obek rasa macam terawang2 je. obek dah tau dah sure penangan pak aji tadi tu. balik terus tumbang. pagi ni tak boleh bangun. mata bengkak macam baru lepas meraung beriya. huhuhuhuuu.. obek pon terkejut tengok mata saya bengkak sangat. sembab. tekak pon haussssssssss sangat rasanya. haaa..memang kompom penangan pak aji tu. aduhaiii... perlu ke tekak pak aji tu banyak2 dalam makanan? kalo takde tu tak boleh ke? anywwayyyyy..... lama juga mata bengkak muka sembab ni.. dah petang ni baru surut. huhuhuhu.... takpe la.. kenangan namanya tu.
~~
apa lagi nak cerita? masa tengah type ni hari dah start hujan. guruh grunggg grungggg.. menakotkannnn. saya ni dah tentu2 le penakot hujan. malam ni entah nak makan apa. takde mood la nak makan apapon... sebab tadi lunch ada dating dengan obek. muwahahhahahahha... tu yang tetiba jadi kenyang terlebih tu kan. huiii..bukan senang nak dapat lunch dengan obek tu. once in a blue mood kaedahnya. sesekali kena la ada surprise dating kan dari pasangan. apa kata koran pon buat macam tu. tetiba je terjah kan datang opis buat lunch date. mesti menceriakan hari anda. cuba jangan tak cuba.
~~
nezha? biasa la budak tu. nampak macam dia tergaru2 lelebih pulak dah 2 hari ni. so, pergi tangkap dia dan check. mmm.. biasa la kalo dok terkurung dalam rumah hantu kecil memang cepat dan suka je nak datag menempek. makanya... harus disembur dengan ubat seberapa segera. akan tetapi, itu budak itam sudah faham kalo nampak saya pergi ke kabinet tempat barang2 dia dan ditambah pulak dengan nampak saya pegang botol biru tu harus le dia mencicit lari menyorok bawah meja. sabor je la. degil bukan main. ahhhh.. tak dulik. sayang anak mesti nak kena dera dia sikit, tak boleh dibiarkan kalo tak nanti hantu kecil akan merebak dan menyusahkan diri kemudian hari. so, tangkap juga dia dan pegang dengan sepenuh tenaga sebab dia pandai meronta melepaskan diri. kasi spray baikkk punya kat dia. baru kelam kabut dia. hahahhahaha.. ala... sebab sayang le kena sembor2 selalu nezha.. bagi awak bersih sihat tanpa hantu kecil, kalo tak sayang tu saya biarkan je. tapi heran la.. si samseng yang dok kat luar tidor entah kat mana tu bersih je bulu dia takde pulak hantu kecil kat badan dia. mmmm.. tu la saya kata, budak2 yang dok kat rumah ni terlebih manja maybe tak reti berdikari nak bersihkan diri sendiri sebab dah terbiasa dibelai2. agaknya la...
~~
obek? seperti biasa tengah buzy. kerja, kerja dan dugaan melanda. biasa la orang dengki2 ni banyak je. sabotaj sana sini. terima kasih. buat susah2 je korang buang tenaga dan pikir macam2 nak sabotaj kerja obek. kesian kat korang kan. dah tua bangka pon tak reti2 nak berpikir camne nak cari rezeki dengan cara yang betol, bersih dan benar. kesian betol. hishh.. ishh.. ishhh... takpe..nanti kena batang hidong sendiri baru le padan muka. buat sementara ni terima kasih lagi sekali sebab selalu je susah2 buat benda yang bukan2 nak mengenakan orang. bertambah2 luas rezeki obek. bukan macam korang, bertambah2 sempit sebab selalu je dengki kat orang. so, kalo rasa2 dah nak insaf tu kami terima je maaf korang dengan tangan yang terbuka. tu pon kalo korang insaf le kan. hehehhee... peace!
~~
okla.. tulis panjang2 pon bukan ada orang nak baca. sendiri tulis, sendiri baca. nak suruh kucing baca pon kucing pon buzy je melalak tak tentu hala kat luar tu. merayap je. bila lapar tau pulak balik rumah makan. ggrrrrr.. degil2 pon tetap saya sayang semua...
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..